Catatan Popular

Rabu, 28 Mac 2012

KU HIDUPKAN KITAB KASHF AL MAHJUB (AL HUJWIRI): BAB 2 FAQR ATAU KEMISKINAN

BAB 2 FAQR ATAU KEMISKINAN

OLEH IMAM Al-HUJWIRI

Selepas membicarakan tentang pentingnya ilmu, khususnya persediaan bagi mempelajari ilmu tasawuf, Al-Hujwiri membicarakan tentang faqr, atau kefakiran sebagai pembukaan pembicarana bagi memahami tasawuf. Ia adalah pendekatan biasa sebagai pendekatan bagi kitab-kitab tasawuf yang lain, jika pun tidak terus membicarakan tentang kefakiran, maka terlebih dahulu dibicarakan tentang zuhud sebagai topik utama. Aspek kefaqiran diberi tumpuan yang lebih oleh Al-Hujwiri, kerana ia diikuti dua topik lagi berhubung dengan kefaqiran.
Apakah faqr atau kefaqian itu? Faqir sudah menjadi istilah umum dan istilah khusus. Istilah umum ialah memaksudkan orang kurang pendapatan lebih bawah dari garis  kemiskinan. Ertinya merujuk dari segi ekonomi dan kerana pendapatan berada di bawah dari garis kemiskinan, maka dia dikira termasuk di bawah kategori asnaf (Al-Taubah: 60).
Adapun istilah dari segi kerohanian dia merujuk kepada diri sufi yang faqir mungkin dari segi keperluan zahir (makan, minum dan sebagainya), tetapi lebih dari itu dia orang yang amat brhajat dan memfokuskan dirinya kepada Allah yang tidak semestinya faqir dari segi benda.
Berhubung denga kefaqiran ini dirujuk oleh  Al-Hujwiri akan ayat Al-Qur`an, antaranya bermaksud:
``(Pemberian sadaqah itu) ialah bagi orang-orang faqir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan mejalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya), mereka itu disangka kaya oleh orang-orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau (kenal) mereka dengan  melihat sifat-sifat dan keadaan masing-masing. Mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah) apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya.`` ( Al-Baqarah:  273).
Kefaqiran adalah  sesuatu yang wujud di dalam masyarakat. Di alam ayat di atas Allah memuji orang sabar dan menyembunyikan kefaqirannya dan tidak meminta-minta dari masyarakat.
Ayat Al-Qur`an juga menyebut  bermaksud:
``Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pun dalam hati mereka perasaan berkehendak kepada apa yang telah diberikan kepada orang-orang yang berhijrah itu (dalam keadaan susah), dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan sangat-sangat berhajat, dan ingatlah sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi dirinya oleh tabiat bakhil, maka merekal;ah orang-orang yang berjaya.`` (Al-Hashr: 9).
Ayat Al-Qur`an di atas (Al-Baqarah: 273) memuji mereka yang faqir, tapi menyembunyikan kefaqiran mereka dan tidak meminta-minta, bahkan disangka mereka sebagai orang yang biasa (kecukupan). Dan dalam ayat di atas (Al-Hashr: 9) Allah memuji mereka yang dalam keadaan ketidakcukupan dan sebenarnya amat memerlukan sanggup berkeorban kepentingan dengan menolong saudara-saudara sesama Islam (Muhajirin).
Sesungguhnya kefaqiran sedemikian aalah terpuji,bahkan mengkagumkan dari segi kemuliaan jiwa mereka. Jiwa yang sedemikian yang mau diterapkan ke dalam jiwa kalangan sufi. Sesungguhnya hidup dalam ketidakcukupan banyak menanamkan keinsafan dan kesedaran dan terbit dari jiwa berbagai-bagai sifat kepujian. Dengan keadaan demikian mereka lebih mendekati Tuhan.
Walaupun kefaqiran menjadi ciri ketasawufan, Al-Hujwiri menimbulkan persoalan dan perbahasan,  manakah lebih baik antara yang faqir dengan yang kaya-berada jika dengan keberadaannya digunakan untuk menolong orang termasuk yang faqir ?
Dengan menerima memanglah pendapat umum bahawa kefaqiran menjadi imej dan identiti ketasawufan, tetapi ada segolongan berpendapat kekayaan lebih tinggi kedudukannya dari kefaqiran, jika digunakan kekayaan pada jalan-jalan kebajikan. Pendapat ini diutarakan oleh Yahya bin Mu`adz al-Razi dan diikuti antaranya oleh Ahmad bin Abi al-Hawari, Harith  al-Muhasibi, Abu al-`Abbas bin `At*a` dan Ruym. Antara mereka seperti Shaykh Fadhlullah al-Mayhani dan Abu `Uthman al-Jalal berpendapat, bahawa  pada hakikatnya manusia tidak kaya dan berhajat (faqr) kepada Allah, hanya Allah sahaja yang kaya. Jika ada kelebihan rezeki yang dinisbahkan kaya kepada manusia, tetapi digunakan bagi menolong dan membela orang-orang yang susah dan faqir  adalah lebih baik dari orang-orang faqir.
Dalam perbahasan yang lain ditekankan bahawa, maksud faqir dan kaya, bukan  terhad kepada pemilikan harta, tetapi adalah faqir dan kaya dari segi  jiwa. Ini dapat dicontohi dari sifat orang-orang Suffah yang berlindung di Masjid Madinah pada permulaan Hijrah. Mereka ini memang pada permulaan dalam keadaan faqir, tetapi jiwa mereka sebagaimana penduduk Madinah (Ansar) kaya, walaupun mereka dalam keperluan, tetapi kaya jiwa.
Dari kekayaan jiwa kedua belah pihak, mereka  tidak mau kefaqiran dan kemiskinan membelenggu mereka. Orang-orang Ansar yang kaya jiwa, yang mereka juga miskin harta, membantu kaum Muhajirin. Dan akhirnya ratusan ahli suffah dapat memperbaiki diri. Mereka merupakan kalangan sahabat yang terkenal, antaranya yang kaya raya dengan harta,mereka adalah pejuang-pejuang yang menegakkan Islam  - menjadi sahabat-sahabat terkenal dan tidak berimej orang faqir. Mereka berstatus sama dengan orang-orang Ansar. Siapakah yang mau menafikan bahawa – para sahabat terkenal ini tidak lebih baik dari kalangan yang disifatkan fuqara` di dalam tasawuf ?
Ini bermaksud, bahawa sedang kalangan sufi mempertahankan kefaqiran adalah ciri, imej dan identiti kesufian, tetapi ada yang beroendapat bahawa kesufian tidak bererti kefaqiran dari segi harta, dan yang dianggap kaya sebenarnya tidak kaya, mereka tetap faqir kepada Tuhan, maka jika faqir dianggap mulia dan lebih mendekati Tuhan, tapi yang `kaya` tetapi sama faqir dan berhajat kepada Allah dan menggunakan kelawasan yang ada pada mereka bagi menolong yang benar-benar faqir, maka mereka ini dianggap oleh setengah pendapat lebih baik dari faqir yang sebenarnya.
Dalam kata lain bahawa faqir tidak bereti tidak berharta, tetapi faqir ialah yang berhajat kepada Allah. Dia mungkin  kaya dari segi  harta, tetapi  sama faqir kepada Allah.  
Faqir  kata Al-Junayd, mengosongkan hati dan meminimumkan keperluan materi, tapi memaksimumkan faqr kepada Ilahi dengan bakti dan budi.

