TULISAN IMAM AL GHAZALI DALAM IHYA ULUMUDDIN ...SIRI 3
Ayat-ayat yang menerangkan keutamaan mengajar, iaitu
firman Allah 'Azza wa Jalla :
Ertinya :
BAHAGIAN 3 : KEUTAMAAN MENGAJAR
Ayat-ayat yang menerangkan keutamaan mengajar, iaitu
firman Allah 'Azza wa Jalla :
وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ
لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
(Wa liyundziruu
Qaumahum idzaa raja'uu ilaihim la'allahum yah-dzaruun)
Ertinya :
"Supaya mereka dapat memberikan peringatan
kepada kaumnya bila telah kembali kepada mereka. Mudah-mudahan mereka berhati
hati (menjaga dirinya)".
(S. At-Taubah,
ayat 122).
Yang dimaksud
ialah mengajar dan memberi petunjuk.
Dan firman
Allah Ta'ala :
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا
الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلا تَكْتُمُونَهُ
(Wa-idz
akhadzallaahu miitsaaqalladziina uutul kitaaba latubayyi-nunnahu linnaasi walaa
taktumuunahu). S. Ali 'Imraan, ayat 187.
Ertinya :
"Tatkala diambil oleh
Allah akan janji dari mereka yang diberikan Kitab supaya diterangkannya kepada
manusia dan tidak disembunyikannya". (S. Ali 'imran, ayat 187).
Ini membuktikan
akan kewajiban mengajar.
Dan firman
Allah Ta'ala :
وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ
يَعْلَمُونَ
Wa inna fariiqan
minhum layaktumuunal haqqa wa hum ya'lamuun)
Ertinya :
"Sesungguhnya satu golongan dari mereka menyembunyikan
kebenaran sedang mereka itu mengetahuinya". (S.
Al-Baqarah, ayat 146)
Ini menunjukkan
haram menyembunyikan ilmu, seperti firmanNya tentang menjadi saksi
Firman Allah
وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ
(Wa man yaktumhaa fainnahuu aatsimun qalbuh).
Ertinya :"Dan barangsiapa menyembunyikan kesaksian (tak mau
menjadi saksi) maka berdosalah hatinya (ia menjadi orang yang berdosa".(S.
Al-Baqarah, ayat 283)
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
وقال صلى الله عليه وسلم: ما آتى الله عالما علما إلا
وأخذ عليه من الميثاق ما أخذ على النبيين أن يبينوه للناس ولا
يكتموه
Ertinya :
Tidak diberikan oleh Allah kepada seseorang yang berilmu
akan ilmu, melainkan telah diambilNya janji seperti yang diambilNya kepada
nabi-nabi, bahwa mereka akan menerangkan ilmu itu kepada manusia dan tidak akan
menyembunyikannya
Dan firman Allah swt. :
سورة فصلت: الآية وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ
صَالِحًا
(Wa man ahsanu qaulan mimman da'aa ilallaahi wa 'amila
shaaliha).سورة فصلت: الآية
Ertinya :"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang
yang memanggil kepada Allah dan dia berbuat amalan yang shalih?".(S.
Haa Mim as-Sajadah, ayat 33).
Berfirman Allah Ta'ala :ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ
وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ
(Ud'u ilaa sabiili rabbika bilhikmati wal mau'idhatil
hasanah).(S. An-Nahl, ayat 125).
Ertinya :
"Serukanlah ke jalan Tuhanmu
dengan bijaksana dan pengajaran yang baik ".(S. An-Nahl, ayat 125).
Berfirman Allah Ta'ala :
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
(Wa yu'allimuhumul kitaaba wal hikmah).
Ertinya :"DiajariNya
mereka akan kitab dan kebijaksanaan".(S. Al-Baqarah, ayat 129).
Adapun hadits
yang menerangkan keutamaan mengajar, yaitu sabda Nabi saw. kepada Mu'az ketika
diutusnya ke Yaman :
لأن يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من الدنيا وما فيها
(Li-an
yahdiyallaahu bika rajulan waahidan khairun laka minad dun-ya wa maa fiihaa).
