Catatan Popular

Jumaat, 30 April 2021

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 14 : ADAB-ADAB PUASA

 AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Tidak sepatutnya kalau engkau hanya puasa pada bulanRamadhan sahaja maka bermakna engkau telah meninggalkanmerebut keuntungan dengan puasa sunat dan engkau tidakmengambil peluang untuk merebut daijat yang tinggi dalamsyurga Firdaus. Nanti engkau akan menyesal apabila engkaumelihat pahala orang yang banyak puasa sunat seperti hanyaengkau melihat kepada bintang-bintang yang berkelip-kelip.

Mereka jauh lebih tinggi daripada engkau kerana mereka berada pada daijat yang tinggi sekali. 

Di sepanjang tahun ada hari-hari yang mempunyai kelebihanyang telah disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah S.A.W. danmempunyai ganjaran yang sangat besar bagi orang yangberpuasa pada hari-hari tersebut Hari-hari itu ialah:

1- Hari Arafah (9 Zulhijjah) sunat puasa bagi orangyang tidak mengeijakan haji.

2- Hari Asyura (10 Muharram) {dan juga sunat puasapada hari tasu'a (9 Muharram)}

3- Sepuluh hari yang pertama daripada bulanZulhijjah

4- Sepuluh hari yang pertama daripada bulanMuharram

5- Bulan Rejab

6- Bulan Sya’aban

7- Bulan-bulan haram, iaitu ada empat. Tiga bulanberturut-turut iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah danMuharram, dan satu bulan yang tunggal iaitu bulan Rejab.

Di dalam sebulan pula ada hari-hari yang mempunyai kelebihan beipuasa, iaitu :

1- Awal bulan

2- Tengah bulan

3- Akhir bulan

4- Hari-hari bidh (putih) iaitulah hari tiga belas, empatbelas dan lima belas.

Di dalam seminggu pula ada hari-hari yang mempunyaikelebihan berpuasa iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

Maka puasa pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah mengkifaratkan dosa seminggu dan puasa pada permulaanbulan, pertengahan bulan, akhir bulan dan hari-hari putih adalah menghapuskan dosa sebulan dan dosa setahun pula dihapuskan dengan puasa pada hari-hari yang telah kita sebutkan dalam pusingan tahunan.

Dan janganlah engkau mengganggap bahawa puasa ituhanya meninggalkan makan, minum dan jimak sahaja tetapipuasa adalah lebih luas daripada itu. Dalam hal ini RasulullahS. A. W. pernah bersabda:

Ertinya : Berapa banyak orang yang puasa, yang ia tidak memperolehi daripada puasanya itu selain daripada lapar dan dahaga.(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad pada musnad 2/373)

Maka kesempurnaan puasa itu bahawa engkau menjagaseluruh anggotamu daripada membuat sesuatu yang dibenci oleh Allah S.W.T. maka engkau mesti menjaga mata daripada melihat perkara-perkara yang yang diharamkan dan mesti menjaga lidah daripada bercakap dengan perkara yang tidak berfaedah dan menjaga telinga daripada mendengar perkara-perkara yang diharamkan kerana orang yang mendengar (orang yang mengumpat) adalah sama dosanya dengan orang yang mengumpat itu dan orang yang mendengar dikira sama hukumnya dengan orang yang mengumpat (kalau dia tidakmengingkari umpatannya itu).

Begitu pula hendaklah engkau menjaga seluruh anggotamuseperti engkau menjaga perut dan kemaluanmu. Dalam hal iniRasulullah S.A.W. bersabda:

Ertinya : Lima perkara yang membatalkan (pahala) puasa, iaitu berbohong, mengumpat, membuat fitnah, melihat {perempuan yang bukan mahram} dengan syahwat dan sumpah palsu.

(Hadis riwayat ad Dilami dalam musnad Firdaus)

 

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda: 

Ertinya : "Hanyasanya puasa itu perisai, maka apabila seseorang kamu puasa maka jangan ia bercakap yang tidak baik {seperti bercakap perkara-perkara yang lucah) dan jangan ia membuat maksiat dan jangan bertindak seperti orang jahil. Oleh kerana itu apabila ada orang lain yang cuba memusuhinya atau memakinya maka hendaklah ia berkata {di dalam hatinya kalau ia puasa sunat, di hati dan mulut kalau dia puasa wajib} : Bahawasanya aku ini berpuasa.”(Hadis riwayat Bukhari)

Ketika berbuka puasa, hendaklah engkau berusaha supayasemua makanan yang engkau makan itu halal. Dan janganengkau memperbanyakkan makan dengan memakan yang lebihdari kebiasaan yang engkau makan pada waktu malam.

Apabila engkau menghimpunkan makanan siang kepada malam untuk engkau makan sekaligus ketika berbuka puasa maka ituhanyalah memindahkan waktu makan sahaja maka tidak adamakna bagi puasamu. Sedangkan yang dimaksudkan daripadapuasa itu ialah memecahkan syahwatmu dan melemahkan kekuatannya supaya engkau dapat lebih berpeluang untuk menambah ketaqwaan tetapi apabila engkau hanya menghimpunkan makan siang kepada makan malam maka apakah maknanya puasamu bahkan perutmu (di waktu malam) akan lebih berat lagi, sedangkan tidak ada sebarang bekas (tempat) yang lebih dimurkai di sisi Allah yang lebih daripada perut yang dipenuhkan dengan makanan yang halal, Maka betapa pula halnya kalau perutmu itu dipenuhi dengan makanan yang haram.

