Catatan Popular

Isnin, 26 September 2011

TAHU KO .......TEMPAT KEDIAMAN RUH KITA (SELEPAS MATI) DI ALAM BARZAKH

Di dalam Hadits Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ada menyatakan tempat kediaman Para Ruh di Alam Barzakh yakni sesudah manusia itu mati sebagaimana berikut:
1. Ada Ruh yang bertempat dan berdiam di suatu tempat yang tertinggi sekali yang dinamakan ‘Iliyyin dan ada Ruh yang berkumpul dengan kelompok Para Malaikat. Mereka adalah Ruh-Ruh Para Nabi ‘Alaihimus Solatu Wassalam. Namun di antara golongan inipun terdapat juga perbezaannya dan ada tingkatannya yang tersendiri, sebagaimana yang telah pernah dilihat oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada malam perjalanan Isra dan Mi’raj beliau.
2. Ada Ruh-Ruh yang bertempat tinggal dan berdiam di tempat peristirehatan burung-burung yang bulunya hijau menyedapkan pandangan, dan Ruh-Ruh itu dapat berkeliaran di dalam Syurga sesuka hatinya. Itulah Ruh-Ruh orang yang mati Syahid untuk menegakkan Kalimah Allah yang luhur dan mempertahankan ajaran Agama Islam.
3. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di pintu Syurga iaitu sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah Hadits dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang mafhumnya,“Daku melihat sahabatmu ditahan di pintu Syurga.”
4.Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam Kuburnya sendiri sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadits yang meriwayatkan bahawa seorang yang menyembunyikan pakaian rampasan perang lalu orang tersbut mati Syahid. Orang ramai menyangkakan bahawa Si Fulan tersebut pasti akan mengalami kesenangan dan keenakan kerana dapat ditentukan masuk Syurga. Tetapi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu bersabda, “Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaanNya, bahawasanya pakaian yang disembunyikan olehnya itu pasti akan menyala menjadi api yang akan membakar dirinya di dalam Kuburnya itu.”
5.Ada Ruh-Ruh yang berdiam di tepi sungai di pintu Syurga sebagaimana disebutkan dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhu bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Para Syuhada itu ada di tepi sungai di pintunya Syurga dan berada di dalam sebuah kubah yang berwarna hijau. Mereka memperoleh rezeki mereka dari Syurga pada waktu pagi dan petang.”
6. Ada Ruh-Ruh yang dipenjarakan di dalam bumi dan tidak dapat naik ke atas langit sebab memang Ruh yang hina sewajarnya menetap di dalam tanah sahaja. Ruh yang sedemikian tidak dapat berkumpul dengan Ruh-Ruh lain yang mulia dan terhormat yang ada di atas langit. Hal ini seperti halnya tidak dapat berkumpulnya antara manusia yang hina dan manusia yang mulia dan terhormat sewaktu di Dunia. Pada hakikatnya, sesudah mati Ruh manusia akan berkumpul dengan golongannya sendiri, yakni yang mulia berkumpul dengan yang mulia dan yang hina berkumpul dengan yang hina dan rendah darjatnya.
7. Ada Ruh-Ruh yang berenang di sungai yang berair darah dan menelan batu.
8. Ada Ruh-Ruh yang berdiam di tempat yang panas iaitu sebuah tungku api. Ini merupakan tempat bagi Ruh-Ruh yang ahli zina, baik yang lelaki mahupun yang perempuan.
Menurut Hadhrat Shah Waliyullah Muhaddits Dehlawi Rahmatullah ‘alaih, Ruh orang-orang selepas mati terbahagi kepada beberapa golongan seperti berikut:
1. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat tinggi yang memiliki pengaruh semesta. Mereka ini adalah golongan Insan Kamil. Mereka ini ada urusan yang bersifat semesta.
2. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat tinggi yang tertentu. Dalam golongan ini termasuklah mereka yang mati Syahid di zaman dahulu dan lain-lain yang seperti mereka, seperti Hadhrat Sayyidina Hamzah Radhiyallahu ‘Anhu dan sebagainya. Urusan mereka bersifat semesta dalam pengkhususan yang tertentu.
3. Ruh mereka yang bersatu dengan Malaikat peringkat rendah. Mereka ini ada berbagai golongan seperti Para Syuhada, Para ‘Abid dan mereka yang mencapai peringkat Zauq dalam peringkat Fana yang awal. Kegiatan mereka daripada jenis yang khusus, seperti menolong orang yang tertindas, menyempurnakan kerja-kerja tertentu yang memberi faedah kepada orang ramai, mengelakkan kejahatan tertentu dan memberi bantuan untuk mencapai kemenangan.
4. Ruh mereka yang bersatu dengan Jin. Mereka ini adalah orang-orang yang mengamalkan pelbagai jenis kejahatan. Akibatnya satu aspek timbul dari semua kejahatan mereka itu dan mereka tenggelam di dalam aspek yang satu itu. Golongan ini terbahagi kepada banyak pecahan menurut besar atau kecilnya pengaruh kejahatan itu. Mereka ini termasuklah orang-orang yang merosakkan orang-orang lain dan setengahnya membuat tindakan kezaliman dan kejahatan.
5. Ruh mereka yang berhubung dengan Jin tetapi perhubungan itu idak berapa erat. Mereka ini adalah orang-orang yang mengamalkan satu kejahatan terus menerus yang akibatnya Ruh mereka Fana dalam kejahatan itu. Mereka ini ada berbagai-bagai jenis menurut perbezaan kejahatan mereka itu.
6. Ruh mereka yang tenggelam dalam suatu jenis kebaikan.
7. Ruh mereka yang Fana dan tenggelam dalam berbagai jenis kebaikan sepertimana orang yang Fana dalam berbagai jenis kejahatan
8. Ruh mereka yang tidak Fana dalam sebarang kebaikan atau kejahatan dan tidak terpengaruh secara luar biasa oleh apa-apa kebaikan atau kejahatan. Kebanyakan manusia adalah dari jenis ini.

Sebahagian Para Ahli Hukum telah menerangkan tentang tempat kedudukan Ruh-ruh setelah mati seperti berikut:
1. Ruh Para Anbiya berada di dalam Syurga ‘Adnin. Mereka berada dalam liang yang selesa keadaan tubuh mereka. Adapun tubuh mereka sentiasa bersujud kepada Tuhan.
2. Ruh Para Syuhada berada di Syurga Firdaus dalam bentuk seekor burung yang hijau di tengah-tengah syurga itu. Mereka terbang sekehendak hati mereka lalu hinggap pada sebuah kendil yang digantungkan di ‘Arash.
3. Ruh anak-anak orang Islam berada dalam bentuk seekor burung pipit dan berterbangan di dalam Syurga.
4. Ruh anak-anak orang Musyrik berputar-putar di Syurga dan tidak punya tempat yang khusus sehinggalah ke Hari Qiyamat, lalu mereka melayani Ruh Para Mukminin.
5. Ruh Para Mukminin yang berhutang dan menganiaya akan digantung di angkasa. Mereka tidak sampai ke Syurga dan tidak pula sampai ke langit sehinggalah kerabatnya membayarkan hutangnya Dan mengadili penganiayaannya.
6. Ruh orang-orang Islam yang berdosa akan diazab dalam Kubur beserta tubuh mereka.
7. Ruh orang-orang Kafir dan Munafik akan dipenjarakan dalam Neraka Jahan