Ertinya :
"Bahwasanya dengan sebabmu diberi petunjuk oleh Allah
akan seseorang, lebih baik bagimu daripada dunia dan isinya". (Dirawikan
Ahmad Dari Muadz)
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
وقال صلى الله عليه وسلم : من تعلم بابا من العلم ليعلم
الناس أعطي ثواب سبعين صديقا
(Man ta'allama baaban minal 'ilmi liyu'alliman naasa u'thiya
tsawaaba sab'iina shiddiiqaa).
Ertinya :Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu untuk
diajarkannya kepada manusia, maka ia diberikan pahala tujuh puluh orang shiddiq
(orang yang selalu benar, membenarkan Nabi, seumpama Abu Bakar Shiddiq ".
Bersabda Nabi Isa as. :
من علم وعمل وعلم فذلك يدعى عظيما في
ملكوت السموات
(Man 'alima wa
'amila wa aliama, fadzaalika yud'aa adhiiman fii malakuutis samaawaat).
Ertinya :"Barangsiapa berilmu dan beramal serta
mengajar, maka orang itu disebut "orang besar" di segala petala
langit".
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم:
وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا كان يوم
القيامة يقول الله سبحانه للعابدين والمجاهدين ادخلوا الجنة فيقول العلماء بفضل
علمنا تعبدوا وجاهدوا فيقول الله عز وجل أنتم عندي كبعض ملائكتي اشفعوا تشفعوا
فيشفعون ثم يدخلون الجنة
"Apabila datang hari qiamat nanti, maka berfirman Allah
swt. kepada orang 'abid dan orang berjihad : "Masuklah ke dalam sorga!'.' Maka berkata para ulama : "Dengan kelebihan pengetahuan kami, mereka
beribadah dan berjihad". Maka berfirman Allah 'Azza wa Jalla : "Kamu
disisiKu seperti sebahagian malaikatKu. Berbuatlah syafa'at, niscaya kamu
mendapat syafa'at. Lalu mereka berbuat syafa'at. Kemudian merekapun masuk
sorga".
Dan ini,
sesungguhnya adalah debgan ilmu yang berkembang dengan memberi pengajaran.
Tidak ilmu yang beku, yang tidak berkembang.
حديث
ابن عباس بسند ضعيف1..
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم.
وقال صلى الله عليه وسلم: إن الله عز وجل لا ينتزع
العلم انتزاعا من الناس بعد أن يؤتيهم إياه ولكن يذهب بذهاب العلماء فكلما ذهب
عالم ذهب بما معه من العلم حتى إذا لم يبق إلا رؤساء جهالا إن سئلوا أفتوا بغير
علم فيضلون ويضلون
Ertinya:Bahwa Allah 'Azza wa Jalla tidak mencabut ilmu dari
manusia yang telah dianugerahiNya, tetapi ilmu itu pergi, dengan perginya
(mati) para ahli ilmu. Tiap kali pergi seorang ahli
ilmu, maka pergilah bersamanya ilmunya. Sehingga tak ada yang tinggal lagi,
selain dari kepala-kepala yang bodoh. Jika ditanya lalu memberi fatwa dengan
tiada ilmu. Maka sesatlah mereka sendiri dan menyesatkan pula orang lain".
Bersabda
Nabi صلى الله عليه وسلم :
وقال صلى الله عليه وسلم: من علم علما فكتمه ألجمه
الله يوم القيامة بلجام من نار
(Man 'alima
'ilman fakatamahu aljamahullaahu yaumal qiyaamati bilijaamin min naar).
Ertinya : "Barangsiapa mengetahui sesuatu ilmu, lalu
menyembunyikannya, maka ia dikenakan oleh Allah kekang, dengan kekang api
neraka, pada hart qiamat".
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم
وقال صلى الله عليه وسلم: نعم العطية ونعم الهدية كلمة
حكمة تسمعها فتطوى عليها ثم تحملها إلى أخ لك مسلم تعلمه إياها تعدل عبادة سنة
Ertinya :"Sebaik-baik pemberian dan hadiah ialah kata-kata
berhikmah. Engkau dengar lalu engkau simpan baik-baik. Kemudian engkau bawakan
kepada saudaramu muslim. Engkau ajari dia. Perbuatan yang demikian, menyamai
'ibadah setahun ".