Apabila engkau sudah faham makna puasa ini maka perbanyaklah olehmu daripadanya mengikut kemampuanmu kerana puasa itu adalah asas (yang memudahkan) segala ibadat yang lain dan kunci kepada segala ketaatan. Oleh kerana itu Rasulullah S.A.W. bersabda:

Ertinya : "Allah berfirman (di dalam hadis qudsi) bahawa setiap kebaikan itu akan digandakan sepuluh kali sehingga sampai tujuh ratus kali ganda (mengikut keikhlasan dan keindahan amalan tersebut) kecuali puasa maka puasa itu untukKu dan Akulah yang akan langsung membalasnya (dengan balasan sangat banyak yang tidak terbilang banyaknya)."

Dan lagi sabda Rasulullah S.A.W.:

Ertinya: "Demi Allah yang diriku di bawah kekuasaanNya, sesungguhnya bau mulut orang yang puasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Allah berfirman: Hambaku rela meninggalkan syahwatnya, makanan dan minuman kerana semata-mata mencari keredhaanKu maka puasanya adalah untukKu dan Aku lah yang akan terus membalasnya."

Dan lagi sabda Rasulullah S.A.W.: 

Ertinya: "Di dalam syurga itu ada satu pintu yang bernama “ArRayyan" di mana pintu itu tidak dapat dimasuki kecuali oleh orang yang berpuasa sahaja." 

Maka cukupkanlah bagimu- wahai thalib (penuntut) sampai di sini huraian bermacam-macan jenis ketaatan, yangmerupakan panduan bagi permulaan engkau menjalani akanjalan hidayah. Apabila engkau berhajat kepada keterangan tentang cara mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji atau engkau berhajat kepada keterangan yang lebih luas lagi berkenaan dengan sembahyang, puasa dan lain-lain maka hendaklah engkau rujuk kepada apa yang telah kami sebutkan di dalam kitab Ihya Ulumiddin.

 

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 13: ADAB- ADAB HARI JUMAAT

AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Ketahuilah olehmu bahawa hari Jumaat itu adalah HariRaya bagi orang Islam. Iaitu hari yang mulia yang telahdikhususkan oleh Allah S.W.T. kepada umat MuhammadS.A.W.. Dan pada hari itu ada satu saat yang mustajab doa.

Tiada membetuli akan saat itu oleh seseorang yang mukmindengan doanya kecuali Allah akan memberi apa sahaja yang iaminta. Maka bersiaplah engkau menghadapi hari Jumaat itumulai dari petang hari Khamis lagi. Maka hendaklah engkaumembersihkan pakaianmu dan memperbanyak mengucap tasbihdan istighfar mulai daripada petang hari khamis kerana masa itusudah menyamai kelebihan hari Jumaat. Dan bemiatlah engkauuntuk berpuasa pada hari Jumaat tetapi hendaklah puasa ituengkau sertakan dengan puasa hari Khamis atau puasa hariSabtu kerana ada larangan bagi mengkhususkan berpuasa pada hari Jumaat sahaja.

Apabila engkau berada di pagi hari Jumaat maka hendaklahengkau mandi kerana mandi Jumaat itu adalah satu kepastian(hukumnya sunat muakkad) atas setiap orang yang baligh{orang yang diwajibkan sembahyang Jumaat) dan bersungguh-sungguhlah engkau di dalam menyucikan badanmu dengan mencukur {bulu ari-ari misalnya) dan mengandam {misai misalnya) dan memotong kuku dan menggunakan sugi (kayu miswak) dan segala cara-cara bersuci. Kemudian ambillah perhiasanmu dengan pakaian yang putih, kerana itu lebih disukai di sisi Allah dan pakailah minyak wangi sebaik-baik minyak wangi yang engkau miliki. Setelah itu bersegeralah engkau pergi ke masjid dan beijalanlah dengan perlahan-lahan dan dengan penuh ketenangan. Dalam hal ini Rasulullah S.A.W. bereabda :

Ertinya : Siapayang pergi (ke masjid pada hari Jumaat) padajam yang pertama maka seakan-akan ia berkorban seekor unta Dan siapa yang pergi pada jam yang kedua maka seakan-akan ia berko- rban seekor lembu. Dan siapa yang pergi pada jam yang ketiga maka seakan-akan ia berkorban seekor kibasy. Dan siapa yang pergi pada jam yang keempat maka seakan-akan ia berkorban seekor ayam. Dan siapa yang pergi pada jam yang kelima maka seakan- akan ia berkorban sebiji telur dan apabila Imam sudah keluar {naik ke atas mimbar} maka dilipatlah buku catitan dan diangkat segala para (yang bertugas sebagai pencatit} pergi duduk di tepi mimbar untuk mendengar khutbah.  

Dalam riwayat lain disebutkan enam jam, iaitu siapa yang pergi pada masa yang kelima seakan-akan ia berkorban seekor burung dan siapa yang yang pergi pada masa yang keenam seakan-akan ia berkorban 

Berkata Imam lbnu Hajar r.a.: "Semua masa di antara terbit fajar sampai keludaklah dibahagikan kepada enam bahagian, sama ada hari itu pendek atau panjang.

Dan ada diriwayatkan bahawasanya qadar hampir seoranghamba ketika melihat Allah (pada hari kiamat nanti) adalahberdasarkan kepada qadar segeranya orang itu pergi ke masjid.

Apabila engkau masuk ke dalam masjid maka tuntutlah safyang pertama tetapi jikalau orang sudah ramai jangan engkaumelangkahi bahu-bahu mereka dan jangan engkau lalu di-hadapan orang yang sedang sembahyang dan pilihlah tempatduduk yang berdekatan dengan dinding atau tiang sehinggaorang tidak melintasi dihadapanmu dan jangan engkau duduk(dalam masjid) kecuali setelah engkau kerjakan sembahyangsunat tahiyyatul masjid dan yang lebih baik hendaklah engkaukerjakan sembahyang tahiyyatul masjid itu empat rakaat danengkau baca pada setiap rakaat (selepas surah al Fatihah ) akan surah al Ikhlas lima puluh kali kerana disebutkan di dalamsebuah hadis bahawa siapa yang mengerjakan yang demikianitu maka ia tidak mati kecuali setelah ia melihat akan tempatyang disediakan baginya di dalam syurga atau orang lain akanmelihat tempat yang telah disediakan baginya. Dan janganengkau tinggalkan sembahyang sunat tahiyyatul masjid iniwalaupun imam sedang membaca khutbah.