AUZUBILLAH ......ALAM BARZAKH QUBUR

ALAM Barzakh adalah Alam Qubur atau kubur iaitu alam sesudah mati. Banyak Hadits yang mengkhabarkan tentang keperitan azab yang tersedia di Alam Barzakh. Kubur akan menjadi tempat yang sempit bagi mereka yang munafiq, kafir dan tidak beriman sebaliknya akan menjadi sebuah taman dari taman-taman Syurga bagi orang- orang yang beriman dan beramal soleh. Alam Kubur merupakan tahap pertama kehidupan Akhirat dan sesiapa yang selamat dalam kehidupan kubur, maka akan selamatlah dirinya dalam kehidupan Akhirat yang seterusnya iaitu di Mahsyar, Mizan dan Sirat.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman dalam Surah ‘Abasa pada ayat 18 hingga 22 yang bermaksud,
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam Kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu itu. Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar akan melihat Neraka Jahim. Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan yang kamu megah-megahkan di Dunia itu.
Bermegah-megahan bermaksud dalam soal banyak harta, anak, pengikut, kemuliaan, dan seumpamanya telah melalaikan kamu dari ketaatan. ‘Ainul Yaqin Dan sesungguhnya hari Qiyamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan sesungguhnya Allah membangkitkan semua orang yang ada di dalam Kubur.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-‘Adiyat ayat 9 yang bermaksud,
Maka apakah dia tidak mengetahui apabila dibangkitkan apa yang ada di dalam Kubur.
FirmanNya lagi dalam Surah Al-Infitar ayat 4 yang bermaksud,
Dan apabila Kubur dibongkarkan.
FirmanNya dalam Surah Fatir ayat 22 yang bermaksud,
Dan tidaklah sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendakiNya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam Kubur dapat mendengar.
Maksudnya Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak dapat memberi petunjuk kepada orang-orang Musyrikin yang telah mati hatinya. FirmanNya dalam Surah Taubah ayat 84 yang bermaksud,
Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan RasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik.
FirmanNya dalam Surah Taha ayat 124 yang bermaksud,
Melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Haj ayat 7 yang bermaksud,
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika mentafsirkan ayat yang tersebut di atas bersabda,
“Iaitu siksa orang kafir di dalam kubur. Dan demi Zat yang jiwaku berada pada genggaman KekuasaanNya, bahawasanya Dia menguasakan 99 Tanin. Tahukah kamu semua apakah Tanin itu? Tanin adalah 99 ular yang setiap ular mempunyai sembilan kepala yang menyembur dan menyakari orang kafir hingga Hari Qiyamat dan dia akan digiring dari kuburnya dalam keadaan buta.”
Sekali peristiwa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tiba di Masjid. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat sekumpulan manusia yang sedang bersenda gurau dan bergelak ketawa lantas Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Jika sekiranya kamu senantiasa mengingat akan maut maka sudah tentu tidak akan terjadi sedemikian ini. Tiada suatu hari pun di mana Kubur tidak mengatakan bahawa, “Aku adalah tempat sesalan dan gundah gulana. Aku adalah tempat pensunyian. Aku adalah rumah bagi binatang-binatang melata.” Apabila seorang Mukmin dikebumikan maka Kubur menyambutnya dengan baik dan berkata kepadanya, “Selamat datang, alangkah bagusnya kau telah datang kepadaku. Di antara mereka yang tinggal di permukaanku, kaulah yang paling ku cintai. Kini kau telah diserahkan kepadaku, nescaya aku bertindak baik terhadapmu.” Kemudian Kubur diperluaskan sehingga sejauh matanya memandang, terbukalah padanya pintu Syurga dari mana dia merasai hawa dan keharuman Syurga. Sebaliknya apabila seorang yang berdosa dikebumikan maka Kubur menyambutnya dengan berkata, “Alangkah celakanya dan nahasnya kamu datang kepadaku, apakah gunanya kamu datang kepadaku? Di antara mereka yang tinggal di permukaanku, kaulah yang paling aku benci. Kini kau telah diserahkan kepada aku, maka akan kau lihat apa yang akan aku perbuat denganmu nanti.” Kemudian dia dihimpit oleh Kubur hingga tulang-tulang rusuknya berceragah seperti jari-jari tangan berceragahan apabila tergenggam di antara satu dengan yang lain. Kemudian sembilan puluh atau sembilan puluh sembilan ekor ular dilepaskan ke atasnya. Ular-ular itu akan menyiksanya sehingga ke Hari Qiyamat.”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Jika seekor ular itu bertempik sekali ke arah bumi maka kerana bisanya tidak akan tumbuh lagi rumput-rumput di bumi itu sehingga ke Hari Qiyamat.”
Diberitakan dalam sebuah Hadits bahawa sekali Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berada dalam satu perjalanan, dengan tak semena-mena unta yang dikenderai Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam enggan ke muka seolah-olahnya ada sesuatu yang sedang berlaku di situ.
Seorang Sahabat bertanya kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Kenapa berlaku sedemikan Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menjawab,
“Ada seorang yang sedang disiksa di dalam Kuburnya. Suara siksa Kubur itu terdengar oleh unta ini, itulah yang menyebabkan ia takut dan enggan ke muka.”
Dalam sebuah Hadits ada diberitakan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah melalui dua buah Kubur lalu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Ahli kedua-dua Kubur ini sedang disiksa. Seorangnya disiksa kerana mengumpat dan seorang lagi disiksa kerana dia tidak menjaga kebersihan ketika dia beristinja membuang air kecil.”
Dalam sebuah Hadits Hassan yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hambal Rahmatullah ‘alaih bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang bermaksud,
“Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar bunyi suara terompah kasut orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang Muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di Dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan disebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan Ihsan diletakkan dihujung dua kakinya. Ia akan didatangi Malaikat dari arah kepala, maka Solat itu berkata kepada Malaikat,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka Puasa berkata kepadanya,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian Malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka Zakat berkata kepadanya,
“Dari arahku tidak ada jalan masuk.”
Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan,
“Di bahagianku tidak ada jalan masuk.”
Maka Malaikat berkata kepadanya,
“Duduklah kamu.”
Kepada mayat itu diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam lalu Malaikat bertanya kepada mayat itu,
“Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya d an bagaimana penyaksian kamu kepadanya?”
Maka berkata mayat itu,
“Tinggalkan aku sebentar, aku hendak bersolat.”
Maka berkata Malaikat,
“Sesungguhnya engkau boleh mengerjakan Solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang lelaki (Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya dan bagaimanakah penyaksian kamu kepadanya?” Maka berkata mayat itu,
“Lelaki itu ialah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam itu adalah Pesuruh
Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.” Maka Malaikat berkata kepada mayat itu,
“Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di Akhirat, Insya Allah.” Kemudian dibuka baginya satu pintu Syurga, maka dikatakan padanya,
“Itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.” Maka bertambah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta dan disinari cahaya baginya.”
Sebaik sahaja seseorang itu dikebumikan, Malaikat Munkar dan Nakir akan datang mengajukan soalan-soalan tentang keimanan kepada Ruh manusia di dalam kubur. Yang pertama sekali adalah soalan,
“Man Rabbuka?” (Siapa Tuhan Pemelihara kamu?)
“Man Nabiyyuka?” (Siapa Nabi kamu?)
“Ma Dinuka?” (Apa Agama kamu?)
“Ma Imamuka? (Apa Pedoman kamu?)
“Man Ikhwanuka?” (Siapakah saudara-saudara kamu?)
Maka sebagai seorang Islam yang beriman hendaklah menjawab pertanyaan itu
sebagai berikut:
Allah adalah Tuhan Pemeliharaku,Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Nabiku, Islam adalah Agamaku, Al-Quran adalah pedomanku dan Seluruh kaum Muslimin adalah saudara-saudaraku.
Kemudian akan ditayangkan sebuah gambaran seorang lelaki di hadapannya dan akan ditanyakan kepadanya sama ada dia mengenali lelaki tersebut dan apakah pandangannya terhadap orang tersebut yang mana beliau adalah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Barangsiapa yang mengenali Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan mengamalkan ajaran serta Sunnah-Sunnahnya nescaya dia akan dapat mengecam lelaki tersebut, iaitulah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Barangsiapa yang tidak dapat mengecam gambaran Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka tidak syak lagi bahawa dia adalah orang yang tidak beriman dengan apa yang telah disampaikan oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Imam At-Tirmizi, Al-Hakim dan Ibnu Majah Rahmatullah ‘alaihim telah meriwayatkan sebuah Hadits dari Hadhrat ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu, bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya Alam Qubur itu adalah tahap pertama untuk Alam Akhirat. Bilamana seseorang telah selamat dalam tahap yang pertama itu, maka untuk tahap- tahap selanjutnya akan lebih ringan. Tetapi kalau tidak selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih dahsyat.”
Setiap kali Hadhrat Sayyidina ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu menziarahi perkuburan maka beliau menangis teresak-esak sehingga membasahi janggutnya yang mulia. Seorang bertanya kepada beliau,
“Tuan tidak pernah menangis tatkala Tuan mendengar perkhabaran- perkhabaran tentang Syurga dan Neraka sepertimana Tuan menangis ketika menziarahi perkuburan ini.”
Hadhrat ‘Utsman Ibnu ‘Affan Radhiyallahu ‘Anhu menjawab,
“Kubur ini adalah merupakan tempat persinggahan yang pertama dalam perjalanan menuju ke Alam Akhirat. Barangsiapa yang telah selamat di tempat persinggahan yang pertama ini maka persinggahan-persinggahan yang berikut akan dipermudahkan baginya. Sebaliknya, barangsiapa yang gagal di tempat persinggahan yang pertama ini maka dia akan mengalami berbagai kesulitan di persinggahan-persinggahan yang berikutnya.”
Selanjutnya beliau berkata,
“Aku mendengar Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda;
“Tidak pernah aku menyaksikan sesuatu pemandangan yang lebih menakutkan daripada kejadian-kejadian yang berlaku di dalam Kubur.”
Hadhrat Sayyidina ‘Umar Ibnul Khattab Radhiyallahu ‘Anhu telah meriwayatkan sebuah Hadits bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,
“Seorang mayat akan disiksa dalam Kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya.”
Hadhrat Zaid Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda mafhumnya,
“Aku khuatir kamu tidak akan mengebumikan mayat-mayat lantaran gentar dan takut jika aku berdoa kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala supaya Dia mempersaksikan kepada kamu akan keadaan dan azab siksa Kubur. Setiap makhluk pernah mendengar suara siksa Kubur kecuali makhluk-makhluk manusia dan jin.”
Dalam Hadits ada dijelaskan bahawa Ruh-Ruh itu menduduki tempat-tempat yang tertentu dan ada yang berterbangan bersama Para Malaikat, menduduki pada tempat-tempat yang tertentu di langit, dalam kubur dan juga di angkasa bersama dengan golongan-golongan yang tertentu pula.
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya,
“Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh Para Malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu orang-orang yang mati Syahid, orang- orang yang mengerjakan Solat malam dalam bulan Ramadhan dan orang-orang yang berpuasa di hari ‘Arafah.”
Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda yang mafhumnya,
“Bahawasanya kubur itu merupakan satu taman dari taman-taman Syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang Neraka.”
Hadhrat ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha memberitakan bahawa selepas tiap-tiap Solah adalah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memohon perlindungan dari siksa Kubur. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selalu berdoa dengan doa berikut,
“Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari azab Neraka Jahannam, dan dari azab siksa Qubur, dan dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah Dajal Al-Masih.”
Dari Hadhrat Mu’adz Ibnu Jabal Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya,
“Tiada seseorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa Kubur daripada Zikrullah.”
Menurut sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus, dari Hadhrat Mu’adz Radhiyallahu ‘Anhu berkata bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Mengingati Para Nabi adalah sebahagian dari Ibadah, dan mengingati Para Solihin adalah merupakan Kaffarah, dan mengingati Maut adalah Sadaqah, dan mengingati Qubur akan mendekatkan kamu kepada Syurga.”
Dalam sebuah Hadits yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Tabrani Rahmatullah ‘alaih, bahawa Hadhrat ‘Uqbah Ibni Amir Radhiyallahu ‘Anhu berkata, bahawa Hadhrat baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Sesungguhnya Sedekah dapat menghindarkan dari ahlinya akan kepanasan azab Qubur dan adapun sesungguhnya orang beriman hanya dapat bernaung pada Hari Qiyamat di bawah naungan Sedekahnya.”
Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radhiyallahu ‘Anhu telah ditanya tentang ke mana Ruh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka beliau berkata,
Ruh itu menuju ke tujuh tempat. Ruh Para Nabi dan Rasul menuju ke Syurga ‘Adnin, Ruh Para ‘Ulama menuju ke Syurga Firdaus, Ruh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga ‘Illiyyin, Ruh Para Syuhada berterbangan seperti burung di Syurga mengikut kehendak mereka, Ruh Para Mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai Hari Qiyamat, Ruh anak-anak orang beriman akan berada di gunung dari minyak Misik, Ruh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka disiksa berserta jasadnya hingga sampai Hari Qiyamat.”