Selasa, 20 Mac 2012

NAK KENAL KE.....Al-HUJWIRI DALAM "KASHF AL-MAHJUB LI ARBAB AL-QULUB"

PENGARANG KITAB "KASHF AL MAHJUB LI ARBAB AL QULUB" SAYYID ABUL HASSAN ALI BIN UTHMAN AL HUJWIRI rahimahullah (IMAM AL HUJWIRI @ DATA GANJ BAKHSH) 

Kelahirannya

Dilahirkan di Hujwer, Ghazna, Afghanistan. Tarikh kelahiran dan kewafatannya tidak diketahui secara pasti, apa yang pasti adalah beliau hidup sekitar kurun ke-5H.

Berketurunan Rasulullah SAW, di mana ayahanda beliau adalah seorang syarif al-Hasani manakala bonda beliau pula adalah seorang syarifah al-Husaini. Beliau telah berkelana ke berbagai pelusuk dunia Islam untuk menimba pengetahuan dan telah bertemu dengan sosok - sosok gergasi dalam dunia keilmuan Islam, antaranya Imam al-Qusyairi dan murid beliau Syaikh Abu `Ali al-Farmadi yang merupakan salah seorang guru Imam Hujjatul Islam al-Ghazali.

Silsilah kerohanian beliau bersambung kepada Imam Junaid al-Baghdadi dan seterusnya kepada Sayyidina `Ali RA melalui guru beliau Hadrat Syaikh Abul Fadhl Muhammad bin Hasan al-Khuttali. Di antara kisah yang menarik mengenai beliau adalah ketika beliau menjejakkan kakinya ke Lahore atas perintah gurunya, binaan pertama didirikannya adalah sebuah masjid sebagai pusat dakwah beliau. Maka ramailah orang mendatangi beliau untuk mendengar nasihat dan ajarannya dan hal ini telah menimbulkan hasad dengki dalam hati sesetengah orang lalu mereka menyebarkan fitnah bahawa masjid yang didirikan oleh Imam al-Hujwiri itu menghadap arah kiblat yang salah. Fitnah yang semakin merebak itu memaksa Imam al-Hujwiri untuk mengundang penduduk Lahore termasuklah mereka-mereka yang dengki tersebut untuk hadir ke masjid untuk sholat. Setelah azan Maghrib dilaungkan, Imam al-Hujwiri pun mengimamkan sholat dan dalam sholat ketika beliau membaca ayat ke-6 surah al-Fatihah : "Tunjukilah kami jalan yang lurus", dengan izin Allah, terbitlah satu karamah di mana semua yang hadir bersholat tersebut dapat melihat di hadapan mereka Baitullah. Maka hilanglah keraguan mereka yang arah kiblat masjid tersebut salah. Maka tidak hairanlah kenapa sehingga kini Imam al-Hujwiri menduduki tempat istimewa dalam hati-hati umat Islam terutama sekali penduduk Lahore dan Pakistan.

Imam al-Hujwiri terkenal dengan karya beliau "Kasyful Mahjub". Karya ini ditulis dalam Bahasa Farsi dan merupakan antara karya tasawwuf yang tertua dalam bahasa Farsi. Ianya telah diterjemah dalam Bahasa Arab, Inggeris dan juga Bahasa Melayu - Indonesia. Seorang bangsawan British, John Gilbert Lennard (1915 - 1978) menerima hidayah Islam setelah membaca "Kasyful Mahjub" dan setelah Islam beliau dikenali sebagai Shah Shahidullah
Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya ke atas Imam al-Hujwiri selama-lamanya ... al-Fatihah.