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم
الدنيا ملعونة ملعون ما فيها إلا ذكر
الله سبحانه وما والاه أو معلما أو متعلما
(Ad-dun-yaa raal'uunatun mal'uunun maa fiihaa illaa
dzikrallaahi subhaanahu wa maa waalaahu au mu'alliman au muta'alliman).
Ertinya :"Dunia itu terkutuk bersama isinya, selain
berdzikir kepada Allah swt. dan apa yang disukai Allah atau menjadi pengajar
atau pelajar'
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم
إن الله سبحانه وملائكته وأهل سمواته وأرضه حتى النملة في
جحرها حتى الحوت في البحر ليصلون على معلم الناس الخير
Ertinya :Bahwasanya Allah swt. malaikat-malaikatNya, isi langit
dan bumi Nya, sampai kepada. semut di dalam lobang dan ikan di dalam laut,
semuanya berdo'a kebajikan kepada orang yang mengajarkan manusia.
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم
ما أفاد المسلم أخاه فائدة أفضل من
حديث حسن بّلغه فبلَّغه
(Maa afaadal muslimu akhaahu faaidatan afdlala min hadiitsin
hasanin, balaghahu fa ballaghahu).
Ertinya :"Tiadalah seorang muslim memberi faedah kepada
saudaranya, yang lebih utama dari pembicaraan yang baik, yang sampai kepadanya,
lalu disampaikannya kepada saudaranya itu".
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم :
كلمة من الخير يسمعها المؤمن فيعلمها
ويعمل بها خير له من عبادة سنة
(Kalimatun minal khairi yasma'uhal mu'minu fayu'allimuhaa wa
ya'malu bihaa khairun lahu min 'ibaadati sanah).
Ertinya :"Sepatah kata kebajikan yang di dengar oleh
orang mu'min, lalu diajarinya dan diamalkannya, adalah lebih baik baginya dari
ibadah setahun".
Pada suatu hari
Rasulullah keluar berjalan-jalan, lalu melihat dua majelis. Yang satu, mereka
itu berdo'a kepada Allah dan ingin kepadaNya hati. Yang kedua mengajarkan
manusia.
Maka bersabda
Nabi صلى الله عليه وسلم
أما هؤلاء فيسألون الله تعالى فإن شاء أعطاهم وإن شاء
منعهم وأما هؤلاء فيعلمون الناس وإنما بعثت معلما ثم عدل إليهم
وجلس معهم
"Adapun mereka itu bermohon kepada
Allah Ta'ala. Jika dikehendakiNya, maka dikabulkanNya. Jika tidak dikehendakiNya,
maka ditolakNya. Sedang mereka yang satu majelis lagi, mengajarkan manusia dan
aku ini diutuskan untuk mengajar".
Kemudian Nabi menoleh ke majelis orang mengajar, lalu duduk
bersama mereka.
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم.
وقال صلى الله عليه وسلم: مثل ما بعثني الله عز وجل به من
الهدى والعلم كمثل الغيث الكثير أصاب أرضا فكانت منها بقعة قبلت الماء فأنبتت
الكلأ والعشب الكثير وكانت منها بقعة أمسكت الماء فنفع الله عز وجل بها الناس
فشربوا منها وسقوا وزرعوا وكانت منها طائفة قيعان لا تمسك ماء ولا تنبت كلأ
"Contohnya aku diutuskan oleh Allah dengan petunjuk dan
ilmu, adalah seumpama hujan lebat yang menyirami bumi. Diantaranya ada sepotong
tanah yang menerima air hujan itu, lalu menumbuhkan banyak rumput dan hilalang.
Diantaranya ada yang dapat membendung air itu, lalu dimanfa'atkan oleh Allah
'Azza wa Jalla kepada manusia. Maka mereka minum, menyiram dan bercocok tanam.
Dan ada sebahagian tempat yang rata, yang tidak membendung air dan tidak
menumbuhkan rumput".
Contoh pertama disebutnya, adalah sebagai tamsil teladan
bagi orang yang dapat mengambil faedah dengan ilmunya. Contoh kedua disebutnya,
ialah bagi orang yang dapat memanfa'atkannya. Dan contoh ketiga adalah bagi
orang yang tak memperoleh apa-apa dari yang dua itu.