MAQAM SYUKUR : DARI RISALAH AL QUSYAIRIYAH


Allah SWT berfirman,
“Jika kamu sekalian bersyukur, maka Aku (Allah) akan memberikan tambahan nikmat kepada kamu sekalian”.

Dari Yahya bin Ya’la dari Abu Khubab dari Atha’ diceritakan bahwa ia bertemu Aisyah RA bersama Ubaid bin Umair, lalu mengatakan, “Berikanlah kami berita tentang sesuatu yang paling mengagumkan dari RasuluLlah SAW yang pernah engkau lihat”.
Aisyah menangis lantas menjawab, “Keadaan RasuluLlah yang mana yang tidak mengagumkan ? di waktu malam Beliau datang kepadaku. Beliau masuk ke tempat tidur bersamaku sehingga kulitku bersentuhan dengan kulitnya. Beliau mengatakan, Wahahai putri Abu Bakar, tinggalkanlah diriku, saya sedang beribadah kepada Tuhanku”.
“Saya ingin lebih dekat denganmu”. Pintaku. Wanita agung ini lantas minta izin untuk mengambil gerabah air. Beliau berwudhu dan menuangkan air begitu banyak. Setelah itu RasuluLlah SAW berdiri dan mengerjakan shalat. Beliau menangis sehingga air matanya bercucuran sampai ke dadanya. Beliau ruku’, sujud, dan mengangkat kepala dan masih dalam keadaan menangis. Beliau selalu seperti itu sampai Bilal datang, kemudian menyerukan azan untuk mengerjakan shalat. Aku  bertanya kepada RasuluLlah SAW, “Ya RasuluLlah SAW, apa yang membuatmu menangis, padahal Allah SWT telah mengampuni dosamu baik yang telah lalu maupun yang akan datang ?”
Beliau menjawab, “Apakah saya tidak boleh menjadi hamba yang bersyukur. Kenapa saya tidak berbuat yang demikian, sedangkan Allah SWT menurunkan kepadaku ayat :
Inna fii khalqissamaawaati……sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, perbedaan siang dan malam , kapal yang berlayar di lautan (membawa) barang yang berfaedah bagi manusia, hujan yang diturunkan dari langit, lalu dihidupkan-Nya dengan air tersebut bumi yang telah mati, berkeliaran di atasnya tiap-tiap yang melata, angin yang bertiup dan awan yang terbentang antara langit dan bumi, sesungguhnya semua itu merupakan ayat-ayat bagi orang yang berfikir. (QS Al-Baqarah 164).
Atas pandangan ini dapat   ditarik pengertian bahwa Allah SWT selalu bersyukur, artinya Allah SWT akan membalas hamba-Nya yang bersyukur. Pembalasan ini dinamakan syukur sebagaimana firman Allah SWT :
Dan pembalasan orang yang berbuat jahat adalah kejahatan yang setimpal. (QS. Asy-Syura 40)
Menurut satu pendapat, bersyukurnya Allah SWT adalah memberikan pahala atas perbuatan pelakunya sebagaimana ungkapan bahwa hewan yang bersyukur adalah hewan yang gemuk karena selalu diberi makan. Hal ini dapat dikatakan bahwasanya hakikat syukur adalah memuji yang memberikan kenikmatan dengan mengingat kebaikannya. Bersyukurnya hamba kepada Allah SWT adalah memuji-Nya dengan mengingat kebaikan-Nya. Sedangkan syukurnya Allah SWT kepada hambanya bearti Allah SWT memuji kepadanya dengan mengingat kebaikannya. Perbuatan baik hamba adalah ta’at kepada Allah SWT sedangkann perbuatan baik Allah SWT terhadap hambanya adalah memberikan kenikmatan dengan memberikan pertolongan sebagai tanda syukur. Hakikat syukur bagi hamba adalah ucapan lisan dan pengakuan hati terhadap kenikmatan yang telah diberikan oleh Tuhan.
Syukur terbagi menjadi tiga, Pertama syukur dengan lisan. Yakni mengakui kenikmatan yang telah diberikan oleh Allah SWT dengan sikap merendahkan diri. Kedua, syukur dengan badan, yakni bersikap selalu sepakat dan melayani (mengabdi) kepada Allah SWT dengan konsisten menjaga keagungan-Nya. Syukur lisan adalah syukurnya orang berilmu, ini dapat direalisasikan dengan bentuk ucapan. Syukur dengan badan adalah syukurnya ahli ibadah. Ini dapat direalisasikan dengan bentuuk perbuatan. Syukur dengan hati adalah syukurnya orang ahli ma’rifat. Ini dapat direalisasikan dengan semua hal ihwal hanya untuk Allah secara konsisten.
Menurut Abu Bakar Al-Waraq, yang dimaksud mensyukuri nikmat adalah memperhatikan pemberian dan menjaga kehormatan. Menurut Hamdun Al-Qashar yang dimaksud mensyukuri nikmat adalah memperhatikan dirinya meskipun tidak diundang. Menurut Al-Junaid, yang dimaksud syukur adalah sebab, karena dia mencari dirinya yang telah memperoleh kelebihan. Dia selalu menghadap Allah SWT karena memperoleh bagian dirinya. Menurut Abu Utsman, yang dimaksud syukur adalah mengetahui kelemahan syukur itu sendiri.
Ada yang berpendapat, bahwa syukur di atas syukur adalah lebih sempurna dari syukur itu sendiri. Artinya kita harus memperhatikan syukur karena merasa telah mendapatkan pertolongan dari Allah SWT berupa kenikmatan. Kita bersyukur di atas syukur dan bersyukur di atas syukurnya syukur sampai kepada sesuatu  yang tidak ada puncaknya. Menurut yang lain, yang dimaksud syukur adalah menyandarkan berbagai kenikmatan kepada Allah SWT dengan sikap merendah diri. Menurut Al-Junaid yang dimaksud syukur adalah tidak menganggap dirinya sendiri sebagai pemilik kenikmatan. Sedangkan menurut Ruwaim, yang dimaksud syukur adalah melepaskan kemampuan, merasa semua itu adalah pemberian Allah bukan atas usahanya sendiri.
Menurut satu pendapat, yang dimaksud syakir orang yang bersyukur adalah orang yang mensyukuri sesuatu yang ada. Sedangkan  yang dimaksud syakur (orang yang ahli bersyukur) adalah orang yang ahli mensyukuri sesuatu yang tidak ada. Menurut pendapat yang lain, yang dimaksud syakir adalah orang yang mensyukuri pemberian, sedangkan yang dimaksud syakur adalah orang yang mensyukuri penolakan. Menurut sebagian ulama, yang dimaksud syakir adlah orang yang mensyukuri pencegahan. Menurut sebagian yang lain lagi, yang dimaksud syakir adalah orang yang mensyukuri pemberian, dan yang dimaksud syakur adalah orang yang mensyukuri cobaan. Menurut sebagian ulama, yang dimaksud syakir adalah orang yang mensyukuri kemurahan, sedang yang dimaksud syakur adalah orang yang mensyukuri penangguhan.
Al-Junaid berkata, “saya bermain di depan Syaikh Sarry As-Saqathi ketika aku berumur  tujuh tahun. Di hadapannya terdapat sekelompok orang yang sedang membicarakan syukur. Dia mengatakan kepadaku, “Wahai anak kecil, apa itu syukur ?” Saya menjawab, ‘Tidak mempergunakan nikmat untuk bermaksiyat kepada Allah SWT’. Beliau mengatakan, “Lisanmu hampir saja mendapatkan bagian dari Allah SWT”. Kemudian Al-Junaid berkata, ‘saya selalu menangis apabila mengingat kata-kata yang diucapkan oleh Sariy’”.
Menurut As-Syibly, yang dimaksud syukur adalah memperhatikan Dzat yang memberikan kenikmatan, bukan kepada kenikmatan-Nya. Menurut satu pendapat, yang dimaksud syukur adalah mengatur sesuatu yang telah ada mencari sesuatu yang belum ada. Menurut Abu Utsman, yang dimaksud syukur orang awam adalah orang yang bersyukur kepada yang memberikan makanan dan pakain. Sedangkan yang dimaksud syukurnya orang khawash adalah orang yang bersyukur kepada sesuatu yang terlintas di dalam hati.
Menurut satu ungkapan, Nabi Dawud AS pernah mengatakan, “Yaa Tuhan, bagaimana saya bersyukur kepada-Mu sedangkan syukurku kepada-Mu adalah ni’mat darimu.” Maka Allah SWT menurunkan wahyu kepadanya :”Dawud sekarang Engkau telah bersyukur kepada-Ku”.
Demikian juga yang terjadi pada Nabi Musa AS ketika bermunajat kepada Allah, “Yaa Allah Engkau telah menciptakan Nabi Adam dengan kekuasaan-Mu dan berbuat demikian…demikian…. Bagaimana tentang syukurku ?” Allah SWT berfirman, “Adam mengetahui hal-hal itu dari-Ku. Oleh karena itu kema’rifatannya merupakan syukur kepada-Ku”.
Menurut satu cerita, seorang laki-laki  memasuki rumah Sahal bin AbduLlah. Dia mengadukan sesuatu kepadanya, “Sesungguhnya seorang pencuri telah memasuki rumahku dan mengambil barang daganganku.” Setelah itu pencuri mengatakan, “Bersyukurlah kepada Allah SWT. Seandainya ada pencuri memasuki hatimu, sedang ia adalah setan kemudian ia merusak tauhidmu, apa yang harus kau kerjakan ?”
Menurut satu pendapat, yang dimaksud syukur kedua mata adalah menutupi cacatnya teman yang pernah kita lihat. Sedangkan yang dimaksud syukurnya kedua telinga adalah menutupi cacatnya teman yang pernah kita dengar. Menurut yang lain, yang dimaksud syukur adalah merasa senang dengan pemberian yang belum pernah didapatkan.
Al-Junaid mengatakan, Syaikh Sariy apabila hendak menolongku dia bertanya kepadaku. Suatu hari ia bertanya kepadaku, “Wahai Abul Qasim, apa syukur itu ?”
“Jangan meminta pertolongan agar mendapatkan kenikmatan dari Allah SWT” .
“Dari mana hal itu kau peroleh ?”
“Dari tempat-tempat pengajianmu”
Menurut satu pendapat, Hasan bin Ali pernah metapkan syukur sebagai rukun. Dia juga pernah mengatakan, “Ya Tuhan Engkau telah memberikan kenikmatan kepadaku, tetapi Engkau tidak mendapati diriku sebagai orang yang bersyukur. Engkau telah memeberikan cobaan kepadaku, namun Engkau tidak mendapati diriku sebagai orang yang sabar. Engkau tidak pernah menghilangkan kenikmatan hanya disebabkan tidak adanya syukur dan Engkau tidak pernah menimpakan kesusahan disebabkan tidak adanya sabar. Ya Tuhan tiada Dzat Yang Maha Mulia kecuali kemuliaan-Mu”.
Sebagian ulama mengatakan, “apabila engkau perpendek tanganmu untuk menghindari balasan, maka panjangkanlah lisanmu dengan bersyukur”.
Menurut satu pendapat, ada empat perbuatan yang tidak menghasilkan buah. Pertama, orang tuli yang berbicara. Kedua, orang yang memberikan kenikmatan kepada orang yang tidak pernah bersyukur. Tiga, orang yang menanam biji-bijian di tanah yang keras. Ke empat, orang yang menyalakan lampu di tengah sinar matahari”.
Ketika Nabi Idris AS diberi ampunan, Beliau bertanya tentag kehidupan. Beliau kemudian balik ditanya oleh malaikat, “Untuk apa?”.
“Untuk mensyukurinya, karena sebelumnya saya tidak pernah berbuat untuk mendapatkan ampunan”.
Setelah itu Malaikat menurunkan sayapnya dan membawa Nabi Idris AS ke langit.
Dalam cerita yang lain dijelaskan salah seorang dari para Nabi menemukan batu kecil yang mengeluarkan air begitu banyak. Dia sangat mengaguminya. Maka kemudian Allah SWT memberikan kemampuan kepada batu tersebut untuk berbicara.
“Saya pernah mendengar Allah SWT berfirman, “Takutlah kepada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan bebatuan”. (QS. Al-baqarah 24).
“Saya (batu) menangis karena takut kepada Allah SWT”. Kata sang batu.
Nabi tersebut kemudian mendoakan agar Allah SWT menyelamatkan batu itu. Setelah itu Allah SWT menurunkan wahyu kepada sang Nabi, “Aku telah menyelamatkan batu itu dari api neraka”.
Sang Nabi kemudian pergi. Dan setelah kembali dia melihat air masih memancar dari batu tersebut, karenanya sang Nabi merasa heran. Allah SWT kembali memberikan kemampuan kepada batu tersebut untuk berbicara. Maka Nabi lantas bertanya, “Mengapa engkau masih menangis ?”
“Allah SWT telah mengampuniku.” Jawab sang batu.
Nabi itu kemudian berkata seraya pergi, “Yang pertama ia menangis karena berduka cita dan takut, sedangkan yang kedua ia menangis karena bersyukur dan bahagia”.
Menurut satu pendapat, yang dimaksud orang yang mensyukuri kelebihan adalah orang yang mendapatkan kenikmatan. Allah SWT berfirman, “Jika kamu bersyukur maka Aku Allah akan memberikan tambahan kepada kamu sekalian”. (QS Ibrahim 7).
Sedangkan yang dimaksud orang yang bersabar adalah orang yang mendapatkan cobaan.
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” (QS. Al-Anfal 46).
Sekelompok orang datang kepada Umar bin Abdul Aziz. Diantara mereka terdapat seorang pemuda yang sedang berpidato. Umar bin Abdul Aziz berkata, “Hindarilah kesombongan”.
Dijawab, “Seandainya urusan ini dikaitkan dengan umur, maka tentu diantara orang-orang Islam terdapat orang yang lebih berhak memegang jabatan khalifah,” Jawab sang pemuda.
“Bicaralah”.
“Kami bukan utusan raghbah (para pecinta) dan bukan pula termasuk rahbah (orang-orang yang takut kepada Allah). Yang dimaksud raghbah adalah orang-orang yang mendapatkan keutamaan, sedang yang dimaksud rahbah adalah orang yang mendapatkan keadilan.”
“Siapa kalian sebenarnya? “. Tanya khalifah Umar bin Abdul Aziz.
“Kami adalah utusan syukur. Kami datang ke sini untuk bersyukur dan berpaling”.
Menurut satu pendapat, Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Musa AS “Kasihanilah hamba-hamba-Ku yang mendapatkan cobaan dan keselamatan”.
“Bagaimana halnya dengan orang-orang yang selamat ?” Tanya Musa AS.
“karena sedikitnya mereka bersyukur terhadap keselamatan yang telah Kuberikan .”Jawab Allah.
Menurut pendapat yang lain, memuji ditujukan kepada jiwa, sedangkan syukur ditujukan kepada kenikmatan panca indera. Menurut sebagian ulama, memuji adalah permulaan dan bersyukur adalah tebusan. Dalam hadits sahih disebutkan bahwasanya permulaan orang yang dipanggil ke surga adalah orang-orang yang memuji Allah SWT dalam segala hal. Menurut sebagian yang lain memuji Allah SWT ditujukan kepada sesuatu yang diberikan, sedangkan syukur ditujukan kepada sesuatu yang dikerjakan.

