Catatan Popular

Isnin, 12 April 2010

Pengenalan Kepada Sufi, Hakekat dan Makrifat

PENGENALAN ISTILAH

SUFI
Istilah sufi amat berkait rapat dengan "bersih" , "suci" , "saf (barisan hadapan)" , "bulu (pakain bulu)" , "suffah".
1. Ahli sufi digelar sufi kerana kebersihan (suffa) hati mereka dan kesucian amalan dan tindak tanduk mereka. Mereka digelar sufi kerana mereka menyerupai ahli suffah yang hidup di zaman Nabi SAW.

2. Orang Sufi adalah orang yang mempunyai hati yang ikhlas (suffa) terhadap Allah.

3. Mereka adalah orang-orang yang duduk di barisan hadapan (suffa) sekali di hadrat Allah, melalui kecintaan mereka kepada Allah, tetap berhadap hati mereka kepada Allah, dan tetap lubuk hati (sirr) mereka berhadap Allah".

4. Berkenaan dengan pakaian bulu itu hanya pakain zahir sahaja. "Mereka digelar sufi kerana tabiat mereka suka memakai pakaian daripada bulu (suff)." "Pakaian bulu adalah juga pakaian para anbia dan aulia". Hadis. "70 orang Nabi yang terdahulu yang lalu berhampiran dengan batu diRuhaasan. Mereka berkaki ayam dan berpakaian bulu dan menuju ke Kaabah". Hadis. "Nabi Musa alaihissalam memakai pakaian bulu, memakan buah-buahan, tidur pada malam hari di mana sahaja ia hendak tidur". al Hassan al Basri. "Nabi SAW berpakain bulu , menunggang keldai, dan menerima jemputan orang-orang daif untuk makan bersama". Abu MUsa al Ash'ari. "Saya mengetahui terdapat 70 orang yang terlibat dalam peperangan Badar memakai pakaian bulu". Al Hassan al Basri.

5. Kehidupan mereka ala kadar. Dunia dan keduniaan sudah tidak penting dan diutamakan oleh mereka. "Apabila Nur sudah masuk ke dalam hati maka ia akan membesar dan berkembang". Sahabat bertanya,"Apakah tandanya ya Rasul Allah?" "Meninggalkan negeri yang fana' dan berpaling kepada negeri yang baqa', dan bersedia untuk MATI sebelum mati (bercerai nyawa dengan badan)". "Bahkan kamu lebih menginginkan dunia, sedangkan akhirat jualah yang terlebih baik dan terlebih kekal". (AL A'Ala : 17 & 18.7.)

Cara hidup orang sufi ini telah bermula sejak zaman sebelum Nabi SAW, zaman Nabi SAW dan sesudahnya . Tidak timbul satu Firman atau Hadis yang menghukumkan , wajib disyariatkan atau diamalkan kerana , telah terang bagi orang yang beroleh petunjuk, bahawa INTISARI QURAN DAN HADIS itu sendiri telah tersemai kukuh, sebati dan selari dengan diri mereka. Hingga Nabi SAW sendiri sentiasa berserta mereka. Nabi SAW menyatakan bahawa apabila seseorang itu tidak dipengaruhi dunia, mesti ada bukti dan kenyataan. Nabi pernah bertanya kepada Sahabat Harithah. "Apakah hakikat Iman?" Beliau jawab. "Saya telah jauhkan hati saya daripada dunia, saya puasa di siang hari dan berjaga di malam hari, dan seolah-olah saya lihat 'Arasy Tuhanku datang, seolah-olah ahli syurga kunjung mengunjungi antara satu sama lain dan ahli neraka bermusuhan antara satu sama lain".(perhatikan berkenaan 'Arasy Allah dan syorga serta neraka yang dilihat oleh Sahabat Harithah. Perkara ini tidak dibantah oleh Nabi SAW).

Erti sufi yang dimaksudkan oleh saya dalam blog ini ialah
Orang-orang sufi senantiasa berusaha mensucikan dirinya dengan melalui latihan-latihan kerohanian tertentu. Dalam sejarah, istilah sufi baru dikenal setelah pertengahan abad kedua hijriah. Sebelum itu orang hanya kenal dengan perkataan Zuhud.


HAKEKAT

1. Akar kata haq dapat diertikan milik atau kepunyaan; benar atau kebenaran;

2. Kebenaran Illahi.

3. (Syath) Terbukanya kesadaran hamba atas kesungguhannya dalam menjalani lakuan atas perintah Gurunya yang hak dan sah bahwa hake-atnya Yang Boleh Yang Kuat, Yang Memiliki Segala Maujud, Yang Berbuat , Yang Bergerak , bahkan yang Ada dan Wujud hanyalah DiriNya Dzat Yang Al Ghaib Yang Allah AsmaNya.

4. (Syath) Hati nurani, roh dan rasa yang telah berfungsi untuk selalu mengingat-ingat dan menghayati DiriNya Dzat Al Ghaib dan Mutlak WujudNya.

HAKIKAT Dalam Tasawuf
Hakikat adalah imbangan kata syariat yang identik/terikat dengan aspek kerohanian dalam ajaran Islam. Untuk merintis jalan mencapai hakikat, seseorang harus dimulai dengan aspek akhlak yang diikuti dengan aspek ibadah. Bila kedua aspek ini diamalkan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan ia akan dapat meningkatkan keadaan mental seseorang dari tingkat rendah secara berperingkat ke tingkat yang lebih tinggi. Pada posisi tertinggi Tuhan akan menerangi hati sanubarinya dengan nur-Nya, sehingga ia betul-betul dapat dekat dengan Tuhan, mengenal Tuhan dan melihatNya dengan mata hatinya. Di kalangan Sufi orang yang telah mencapai tingkatan ini disebut ahli hakikat. Kalau dihubungkan dengan Tuhan, hakikat adalah sifat-sifat Allah SWT, sedangkan Zat Allah disebut al-Haqq.

Sufi yang dikenal dengan faham hakikat adalah Abu Yazid al-Bustami dan al-Hallaj yang pernah menyatakan “Ana al-Haqq”.


MAKRIFAT
1. Mengenal dan mengetahui berbagai ilmu secara ringkas dan mendalam;

2. Pengetahuan Illahi. Pengetahuan hakiki yang datang melalui “penyingkapan”, “penyaksian”, dan “cita rasa” (dzauq). Pengetahuan ini berasal dari Allah.

3. (Syath) Menyaksikan (melihat dengan jelas dan nyata) kepada Ada dan Wujud DiriNya Dzat yang di muka bumi Al Ghaib. Kejadiannya hanya terjadi di alam pati. Ditarik Allah membuktikan fana dzat. Karena itu sama sekali tidak bernafas dan rasa seyakinnya merasakan Wujud DiriNya.