Al-Hujwiri sebagaimana yang telah tersirat dalam buku Kasyf Al-mahjub li Arbab Al-qulub yang diterjemahkan dalam berbagai bahasa oleh para ilmuwan yang mengeluti ilmu tasawuf. Dalam versi inggris buku ini berjudulThe kasf Al-mahjub: The oldest Persian Treatise on Sufism yang dikarang oleh 'Ali ibn 'Ustman Al-hujwiri sedangkan dalam versi indonesia berjudul Kasf Al-mahjub: risalah Tertua Tengtang Tasawuf.
Erti secara bahasa yakni "Menyingkap tabir kegaiban atau hakikat orang-orang untuk memiliki penglihatan tajam atau agar orang memiliki penglihatan tajam sebagaimana para sufi".

Biografi Al-Hujwiri
Sekilas tentang biografi Al-hujwiri mempunyai nama lengkap Abul-hasan Ali bin Ustman bin Ali Al-gaznawi Al-jullabi Al-hujwiri. Dari semua literatur sangat sedikit yang mengulas tentang biografi Al-hujwiri kebanyakan literatur membahas konsep-konsep tasawuf beliau. Dalam perjalanan mencari ilmu Al-hujwiri pernah belajar kepada:
1.              Abul-fadhl muhammad bin Al-hasan Al-khutali (156 H),
2.              Abul-hasan Al-husri (lahir 371 H),
3.              Abul-Abbas Ahmad bin Muhammad Al-Asyqani atau Al-syaqani(158 H),
4.              Abul-Qasim Gurgani (159 H),
5.              Khwaja muzhaffar (160 H),
6.              Dan banyak lagi syaikh yang pernah dijumpainya dan diajak berbincang selama pengembaraannya.
Dalam pengembaraannya beliau berjalan dan berkeliling ke seluruh wilayah kerajaan islam dari kerajaan syiria hingga Tukistan dan dari Hindustan hingga laut kaspia. Diantara negeri-negeri tempat yang dikunjungi adalah Azerbaijan (63 dan 364 H), kuburan Bayazid di Bistham (72 H), damaskus, Ramla, dan Bayt Al-jin di syiria, thus dan Uzkan, kuburan Abu Sa'id bin Abul Khayr di Minha, merv, dan jabal Al-buttam di sebelah timur Samarkand. Dari salah satu penulusuran sejarah beliau pernah tinggal sementar di Irak, karena terimpit oleh utang-utang (informasi kurang kurang jelas)dalam bukunya beberapa orang menyimpulkan bahwa Al-hujwiri pernah mengalami masa perkawinan singkat dan tidak menguntungkannya.
Menurut Riyadh Al-Awliya, Beliau pindah ke Lahore dan mengakhiri masa hidupnya di kota ini. Dalam perjalanannya di kota ini beliau merasa terpenjara dan sedih dalam mengarang buku Kasyf Al-mahjub karena kitab-kitabnya tertinggal di ghazna.
Diperkirakan beliau wafat pada tahun 456 H (1063-4 M) atau 464 H (1071-2 M), namun nyatanya beliau hidup sejaman dengan Abul-Qasim Al-qusyayri yang wafat pada tahuN 465 H (1072 M).
Dalam mukadimah Kasyh Al-mahjub, Al-hujwiri sedikit mengulas tentang keluhannya bahwa dua karya awalnya telah disiarkan ke tengah khalayak ramai oleh orang-oarng yang telah menghapus namanya dari halaman judul, dan bermaksud agar mereka sendiri yang dianggap pengarangnya. Belajar dari pengalaman itu beliau banyak menampilkan nama-namanya pada setiap pembahasan dalam buiku Kasyf Al-mahjub. Dalm karya-karyanya beliau sempat merujuk berbagai buku ;
1.              sebuah Diwam,
2.              Minhaj Al-din, tengtang metode tasawuf, Karya ini berisi mengenai ulasan terinci Ahl-Al-suffah (83 H) dan riwayat Husayn bin Mansur Al-hallaj.
3.              Asrar Al-khiraq wa Al-ma'umat, tentang jubah bertambal yang dikenakan kaum sufi.
4.              Kitab-i fana u baqa', tentang kencongkaan dan kesembronoan pemuda.
5.              sebuah karya yang tidak disebutkan judulnya, tentang perkataan Husayn bin Mansur Al-hallaj.
6.              Kitab Al-bayan li Ahl Al-iyan, tentang persatuan dengan Allah.
7.              Bahr Al-qulub
8.              Al-ri'ayat li-huquq Allah, tentang tauhi Illahi.
9.              sebuah karya lagi yang tidak disebutkan judulnya, tentang iman (258 H).
Dalam ungkapannya tidak satu buku yang diatas dilestarikan.

Kasyf Al-mahjub li Arbab Al-qulub, ditulis beliau pada akhir masa hidupnya yang sebagiannya ditul di Lahore. Sebagai jawaban juga atas pertanyaan-pertanyaan teman-temannya sekotanya, seperti Abu Sa'id Al-hujwiri.
Beliau adalah seorang sunni dan pengikut mazab hanafi akan tetapi beliau selau bessikap kritis terhadap sesuatu hal yang beliau rasa mengganjal dan banyak kotrofersi dalam perkembangan pada zaman itu. Seperti halnya dalam kasus Al-hallaj yang dhukum mati karena dituduh sebagai seorang tukang sihir, Al-hujwiri membela a-hallaj bahwa menyatakan ajaran Al-hallaj hanya berbau Wahdatul al-wujub dalam kulitnya saja. Tetapi Al-hujwiri memaqndang doktrin-doktri Al-hallaj tidak benar.