MAQAM SYUKUR

Pengertian syukur secara terminologi berasal dari kata bahasa Arab, yang berarti berterima kasih kepada atau berati pujian atau ucapan terima kasih atau peryataan terima kasih. Sedangkan dalam kamus besar bahasa Indonesia syukur memiliki dua arti yang pertama, syukur berarti rasa berterima kasih kepada Allah dan yang kedua, syukur berarti untunglah atau merasa lega atau senang . Sedangkan salah satu kutipan lain menjelaskan bahwa syukur adalah gambaran dalam benak tetang nikmat dan menampakkannya ke permukaan.

Lain hal dengan sebagaian ulama yang menjelaskan syukur berasal dari kata ‘’syakara’’ yang berarti membuka yang dilawan dengan kata ‘’kufur’’ yang berarti ‘’menutup atau melupakan segala nikmat dan menutup-nutupinya.

Hal ini berdasarkan ayat 7 surat Ibrahim sbb : [14:7] Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”. Serta dalam surat An-Naml ayat 40 yang dilakukan oleh nabi sulaiman as sbb: [27:40] Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari AI Kitab: “Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip”. Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan ni’mat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia”. Jadi hakikat syukur yang sebenarnya adalah ‘’ menampakan nikmat dengan artian bahwa syukur adalah menggunakan pada tempat dan sesuai dengan yang dikehendaki oleh pemeberinya yaitu Allah SWT


Jenis Nikmat


1. Nikmat Jasmani / Fisik
Nikmat fisik adalah suatu kenikmatan yang dirasakan oleh tubuh kita. Contohnya seperti nikmat sehat, nikmat makanan dan minuman, nikmat bersetubuh, nikmat angin sepoi-sepoi, dan lain-lain.

2. Nikmat Rohani / Mental
Nikmat rohani adalah nikmat yang dirasakan oleh roh atau jiwa kita. Contoh nikmat jiwa yakni nikmat ilmu pengetahuan, nikmat akal pikiran, nikmat perasaan, dan lain sebagainya.

Contoh Perilaku Bersyukur Kepada Tuhan Allah SWT

1. Bersyukur dengan Hati dan Perasaan, yaitu dengan mengakui bahwa hanya Allah Sang Pemberi Nikmat, segala bentuk kenikmatan yang diperoleh dari manusia semata-mata dari-Nya, seperti contoh dengan cara :
- Menghindari perilaku buruk yang dibenci manusia dan Allah SWT seperti kikir, ria, fasik, mungkar, keji, dendam, sombong, takabur, munafik, dan sebagainya.
- Hati selalu ingat (dzikir) kepada Allah SWT dan juga mengingat mati.
- Memiliki perasaan cinta kepada Allah SWT dan Rasulnya melebihi apapun juga.
- Mengejar kenikmatan akhirat untuk masuk surga.

2. Beryukur dengan Mulut / Ucapan, syukur dengan lisan, yaitu mengungkapkan secara lisan, menceritakan nikmat yang didapat, yakni dengan cara :
- Terbiasa Membaca Al-Quran atau tadarus
- Menyebarkan dan mengajarkan ilmu yang dimiliki
- Selalu ingat Allah dengan berzikir di manapun dan kapanpun kita berada seperti tahlil, tahmid, istigfar, hauqalah, takbir, ta'awudz, dan lain sebagainya
- Senantiasa berdoa kepada Allah untuk mendoakan diri sendiri, keluarga, kerabat, musuh, dan lain sebagainya.

3. Bersyukur dengan Amal Perbuatan, yakni beramal dengan ketaatan kepada Allah
- Melakukan ibadah sholat lima waktu
- Melaksanakan ibadah puasa wajib dan sunat
- Melaksanakan semua perintah Allah SWT dan menjauhi semua larangannya
- Berperang dan berjihad di jalan Allah SWT
- Belajar dan mengajarkan ilmu yang telah didapat
- Tolong-menolong sesama manusia
- Melaksanakan ibadah zakat dan haji jika mampu dan memenuhi syarat

4. Bersyukur dengan Harta Benda, adalah dengan menyalurkan hartanya kepada mereka yang membutuhkan
- Membantu orang-orang yang membutuhkan pertolongan finansial
- Menabung di bank syariah yang jauh dari praktek riba
- Membangun mushala, masjid, sekolah, jembatan, dan sebagainya
- Menyumbang dana untuk membiayai perang jihad
- Membuat rumah sakit umum
- Mendirikan panti asuhan dan panti jompo islam
5. Bentuk shukur orang yang memperoleh kenikmatan berupa jabatan dan kekuasaan adalah dengan memberikan perlindungan, keadilan, kesejahteraan dan kemakmuran terhadap orang-orang yang ada dalam kekuasaannya.

Manfaat dari syukur adalah menjadikan anugerah kenikmatan yang didapat menjadi langgeng, dan semakin bertambah. Ibn ‘Ata’illah memaparkan bahwa jika seorang salik tidak menshukuri nikmat yang didapat, maka bersiap-siaplah untuk menerima sirnanya kenikmatan tersebut. Dan jika dia menshukurinya, maka rasa shukurnya akan menjadi pengikat kenikmatan tersebut.

 Allah berfirman: (Jika kalian bershukur [atas nikmat-Ku) niscaya akan kutambah [kenikmatan itu]).
Jika seorang salik tidak mengetahui sebuah nikmat yang diberikan Allah kepada-Nya, maka dia akan mengetahuinya ketika nikmat tersebut telah hilang. Hal inilah yang telah diperingatkan oleh Ibn ‘Ata’illah.

Lebih lanjut Ibn ‘Ata’illah menambahkan hendaknya seorang salik selalu bershukur kepada Allah sehingga ketika Allah memberinya suatu kenikmatan, maka dia tidak terlena dengan kenikmatan tersebut dan menjadikan-Nya lupa kepada Sang Pemberi Nikmat.

Meskipun pada dasarnya semua kenikmatan pada hakikatnya adalah dari Allah, shukur kepada makhluk juga menjadi kewajiban seorang salik. Dia harus bershukur terhadap apa yang telah diberikan orang lain kepadanya, karena hal ini adalah suatu tuntutan shari‘at, seraya mengakui dan meyakini dalam hati bahwa segala bentuk kenikmatan tersebut adalah dari Allah.

Pengejawantahan shukur tetap harus dilandasi dengan menanggalkan segala bentuk angan-angan dan keinginan. Akal adalah kenikmatan paling agung yang diberikan Allah kepada manusia. Karena akal inilah manusia menjadi berbeda dari sekalian makhluk. Namun, dengan kelebihan akal ini pula manusia memiliki potensi untuk bermaksiat kepada Allah.
Dengan akal ini manusia dapat berpikir, berangan-angan, dan berkehendak. Sehingga manusia memiliki potensi untuk mengangan-angankan dan menginginkan suatu bentuk kenikmatan yang akan diberikan oleh Allah. Hal inilah yang harus ditiadakan dalam pengejawantahan shukur.

Allah swt. berfirman:

"Jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat pemberian Ku) kepadamu." (Q.s. Ibrahim: 7)
Diriwayatkan oleh Yahya bin Ya’la dari Abu Khabab, dari Atha’ yang berkata, "Aku bersama Ubaid bin Umair mengunjungi Aisyah r.a. dan berkata kepadanya, ‘Ceritakanlah kepada kami sesuatu yang paling mengagumkan yang Anda lihat pada Rasulullah. saw.!’
Beliau menangis dan bertanya, ‘Adakah yang beliau lakukan, yang tidak mengagumkan? Suatu malam, beliau datang kepadaku, dan kami tidur di tempat tidur hingga tubuh beliau bersentuhan dengan tubuhku. Setelah beberapa saat, beliau berkata, ‘Wahai putri Abu Bakr, izinkanlah aku bangun untuk beribadat kepada Tuhanku!’ Aku menjawab, "Saya senang berdekatan dengan Anda,’ tapi aku mengizinkannya. Kemudian beliau bangun, pergi ke tempat kantong air dan berwudhu dengan mencucurkan banyak air, lalu shalat. Beliau mulai menangis hingga air matanya membasahi dadanya, kemudian beliau ruku’ dan terus menangis, lalu sujud dan terus menangis, lalu mengangkat kepala dan terus menangis.

Terus menerus beliau dalam keadaan demikian sampai Bilal datang dan memanggil beliau untuk shalat subuh. Aku bertanya kepada beliau, ‘Apakah yang menyebabkan Anda menangis wahai Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampuni dosa dosa Anda, baik yang dahulu maupun yang akan datang?’ Beliau menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur? Bagaimana aku tidak akan menangis sedangkan Allah telah menurunkan ayat ini kepadaku:
‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang diturunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mau menggunakan akal.’ (Q.s. Al Baqarah: 164)."

Dengan ayat ini, Allah swt. memiliki sifat syakur. Artinya, memberi pahala hamba yang bersyukur, sebagai balasannya adalah diterimanya syukur itu sendiri.

Sebagaimana difirmankanNya, "Balasan bagi tindak kejahatan adalah kejahatan yang serupa." (Q.s. Asy Syura: 40).

Dikatakan bahwa bersyukurnya Allah adalah pemberian balasan yang melimpah bagi amal yang sedikit, seperti kata pepatah, "Seekor binatang dikatakan bersyukur, jika ia mencari makanan melebihi jerami yang diberikan kepadanya." Kita mungkin dapat mengatakan bahwa hakikat bersyukur adalah memuji Sang Pemberi kebaikan dengan mengingat ingat anugerah yang telah diberikan Nya. Jadi bersyukurnya seorang hamba kepada Allah swt. adalah pujian kepada Nya dengan mengingat ingat anugerah Nya kepadanya. Sebaliknya, bersyukurnya Allah swt. kepada hamba Nya adalah dengan mengingat kebaikan hamba kepada Nya. Kebaikan si hamba adalah kepatuhan kepada Allah swt, sedangkan kebaikan Allah adalah memberikan rahmat Nya kepada si hamba dengan menjadikan ia mampu menyatakan syukur kepada Nya. Syukur seorang hamba, Pada hakikatnya mencakup syukur secara lisan maupun penegasan dalam hati atas anugerah dan rahmat Allah swt.

Syukur dibagi menjadi: Syukur dengan lisan, yang berupa Pengakuan atas anugerah dalam derajat kepasrahan, dan syukur dengan tubuh, yang berarti mengambil sikap setia dan mengabdi; syukur dengan hati, adalah tentram dalam latar musyahadah dengan terus menerus melaksanakan pemuliaan. Dikatakan bahwa kaum cendekiawan bersyukur dengan lidah mereka, kaum pecinta bersyukur dengan perbuatan mereka, dan kaum ‘arifin bersyukur dengan istiqamah mereka terhadap Nya di dalam semua perilaku mereka.

Abu Bakr al Warraq berkata, "Syukur atas nikmat adalah memberikan musyahadah terhadap, anugerah tersebut dan menjaga penghormatan."
Hamdun al Qashshar menegaskan, "Bersyukur atas anugerah adalah bahwa engkau memandang dirimu sebagai parasit dalam syukur."
Al-junayd berkomentar, "Ada cacat dalam bersyukur, karena manusia yang bersyukur melihat peningkatan bagi dirinya sendiri; jadi ia sadar di sisi Allah swt. lebih dari bagian dirinya sendiri."

Abu Utsman berkata, "Syukur berarti mengenal kelemahan dari syukurnya itu sendiri."
Dikatakan, "Bersyukur atas kemampuan untuk bersyukur adalah lebih lengkap daripada bersyukur saja. Dengan cara memandang bahwa rasa bersyukur Anda datang karena Dia telah memberikan taufik Nya. Dan taufiq Nya itu termasuk nikmat yang diperuntukkan bagi diri Anda. Jadi Anda bersyukur atas kesyukuran Anda, dan kemudian Anda bersyukur terhadap kesyukuran atas kesyukuran Anda, sampai tak terhingga."
Dikatakan, "Bersyukur adalah menisbatkan anugerah kepada pemiliknya yang sejati dengan sikap kepasrahan."

Al-junayd mengatakan, "Bersyukur adalah bahwa engkau tidak memandang dirimu layak menerima nikmat."
Ruwaym menegaskan, "Bersyukur adalah engkau menghabiskan seluruh kemampuanmu."
Dikatakan, "Orang yang bersyukur adalah orang yang bersyukur atas apa yang ada, dan orang yang sangat bersyukur adalah yang bersyukur atas apa yang tidak ada."

Dikatakan, "Orang yang bersyukur berterimaksih atas pemberian, tapi orang yang sangat bersyukur (Syakur) berterimakasih karena tidak diberi." Dikatakan juga, "Orang yang bersyukur berterimakasih atas pemberian, dan orang yang sangat bersyukur berterimakasih atas kemelaratan."
Dikatakan, "Orang yang bersyukur berterimakasih manakala anugerah diberikan, dan orang yang sangat bersyukur berterimakasih manakala anugerah ditunda."

Al-junayd menjelaskan, "Suatu waktu, ketika aku masih berumur tujuh tahun, aku sedang bermain main di hadapan as-Sary, dan sekelompok orang yang sedang berkumpul di hadapannya, berbincang tentang syukur. Ia bertanya kepadaku, ‘Wahai anakku, apakah bersyukur itu?’ Aku menjawab, ‘Syukur adalah jika orang tidak menggunakan nikmat Allah untuk bermaksiat kepada Nya.’ Ia mengatakan, ‘Derajatmu di sisi Allah akan segera engkau peroleh melalui lidahmu, nak’!" Al-junayd mengatakan, ‘Aku senantiasa menangis mengingat kata kata as Sary itu."
Asy-Syibly menjelaskan, "Syukur adalah kesadaran akan Sang Pemberi nikmat, bukan memandang nikmat itu sendiri."
Dikatakan, "Syukur adalah kendali yang ada serta jerat bagi apa yang tiada."

Abu Utsman berkata, "Kaum awam bersyukur karena diberi makanan dan pakaian, sedangkan kaum khawash bersyukur atas makna makna yang datang di hati mereka."

Dikatakan bahwa Daud as. bertanya, "Ilahi, bagaimana aku dapat bersyukur kepacla Mu, sedangkan bersyukurku itu sendiri adalah nikmat dari Mu?" Allah mewahyukan kepadanya, "Sekarang, engkau benar benar telah bersyukur kepada Ku."

Dikatakan bahwa Musa as. mengatakan dalam doa munajatnya, "Ya Allah, Engkau telah menciptakan Adam dengan Tangan Mu, dan Engkau telah begini dan begitu. Bagaimana ia bersyukur kepada Mu?" Allah Menjawab, "Ia mengetahui bahwa semua itu berasal dari Ku, dan dengan begitu pengetahuannya tentang semua itu adalah syukurnya kepada Ku."
Diriwayatkan bahwa salah seorang Sufi mempunyai sahabat yang ditahan oleh Sultan. Sufi itu diminta supaya datang, dan sahabatnya itu mengatakan kepadanya, "Bersyukurlah kepada Allah swt.! " Lalu sahabatnya itu didera, dan ia menulis surat kepada si Sufi, "Bersyukurlah kepada Allah swt.! " Kemudian seorang Majusi yang sedang sakit perut didatangkan dan dibelenggu, salah satu borgol rantainya dikenakan pada kaki sahabat, dan borgol lainnya dikenakan pada kaki Majusi. Pada malam hari, si Majusi sering bangun, yang berarti sahabat itu terpaksa ikut bangun sampai si Majusi selesai melepaskan hajatnya. Ia lalu menulis surat kepada sahabatnya, "Bersyukurlah kepada Allah swt.!" Sahabatnya (si Sufi) bertanya, "Berapa lama engkau akan mengatakan kalimat ini: Cobaan apa yang lebih berat dari ini?" Sahabatnya menjawab, "Jika sabuk yang dikenakan orang kafir pada pinggangnya dikenakan pada pinggangmu, sebagaimana belenggu kakinya juga dikenakan pada kakimu, maka apa yang akan engkau perbuat?"
Seseorang mendatangi Sahl bin Abdullah dan mengatakan kepadanya, "Seorang pencuri telah memasuki rumahku dan mencuri barang barangku!" Sahl berkata, "Bersyukurlah kepada Allah swt.! Seandainya sang pencuri itu, yaitu setan, memasuki hatimu dan merusak tauhid, apa yang akan engkau perbuat?".

Dikatakan,
"Syukurnya kedua belah mata adalah bahwa engkau menyembunyikan cacat yang engkau lihat pada sahabatmu, dan syukurnya kedua telinga adalah engkau menyembunyikan cacat yang engkau dengar tentang dirinya."

"Syukur adalah menyibukkan diri dalam memujiNya karena Dia telah memberimu apa yang engkau tidak pantas menerimanya."

Al-Junayd menuturkan, "Manakala as-Sary berkehendak untuk mengajarku, biasanya ia mengajukan sebuah pertanyaan kepadaku. Suatu hari ia bertanya kepadaku, ‘Wahai al-Junayd, apakah syukur itu?’ Aku menjawab, ‘Syukur adalah jika tidak satu bagian pun dari nikmat Allah swt. digunakan untuk bermaksiat kepada Nya.’ Ia bertanya lagi, ‘Bagaimana engkau sampai pada (pengetahuan) ini.’ Aku menjawab, ‘Bersama majelis-majelis Anda’."

Diceritakan bahwa al-Hasan bin Ali pernah bergayut pada sebuah tiang dan bermunajat, "Tuhanku, Engkau telah memberi nikmat aku, namun tidak Engkau dapati aku bersyukur. Engkau telah mengujiku, namun tidak Engkau dapati aku bersabar. Namun Engkau tidak mencerabut nikmat karena aku tidak bersyukur, dan tidak melanggengkan bencana ketika kutinggalkan kesabaran. Tuhanku, tidak ada yang datang dari Yang Maha Pemurah, kecuali kemurahan."

Dikatakan, ‘Jika tangan mu tidak bisa engkau gunakan, maka engkau mesti lebih banyak mengucap syukur dengan lisanmu. "
Dikatakan pula, "Ada empat amal yang tidak berbuah: Mempercayakan rahasia kepada orang yang bisu, memberi nikmat kepada orang yang tidak mau bersyukur, menebar benih di tanah yang tandus, dan menyalakan lampu di bawah cahaya matahari."

Juga dikatakan bahwa ketika Idris as. memperoleh kabar gembira pengampunan, beliau memohon diberi panjang umur. Ketika ditanya tentang permohonannya itu, beliau menjawab, "Agar aku dapat bersyukur kepada Nya, karena sebelum ini aku telah berjuang hanya untuk memperoleh ampunan." Kemudian salah satu malaikat mengembangkan sayapnya dan membawanya ke langit.

Diceritakan bahwa salah seorang Nabi - semoga Allah swt. melimpahkan salam kepadanya - berjalan melewati sebuah batu kecil yang memancarkan air, yang membuatnya kagum. Kemudian Allah menjadikan batu itu berbicara kepadanya, katanya, "Ketika aku mendengar Allah swt. berfirman, ‘Takutlah neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.’ (Q.s. At Tahrim: 6). Aku pun menangis karena takut." Nabi itu kemudian mendoakan, agar Allah swt. melindungi batu itu dari api neraka, dan Allah lalu mewahyukan kepadanya, ‘Aku telah menyelamatkannya dari neraka." Maka Nabi itu lalu meneruskan perjalanannya. Ketika kembali melewati batu itu, ia melihat air menyembur darinya seperti sebelumnya, yang membuatnya heran. Allah swt. menjadikan batu itu bisa berbicara, dan Nabi itu lalu bertanya, "Mengapa engkau masih menangis sedangkan Allah telah mengampunimu?" Batu itu menjawab, "Sebelumnya adalah tangis takut dan sedih, sekarang adalah tangis syukur dan gembira."
Dikatakan, "Orang yang bersyukur selalu meningkat karena ia berada di hadapan nikmat."

Allah swt. berfirman,
"Jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat Ku) kepadamu." (Q.s. Ibrahim: 7).
Orang yang sabar berada bersama Allah, karena ia berada di hadirat kesaksian kepada Nya yang memberikan cobaan.
Allah lalu berfirman, "Sesungguhnya Allah beserta orang orang yang sabar" (Q.s. AI Anfal: 46).

Diceritakan bahwa suatu delegasi datang kepada Umar bin Abdul Aziz r.a. Di antara mereka ada seorang pemuda, yang memulai membuka pembicaraan. Umar berkata kepadanya, "Coba, yang tua-tua dulu berbicara! " Mendengar itu si pemuda berkata, "Wahai Amirul Mukminin, jika urusan diserahkan kepada orang berdasarkan usianya, maka banyak orang di kalangan kaum Muslimin yang lebih layak menjadi khalifah dibanding Anda." Maka Umar berkata, "Bicaralah! Pemuda itu menjelaskan, "Kami bukanlah delegasi yang menyampaikan keinginan, bukan pula delegasi yang menyampaikan rasa takut. Mengenai keinginan, maka kemurahan Anda telah memenuhi kebutuhan kami, dan tentang soal takut, keadilan. Anda pun telah mengamankan kami dari ketakutan." Maka Umar pun bertanya kepadanya, "Lantas, siapa kalian ini?" Ia menjawab, "Kami adalah delegasi yang menyampaikan syukur. Kami datang untuk menyampaikan terimakasih kepada Anda, dan sekarang kami akan pulang." Dan mereka lalu bersenandung:
Alangkah malangnya bahwa syukurku adalah diam.
Atas apa yang telah kau lakukan,
sedangkan kebaikanmu berbicara.
Aku melihat anugerah darimu
dan aku menyembunyikan;
karenanya, di tangan yang pemurah
jadi pencuri.

Diceritakan bahwa Allah swt. menyampaikan wahyu kepada Musa as, ‘Aku melimpahkan rahmat kepada hamba hamba Ku: Mereka yang mendapat cobaan maupun mereka yang terampuni." Musa bertanya, "Mengapa pula terhadap mereka yang terampuni?" Allah swt. menjawab, "Dikarenakan kecilnya syukur mereka atas dihindarkannya mereka dari penderitaan itu."
Dikatakan, "Pujian itu bagi nafas, dan syukur atas nikmat nikmat anggota badan."

Dikatakan pula, "Pujian sebagai permulaan dari Nya, dan syukr sebagai tebusan darimu."
Dalam hadis shahih disebutkan, "Yang pertama dipanggil ke surga adalah mereka yang selalu memuji kepada Allah swt. dalam segala hal."
Dikatakan, "Pujian hanya bagi Allah terhadap apa yang diberikanNya, dan syukur atas apa yang diperbuat oleh Nya."

ZIKIR IS NO 1 : 80 FADHILAT ZIKIR

AMALAN Zikir memiliki berbagai kelebihan sepertimana yang masyhur dinyatakan dalam kitab-kitab Hadits. Hadhrat Hafiz Ibnul Qayyim Rahmatullah ‘alaih yang merupakan seorang ‘Ulama Hadits telah menyatakan berbagai-bagai penjelasan mengenai kelebihan Zikir. Beliau menyatakan terdapat lebih dari seratus faedah yang dapat diperolehi menerusi amalan Zikir dan telah beliau nukilkan sebanyak tujuh puluh sembilan faedah di dalam sebuah risalah yang bertajukAl-Wabil. Hadhrat Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi Rahmatullah ‘alaih telah meyalin faedah-faedah itu satu persatu secara ringkas dalam kitabnya Fadhail Zikir dan hamba pun menyalinnya sebagai berikut:

1.  Zikir adalah menjauhkan Syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2. Zikir adalah menyebabkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala redha.

3. Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

4. Zikir adalah menggembirakan hati.


5. Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.

6. Zikir adalah sinaran hati dan muka.

7. Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah yakni memurahkan rezeki.

8. Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar.

9. Zikir adalah melahirkan cinta sejati terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana cinta itulah merupakan Ruh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barang siapa ingin mendapatkan cinta Ilahi itu maka hendaklah dia berzikir sebanyak-banyaknya. Sebagaimana mutala’ah dan muzakarah itu merupakan pintu kejayaan ilmu, demikianlah Zikrullah itu merupakan pintu Cinta Ilahi.

10. Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat Ihsan. Denganadanya martabat Ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah dia melihatNya dan keadaan seperti inilah yang merupakan tujuan asasi daripada perjuangan Para Sufi.

11. Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat- bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadi pelindung dan pembantu baginya.

12. Zikir adalah membawa seseorang kepada Taqarrub yakni mendekatkan diri kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya dia bertambah dekat kepada Allah dan sebaliknya jika dia bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya dia bertambah jauh daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

13. Zikir adalah membukakan pintu Ma’rifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

14. Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kehebatan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melahirkan semangat buat merapatkan diri denganNya.

15. Zikir adalah menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta’ala ingat kepada seseorang yang ingat kepadaNya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran:“F a zk u ru n I Azkurkum.” Ertinya: Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat pula kepadamu. Dan diterangkan pula di dalam Hadits: “Man Zakarani Fi Nafsihi, Zakrtuhu Fi Nafsi.” Ertinya: Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya pula di dalam hatiKu.”

16. Zikir adalah menghidupkan hati. Hafiz Ibnu Taimiyah Rahmatullah ‘alaih berkata bahawa perbandingan Zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan air. Ingatlah, apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air?

17. Zikir adalah santapan bagi Ruh dan Hati. Andaikata jika kedua-duanya tidak dapat menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat makanannya.

18. Zikir adalah membersihkan hati daripada karat kekotorannya sepertimana diterangkan di dalam Hadits bahawa tiap-tiap sesuatu ada daki dan kekotoran baginya. Daki dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan berzikir.
19. Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat.

20. Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu atau gelisah terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya dapat dihapuskan hanya oleh Zikrullah.

21. Orang yang berzikir dengan mensucikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, memujiNya, mengagungkanNya dan mengesakanNya, maka kalimah-kalimah zikirnya itu akan berpusing-pusing mengelilingi ‘Arash Allah Subhanahu Wa Ta’ala sambil menyebut nama penzikir itu dengan suara yang perlahan.

22. Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah Subhanahu Wa Ta’ala ingat pula kepadanya dalam kesusahan.

23. Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

24. Zikir adalah menyebabkan turunnya Sakinah ketenangan dan Para Malaikat melingkungi orang-orang yang berzikir itu.

25. Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada menumpat, mencela, berdusta, maki hamun dan bercakap yang sia- sia. Telah dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsipa yang membiasakan lidahnya dengan berzikir maka terselamatlah daripada sifat-sifat yang keji. Sebaliknya orang yang tidak biasa dengan zikir maka dengan sendirinya dia terlibat di dalam keburukan dan sifat-sifat yang keji itu.

26. Majlis-majlis zikir adalah seperti majlis Para Malaikat sebaliknya majlis kelalaian yakni majlis yang peserta-pesertanya lalai daripada berzikir adalah seperti majlis Syaitan. Kini terserah kepada manusia, sertailah majlis mana yang suka. Menururt kebiasaan manusia sukakan akan sesuatu yang sesuai dengan sikap dan perangainya.
27. Zikir adalah memasukkan orang-orang yang berzikir itu ke dalam golongan orang-orang yang berbahagia dan demikian juga mereka yang mendampinginya. Sebaliknya orang-orang yang lalai dan membuat kerja-kerja yang sia-sia adalah tercampak ke dalam kancah kecelakaan. Demikian juga orang-orang yang menyertai mereka itu.

28. Zikir akan memelihara seseorang yang berzikir daripada menyesal pada Hari Qiyamat. Di dalam Hadits ada disebutkan bahawa majlis-majlis yang terkosong daripada Zikrullah menyebabkan mendapat kerugian dan menyesal pad Hari Qiyamat.

29. Jika seseorang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan sunyi diri maka pada Hari Qiyamat dia akan ditempatkan di bawah naungan ‘Arash Ilahi di mana manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kerana kepanasan hari yang amat dahsyat itu.

30. Pada hati manusia ada suatu bahagian yang tidak subur melainkan dengan Zikrullah.

31. Zikrullah adalah merupakan pohon di dalam Syurga.

32. Segala-gala amalan adalah diwajibkan semata-mata kerana Zikrullah.

33. Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengurniakan kepadanya lebih daripada orang yang meminta kepadaNya. Di dalam sebuah Hadits ada disebutkan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:
“Barangsiapa yang tertahan oleh zikirKu daripada berdoa nescaya Aku berikan kepadanya lebih daripada yang Aku berikan kepada orang-orang yang berdoa.”

34. Sungguhpun zikir merupakan suatu ibadat yang ringan dan mudah sekali namun ia adalah lebih afdhal dan utama daripada seluruh ibadat kerana menggerakkan lidah itu lebih mudah daripada menggerakkan seluruh badan.

35. Nikmat dan kekurniaan yang diberikan Allah kepada seseorang kerana zikir tidaklah diberikan kerana amal-amal yang lain yang mana diterangkan di dalam mafhum sebuah Hadits: “Barangsiapa yang membaca kalimah:La Ilaha Illa Allahu Wahdahu La Syarikalahu, Lahul Mulk Wa Lahul Hamd, Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai in Qadir, sebanyak seratus kali pada suatu hari maka Allah memberikan pahala kepadanya yang seimbangan dengan memerdekakan sepuluh hamba sahaya dan dicatitkan di dalam buku amalannya seratus kebajikan, dihapuskan daripadanya seratus dosa, dipelihara daripada godaan Syaitan dan tidak sesiapa pun yang lebih afdhal daripadanya kecuali orang yang amalan-amalannya telah melebihi.”

36. Seseorang yang berzikir berterusan dengan secara Istiqamah, dia akan terselamat daripada melupakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan Dunia dan Akhirat, kerana melupakan diri sendiri dan muslihat-muslihatnya bererti melupakan Tuhan dan yang melupakan Tuhan nescaya akan tercampak ke dalam kancah kerugian. Diperingatkan oleh Allah di dalam Kitab Suci Al- Quran pada Surah Al-Hasyar ayat 19 yang ertinya: “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” Yakni janganlah kamu menyerupai orang-orang yang tidak menghiraukan Allah, lantas Allah menjadikan mereka tidak menghiraukan diri mereka sendiri yakni akal fikiran mereka dilemahkan sehingga mereka tidak dapat menjalani jalan yang menuju ke arah kejayaan yang hakiki kerana apabila manusia melupakan dirinya maka dengan sendirinya dia terlalai daripada muslihat-muslihatnya dan akhirnya dia akan menjadi mengsa kebinasaan. Sepertimana seorang petani yang melupakan sawah atau ladangnya, tidak enghiraukannya sedikit pun. Maka tentulah sawah atau ladangnya itu tidak akan mendatangkan hasil apa-apa dan akhirnya keadaan berubah menjadi belukar.

37. Seseorang akan merasai keamanan dan ketenangan jiwa manakala dia membasahi lidahnya dengan berzikir sehingga dia cinta kepada zikir. Sepertimana seorang yang cinta kepada air ketika dia mengalami dahaga yang amat sangat atau cinta kepada makanan ketika dia lapar ataupun cinta kepada pakaian dan rumah kediaman semasa dia merasai panas atau dingin yang amat sangat, bahkan Zikrullah itu lebih mustahak lagi kerana jika segala-gala yang disebutkan itu tidak tersedia, maka tubuh ksar manusia saja mengalami kebinasaan sedangkan tanpa zikir, Ruh dan Hati juga akan mengalami kebinasaan.

38. Zikir adalah merupakan suatu pohon yang setiap masa mendatangkan buah Ma’rifat. Menururt istilah ‘Ulama Tasawwuf, pohon itu mendatangkan buah Ahwal dan Maqamat. Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin akar pohon itu terkukuh dan semakin akarnya kukuh semakin pohon itu mengeluarkan buah-buahannya.

39. Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala, dia tidak dapat bersyukur kepadaNya.

40. Dengan zikir, seseorang manusia mencapai kemajuan dan kejayaan dengan secara terus menerus ketika dia beristirehat ataupun berada di pasar, ketika dia sihat ataupun sakit, ketika dia sibuk dengan mengecap kenikmatan hidup ataupun berada dalam serba kekurangan. Pada setiap masa dan dalam setiap keadaan dia mencapai kejayaan. Tiada suatu apa pun yang menyebabkan dia mencapai kemajuan dengan secra terus menerus kecuali dengan zikir. Jika hatinya telah bersinar dengan sinaran zikir, maka dalam setiap keadaan dia meningkat ke martabat yang setinggi-tingginya.

41. Zikir adalah intisari Ilmu Tasawwuf yang diamalkan oleh setiap Ahli Tariqat. Jika telah terbuka pintu zikir bagi seseorang bererti telah terbuka baginya jalan yang menuju kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Barangsiapa yang telah menuju kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala nescaya dia telah mendapat segala-gala yang dikehendakinya kerana tidak berkurangan apa-apa pada khazanah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

42. Zikir adalah menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada lalai. Selagi hati dan jiwa manusia tidak sedar maka selama itulah dia mengalami kerugian demi kerugian.

43. Apabila zikir telah menguasai hati maka bukan saja ia menyubur ke bahagian hati itu sahaja bahkan ia menjadikan orang yang berzikir itu hidup dengan makmur walaupun dia tidak berharta benda, memuliakannya walaupun dia tidak berkeluarga dan menjadikannya penguasa walaupun dia tidak mempunyai kerajaan. Sebaliknya orang yang lalai daripada zikir pasti dia akan dihinakan walaupun dia mempunyai harta benda, kaum keluarga dan kerajaan yang besar.

44. Zikir adalah menghimpunkan kembali yang telah bercerai dan menseraikan yang telah terhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat, yakni hati manusia yang diselubungi oleh berbagai-bagai keraguan, dukacita dan kegelisahan itu semuanya dilenyapkan sama sekali dan dilahirkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan hati atau jiwa manusia yang dikuasai oleh perbuatan-perbuatan yang keji itu dibersihkan dan manusia yang senantiasa digoda dan dikuasai oleh tentera-tentera Syaitan itu diceraikan daripadanya dan Akhirat yang jauh itu didekatkan dan Dunia yang dekat itu dijauhkan dari jiwa manusia.

45. Zikir adalah mendekatkan kepada Zat yang zikirnya dikerjakan sehingga mendapat penyertaan denganNya sebagaimana diterangkan di dalam Al- Quran, “Inna Allaha Ma’allazi Nattaqau,” yang bererti: Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala berserta orang-orang yang bertaqwa. Diterangkan di dalam satu Hadits Qudsi, “Ana Ma’a ‘Abdi Ma Zakarani,” ertinya: Adalah Aku menyertai hambaKu selama dia mengingati Aku. Di dalam sebuah Hadits ada disebutkan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Orang yang mengingati Aku itu adalah orang Aku. Aku tidak menjauhkannya daripada RahmatKu. Jika mereka bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi Kekasih bagi mereka tetapi sebaliknya jika mereka tidak bertaubat maka Aku menjadi Jururawat bagi mereka lalu Aku mencampakkan mereka ke alam kancah penderitaan supaya Aku membersihkan mereka daripada dosa-dosa.”

46. Penyertaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang dicapai menerusi zikir itu adalah penyertaan yang tidak ada tolok bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak mungkin dicatit dan tidak pula mungkin dibicarakan. Kelazatannya dengan ertikata yang sebenarnya boleh dirasai hanya oleh orang yang telah mencapainya. Ya Allah, berikanlah kepadaku barang sedikit daripada kenikmatanNya.

47. Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba, seimbang dengan membelanjakan harta dan seimbang pula dengan berjuang pada Jalan Allah.

48.Di dalam sebuah Hadits ada diberitakan bahawa Hadhrat Musa ‘Alaihissalam pernah berkata kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala: “Ya Allah, Engkau telah menganugerahkan kepadaku nikmat-nikmat yang amat banyak maka tunjukilah aku cara-cara bersyukur kepadaMu.” Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman kepadanya: “Sebanyak yang engkau berzikir sebanyak itulah engkau dapat bersyukur.”

49.Di dalam Hadits yang lain diterangkan bahawa Hadhrat Musa ‘Alaihissalam memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala: “Ya Allah! Bagaimanakah cara bersyukur yang sesuai dengan keadaanMu yang terunggul?” Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:“Hendaklah lidahmu senantiasa dibasahi dengan berzikir.”

50. Yang paling mulia di antara orang-orang yang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang senantiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah Taqwa ialah Syurga sedangkan natijah zikir ialah penyertaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

51. Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi lembut melainkan dengan berzikir.

52. Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah sebaliknya lalai adalah sumber permusuhan denganNya.

53. Tiadalah satu apapun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menyelamatkan daripada azabNya lebih daripada Zikrullah.

54.Allah Subhanahu Wa Ta’ala menurunkan RahmatNya kepada orang-orang yang berzikir dan Para Malaikat berdoa untuk mereka.

55. Barangsiapa yang ingin menikmati Syurga sedangkan dia masih berada di dalam Dunia ini maka hendaklah dia menyertai majlis-majlis zikir kerana majlis-majlis zikir itu adalah seumpama taman-taman Syurga.

56. Barangsiapa senantiasa berzikir, dia akan memasuki syurga sambil tersenyum-senyum.

57. Amalan yang paling afdhal ialah amalan yang disertai dengan berzikir sebanyak-banyaknya. Puasa yang afdhal sekali ialah puasa yang disertai dengan berzikir sebanyak-banyaknya. Haji yang afdhal ialah haji yang disertai dengan zikir sebanyak-banyaknya dan demikianlah Jihad serta amalan-amalan yang lainnya.

58. Zikir adalah pengganti kepada ibadat-ibadat Nafilah. Sebagaimana yang diriwayatkan di dalam sebuah hadits bahawa segolongan orang-orang miskin datang lalu merayu hal mereka kepada Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan berkata, “Ya Rasulullah, saudara kami yang berharta benda telah meningkat darjat yang setinggi-tingginya disebabkan harta kekayaan mereka. Mereka bersembahyang seperti kami bersembahyang, mereka berpuasa seperti kami berpuasa tetapi kerana harta kekayaan, mereka telah mendahului kami dengan mengerjakan Haji, Umrah, Jihad dan lain-lainya.” Sebagai menjawab Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Mahukah kamu sekelian ku ajarkan sesuatu untuk mencapai yang mendahului dan untuk mendahului sesudah kamu sehingga tiadalah lagi seorang pun yang lebih afdhal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti yang kamu perbuat.” Selanjutnya Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Bacalah kamu sekelian: Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar selepas tiap-tiap Solat.” Ini menunjukkan bahawa Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganggap zikir ini sebagai pengganti haji, umrah, jihad dan lain-lain bagi yang tidak berada.

59. Majlis Zikir adalah majlis Para Malaikat.

60. Allah Subhanahu Wa Ta’ala membanggakan orang-orang yang berzikir di hadapan Para Malaikat.

61. Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.

62. Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat yang lain. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya maka ibadat-ibadat yang lain itu menjadi mudah dan senang serta kelazatan ibadat-ibadat itu pun dirasai benar, oleh itu semua ibadat itu dapat dikerjakan tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa.

63. Dengan berzikir semua keberatan akan berubah menjadi ringan, setiap kesukaran akan berubah menjadi senang, setiap bebanan menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap.

64. Lantaran zikirlah maka segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar.

65. Zikrullah adalah mempunyai kuasa yang terkhas untuk melahirkan ketenteraman dan untuk melenyapkan ketakutan. Ianya mempunyai kesan yang teristimewa di mana semakin berzikir sebanyak-banyaknya semakin itulah akan mencapai ketenteraman dan akan lenyap ketakutan.

66.Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas kepada manusia. Maka dengan kekuatan itu dia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak sukar.

67.Pemberes urusan-urusan keakhiratan adalah dahulu-mendahului di antara satu dengan yang lain dan di dalam mendahului ini yang kelihatan di hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir. Di dalam sebuah Hadits, Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,
“Telah mendahului mereka yang Munfarrid.” Para Sahabat bertanya, “Siapakah yang Munfarrid itu Ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mereka yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka.”

68. Allah Subhanahu Wa Ta’ala sendiri yang membenarkan dan menguji orang- orang yang berzikir. Orang-orang yang dibenarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang-orang yang dusta. Di dalam sebuah Hadits ada disebutkan bahawa apabila seorang hamba mengucapkan: “La Ilaha Illa Allah Wallahu Akbar,”maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Benarlah ucapan hambaKu bahawa tiada Tuhan melainkan Aku dan Akulah Maha Besar.”

69. Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam Syurga. Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka Para malaikat berhenti daripada membina rumah itu. Manakala mereka ditanyakan, mengapakah kamu berhenti daripada membina rumah itu? Mereka menjawab bahawa perbelanjaannya belum lagi tiba.

70. Di dalam sebuah Hadits ada disebutkan bahawa barangsiapa mengucapkan:“Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azim” sebanyak tujuh kali nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam Syurga.

71. Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka Jahannam. Barangsiapa yang dimasukkan ke dalam Neraka kerana amal perbuatannya yang tidak baik maka zikirnya itu menjadi pendinding di antaranya dengan Neraka Jahannam. Semakin banyak zikir dibuat maka semakin kuatlah pendinding itu.

72. Jika seseorang yang berzikir di atas sebuah gunung atau di tanah datar maka tempat tersebut akan merasa amat bangga. Di dalam sebuah Hadits ada diberitakan bahawa gunung-ganang bertanya-tanyakan di antara satu dengan yang lain bahawa hari ini adalah seseorang yang berzikir melalui di atas engkau. Jika diberitahukan bahawa ada yang melaluinya sambil berzikir, maka ia berasa gembira lagi bangga.

73. Nur Zikir adalah sentiasa bersama orang yang berzikir itu sama ada di Dunia mahupun di dalam Kubur dan ia memimpin di Titian Sirat. Ia tidak berpisah di mana-mana pun. Diperingatkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Kitab Suci al-Quran pada Surah Al-An’am ayat 122 yang bermaksud,“Apa k a h  orang yang sudah mati kemudian Kami hidupkan dia dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada di dalam gelap gelita yang tidak dapat keluar daripadanya?”Or ang pertama itu beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang hatinya bersinar cemerlang dengan cinta makrifat dan zikirnya sementara orang yang kedua itu ialah yang terkosong dari sifat-sifat tersebut. Penghasilan Nur adalah sesuatu yang teragung sekali, ianya membawa kepada kejayaan yang gilang-gemilang.

74.Para Malaikat beristighfar memohon keampunan bagi orang yang berzikir. Hadits ada menyebut bahawa apabila seseorang hamba mengucapkan Subhanallahi Wabihamdihiatau Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, maka Para Malaikat berkata,“Ya Allah, ampunilah dia.” Adalah termaklum bahawa doa Para Malaikat itu tidak ditolak malahan terus dikabulkanNya.

75. Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi kelepasan dari kemunafikan kerana orang-orang yang Munafik tiada mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala melainkan sedikit. Hadhrat Ka’ab Ahbar Radhiyallahu ‘anhu berkata, “Barangsiapa berzikir sebanyak-banyaknya maka terpelihara dia daripada kemunafikan.”

76. Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai suatu kelazatan yang tidak di dapati pada amalan-amalan yang lain. Hadhrat Malik bin Dinar Rahmatullah ‘alaih berkata bahawa seseorang tidak akan berasa lazat dari suatu apa pun seperti kelazatan zikir.

77. Pada wajah orang yang berzikir itu di dapati kegembiraan di Dunia dan akan kelihatan Nur padanya di Hari Qiyamat.

78. Barangsiapa mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, dirumah, di dalam safar perjalanan dan ketika berada di kampung, maka dia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di Hari Hisab kelak.

79. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah dia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan sebagainya. Lidah itu sememangnya tidak mahu diam, ia akan sibuk dengan berzikir, kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan. Demikian juga halnya dengan hati, jika ia tidak sibuk dengan mencintai Khaliq iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala maka sudah tentu dia akan sibuk dengan mencintai makhluk.

80. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga mengerumuni mereka dari setiap penjuru. Orang yang halnya sedemikian rupa senantiasa berada di tengah-tengah lingkungan para musuh yang mana tiap-tiap seorang darinya ingin menimpakan ke atasnya penderitaan demi penderitaan. Maka tiadalah apa-apa untuk mematahkan serangan-serangan musuh itu melainkan Zikrullah.