Dan disunatkan pula engkau sembahyang empat rakaat(sembahyang sunat mutlak) dan engkau baca pada rakaat yangpertama akan surah al An’am dan pada rakaat yang kedua surah al Kahfl dan pada rakaat yang ketiga surah Thaha dan pada rakaat yang keempat surah Yaasin. Dan jikalau engkau tidak mampu membaca surah-surah ini maka hendaklah engkau gantikan dengan surah Yassin, surah ad Dukhan, surah as Sajdah, surah al Mulk . Dan jangan engkau tinggalkan membaca surah-surah ini pada malam Jumaat maka kelebihannya sangat banyak. Dan sesiapa tidak mampu membaca surah ini maka hendaklah ia mengantikannya dengan memperbanyakkan membaca surah al Ikhlas dan memperbanyakkan mengucap selawat ke atas Rasulullah S.A.W.. Dan apabila Imam telah keluar (naik ke atas mimbar) maka putuskanlah segala doa dan perkataan dan hendaklah engkau memberi perhatianmu sepenuhnya untuk menjawab azan dan setelah itu dengarlah khutbah dengan penuh perhatian dan tinggalkan percakapan sama sekali kerana disebutkan di dalam hadis:

Ertinya: "Sesiapa yang bercakap dengan kawannya ketika khatib sedang membaca khutbah "diamlah kamu” maka orang itu telah sia-sia dan sesiapa yang sia-sia bermakna ia tidak mendapat pahala Jumaat."

Kita dilarang mengatakan "diamlah kamu ” kerana perkataan“diamlah kamu ” itu dikira satu percakapan. Dan sebaiknya jikaengkau terpaksa juga menegur orang lain maka cukuplah dengan menggunakan isyarat sahaja bukan dengan perkataan. 

Kemudian sembahyanglah engkau bersama dengan Imamseperti kaifiat sembahyang yang telah disebutkan. Apabilaengkau salam dan selesai daripada sembahyangmu maka sebelum engkau berkata-kata sesuatu, hendaklah engkau bacadahulu surah al Fatihah tujuh kali. Surah al Ikhlas tujuh kali,Surah al Falaq tujuh kali, surah An Nas tujuh kali kerana yangdemikian itu akan memelihara engkau daripada gangguansyaitan sehingga sampai ke minggu hadapan dan ia akan menjadi benteng yang kukuh bagimu untuk menghadapi gangguansyaitan. Setelah itu baca olehmu akan doa : 

Ertinya : Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Yang Maha TerpujiYang memulakan (ciptaan makhluk) dan Yang mengulangkannya.

Yang sangat kasih sayang dan yang sangat mencintai. Kayakanlah aku dengan rezekiMu yang halal bukan dengan yang haram dan anugerah kepadaku taat kepadaMu bukan maksiat dan berikanlah aku dengan kelebihanMu bukan dengan kelebihan orang lain.

Selepas sembahyang Jumaat hendaklah engkau sembahyangsunat ba'diyah Jumaat dua rakaat atau empat rakaat atau enam rakaat dan engkau perbuat yang demikian itu dua rakaat sekali salam maka telah diriwayatkan yang demikian itu daripada Rasulullah S.A.W. dalam beberapa cara yang berlainan. Kemudian hendaklah engkau duduk di dalam masjid sehingga sampai waktu Maghrib atau sekurang-kurangnya sampai waktu Asar. Dan hendaklah engkau pandai menanti saat yang mustajab doa itu kerana saat itu dirahsiakan oleh Allah pada sepanjang hari Jumaat maka biarlah engkau mendapati masa itu sedangkan engkau di dalam khusyu’ dan merendahkan diri kepada Allah.

Dan janganlah engkau hadir di dalam masjid itu akan majlis atau halaqah (yang tidak berfaedah) ataupun majlis tukang-tukang cerita bahkan hendaklah engkau hadir di dalam majlis ilmu yang bermanfaat iaitulah ilmu yang menambah takutmu kepada Tuhanmu dan mengurangkan gemarmu kepada dunia kerana segala ilmu yang tidak mendorong engkau meninggalkan dunia dan tidak menggemarkan engkau untuk mencapai kebahagiaan yang abadi di akhirat, maka jahil daripada ilmu itu adalah lebih baik bagimu. Oleh itu berlindunglah engkau dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat dan hendaklah engkau perbanyakkan membaca doa ketika matahari naik dan ketika tergelincir dan ketika tenggelam dan ketika engkau mendengar iqamat dan ketika khatib naik ke atas mimbar dan ketika orang berdiri untuk sembahyang maka barangkali engkau menemui masa yang mustajab doa itu.

Dan berusahalah sehingga engkau dapat bersedekah padahari ini dengan sekadar kemampuanmu walaupun hanya sedikitmaka dengan itu bermakna engkau telah menghimpunkan padahari itu antara sembahyang, puasa, sedekah, membaca Al Quran, zikir, I’tikaf dan Ribat (menunggu sembahyang selepas sembahyang) dan jadikanlah hari ini dalam minggumu sebagai hari yang engkau khususkan bagi akhiratmu. Mudah-mudahan iamenjadi kifarat bagi hari-hari yang lain dalam minggu itu.

Khamis, 29 April 2021

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 12 : ADAB-ADAB MENJADI IMAM DAN ADAB-ADAB MENJADI MAKMUM (ADAB-ADAB SEMBAHYANG BERJAMAAH)

AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Pertama : Sebaik-baiknya bagi seseorang Imam itu bahawaia meringkaskan sembahyangnya. Dalam hal ini Anas bin MalikR.A. berkata : "Aku tidak pernah bersembahyang di belakangseseorang yang lebih ringkas sembahyangnya tetapi lebih sempurna selain dari Rasulullah S-A.W. 

Kedua : Janganlah Imam memulakan dengan takbiratulIhram sebelum muazzin selesai daripada iqamatnya dan sebelum saf dibetulkan.

Ketiga : Imam hendaklah mengangkat suaranya dengantakbir dan makmum pula jangan mengangkat suaranya kecualisekadar untuk mendengarkannya kepada dirinya sendiri.

Keempat: Imam hendaklah berniat menjadi Imam supaya iamendapat pahala beijamaah. Jikalau Imam tidak berniat menjadi Imam dan makmum di belakang berniat mengikut Imam maka sah sembahyang sekalian makmum dan mereka mendapatpahala beijamaah {dan sah juga sembahyang Imam tetapi iatidak mendapat pahala beijamaah)

Kelima : Imam hendaklah merendahkan suaranya ketikamembaca doa iftitah dan seperti halnya orang yang sembahyang sendirian dan hendaklah Imam meninggikan suaranya ketika membaca surah al Fatihah dan surah yang selepasnya pada sembahyang Subuh dan dua rakaat yang permulaan daripada sembahyang Maghrib dan Isyak. Dan begitulah pula orang yang sembahyang sendirian.

Dan hendaklah Imam meninggikan suaranya dengan perkataan"Amin” pada mana-mana rakaat yang dituntutkan meninggikansuaranya dalam bacaan dan hendaklah makmum menyertaiImamnya meninggikan suara dalam bacaan "Amin” dengan tidak terkemudian daripadanya.

 

Keenam : Hendaklah Imam berdiam sekejap selepas membaca surah Al Fatihah untuk dapat mengambil nafasnya dengansempurna dan hendaklah makmun mengambil peluang masaberdiam Imam ini untuk membaca surah al Fatihah , makadengan demikian makmum akan dapat sepenuhnya mendengarkan bacaan Imam, dan makmum jangan membaca surah kecuali bila ia tidak mendengar bacaan Imamnya. 

Ketujuh : Hendaklah Imam jangan membaca tasbih ruku'dan tasbih sujud lebih dari tiga kali dan jangan lebih ketikamembaca tasyahhud awal daripada perkataan:

Kelapan : Hendaklah Imam jangan membaca selain daripadasurah al Fatihah pada dua rakaat yang terakhir pada sembahyang yang tiga rakaat atau empat rakaat dan janganlah ia suka memanjangkan bacaan seperti memanjangkan doa di dalam tasyahhud akhir selepas ia membaca tasyahhud yang wajib dan selawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Kesembilan : Hendaklah Imam berniat ketika memberi .salam itu akan mengucapkan salam kepada ahli jamaah dan ahli jamaah pula berniat dengan salam mereka itu menjawab akan salam Imam.

Kesepuluh: Hendaklah Imam duduk sekejap selepas selesaidaripada salamnya dan hendaklah dia menghadap kepada para makmum dengan mukanya dan jangan ia menoleh {ke kiri atau ke kanan}. Dan jika ada jemaah perempuan di kalanganmakmum itu maka hendaklah mereka bangkit lebih awal. Danjanganlah ada di kalangan para makmum (laki-laki) itu orangyang bangkit meninggalkan tempat duduknya, sebelum Imambangkit daripada tempat duduknya. Dan hendaklah Imambangkit daripada tempat duduknya menuju ke sebelah kananatau kiri tetapi menuju kesebelah kanan itu adalah yang terlebih afdal.

Kesebelas : Janganlah Imam mengkhususkan dirinya ketikamembaca qunut dalam sembahyang Subuh maka hendaklah dia berdoa dengan lafaz:

Ertinya : Ya Allah! Tunjukilah akan kami bersama orang yangtelah Engkau tunjuki dan afiatkanlah kami bersama orangyang telah Engkau cfiatkan dan pimpinlah kami bersama orangyang telah Engkau pimpin dan berkahlah bagi kami pada segala sesuatu yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah kami daripada kejahatan apa-apa yang telah Engkau putuskan. 

Dan hendaklah Imam meninggikan suaranya dengan qunutdan para makmum hendaklah mengaminkannya di belakang dan janganlah mereka mengangkat tangan ketika berqunut kerana perkara itu tidak stabit daripada perbuatan Rasulullah S.A.W. Kemudian para makmum hendaklah meneruskan bacaan sendiri sendiri lafaz qunut hingga ke akhirnya. Iaitu;

Kedua belas : Janganlah makmum berdiri sendirian {di-belakang saf} tetapi hendaklah ia masuk kedalam saf atau iamenarik seorang makmum yang ada di hadapan {untuk bersamadengannya di saf yang baru}

Ketiga belas : Janganlah makmum itu mendahului Imamnyapada perbuatan atau menyamainya, bahkan hendaklah ia terkemudian daripada Imamnya maka janganlah makmum ruku' sebelum Imam sampai kepada had ruku' dan jangan makmum turun sujud sebelum dahi Imam tercacak di atas lantai.

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 11: ADAB-ADAB MENGERJAKAN SEMBAHYANG

 AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Apabila engkau telah selesai bersuci daripada najis padabadan, pakaian dan tempatmu dan engkau telah suci daripadahadas dan setelah engkau menutup aurat daripada lutut sampaike pusat {bagi lelaki dan seluruh badan kecuali muka dan tapaktangan bagi perempuan) maka hendaklah engkau menghadapqiblat dalam keadaan berdiri dan merenggangkan sedikit diantara dua kaki dan berdirilah dengan tegak kemudian bacaolehmu surah an Nas sampai akhirnya. 