Kaedah
Dalam buku Kasyf Al-mahjub li Arbab Al-qulub beliau menulisnya secara komprehensif dan banyak mengutip dari para sufi untuk diperbincangkan secara mendetail. Tujuan mendasar buku ini ditulis adalah untuk menjawab banyak pertanyaan dari teman sebayanya dalam memahami konsep tasawu maupun tentang tauhid sebenar-benarnya.
Seperti halnya dalam buku ini banyak menghimpun sejumlah besar ujaran para Syaikh (guru sufi) yang beliau pandang sebagai sesuatu hal yang sulit untuk dipahami. Maka beliau berusaha mendiskusikan dan menjelaskan doktrin-doktrin dan praktik para sufi.
Dalam awal pembahasannya beliau menguji pendapat-pendapat byang ada topik itu dan menyangkalnya jika diperlukan. Oleh karena itu dalam buku ini beliau lebih condong kepada studi komparatif yaitu membandingkan pendapatnya sendiri dengan pendapat yang lain ataupun menjelaskannya menurt pandangannya.
Pembicaraan mengenai mistis dan pertentangan pendapat disemarakkan dengan berbagai ilustrasi yang diturunkan dari pengalaman pibadi Alhujwiri. Dalam hubungan ini Kasyf Al-mahjub li Arbab Al-qulub lebih menarik karena karya yang bernilai tinggi sebagai himpunan pendapat, hikayat, definisi akan tetapi beliau selalu mengikuti metode akademik dan condong ke arah formal dalam persepsi ortodok.
Seperti kebanyakan para sufi Al-hujwiri menyelaraskan teologinya dengan suatu corak mistikisme yang tinggi, dimana teori teori tentang pelenyapan (fana) menduduki tempat yang utama. Dalam ajaranya Al-hujwiri tidak sampai bersikap ekstream selayaknya orang yang panteis. Dia beranggapan dengan tegas menyatakan dan mempertahankan Zindiq (bid'ah) sebagai doktrin yang mengatakan bahwa pribadi manusia dapat bercampur dan sirna di dalam wujub Allah. Denagn mengandaikan pelenyapan dengan pembakaran api yang mengalihkan kualitas semua benda kepada kualitasnya sendiri tetapi membiarkan zat (esensi) mereka tidak berubah.
Sebagaimana pendapat Al-khutali dalam teori Junayd (ketenangan), dalam makna istilah mistis itu lebih disukai daripada kemabukan. Beliau sering kali memperingatkan dengan tandas bahwa semua sufi mencapai kekudusan tertinggi baik yang sudah maupun belum tetap terkena kewajiban menaati hukum agama (syari'at). Dalm segi lainnya, seperti pembangkitan ekstasi oleh musik dan nyanyian atupun penggunaan simbolisme erotik dalam puisi beliau menyatakan setidak-tidaknya berhati-hati.

Pembahasan
Dalam buku Kasyf Al-mahjub li Arbab Al-qulub Al-hujwiri banyak menuangkan pemikirannya yang berasal dari pengalamannya sendiri dan banyak mendefinisikan maupun menjelaskan secara komprehensif doktrin-doktrin para syaikh yang terdiri dai 25 bab. Oleh karena banyak faktor yang saya alami diantaranya keterbatasan waktu dan biaya dalam reset mendalam tentang ajaran-ajaran Al-Hujwiri, saya akan lebih mengulas sedikit ajaran Al-hujwiri yang tersirat karena masih banyak ajaran beliau yang tidak tersirat sebagaimana yang tertulis dalam buku Kasyf Al-mahjub li Arbab Al-qulub. Karena saya berpandangan bahwa suatu ilmu tidak ada batasannya dan tidak akan pernah mati jika diimplementasikan.