وقالصلى الله عليه وسلم : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا
من ثلاث علم ينتفع به
Ertinya :"Apabila mati seorang anak Adam, putuslah amal
perbuatannya selain dari tiga perkara, yaitu ilmu yang dimanfa'atkan".
Bersabda
Nabi صلى الله عليه وسلم
الدال على الخير كفاعله
(Ad-dallu 'alal
khairi kafaa'ilih).
Ertinya :"Menunjuk kepada
kebajikan, adalah seperti mengerjakannya ".
Bersabda
Nabi صلى الله عليه وسلم
لا حسد إلا في اثنتين رجل آتاه الله عز وجل حكمة فهو يقضي
بها ويعلمها الناس ورجل آتاه الله مالا فسلطه على هلكته في الخير
(Laa hasada illaa
fitsnataini : rajulin aataahullaahu 'azza wa jalla hikmatan fahuwa yaqdlii
bihaa wa yu'allimuhan naasa wa rajulin aataahullaahu maalan fasallathahu 'alaa
halakatihi fil khair).
Etinya :"Tak boleh iri hati selain
pada dua : pertama pada orang yang dianugerahi Allah Ta'ala ilmu, maka
ditegakkannya keadilan dengan ilmunya dan diajarkannya manusia. Dan kedua pada
orang yang diberikan oleh Allah Ta'ala harta, maka dipergunakannya pada jalan
kebajikan".
Bersabda Nabi صلى الله عليه وسلم
وقال صلى الله عليه وسلم: على خلفائي رحمة الله قيل
ومن خلفاؤك قال الذين يحيون سنتي ويعلمونها عباد الله
('Alaa khulafaa-ii rahmatullaah. Qiila : wa man khulafaauk'
Qaala : alladziina yuhyuuna sunnatii wa yu'allimuhaa 'ibaadallaah).
Ertinya :"Rahmat Allah kepada
khalifah-khalifahku!". Siapa khalifahmu
?", tanya orang.
Nabi صلى الله عليه وسلم menjawab : "Mereka yang menghidupkan sunnahku dan
mengajarkannya kepada hamba Allah".
Menurut atsar,
yaitu berkata Umar ra. :
"Barangsiapa menceriterakan suatu hadits, lalu
diamalkan orang, maka baginya pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang
yang mengamalkannya ".
Berkata Ibnu Abbas ra. :
"Orang yang mengajarkan kebajikan kepada orang
banyak, niscaya diminta ampun dosanya oleh segala sesuatu, hatta ikan di dalam
laut".
Berkata
setengah ulama :
"Orang berilmu itu masuk antara
Allah dan makhlukNya. Maka hendaklah ia memperhatikan, bagaimana ia masuk
".
Diriwayatkan
bahwa Sufyan Ats-Tsuri ra. datang ke 'Askalan.
Lalu ia berhenti pada suatu tempat
dan tiada orang yang me- nanyakan halnya. Maka ia berkata : "Koreklah
tanah bagiku supaya aku ke luar dari negeri ini. Ini adalah negeri, yang mati
padanya ilmu". Dia mengatakan demikian, karena ingin menerangkan keuta-
maan mengajar dan kekekalan ilmu dengan adanya pengajaran.
Berkata 'Atha'
ra. :
"Aku masuk ke tempat Sa'id bin
Al-Musayyab dan ia sedang menangis. Lalu aku bertanya : "Apakah yang
menyebabkan engkau menangis?".Ia menjawab : "Karena tak ada orang
yang menanyakan sesuatu kepadaku ".
Berkata
setengah mereka :
"Ulama itu lampu segala masa.
Masing-masing ulama itu menjadi lampu zamannya. Orang-orang
yang semasa dengan dia dapat memperoleh nur daripadanya".
Berkata Al-Hasan ra. :
"Kalau tak adalah orang yang berilmu, niscaya jadilah
manusia itu seperti hewan. Artinya : dengan mengajar,
para ahli ilmu itu, mengeluarkan manusia daribatas kehewanan, kepada batas
kemanusiaan ".
Berkata
'Akramah :
"Bahwa ilmu ini, mempunyai
harga". Lalu orang menanyakan : "Apakah harganya itu?". 'Akramah
menjawab:"Bahwa engkau letakkan pada orang yang bagus membawanya dan tidak
menyia-nyiakannya".
Berkata Yahya
bin Mu'az :
"Ulama itu lebih mencintai
ummat Nabi Muhammad saw., daripada bapak dan ibu mereka sendiri".Lalu
orang menanyakan : "Bagaimanakah demikian?". Yahya menjawab : "Sebabnya, karena bapak dan ibu
mereka menjaganya daripada neraka dunia, sedang para ulama menjaganya daripada
neraka akhirat".
Orang mengatakan :
"Permulaan ilmu itu
berdiam diri, kemudian mendengar, kemudian menghafal, kemudian mengerjakan dan
kemudian menyiarkannya".
Ada orang
mengatakan :
"Ajarilah ilmumu akan orang yang bodoh! Dan
belajarlah dari orang yang berilmu akan apa yang engkau tak tahu! Apabila
engkau berbuat demikian, maka engkau tahu apa yang engkau tidak ketahui dan
engkau hafal apa yang sudah engkau ketahui".
Berkata Mu'az
bin Jabal mengenai mengajar dan belajar dan aku berpendapat bahwa perkataan ini
juga adalah hadits marfu' :
وقال معاذ بن جبل في التعليم والتعلم ورأيته أيضا مرفوعا
تعلموا العلم فإن تعلمه لله خشية وطلبه عبادة ومدارسته تسبيح والبحث عنه جهاد
وتعليمه من لا يعلمه صدقة وبذله لأهله قربة وهو الأنيس في الوحدة والصاحب في
الخلوة والدليل على الدين والمصبر على السراء والضراء والوزير عند الأخلاء والقريب
عند الغرباء ومنار سبيل الجنة يرفع الله به أقواما فيجعلهم في الخير قادة سادة
هداة يقتدى بهم أدلة في الخير تقتص آثارهم وترمق أفعالهم وترغب الملائكة في خلتهم
وبأجنحتها تمسحهم وكل رطب ويابس لهم يستغفر حتى حيتان البحر وهوامه وسباع البر
وأنعامه والسماء ونجومها
"Pelajarilah ilmu! Maka
mempelajarinya karena Allah itu taqwa. Menuntutnya itu ibadah.
Mengulang-ulanginya itu tasbih. Membabahaskannya itu jihad. Mengajarkan orang
yang tidak tahu itu sedekah. Memberikannya kepada ahlinya itu mendekatkan diri
kepada Tuhan. Ilmu itu teman waktu sendirian dan kawan waktu kesepian, penunjuk
jalan kepada agama, pemberi nasehat bersabar waktu suka dan duka, seorang
menteri di tengah-tengah teman sejawat, seorang keluarga di tengah-tengah orang
asing dan sinar jalan ke sorga. Dengan ilmu, diangkat oleh Allah beberapa kaum,
lalu dijadikanNya mereka pemimpin, penghulu dan penunjuk jalan pada kebajikan.
Diambil orang menjadi ikutan dan penunjuk jalan pdkebajikan. Jejak mereka
diikuti,perbuatan mereka diperhatikan. Malaikat suka kepada tingkah laku
mereka. Disapunya mereka dengan sayapnya. Seluruh yang basak dan yang kering
meminta ampun akan dosa mereka, hatta ikan dan binatang laut, binatang buas dan
binatang jinak di darat, langit dan bintang-bintangnya".
Karena ilmu itu, kehidupan hati dari
kebutaan,
Sinar penglihatan dari kedhaliman
Dan tenaga badan dari kelemahan.
Dengan ilmu,hamba Allah itu, sampai ke
tempat orang baik-baik dan derajat tinggi.
Memikirkan ilmu seimbang dengan
berpuasa.
Mengulang-ulanginya seimbang dengan
mengerjakan shalat.
Dengan ilmu, orang ta'at kepada Allah
'Azza wa Jalla, beribadah,berjanji, bertauhid, menjadi mulia, menjadi wara'
menyambung silaturrahmi dan mengetahui halal dan haram.
Ilmu itu imam dan amal itu pengikutnya.
Diilhamkan ilmu kepada orang-orang
berbahagia dan diharamkan kepada orang-orang celaka.
Kita bermohon kepada Allah taufiq yang
baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan