TULISAN IMAM AL GHAZALI
Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang di dalamnya terdapat
Ilmu mereka terdiri dari seluruh hal-ehwal dua ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu.
Penerangan petikan di atas
oleh penterjemah iaitu Abdullah bin Muhammad (Naqula)
Dalam buku "Falsafah Al-Fikr Al-Din" menganggap ayat ini sebagai mengandungi teka-teki yang sukar untuk deselesaikan. Mereka bertanya: Apakah gerangan maksud "dua ilmu" yang disebut oleh Imam Ghazali? Ia menyebut Ilmu Aqli tetapi tiada menyebut yang satu lagi. Meskipun demikian, berat kemungkinan bahawa ia maksudkan Ilmu Syari'i di mana Ilmu Tasauf merupakan satu cantuman di antara dua ilmu itu. Nampaknya bukan begini, asas pembahagian 'duaan' "Akal-Syarak" adalah menurut kadar "dunia-akhirat".
Kita dapati di antara Ilmu-ilmu Aqliah ada pula ilmu-ilmu yang tujuannya ialah akhirat, seperti makrifat Qalbu-Qalbu dan makrifat Allah, sebagaimana ilmu-ilmu Syaria'ah ada pula Ilmu Fekah yang mengambil berat dalam urusan-urusan dunia
Berhubung dengan ilmu yang tersusun ini, meskipun Imam Ghazali tidak menerangkan dengan jelas, kita dapat mengenainya dalam kitabnya "Al-Ahyaa' ketika menerangkan tentang "hakikat fikiran dan buahnya". Menurut keterangannya bahawa fikiran (Al-Fikr/Takakur) adalah bererti mendatangkan dua makrifat dalam Qalbu untuk untuk menghasilkan makrifat yang ketiga. Dengan ini bermakna bahawa Ilmu Aqli yang berasaskan akal semata-mata itu mengandungi dua ilmu yang tersusun yang melahirkan ilmu yang ketiga.
Bila ilmu yang ketiga ini telah didapati dengan erti telah terterap pada Qalbu,
Di atas Imam Ghazali berkata bahawa daripada Ilmu 'Aqli lahir ilmu yang tersusun iaitu ilmu ahli-ahli Tasauf. Bagaimanakah cara lahirnya ilmu yang tersusun dari Ilmu 'Aqli itu
Caranya begini; andaikata menerusi akal seseorang mendapat ilmu yang tiada ragu-ragu lagi bahawa "sampai kepada Allah" adalah modal yang paling penting untuk hidup di dunia dan di akhirat. Ini adalah Ilmu 'Aqli. Bila ilmu ini terterap pada Qalbu, ia mengubahkan "hal Qalbu" yang menyebabkan ia melakukan "Tindakan" mencari "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" atau "Ilmu Ibadat" sebagai jalan untuk sampai kepada Allah itu dan ahirnya ia mendapatinya. Sekarang nampaklah fungsi Ilmu 'Aqli itu.
Kita bicarakan pula tentang hasil daripadanya "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" itu merupakan satu ilmu yang tunggal. Ia tidak menghasikan apa-apa kalau tidak diamalkan. Bila ia diamalkan, datanglah "WARID-WARID" iaitu makna-makna(Maani) yang datang dari Alam Malakut ke atas Qalbu. Bila satu warid terterap pada Qalbu, ia mengubahkan "Hal Qalbu". Perubahan-perubahan pada hal Qalbu oleh Warid-warid ini melahirkan beberapa sifat Qalbu seseorang. Sifat-sifat ini jika sebentar sahaja dinamakan "HAL" dan kiranya ia menetap dinamakan "MAQAM".
Yang dinamakan hal itu ialah seperti
Himpunan dari sifat-sifat Qalbu dinamakan "Hal-hal" dan "Maqam-maqam" dan ilmu-ilmu yang timbul dari ilham dan kashaf itu semuanya menjadi suatu Ilmu Yang Tunggal iaitu Ilmu hasil dari amalan. Paduan "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu Hasil Daripada Amalan" itulah dinamakan "ILMU TASAUF" sebagai ilmu yang ketiga atau sintesis; tetapi kali dilihat semula ke belakang, kepada asalnya, ia bersumber dari Ilmu 'Aqli juga.
Inilah nampaknya maksud kata-kata Imam Ghazali tadi;
"Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang dalamnya terdapat seluruh Hal Ehwal dua ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu".
Dalam keterangan seterusnya Imam Ghazali mengemukakan kandungan atau bahagian-bahagian yang membentuk ilmu Tasauf itu dengan menyebut beberapa contoh yang lebih banyak mengandungi hal-hal(Ahwal) kalau dibandingkan dengan Maqam-maqam(Maqaamat).
Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang di dalamnya terdapat
Ilmu mereka terdiri dari seluruh hal-ehwal dua ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu.
- Hal,
- Waktu,
- Samaa',
- Wujdan,
- Sheikh,
- Sakr,
- Sohwu,
- Isbat,
- Mahwu,
- Fakir,
- Fana,
- Wilayah,
- Irodah,
- Murid
dan apa yang berhubung dengan Hal Ehwal
mereka serta tambah-tambahannya, sifat-sifat dan makam-makam.
Dalam buku "Falsafah Al-Fikr Al-Din" menganggap ayat ini sebagai mengandungi teka-teki yang sukar untuk deselesaikan. Mereka bertanya: Apakah gerangan maksud "dua ilmu" yang disebut oleh Imam Ghazali? Ia menyebut Ilmu Aqli tetapi tiada menyebut yang satu lagi. Meskipun demikian, berat kemungkinan bahawa ia maksudkan Ilmu Syari'i di mana Ilmu Tasauf merupakan satu cantuman di antara dua ilmu itu. Nampaknya bukan begini, asas pembahagian 'duaan' "Akal-Syarak" adalah menurut kadar "dunia-akhirat".
Kita dapati di antara Ilmu-ilmu Aqliah ada pula ilmu-ilmu yang tujuannya ialah akhirat, seperti makrifat Qalbu-Qalbu dan makrifat Allah, sebagaimana ilmu-ilmu Syaria'ah ada pula Ilmu Fekah yang mengambil berat dalam urusan-urusan dunia
Berhubung dengan ilmu yang tersusun ini, meskipun Imam Ghazali tidak menerangkan dengan jelas, kita dapat mengenainya dalam kitabnya "Al-Ahyaa' ketika menerangkan tentang "hakikat fikiran dan buahnya". Menurut keterangannya bahawa fikiran (Al-Fikr/Takakur) adalah bererti mendatangkan dua makrifat dalam Qalbu untuk untuk menghasilkan makrifat yang ketiga. Dengan ini bermakna bahawa Ilmu Aqli yang berasaskan akal semata-mata itu mengandungi dua ilmu yang tersusun yang melahirkan ilmu yang ketiga.
Bila ilmu yang ketiga ini telah didapati dengan erti telah terterap pada Qalbu,
- suatu perubahan pada 'hal Qalbu' terjadi yang
menyebabkan
- berubahnya pula tindakan-tindakan anggota.
- Jadinya dengan "fikiran" menerusi
sistem duaan itu menelurkan "ILMU".
- Ilmu ini menelurkan pula "HAL"
- dan hal menelurkan "Tindakan" (Al
'Amal atau Al-Fi'li) [lihat Al-Ahyaa' penggal 4 muka 412-413].
Di atas Imam Ghazali berkata bahawa daripada Ilmu 'Aqli lahir ilmu yang tersusun iaitu ilmu ahli-ahli Tasauf. Bagaimanakah cara lahirnya ilmu yang tersusun dari Ilmu 'Aqli itu
Caranya begini; andaikata menerusi akal seseorang mendapat ilmu yang tiada ragu-ragu lagi bahawa "sampai kepada Allah" adalah modal yang paling penting untuk hidup di dunia dan di akhirat. Ini adalah Ilmu 'Aqli. Bila ilmu ini terterap pada Qalbu, ia mengubahkan "hal Qalbu" yang menyebabkan ia melakukan "Tindakan" mencari "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" atau "Ilmu Ibadat" sebagai jalan untuk sampai kepada Allah itu dan ahirnya ia mendapatinya. Sekarang nampaklah fungsi Ilmu 'Aqli itu.
Kita bicarakan pula tentang hasil daripadanya "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" itu merupakan satu ilmu yang tunggal. Ia tidak menghasikan apa-apa kalau tidak diamalkan. Bila ia diamalkan, datanglah "WARID-WARID" iaitu makna-makna(Maani) yang datang dari Alam Malakut ke atas Qalbu. Bila satu warid terterap pada Qalbu, ia mengubahkan "Hal Qalbu". Perubahan-perubahan pada hal Qalbu oleh Warid-warid ini melahirkan beberapa sifat Qalbu seseorang. Sifat-sifat ini jika sebentar sahaja dinamakan "HAL" dan kiranya ia menetap dinamakan "MAQAM".
Yang dinamakan hal itu ialah seperti
- Al-Qabd dan
Al-Basith,
- Al-Jami' dan Al-Farq,
- Al-Fana dan Al-Baqa,
- Al-Shohu dan
Al-Syakr,
- Al-Mahw dan al-Isbat,
- Al-Tamkin dan lain-lain lagi.