Konsep Tasawuf
"dan orang-orang yang berjalan diatas bumi dengan rendah hati, apabila disapa oleh orang-orang jahilmereka jawab dengan salam" (QS 25:63). Nabi bersabda "dia yang mendengar suara para sufi (ahl al-tashawwuf) dan tidak mengatakan amin bagi doa mereka, tercatat di hadapan Allah dalam daftar orang-orang yang lengah ". sebagian orang sufi menyatakan bahwa orang sufi disebut demikian karena dia memakai jubah bulu domba (jama'-i shuf) sedabgkan sebagian lagi menyatakan karena mereka berada dalam barisan pertama (shaff-i awwal), yang lain juga menyatakan bahwa sufi termasuk dalam golongan ashhb-i shuffah.
Shafa (kesucian) adalah terpuji lawan dari kadar (ketidak sucian). Nabi bersabda "shafw (bagian yang suci yaitu yang terbaik) dari dunia ini telah lenyap dan hanya kadar yang tertinggal".
Di zaman tuhan telah mendindingi kebanyakan orang dari tasawuf dan dari abdi-abdinya dan telah menyembunyikan rahasia dari hati mereka. Karena itu sementara orang membayangkan bahwa ia merupakan bagian dari praktek ketakwaan lahiriah yang tidak disertai dengan tafakkur batin dan yang lain menyangka bahwa ia merupakan suatu bentuk dan sebuah sistem yang tidak memiliki hakikat dan akar. Sedemikian rupa sehingga mereka telah berpandangan seperti pandangan para pengejek (ahl-i hazl) dan para ahli ilmu kalam yang memandang dari aspek lahirnya dan sekaligus mengutuk tasawuf tanpa ada usaha untuk menemukan apa hakikat tentang itu.
Nabi saw bersabda "sesungguhnya, kesucian adalah ciri khas orang shiddiq, jikia kau menginginkan atau mendambakan seorang sufi sejati". Bahwasannya kesucian memiliki akar dan cabang : akarnya adalah berupa keterpisahan hati dari yang lain dan cabangnya berupa kekosongan hati dari dunia yang memperdaya.
Seorang sufi terkemuka berkata : "Dhiya al-syams wa'l-qamar idza 'isytaraka namudzaj min shafa al-hubb wa al-tawhid idza 'isytabaka" (paduan cahaya matahari dan bulan seperti kesucian cinta dan pengesaan Illahi (tauhid) ketika mereka membaur bersama-sama). Mata tak dapat melihat cahaya matahari dan bulan damalam tampilan yang sempurna. Selama ada pengaruh dari sinar matahari, mata senantiasa melihat langit sedang hati melihat singgasana Illahi dan selagi masih hidup di dunia ini senantiasa menjelajahi alam mendatang (akhirat). Dan apabila seseorang telah terlepas dari maqam-maqam dan meretaskankan belenggu kadar "keadaan-keadaan (ahwal)" dan terbebaskan dari dunia perubahan serta kebinasaan dan memiliki semua sifat yang terpuji maka dia terlepas dari semua sifat.
"Man shaffahu al-hubb fa-huwa shaf wa-man shaffahu al-habib fa-huwashufiyy" (ia yang telah disucikan oleh cinta adalah suci dan ia yang tenggelam dalam kekasih dan telah mencampakkan segala yang lain adalah seorang sufi) uangkapan dari salah satu sufi. Sebenarnya penamaan sufi diberikan hanya untuk para wali dan ahli keruhanian yang sempurna. Penggunaan nama sufi yang memenuhi keperluan etimologi karena tasawuf terlalu luhur untuk memiliki genus yang darimya tasawuf berasal karena pengasalan satu hal satu hal dair yang lain membutuhkan homogenitas, sehingga penamaan itu tidaqk mempunyai sebuah derivasi.
Arti secara etimologi shafa (kesucian), adalah suatu kewalian dengan seah tanda dan dan suatu pemberitaan (riwayat). Sedang tasawuf adalah suatu peniruan yang sabar akan kesucian. Maka dipahami kesucian merupakan sebuah gagasan yang cemerlang dan nyata sedang tasawuf merupakan peniru dari gagasan.
Dalam tingkatan sufi Hujwiri membagi Shafa dalam tiga derajat :
1.              Shufi, seseorang yang manunggal (shabib wushul). Yang mati pada dirinya dan hidup oleh kebenaran, ia bebas dari bebas dari batas-batas kemampuan manusiawi dan benar-benar telah sampai.
2.              Muthasawwif, seseorang yang berpegang pada prinsip (shabib ushul). Ia telah berusaha keras untuk mencapi derajat ini dengan menundukkan hawa nafsu dan dalam pencariannya ia meluruskan perilakunya sesuai dengan teladan mereka (para sufi).
3.              Mutashwif, seseorang yang suka berbuat sia-sia (shabib fudhul). Ia yang membuat dirinya secara lahirnya serupa mereka (para sufi) untuk sekedar mencari uang, kekayaan, kekuasaan, serta keuntungan duniawi, tapi tidak sedikit mengetahuitentang kedua ini. Karena itu dikatakan "al-mustashwif 'inda al-shufiyyat ka al-dzubab wa 'inda ghayrihim ka al-dzi'ab" (Mutashwif, dalam pandangan para sufi sehina lalat-lalat dan kelakuannya berdasarkan ketamakan semata-mata, oarng lain menganggap selayak serigala dan mulutnya tak terkendali (be afsar) karena ia hanya menginginkan secuil bangkai)
Tasawuf di Mata Para Sufi
Dalam pembahasan ini Al-hujwiri mengunakan study komparatif, yakni mengambil ungkapan-ungkapan para tokoh sufi dan dianalisis sesuai dengan pemahamannya dan menjelaskannya secara komprehensif. Al-hujwiri melihat tasawuf yang merupakan dari doktrin-doktrin para sufi masih sulit dimengerti dan multi tafsir. Dalam definisi tasawuf sebagaimana dijelaskan diatas, Al-hujwiri menjelaskan tasawuf sebagai suatu tafsir yang benar.
Alhujwiri mengutip salah satu tokoh sufi yang mendiskripsikan tentang sufi. Dzun Nun Al-mirsi berkata : “Al-shufi idza nathaqa bana nuthuquhu ‘an al-haqa’iq wa-in sakata nathaqat ‘anhu al-jawarih bi-qath’ al-ala’iq” (sufi adalah yang bahasanya, ketika ia bicara adalah hakikat keadaannya yakni dia mengatakan pun yang tidak ada pada dirinya dan ketika ia berdiam diri sikapnya menunjukkan keadaanya dan keadaannya menyatakan bahwa dia telah memutuskan tali hubungan duniawi). Al-hujwiri menjelasakan yakni semua yang dia katakan berdasarkan prinsip yang benar dan semua yang dia lakukan adalah keterpisahan yang penuh dengan dunia. Ketika ia berbicara, pembicaraannya sepenuhnya tentang kebenaran dan ketika berdiam diri, tindakannya sepenuhnya kefakiran.
Junayd berpendapat bahwa tasawuf sebagai suatu sifat yang didalamnya teletak hidupnya manusia. Beliau menggambarkan itu sebagai sifat tuhan atau sifat manusia. Esensi adalah sifat tuhan dan sifat resmi adalah sifat manusia. Al-hujwiri mengulas ungkapan junayd bahwa esensinya melibatkan pelenyapan kualitas-kualitas manusia yang disebabkan oleh kekekalan kekekalan Illahi, dan inilah merupakan atribut Tuhan. Sedangkan sistem resminya yang melibatkan kesinambungan manusia dalam mujahadat dan kesinambungn dalam mujahadat ini adalah suatu atribut manusia.
Mudahnya, Tuhan memerintahkan hamba-Nya untuk berpuasa dan bilamana mereka melaksanakan puasa, dia diberi gelar “orang yang berpuasa (shaim)” kepada mereka, dan secara nominal puasa ini milik manusia, tapi sebenarnya puasa adalah milik Allah. Firman Allah “shawm li wa-ana ajzii bihi” yang artinya semua tindakan adalah milik-Nya dan bilamana semua manusia menisbahkan sesuatu pada dirinya mereka sendiri, penisbahan ini adalah resmi (formal) dan majazi (metaforis) bukan hakiki.
Dan Abul Hasan Nuri mengatakan bahwa tasawuf itu sebagai penyangkalan semua kesenangan diri sendiri. Dari penyangkalan dibagi atas dua macam, resmi dan hakiki. Singkatnya jika orang yang menyangkal suatu kesenangan dan mendapatkan kesenangan dalam penyangkalan, inilah yang dimaksud dengan penyangkalan resmi. Tetapi jika kesenangan menyangkal dia kemudian lenyap dan masalah ini ada dalam kontemplasi yang sesungguhnya (musyahadat). Maka dari itu penyangkalan itu merupakan tindakan manusia, tetapi pelenyapan kesenangan adalah tinadakan tuhan. Tindakan manusia adalah resmi dan tindaklan tuhan adalah hakiki.

Kesimpulan
Al-hujwiri melihat tasawuf sesuai dengan apa yang dia alami yang tidak lain adalah berdasarkan pengalamannya pribadi dalam mengarungi kehidupan. Dengan cara Al-hujwiri memahami tasawuf secara komparatif menjadikan tasawuf sesuatu yang bukan inklusif, artinya tidak ada suatu hal yang haq benar dalam tasawuf. Kebenaran dalam tasawuf merupakan wujud pengalaman spiritual pribadi.
Al-hujwiri tegas dalam mengeluarkan pandangannya seperti dalam kasus Al-halaj yang dituduh sebagai penyihir dan pandangannya para sufi harus tetap tunduk pada hukum (syari’at). Menandakan bahwa Al-hujwiri sebagai sosok yang yang lantang bicara, berani aksi dan bertanggung jawab.



KU HIDUPKAN KITAB KASHF AL MAHJUB AL HUJWIRI : BAB 1 PENTINGNYA ILMU

BAB 1 PENTINGNYA ILMU 

OLEH IMAM Al-HUJWIRI

Pada kebiasaan, bila membicarakan tentang sesuatu bidang ilmu, maka sebagai permulaan dibicarakan  tentang apa itu – Ilmu tasawuf, seterusnya asal usul, ta`rif, ciri, pertumbuhan dan perkembangan ilmu tasawuf itu. Apa yang dianggap baik sebagai permulaan bagi kitab Kashfu al-Mahjub oleh Al-Hujwiri bahawa beliau memulakan pembicaraan, memahami apa itu ilmu dan pentingnya ilmu. Pendekatan sedemikian dilakukan kelak oleh Al-Ghazali dengan kitab Ihya` `Ulum al-Din yang membicarakan  sebagai Kitab al-Ilmi dengan tujuh bab, lebih detail.

Al-Hujwiri memulakan pembicaraan tentang  pentingnya ilmu ialah dengan bertolak dari ayat Al-Qur`an, antaranya bermaksud;
``Sesungguhnya yang takutkan Allah dari hamba-hambaNya ialah `ulama`.`` (Fatir: 28):
Dia juga mengambil bukti daripada Hadith Rasulullah s.a.w. bermaksaud:
``Menuntut  ilmu wajib ke atas setiap orang muslim – dan juga muslimah.`` Dan  Hadith yang bermaksud:
`Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina.``.
Mengenal pasti apa yang dipelajari itu ilmu atau bukan ilmu adalah penting, agar, apa yang dipelajari adalah benar-benar ilmu, bukan sesuatu yang khurafat atau karut dan sebagainya.
Ilmu adalah kebenaran. Dan setiap ilmu itu adalah benar. Dia dapat memandu kepada jalan yang betul. Di dalam hidup kita perlu kepada ilmu – yang betul agar apa yang kita lakukan betul dan tidak salah. Jika kita gunakan ilmu berkenaan berfaedah.
Al-Hujwiri membicarakan ilmu kepada pegangan  dan amalan. Dia membahagikan  ilmu  kepada dua. Iaitu tentang Ketuhanan dan Kealaman. Mengetahui kedua-kedua keilmuan ini adalah mustahak. Kedua-duanya adalah berkait. Misalnya untuk mengetahui ketuhanan ialah dengan ada alam ini, kerana ia tidak boleh terjadi dengan sendiri dan memerlukan kepada yang menjadikannya, iaitu Tuhan.
Tetapi untuk mengetahui alam dan mengetahui Tuhan adalah dengan ilmu.
Untuk mendapat ilmu perlu kepada berfikir dan menggunakan akal. Misalnya memahami alam dan muka bumi dari satu segi, ianya teratur dan indah, dan dari muka buminya kita mendapat rezeki yang menunjukkan ada yang bersifat rahmat dan kasih sayang.  Dia adalah dikenali dengan Tuhan. Dari satu segi lagi, pada langit dan bumi ada kerosakan-korosakan dan bala bencana yang menyebabkan kebinasaan dan kematian, memperlihatkan bahawa ada yang berkuasa menyebabkan kerosakaan, kebinasaan dan kematian. Dia adalah Tuhan. Kedua-dua analogi di atas adalah menggunakan akal, sebab  itu akal penting bagi mempelajari ilmu. Tanpa akal tidak ditaklifkan seseorang. Melalui akal difahami secara logik, dengan dalil dan burhan tentang kewujudan Tuhan, melalui akal dapat dipertimbangkan bahawa alam ini  dicipta dan menerima kemungkinan rosak dan binasa.
Memahami Tuhan dan alam  perlukan ilmu.
Memahami tentang Tuhan adalah melalui ilmu akidah seperti mengetahui tentang Dzat, sifat dan af`al dan memahami tentang alam yang berdepan mata kepala kita. Ianya dapat disaksi dengan inderawi kita dan akli kita, bahkan melalui kefahaman terhadap yang alamiah dapat membawa dan mengukuhkan kefahaman tentang ketuhanan.
Al-Hujwiri juga menyentuh tentang keilmuan yang diterima melalui naqal (Al-Qur`an dan al-Hadith) dan akal. Daripada naqal dapat diketahui  pengetahuan tentang shari`at yang menurutnya berdasarkan tiga sumber, iaitu:
1)       Al-Qur`an
2)      Sunnah
3)      Ijma`
Al-Hujwiri mengambil pendapat Muhammad bin Fadhl al-Balakhi, bahawa sumber pegetahuan adalah dua;
1)      Tuhan (secara ma`rifat)
2)      Shari`at (Dari Tuhan).
Al-Hujwiri memberi pendapat yang hampir sama dengan pendapat Al-Imam Malik tentang perlunya ilmu tasawuf dan tidak terpisah antara  syariat dan kerohanian (tasawuf) sebagaimana katanya:
``Siapa yang bertasawuf dan tidak berfiqah boleh membawa kepada zindiq dan
Siapa yang berfiqah dan tida bertasawuf boleh membawa kepada fasiq dan,
Siapa yang menghimpun antara keduanya mendapat tahqiq.``.
Di dalam hal ini Al-Hujwiri melihat bagi memahami keilmuan kalam yang banyak bergantung pada rasional akal perlu kepada zuhud, katanya,
``Siapa yang berbahas secara ilmu kalam tanpa zuhud boleh membawa kepada zindiq, sebaliknya
Siapa yang puas dengan fiqh tanpa kerohanian hilang mesra dan boleh berdosa.``
Di dalam hal ini ma`rifat dalam maksud rasional seperti ilmu kalam perlu kepada kerohanian. Lantaran menuju kepada kebenaran perlu kepada kebersihan rohani. Diri yang bersih dan mesra ilahi lebih intim dari hanya memahami secara `kering`. Sebab itu keilmuan yang bersifat kalam, dan shara` yang semata menekankan kepatuhan perlu disertai kebersihan, kemurnian, keakhlakan  dan kelembutan yang mesra diri dengan Ilahi. Mesra diri dengan ilahi memberi kesan kepada diri mesra juga dengan manusia dan alam. Konsep bahagia lebih bermakna secara hati rohani dari hanya secara kefahaman yang `kering` dari unsur hati rohani.
Al-Hujwiri berprinsip  bhawa  ilmu ialah ilmu yang benar. Beliau mengingatkan di dalam menegakkan kebenaran berdasarkan keilmuan hendaklah menjauhi tiga jenis mereka yang disebut:
1)      `Ulama` yang lalai
2)      Pembaca Al-Qur`an yang munafik
3)      Mereka yang mengutuk apa saja yang tidak disukai.
Al-Junayd menyebut, bahawa keilmuan dan pengetahuan adalah jalan kepada kesempurnaan  dan jangan jadi bebal dan bodoh sombong !

Isnin, 19 Mac 2012

TAUHID RUBUBIYAH TAUHID ULUHIYAH

Dari kitab At-Tauhid Lish Shaffil Awwal Al-Ali

Hal ini bererti siapa yang mengakui tauhid rububiyah untuk Allah, dengan mengimani tak ada pencipta, pemberi rizki dan pengatur alam kecuali Allah, maka ia harus mengakui bahwa tak ada yang berrhak menerima ibadah dgn segala macamnya kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala . Dan itulah tauhid uluhiyah.
Tauhid uluhiyah, iaitu tauhid ibadah, karena ilah maknanya adalah ma'bud (yang disembah). Maka tak ada yang diseru dalam kecuali Allah, tak ada yang dimintai pertolongan kecuali Dia, tak ada yang boleh dijadikan tempat bergantung kecuali Dia, tak boleh menyembelih kurban atau bernadzar kecuali untukNya, dan tak boleh mengarahkan seluruh ibadah kecuali untukNya dan karenaNya semata.

Jadi, tauhid rububiyah adalah bukti wajibnya tauhid uluhiyah . Karena itu seringkali Allah membantah orang nan mengingkari tauhid uluhiyah dgn tauhid rububiyah yang mereka akui dan yakini.

