Catatan Popular

Khamis, 31 Julai 2014

KITAB TAFFAKKUR: PEMIKIRAN TENTANG ALAM SEMESTA, MANUSIA DAN AL-QUR’AN [BATAS-BATAS AKAL)



Batas-batas Akal

Islam memberikan perhatian yang cukup besar kepada akal fikiran manusia. Demi alasan itu, Islam
menempatkan akal fikiran sebagai salah satu daripada dua syarat utama dalam kewajipan (taklif) ke atas manusia.Islam mengajar manusia bagaimana cara-cara yang sepatutnya digunakan akal fikiran. Seiring
dengan itu, Allah s.w.t. menjelaskan kemampuan manusia dalam memahami alam semesta tidaklah
mutlak, kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak menganugerahkan kemampuan yang mutlak dan tidak terbatas kepada makhluk ciptaan-Nya.

Kemampuan untuk memandang dibatasi oleh kemampuan mata, kemampuan mendengar dibatasi
oleh kemampuan telinga, dan kemampuan untuk mengetahui sesuatu juga dibatasi oleh kemampuan
akal fikiran. Oleh sebab itu, jika ada kehidupan yang tiada had batasan maka mata tidak mungkin dapat
melihatnya, kerana kewujudan tersebut berada di luar kemampuan mata untuk melihatnya. Kalau ada
banyak suara yang jumlahnya tidak terhingga, maka telingapun tidak mampu mendengarnya, kerana
suara-suara tersebut berada di luar kemampuan telinga untuk mendengarnya. Pada gilirannya, dapat
ditegaskan bahawa banyak hakikat yang tidak mungkin dicapai dan diketahui oleh manusia kerana hakikat-
hakikat tersebut berada di luar kemampuan manusia untuk mencapai dan memahaminya. Ertinya, akal
fikiran sahaja tidak cukup untuk memahami seluruh hakikat.Contoh, para ahli falsafah yang berkeyakinan
bahawa kemampuan akal tidak terbatas (bersifat mutlak) dalam mencapai dan memahami hakikat.
Kesannya, manusia yang terpengaruh dengan mereka telah menuju kepada jurang penderitaan bukan pula
kepada kebahagiaan yang mereka cari-cari.
Diyakini bahawa Allah s.w.t mengetahui pelbagai karakter/ pelbagai spesifikasi penciptaan hamba-
hambanya, lebih daripada pengetahuan mereka sendiri. Menurut pelbagai riwayat yang ada, Allah s.w.t telah mengutuskan seratus dua puluh empat ribu orang nabi dan rasul sepanjang sejarah kehidupan umat manusia. Hikmahnya kerana akal manusia itu lemah dan tidak mampu mencapai hakikat. Lembaran dan kitab-kitab suci yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada para rasul dan nabi merupakan media terbaik yang menghubungkan antara wilayah kemanusiaan dan wilayah hakikat dan menghubungkan hakikat kepada manusia.Atas dasar itu, bimbingan wahyu terhadap akal fikiran dianggap sebagai suatu syarat yang mutlak, kerana akal yang tidak disinari bimbingan Ilahiah bagaikan kuda liar yang tidak akan sampai pada tempat tujuan. Bahkan boleh jadi terjatuh ke dalam lubang dan tercampak ke dalam mara bahaya.Oleh sebab itu, kita perlu menjinakkan dan melatih kuda tersebut dengan cara mengikat tali kendali melingkari tubuhnya agar dapat dikendalikan dan diarahkan kuda tersebut dengan sempurna. Halyang sama perlu dilakukan terhadap akal manusia. Kita harus memberikan pendidikan rohaniah – yang
intipatinya adalah wahyu dan sunnah yang suci – kepadanya sehingga ia menjadi akal yang sihat dan
benar. Jika tidak, akal akan menjadi seperti senjata bermata dua sama ada digunakan sebagai alat untuk
mencipta kebaikan atau menjadi perangkap untuk mendatangkan keburukan.