Engkau baca surah tersebut dengan niat untuk membentengi dirimu daripada godaan syaitan yang terkutuk kemudian hadirkan hatimu dan kosongkan jiwamu daripada sebarang was-was dan hendaklah engkau fiirirkan bahawa engkau sedang berdiri di hadapan Tuhanmu dan engkau bermunajat dengaNnya maka hendaklah engkau malu sekiranya engkau bermunajat kepadaNya dengan hati yang lalai dan dada yang penuh berserabut dengan was-was dunia, bisikan syahwat dan hawa nafsu. Dan ketahuilah bahawa Allah Taala mengetahui segala rahsiamu dan melihat ke dalam hatimu dan Ia hanya menerima sembahyangmu yang khusyu’ dan penuh rendah diri. Maka sembahlah Tuhanmu seakan-akan engkau melihatNya dan jikalau engkau belum mampu berbuat demikian maka tanamkanlah di dalam hatimu bahawa sebenarnya Tuhanmu melihat segala perbuatanmu.

Apabila hatimu masih tidak mahu hadir dan anggotamutidak tenang maka ini adalah berpunca daripada kurangnyamakrifatmu terhadap kebesaran dan keagungan Tuhanmu. Cubaengkau bayangkan jika ada orang yang soleh daripada keluargamu yang sedang memperhatikan dan meneliti sembahyangmu pasti ketika itu engkau akan mendapati hatimu menjadi khusyu' kepadanya dan segala anggotamu menjadi tenang di hadapannya. Oleh itu, kembalilah engkau menasihati dirimu dan katakan padanya:

 "Wahai nafsuku tidakkah engkau merasa malu kepada AllahTuhanmu yang menciptakanmu. Betapa engkau boleh malu dihadapan manusia yang lemah ini dan dia hanyalah salah satudaripada hamba Tuhanmu. Apabila manusia ini meneliti sembahyangmu, engkau boleh khusyu' dan anggotamu menjaditenang dan sembahyangmu menjadi elok di hadapannya, sedangkan ia tidak memiliki apa-apa dan tidak dapat memberi sebarang kemudaratan atau kemanfaatan kepadamu. Kemudianbetapa engkau tidak malu kepada Allah Tuhanmu yang mengetahui segala rahsiamu dan betapa engkau tidak merasa takutkepada kebesaranNya. Apakah Allah Taala itu lebih hina padapandanganmu daripada salah seorang hambaNya? Makaalangkah besarnya kezalimanmu dan alangkah bersangatannyajahilmu dan alangkah besarnya permusuhanmu terhadap dirimusendiri".

Maka rawatlah hatimu dengan cara-cara yang seperti ini,barangkali pada suatu masa nanti ia akan khusyu' juga. Dansebenarnya engkau tidak akan memperolehi apa-apa yang didalam sembahyangmu kecuali sekadar mana yang engkaukhusyu' padanya. Adapun sembahyang yang dikerjakan dalamkeadaan lalai dan lupa maka sebenarnya sembahyang itu sendiri masih perlu kepada istighfar dan kifarah bagi menyempurnakannya.

Apabila hatimu telah hadir maka jangan lupa engkau membaca iqamat walaupun jikalau engkau hanya sembahyang sendirian. Dan apabila engkau sembahyang beijamaah maka hendaklah engkau azankan kemudian diikuti dengan iqamat lalu engkau berniat maka kata olehmu di dalam hatimu :

 Ertinya : "Sahaja aku menunaikan fardhu Zuhur kerana AllahTaala."

Dan hendaklah niat ini hadir di hatimu ketika engkau takbirdan jangan sampai niat itu hilang sebelum engkau selesai daripada lafaz takbir. Dan angkatlah kedua tanganmu ketika takbiritu sehingga sampai membetuli kedua bahumu sedangkan tanganmu itu terbuka dan jari-jarinya terhurai. Dan janganlahengkau memberatkan dirimu untuk menghimpunkan jari-jarimuatau memisahkannya. Dan angkatlah kedua tanganmu sehinggakedua ibu jarimu membetuli bahagian bawah daripada keduatelingamu dan hujung-hujung jarimu membetuli bahagian atasdaripada kedua telingamu dan engkau betulkan kedua tanganmu dengan kedua bahumu. Apabila tanganmu telah diletakkan di tempat yang telah disebutkan tadi maka baru engkau bertakbir kemudian lalu engkau turunkan kedua tanganmu dengan perlahan-lahan dan jangan engkau tekan kedua tanganmu ketika engkau menggangkat dan menurunkannya dan jangan pula engkau tekan kedua tanganmu ke belakang dan jangan pula engkau tolakkan dia kesebelah kanan atau kiri. Dan apabila engkau telah turunkan kedua tanganmu ke bawah maka hendaklah engkau menggangkatnya semula untuk meletakkannya di bawah dadamu dan hormatilah tanganmu yang karian dengan meletakkannya di atas tangan kiri dan buka jari-jarimu yang kanan, dengan engkau meletakkannya membujuri hasta tanganmu yang kiri dan pegangkan tanganmu yang kanan itu ke pergelangan tangan kiri dan baca olehmu selepas takbir itu akan doa iftitah :

Ertinya : Allah Maha besar.

Segala pujian yang banyak bagi Allah, Maha suci Allah di wak tu pagi dan petang. Aku hadapkan diriku kepada Tuhan yang ntenciptakan segala langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar dan bukanlah aku termasuk dalam golongan orang yang mempersekutukan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu baginya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku adalah termasuk di dalam golongan orang-orang Islam.

Kemudian baca olehmu ldan seterusnya bacalah surah al-Fatihah dengan memperhatikan tempat-tempat tasydidnya dan berhati-hatilah membezakan antara huruf dhad dengan huruf zha’ dalam bacaanmu dan katakanlah “Amin" selepas membaca surah al-Fatihah itu dan janganlah engkau sambungkan kalimat Amin dengan kalimat ” dan nyaringkanlah bacaanmu {pada surah al Fatihah dan surah yang mengikutinya} pada sembahyang Subuh, Maghrib dan Isyak iaitu pada dua rakaat yang permulaan kecuali bila engkau seorang makmum. Dan nyaringkan dengan kalimat “Amin”

Dan hendaklah engkau baca selepas surah al Fatihah padasembahyang Subuh akan surah-surah yang dinamakan"thiwalul mufasshal" dan pada sembahyang Maghrib akansurah-surah yang dinamakan “ qisharul mufasshal" dan padasembahyang Zuhur, Asar dan Isyak akan surah-surah yang dinamakan "Ausatul mufasshar m dan engkau baca pada sembahyang Subuh dalam pelayaran akan surah al Kafirun{ padarakaat yang pertama} dan surah al Ikhlas [pada rakaat yangkedua} dan janganlah engkau sambungkan bacaan akhir surahdengan takbir ruku' tetapi hendaklah engkau pisahkan antara keduanya dengan sekadar membaca Subhanallah.

Dan ketika engkau berdiri hendaklah engkau menundukkanpandanganmu ke tempat sujudmu kerana yang demikian itulebih menumpukan perhatianmu dan lebih hampir kepadakhusyu' hatimu. Dan jangan sekali-kali engkau menoleh ke kiriatau ke kanan di dalam sembahyangmu.

Setelah itu hendaklah engkau mengucapkan takbir ruku' danangkatkan tanganmu seperti cara yang telah disebutkan (dalamkaifiat mengangkat kedua tangan pada takbiratul ihram} danpanjangkanlah bacaan takbir itu sehingga engkau sampai berada dalam keadaan ruku' yang sempurna, maka letaklah kedua telapak tanganmu di atas kedua lututmu sedangkan jari-jarimu terhurai dan tegakkan lututmu baik-baik. Dan r atakan belakang lehermu dan kepala sehingga semuanya kelihatan seperti sekeping papan. Dan renggangkan kedua sikumu daripada lambungmu sedangkan perempuan tidak berbuat demikian bahkan ia merapatkan sebahagian anggota kepada bahagian yang lain dan baca olehmu ketika ruku' itu tiga kali:

Ertinya : Maha suci Tuhanku Yang Maha Agung dengan segalapujiannya.

Dan jikalau engkau sembahyang sendirian maka lebih baikengkau tambahkan bacaan tasbih itu sampai tujuh kali atausepuluh kali.

 

Kemudian engkau angkat kepala sampai engkau kembalitegak seperti sebelum ruku' dan angkatlah kedua tanganmusambil engkau membaca: 

Ertinya : Allah mendengar sesiapa yang memujinya.

Apabila engkau berdiri tegak maka baca olehmu:

Ertinya : "Wahai Tuhan kami! Bagimu segala pujian sepenuh

segala langit dan bumi dan sepenuh apa jua suatu yang Engkau kehendaki selepas itu."

Dan jikalau engkau sembahyang Subuh maka bacalah qunutketika engkau i’tidal pada rakaat yang kedua. Kemudian hendaklah engkau turun untuk sujud sambil mengucap Allahu akbartanpa menggangkat kedua tangan. Dan pertama kali letakkandahulu lututmu, setelah itu baru letakkan kedua tanganmu dandiiringi dengan dahimu pada hal dahi itu terbuka dan letakkanhidungmu bersama dengan dahimu dan renggangkan keduasikumu daripada lambungmu dan renggangkan pula perutmudaripada kedua-dua pahamu. Dan perempuan tidak berbuat

demikian. {Ia hendaklah merapatkan sebahagian anggota kepada sebahagian yang lain} dan letakkan kedua tanganmu di atas lantai berbetulan dengan kedua bahumu dan janganlah engkau hamparkan kedua hastamu di atas lantai {seperti perbuatan anjing) dan baca olehmu ketika sujud itu akan tasbih ini:

Ertinya : Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi.

Engkau baca tasbih ini tiga kali {apabila engkau sembahyang beijamaah} dan tujuh atau sepuluh kali apabila engkausembahyang sendirian. Kemudian engkau bangkit dari sujudmusambil mengucapkan " Allahu akbar" sehingga engkau dudukdengan sempurna dan duduklah di atas telapak kakimu yang kiri dan tegakkan telapak kakimu yang kanan dan letakkan kedua tanganmu di atas kedua pahamu sedangkan jari-jarimu dalam keadaan terhurai {tidak digenggam} dan baca olehmu:

 

Ertinya: Wahai Tuhanku! Ampunilah aku, kasihanilah aku, berikanlah rezeki kepadaku, berikanlah hidayah kepadaku dan tampunglah (kekurangan) ku, dan a’fiatkanku (badanku) dan maafkan dosaku.

Kemudian lalu engkau sujud kali yang kedua seperti kaifiatsujud yang pertama kemudian engkau bangkit pula untuk“duduk istirahat" pada setiap rakaat yang tidak diiringi dengantasyahhud. Dan hendaklah engkau duduk istirahat ini sekejapsahaja kemudian engkau berdiri dan engkau letakkan kedua tanganmu di atas lantai dan jangan engkau mendahulukan sebelahkaki ketika berdiri dan hendaklah engkau mengucapkan Allahuakbar ketika engkau hampir ke tempat duduk istirahah makaterus takbir itu engkau panjangkan sehingga sampai lebih kurang separuh berdirimu.

Dalam rakaat kedua hendaklah engkau ulangi seperti kaifiat rakaat yang pertama bermula daripada perkataan "A’u zu billahi minas syaithonir rajim" {sampai kepada sujud yang kedua} kemudian hendaklah engkau duduk untuk tasyahhud pertama dan hendaklah engkau letakkan tangan kanan di atas paha kanan dengan menggenggamkan jari-jarimu kecuali jari telunjuk dan ibu jari maka engkau biaikan keduanya {tanpa digenggam) dan hendaklah engkau mengisyaratkan dengan telunjuk yang kanan ketika engkau mengatakan illalUth bukan ketika mengatakan la illaha dan letakkan tangan kirimu dalam keadaan terhurai (tidak digenggam) di atas paha kiri dan hendaklah engkau duduk di atas kakimu yang kiri pada tasyahhud ini (tasyahhud awal) seperti engkau duduk antara dua sujud dahulu. 

Dan hendaklah engkau duduk "tawarruk" pada tasyahhudakhir, iaitu dengan mendudukkan punggungmu yang kiri danmendirikan telapak kaki kanan dan meletakkan kaki kiri dibawah kaki kanan dengan dikeluarkan sedikit hujung kaki kiriitu di bawah kaki kanan. Dan hendaklah engkau sempurnakanmembaca doa yang makstur daripada Rasulullah S.A.W. pada tasyahhud akhir ini kemudian kata olehmu selepas selesai daripada segala doa itu akan “Assalamu 'alaikum warahmatullah"

dua kali, sekali ke kanan dan sekali ke kiri dan hendaklahengkau menoleh {ketika memberi salam itu) sekira-kira dapatdilihat putihnya pipimu dari sebelah tepimu dan niatkan olehmu

akan keluar daripada sembahyang dan hendaklah engkau niatkan memberi salam kepada orang-orang yang ada di kanan dan kiri daripada segala malaikat dan manusia.

Dan apa yang telah disebutkan ini ialah cara sembahyangdengan sendirian {dan akan disebutkan cara sembahyang beijamaah pada fasal akan datang) dan yang paling penting diberiperhatian di dalam sembahyang ini ialah khusyu' atau hadir hatibersama dengan bacaan dan zikir. Di dalam hal ini Imam Hassan Basri R. A. pernah berkata : 

Ertinya: "Setiap sembahyang yang tidak hadir had padanya maka sembahyang itu lebih dekat kepada seksaan {daripada rahmat}."

Dan Rasulullah S. A. W. bersabda:

Ertinya: "Sesungguhnya seorang hamba itu mengerjakan sembahyang pada hal tidak dituliskan ganjaran sembahyangnya itumelainkan hanya seper-enamnya, atau seper-sepuluhnya sahaja. Dan hanya sanya ditulis ganjaran sembahyang seorang itu mengikut banyak mana yang dia khusyu' di dalamnya."

 

KITAB BIDAY KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 10 : ADAB-ADAB TIDUR

AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Apabila engkau hendak tidur maka hamparlah hamparanmudalam keadaan menghadap qiblat dan tidurlah dalam keadaan  mengiringkan badan ke sebelah kanan seperti berbaring orang yang mati di liang lahat dan ketahuilah bahawasanya tidur itu seumpama mati dan bangkit daripada tidur itu seumpama bangkit daripada kubur pada hari kiamat nanti. Siapa tahu, barang kali rohmu dicabut oleh Allah S.W.T. ketika engkau tidur pada suatu malam. Oleh kerana itu bersedialah engkau untuk menemui Tuhanmu dengan engkau tidur dalam keadaan suci dan wasiatmu ada tersimpan di bawah bantalmu.

Hendaklah engkau tidur di dalam keadaan bertaubat kepada Allah daripada segala dosa dan meminta ampun daripada segala kesalahan dan dalam keadaan engkau berazam bahawa engkau tidak akan mengulangi lagi sebarang maksiat yang pernah engkau kerjakan dan berazamlah untuk membuat kebaikan kepada seluruh orang Islam jikalau Allah membangkitkan engkau pada pagi esok.

Hendaklah engkau ingat bahawasanya pada suatu masa nantijasadmu akan terbujur sejuk di liang lahat. Engkau akan tinggaldi sana bersendirian, tiada siapa yang mahu bersamamu kecuali hanya amalanmu dan tiada yang berfaedah di kala itu kecuali hanya usahamu. Dan janganlah engkau merangsang nafsumu untuk tidur lebih awal dengan mempersiapkan hamparan yang empuk-empuk kerana tidur adalah mengosongkan bagi makna kehidupanmu kecuali apabila engkau melihat bahawa jagamu itu merosak akan agamamu maka ketika itu tidurmu adalah lebih selamat bagi agamamu dan ketahuilah bahawasanya siang dan malam itu hanya dua puluh empat jam sahaja maka janganlah engkau tidur pada waktu siang atau malam lebih daripada lapan jam kerana jikalau engkau berumur enam puluh tahun maka memadailah engkau telah mensia-siakan daripada umurmu itu sebanyak dua puluh tahun iaitu sepertiga daripada umurmu.

Sebelum engkau tidur hendaklah engkau persiapkan miswakmu (alat bersiwak seperti berus gigi dan seumpamanya) dan hendaklah engkau siapkan air untuk engkau bersuci dan berazamlah ketika hendak tidur itu untuk engkau bangkit di tengah malam atau sekurang-kurangnya di akhir malam sebelum waktu subuh kerana dua rakaat di tengah malam itu merupakan satu perbendaharaan daripada perbendaharaan kebaikan, maka hendaklah engkau membanyakkan perbendaharaanmu untuk menghadapi hari kefaqiranmu dan harta benda dunia ini sedikit pun tidak akan beiguna bagimu apabila engkau telah mati. Dan baca olehmu ketika hendak tidur akan doa:

Ertinya: Ya Allah! Dengan na- maMu aku letakkan lambungku ini dan dengan namaMu pula aku akan mengangkatnya maka ampunilah dosa-dosaku. Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada sek- saanMu di hari Engkau membangkitkan hamba-hambamMu, Ya Allah! Dengan namaMu aku hidup dan dengan namaMu aku mati. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan segala yang mempunyai kejahatan dan daripada kejahatan segala makhluk yang melata di atas muka bumi , ini yang Engkau menguasai ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku adalah di atas jalan yang lurus.

Ya Allah! Engkaulah yang permulaan maka tidak ada sesuatusebelumMu. Dan Engkaulah yang akhir maka tidak sesuatu selepasMu dan Engkaulah yang za- hir maka tidak ada sesuatu diatasmu dan Engkaulah yang batin maka tidak ada sesuatu dibawahMu Ya Allah! Engkaulah yang men- ciptakan diriku dan Engkau pu¬ la yang berkuasa mematikannya maka terserahlah kepadaMu tuk mematikannya atau meng- hidupkannya. Jikalau Engkau mahu mematikannya maka am- punkanlah baginya, dan jika Engkau mahu menghidupkanya maka peliharalah akan dia seper¬ ti engkau memelihara hamba- hambaMu yang soleh. Ya Allah! Aku memohon akan Engkau akan kemaafan dan keafiatan. Ya Allah! Kejutkanlah aku pada sebmk-baik masa kepadamu dan pergunakanlah diriku pada sebaik-baik amalan di sisiMu sehingga Engkau hampirkan kepada aku kepadaMu dan engkau jauhkan aku daripada kemara hanMu. Ya Allah! Aku meminta akan Dikau maka Engkau memberi akan daku dan aku meminta ampun akan Dikau maka Engkau pun mengampuni akan dosa- dosaku dan aku berdoa akan Dikau maka Engkau perkenankan segala doaku.

Setelah itu hendaklah engkau membaca Ayatul Kursi danAmanar Rasul sampai ke akhir dan surah al Baqarah dan surahal Ikh las dan surah al Falaq dan surah anNas dan surah al Mulkdan berusahalah supaya engkau tidur di dalam keadaan berzikir dan dalam keadaan suci maka siapa yang mengerjakan yang demikian itu nescaya naik rohnya ke atas arasy dan akan ditulis seperti orang yang bersembahyang sampai masa ia bangun dari tidurnya itu. 

Apabila engkau bangun dari tidur maka keijakanlah sepertiapa yang telah disebutkan sebelum ini dan kekali olehmumengikut tertib amalan yang telah disebutkan ini sehinggasampai ke akhir hayatmu dan apabila engkau merasa payahuntuk mengekali tertib amalan-amalan ini maka bersabarlahengkau seperti sabarnya orang yang sakit menelan ubat yangpahit kerana mengharapkan sembuh dan renungkanlah betapa pendeknya umurmu walaupun engkau terpaksa hidup di dalam keadaan susah selama seratus tahun maka itu adalah masa yang singkat bila dibanding dengan kehidupanmu yang kekal abadi di negeri akhirat kelak dan engkau fikirkan betapa engkau boleh bersabar di dunia ini menahan derita dan kesusahan serta kehinaan berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun kerana hanya menghendaki kerehatan dua puluh tahun misalnya maka betapa engkau tidak sabar menahan sedikit kesusahan yang akan menghasilkan kebahagiaan yang abadi yang tiada ada kesudahannya itu.

 Dan janganlah engkau panjangkan angan-anganmu nanti engkau akan merasa malas daripada berbuat ibadat, bahkan hendaklah engkau fikirkan bahawa kematianmu itu sangat dekat sekali kepadamu dan katakan di dalam hatimu : 

"Bersabarlah engkau hari ini mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada besok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan atau pun pada umurmu yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap- siap untuk menghadapinya adalah satu kepastian pula dan bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini. Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi." 

Begitulah hendaknya engkau menasihati dirimu setiap harikerana jikalau engkau tidak mengandaikan mati itu dekatkepadamu bahkan engkau mentakdirkan bahawa mungkinengkau akan hidup lima puluh tahun lagi, lalu engkau mahumenyuruh dirimu berbuat taat, sudah pasti dirimu tidak akanpatuh kepadamu dan pasti ia akan menolak nasihatmu danmerasa berat untuk mengeijakan ketaatan. Maka paksakanlahdirimu untuk mengerjakan ketaatan nescaya engkau akanbergembira ketika engkau mati nanti dengan kegembiraan yang tidak ada kesudahannya tetapi jika engkau suka menangguhkannya ketaatan dan tidak mengambil berat dalam masalahini pasti engkau akan menyesal kerana kematian akan datangmenemuimu pada masa yang tidak disangka-sangka. Ketika itu,engkau pasti akan menyesal dengan penyesalan yang tiada ada kesudahannya dan hendaklah engkau selalu mengingati satu pepatah Arab:

Ertinya : "Dan di waktu pagi akan dipuji kumpulan yang telahberjaya berjalan pada malamnya."

Dan apabila engkau sudah mati barulah segala apa yang akusebutkan ini menjadi suatu kenyataan seperti firman Allah Taala:

Maksudnya: "Dan selagi akan kamu ketahui kebenaran apa yang dikhabarkan kepadamu pada suatu masa kelak."(Surah Shaad, ayat 88)

Setelah kami selesai menyebutkan susunan wiridmu inimaka akan kami sebutkan pula kaifiat untuk engkau sembahyang, puasa dan adab-adabnya dan sembahyang berjamaah serta adab-adab sembahyang beijamaah.