Seperti firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
” Hai manusia, sembahlah Tuhanmu nan telah menciptakanmu & orang-orang nan sebelummu, agar kamu bertakwa. Dialah nan menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu & langit sebagai atap, & Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dgn hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. ” [Al-Baqarah: 21-22]

Allah memerintahkan mereka bertauhid uluhiyah, yaitu menyem-bahNya & beribadah kepadaNya. Dia menunjukkan dalil kepada mereka dgn tauhid rububiyah, yaitu penciptaanNya terhadap manusia dari nan pertama hingga nan terakhir, penciptaan langit & bumi serta seisinya, penurunan hujan, penumbuhan tumbuh-tumbuhan, pengeluaran buah-buahan nan menjadi rizki bagi para hamba. Maka sangat tak pantas bagi mereka jika menyekutukan Allah dgn nan lainNya; dari benda-benda atau pun orang-orang nan mereka sendiri mengetahui bahwa ia tak bisa berbuat sesuatu pun dari hal-hal tersebut di atas dan lainnya.

Maka jalan fitri utk menetapkan tauhid uluhiyah adalah berdasarkan tauhid rububiyah. Karena manusia pertama kalinya sangat bergantung kepada asal kejadiannya, sumber kemanfaatan dan kemadharatannya. Setelah itu berpindah kepada cara-cara ber-taqarrub kepadaNya, cara-cara nan bisa membuat ridhaNya dan yang menguatkan hubungan antara dirinya dgn Tuhannya. Maka tauhid rububiyah adalah pintu gerbang dari tauhid uluhiyah. Karena itu Allah ber-hujjah atas orang-orang musyrik dgn cara ini. Dia juga memerintahkan RasulNya utk ber-hujjah atas mereka seperti itu.

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
 ” Katakanlah: 'Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua nan ada padanya, jika kamu mengetahui?' Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah. ” Katakanlah: “Maka apakah kamu tak ingat?” Katakanlah: “Siapakah nan Empunya langit nan 7 dan yang Empunya `Arsy nan besar?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah. ” Katakanlah: “Maka apakah kamu tak bertakwa?” Katakanlah: “Siapakah nan di tanganNya berada keku-asaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tak ada nan dapat dilindungi dari (azab)Nya, jika kamu mengeta-hui?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah. ” Katakanlah: “(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?” [Al-Mu'minun: 84-89]

 ” (Yang memiliki sifat-sifat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; . . . ” [Al-An'am: 102]

Dia berdalil dgn tauhid rububiyah-Nya atas hakNya utk disembah. Tauhid uluhiyah inilah nan menjadi tujuan dari pencipta-an manusia. 

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
” Dan Aku tak menciptakan jin & manusia melainkan supaya mereka menyembahKu. ” [Adz-Dzariyat: 56]

 ” Ya'buduun ” adalah mentauhidkanKu dlm ibadah. Seorang hamba tidaklah menjadi muwahhid hanya dgn mengakui tauhid rububiyah semata, tetapi ia harus mengakui tauhid uluhiyah serta mengamalkannya. Kalau tidak, maka sesungguhnya orang musyrik pun mengakui tauhid rububiyah, tetapi hal ini tak membuat mereka masuk dlm Islam, bahkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam memerangi mereka.

Padahal mereka mengakui bahwa Allah-lah Sang Pencipta, Pemberi rizki, yang menghidupkan dan yang mematikan. 
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
 ” Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: 'Siapakah nan menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: 'Allah', . . . ” [Az-Zukhruf: 87]

 ” Dan sungguh jika kamu tanyakan kepada mereka: 'Siapakah nan menciptakan langit & bumi?', niscaya mereka akan menjawab: 'Semuanya diciptakan oleh nan Maha Perkasa lagi Ma-ha Mengetahui'. ” [Az-Zukhruf: 9]

 ” Katakanlah, 'Siapakah nan memberi rezki kepadamu dari langit & bumi, atau siapakah nan kuasa (menciptakan) pendengaran & penglihatan, & siapakah nan mengeluarkan nan hidup dari nan mati & mengeluarkan nan mati dari nan hidup & siapakah nan mengatur segala urusan?' Maka mereka akan menjawab: “Allah”. [Yunus: 31]

Hal semacam ini banyak sekali dikemukakan dlm Al-Qur'an. Maka barangsiapa mengira bahwa tauhid itu hanya meyakini wujud Allah, atau meyakini bahwa Allah adalah Al-Khaliq nan mengatur alam, maka sesungguhnya orang tersebut belumlah mengetahui hakikat tauhid nan dibawa oleh para rasul. Karena sesungguhnya ia hanya mengakui sesuatu nan diharuskan, dan meninggalkan sesuatu nan mengharuskan; atau berhenti hanya sampai pada dalil tetapi ia meninggalkan isi dan inti dari dalil tersebut.

Di antara kekhususan ilahiyah adalah kesempurnaanNya nan mutlak dlm segala segi, tak ada cela atau kekurangan sedikit pun. Ini mengharuskan semua ibadah mesti tertuju kepadaNya; pengagungan, penghormatan, rasa takut, do'a, pengharapan, taubat, tawakkal, minta pertolongan dan penghambaan dgn rasa cinta nan paling dalam, semua itu wajib secara akal, syara' & fitrah agar ditujukan khusus kepada Allah semata. Juga secara akal, syara' dan fitrah, tak mungkin hal itu boleh ditujukan kepada selainNya.