- Wara',
- Zahid,
- Fakir,
- Sabar,
- Syukur,
- Redha,
- Khauf,
- Roja',
- Tawakkal dan
lain-lainnya.
- Kalau Warid yang
datang atas Qalbu itu bersifat Qabd(Kecut)' lahir ke atas anggota
seseorang iaitu diam.
- Kalau Warid yang
datang itu bersifat Basith(Lega), lahirlah ke ats anggota iaitu gerak
cergas.
- Kalau Warid yang
datang bersifat Zahid dan Wara', lahirlah ke atas anggota-anggota iaitu
menjauh dan mengundur diri dari kesenangan duniawi.
- Kalau Warid yang
datang ke atas Qalbu itu bersifat Mahabbah(Cinta) dan Syauki(Rindu),
lahirlah kesan pada lidah iaitu kata-kata yang tiada tertahan yang ganjil
dipandang dari segi syara'[Lihat Iqadzul Himam muka 24].
Himpunan dari sifat-sifat Qalbu dinamakan "Hal-hal" dan "Maqam-maqam" dan ilmu-ilmu yang timbul dari ilham dan kashaf itu semuanya menjadi suatu Ilmu Yang Tunggal iaitu Ilmu hasil dari amalan. Paduan "Ilmu Tentang Cara-cara Beramal" dan "Ilmu Hasil Daripada Amalan" itulah dinamakan "ILMU TASAUF" sebagai ilmu yang ketiga atau sintesis; tetapi kali dilihat semula ke belakang, kepada asalnya, ia bersumber dari Ilmu 'Aqli juga.
Inilah nampaknya maksud kata-kata Imam Ghazali tadi;
"Ketahuilah bahawa Ilmu Aqli adalah tunggal dengan zatnya [bersendirian iaitu diasaskan atas akal semata-mata], daripadanya lahir ilmu yang tersusun yang dalamnya terdapat seluruh Hal Ehwal dua ilmu yang tunggal. Ilmu yang tersusun itu ialah ilmu ahli-ahli Tasauf dan jalan ehwal mereka. Mereka mempunyai ilmu yang khas dengan jalan yang terang yang terhimpun dari dua ilmu".
Dalam keterangan seterusnya Imam Ghazali mengemukakan kandungan atau bahagian-bahagian yang membentuk ilmu Tasauf itu dengan menyebut beberapa contoh yang lebih banyak mengandungi hal-hal(Ahwal) kalau dibandingkan dengan Maqam-maqam(Maqaamat).
Hal |
makna-makna yang Warid atas Qalbu tanpa
sengaja. |
Waktu [Waktu] |
Waktu hal itu terjadi atas seseorang tanpa
hubungan dengan waktu-waktu yang lepas dan akan datang. |
Samaa' [Taat] |
Penumpuan Qalbu kepada apa yang terpuji
mengikur Syara' |
Wujdan |
Hal yang menghaibkan yang ditemui oleh Qalbu
kerana syuhudnya |
Syauq [Rindu] |
Kerinduan-kerinduan
untuk berlakunya pertemuan-pertemuan dengan Allah |
Sakr [Mabuk] |
Kehilangan
kesedaran diri kerana datangnya Warid yang kuat |
Shohr [Sihat] |
Sedar kembali
selepas kehilangan kesedaran diri kerana datang Warid yang kuat itu |
Isbaat |
Melepaskan hukum-hukum ibadat |
Mahwu [Hapus] |
Membuang sifat-sifat(jiwa) yang teradat, ada
orang mengatakan kehilangan 'Ilat(sebab) dan ada yang mengatakan apa yang
dilindungi dan dinafikan |
Fakir |
Keadaan tiada memandang sesuatu yang lain
daripada Allah, tidak memerlukan apa-apa selain daripada Allah dan tidak
senang hati kerana pengaruh sesuatu selain dari hudur bersama Allah |
Fana |
Penglihatan seorang hamba kepada 'Ilat (Sebab) dengan mendirikan Allah
pada 'Ilat itu |
Wilayah |
Berdiri hamba dengan Allah ketika fana dari
dirinya, hal ini terjadi dengan toleh Allah Taala kepadanya hingga ia sampai
kepada matlamat Maqam Qarb(Kehampiran) dan Tamkin(Sampai kepada Allah) |
Iradat [Kemahuan] |
Cinta yang menyala dalam Qalbu yang mendorongi
untuk beramal |
Sheikh |
Manusia yang
sempurna dalam ilmu-ilmu syariat, thorikat dan hakikat |
Murid |
Seorang yang menyingkirkan kemahuannya. Menurut
Imam Ghazali; murid ialah yang berada pada tingakat ASma(Nama-nama Allah) dan
masuk ke dalam golongan orang yang menyerahkan segala-galanya kepada Allah
dengan Isim |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan