Maka tatakala dikehendaki Allah Taala menjadikan
lembaga Adam, maka dihimpunkan air, tanah, api dan hawa(haba) lalu Tajlli hak
Taala kepada tanah itu dengan berbagai Tajlli Sifat dan Zatnya maka digengamnya
segengam daripada bumi itu dengan gengaman Jabrautnya, maka dihantarkannya ia
pada alam Malakut adalah tanah yang digengam itu pilihan daripada segala tanah,
maka dengan haq Allah Taala tanah segengam itu dengan beberapa rempah-rempah,
bau-bauan, daripada Nur Sifatnya, maka diturunkan Allah Taalah hujan atas tanah
yang segengam itu.
Dengan Sifat Jalal dan Jamal maka dijadikan
lembaga oleh hak Allah Taala akan tanah yang satu gengam itu dengan
berbagai-bagai nafas alam malik, dan alam malakut itu maka dihantarkan ia
lembaga itu pada pihak Qudrat
yang antara
medan “azali” dan “abaad” hingga berlakulah atas segala sabit yang tersebut
daripada "israkulalzat" dan
segala alam yang tersebut daripada qamar
al-sifat, tetapi tiada menzahirkan dan
tiada mashur namanya dan segala perinya pada segala malaikat dan segala jin
seperti firman allah yang maksudnya”sesungguhnya telah datang atas adam sesuatu
masa yang tidada ada ia sesuatu yang disebut akan dia yakni adalah berlalu
atas lembaga adam kira kira 120 tahun
lamanya iaitu:-
Pada tanah
yang bercampur dengan air kira-kira 40
tahun lamanya.
Pada tanah
kering kira-kira 40 tahun lamanya.
Pada tanah hitam busuk kira-kira 40tahun lamanya.
Setelah itu maka dipersalinkan hak taala akan
lembaga itu dengan persalinan kemuliaan, maka terdidinglah penglihatan segala
malaikat daripada melihat hakikat rupa lembaga itu daripada melihat yang
dijadikan allah Taala denga kemulianya dan Samad dan Jalalnya dan Jamalnya dan
Zatnya pada menyempurnakan akan kejadian lembaga Nabi Allah Adam,
Maka adalah tilik segala malaikat kepada lembaga itu
dengan tilik kehinaan pada penglihatan meraka itu kerana kurang makrifat mereka
itu akan kebesaran dan martabat
lembaga itu. dan dibutakan Allah Taala
akan mata Iblis daripada melihat segala rahsia didalam lembaga nabi allah adam
itu hingga dibesarkan dirinya daripada lembaga itu.
Berkata segala ulama tetakala dikehendaki allah
taala menjadikan nabi allah adam, maka ia berfirman seperti yang tersebut
didalam alquraan yang ertinya, pada
ketika firman tuhan engkau bagi segala malaikat bahawa sesungguhnya aku hendak
menjadikan insan daripada tanah, maka firman allah taala kepada Jibril
Alaisalam, Hai Jibril, pergilah engkau ke bumi ambil olehmu tanah daripada
segala bumi. Aku hendak menjadikan suatu kejadian daripdanya. maka Jibril pun
turunlah ke bumi lalu hendak diambilnya akan tanah daripada bumi itu maka
disumpah oleh bumi akan dia serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan
daku, bahawa aku takut dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku
menanggung siksa neraka, maka Jibril pun kembalilah kehadrat Allah, maka
dipersembah Jibril, Ya Tuhanku engkau jua yang mengetahui bahawa hambamu
disumpah oleh bumi...
Setelah itu maka dititahkan Allah akan Mikail pun
mengambilnya akan bumi itu, maka Mikail pun pergilah lalu hendak diambilnya
akan bumi itu maka lalu disumpahnya oleh bumi tu akan ia. Maka ia pun kembali
ke hadrat Allah Taala serta sembah ia seperti sembah Jibril itu jua.
Setelah itu maka titahkan Allah Taala akan Israfil
pula mengambil akan bumi itu, maka Israfil pun pergilah lalu hendak diambil
akan bumi itu maka lalu disumpahi akan dia, maka ia pun kembali ke hadrat Allah
Taala serta sembahnya seperti sembah Mikail itu jua.
Setelah itu maka dititahkan Allah taala akan Izrail
pula, maka Izrail pun pergilah ke bumi hendak mengambil tanah daripada bumi
itu, maka disumpahnya oleh bumi juga akan dia. Seperti sumpahan akan Jibril
["serta katanya demi Allah jangan engkau ambil akan daku, bahawa aku takut
dijadikan Allah Taala suatu daripada aku tiada kuasa aku menanggung siksa
neraka"] Maka kata Izrail hai bumi tiada dengan kehendak aku yang aku
ambil daripada mu maka dihantarkan tangannya daripada Musyrik hingga sampai
kepada segala bumi maka diambilnya lah daripada segala jenis tanah itu daripada
tanah putih, merah, hitam, kuning, kelabu, dan barang sebaginya maka sebab
itulah jadi berlain-lainan rupa pada tubuh nabi allah adam.
Maka dibawa oleh Izrail akan tanah itu kehadrat Taalah serta sembahnya, Ya Saidi Ya
Maulana engkau jua tuhan yang
terlebih mengetahui akan hal hambamu disumpah oleh bumi inilah tanah yanga ku ambil daripadanya. Maka
Firman Allah Taala, hanya Izrail telah
aku ketahui engkau disumpahnya, tetapi sumpahanya itu aku tolakkan daripada mu
kerana engkau mengerjakan suruhku dan aku serahkanlah kepada mu mengambil NYAWA
segala yang aku jadikan itu, maka sembah Izrail , ya Tuhanku jika yang
sedemikian itu jadi berseterulah mereka dengan hamba mu ini.? Maka firman Allah
Taala, hai Izrail tiada dapat berseteru mereka itu akan dikau kerana aku
jadikan baginuya suatu sebab, dengan mati dibunuh, mati dimakan binatang atau
mati lemas didalam air atau mati dengan sesuatu penyakit akan dia.
Setelah itu Firman Allah Taala kepada Malaikat,
ambil olehmu air empat bagi (bahagian), cucurkan kepada tanah itu, maka
Malaikat pun pergilah ke dalam surga mengambil ia air manis, air masam, air
putih dan hanyir dan cucur seperti friman allah taala dalam hadis qudsi, yang
ertinya aku “hamarkan” lembaga adam
dengan dua tangan kudart ku, empat hari maka jadilah dariapda
- air manis itu air liur
- dan daripada air masam itu air mata
- dan daripada air hanyir itu air hidung
- dan daripada air putih itu air telinga.
Kata Wahab bahawa kejadian Allah Taala akan Nabi
Allah Adam itu daripada tujuh petala bumi,
Kepalanya itu daripada bumi yang pertama.
Lehernya itu daripada bumi yang kedua.
Ddadanya daripda bumi yang ketiga.
Kedua tangan itu daripada bumi yang keempat.
Belakang badan dan perutnya daripada bumi yang
kelima.
Dan pingangnya daripada bumi yang keenam.
Kedua betisnya dan kedua tapak kakinya daripada bumi
yang ketujuh.
Dan pada satu
riwayat kata Ibni Abas r.a.h. telah menjadikan oleh Allah Taala akan jasad Adam
a.l.s daripada segala iklim dunia.
Kepalanya itu dariapda tanah Kaabah
Dadanya itu daripada segala pihak bumi
Belakangnya dan perutnya itu daripada tanah Hindi
Dua tanganya itu daripada tanah Masyrik
Dua kakinya itu daripda tanah Magrib
Dan pada satu riwayat yang lain pula telah berkata
Ibnu Abas r. telah menjadi oleh Allah Taala akan jasad Adam a.l.s
Kepalanya itu daripada tanah Baitul Mukadis itu
tempat akal dan cerdik dan berkata-kata.
Mukanya itu daripada tanah Syurga - tempat keelokan
dan tempat perhiasan.
Dua telinganya itu dariapda tanah Tursina - itu
tempat mendengar nasihat.
Dahinya itu itu daripada tanah Iraq - tempat sujud bagi Allah Taala
Segala kakinya itu daripada tanah Kausar
Tangannya yang kanannya dan segala anak jarinya
daripada tanah Baitul Kaabah
Tangannya yang kiri itu daripada tanah Parsi
Dua kakinya dan serta dua bvetisnya itu daripada
tanah Hindi
Tulang itu daripda tanah Bukit
Uratnya itu daripada tanah Negeri Bil Bil
Belakangnya itu daripada tanah Iraq
Perutnya itu daripda tanah Khurasan
Hatinya itu daripada tanah Firdaus
Lidahnya itu daripda tanah Taif
Mata itu daripada tanah Hud.
Telah menjadikan Allah taala didalam Adam itu
sembilan pintu, tujuh dikepalanya iaitu dua matanya, dua telinganya, dua lubang
hidunnya, dan mulutnya. Dan dua lagi qubul dan dubur.
Dan dijadikan pacaindera yang lima itu:-
Penglihatan pada mata
Pendengaran pada telinga
Perasa pada mulut
Penjabat (deria) pada badanya
Penciuman pada hidunnya
Bahawa ROH itu masuk ia daripada otaknya, maka
berkelilinglah ia didalamnya pada kadar 200 tahun, Kemudian turun roh itu kepada mata maka menilik ia
akan dirinya maka melihat ia akan dirinya tanah yang kering maka tetakala
sampai ia akan dua telingnya nescaya mendengar ia akan tasbih segala malaikat,
kemudian turun ia kepada hidungnya maka bersin ia maka tetakal selesai daripada
bersinnya turunlah ruh itu kemuluntya dan kepada lidahnya dan kepada kedua
telinga dan telah mengajar oleh allah taala akan bahawa berkata ia
Alhamdulillah maka menjawab ia akan dia denga kata Ya Harkam robik ya Adam.
Turun ruh itu kedadanya maka bersegera ia hendak berdiri
maka tiada dapat akan dia berdiri itu. Bermula demikian itu firman allah taala
yang ertinya adalah perangai manusia itu sangat bersegera, maka tetakala sampai
roh itu kepada ronga perutnya maka
inginlah ia akan makan kemudian mesralah roh itu pada sekelian tubuhnya maka
jadilah daging dan darah dan urat yang besar-besar dan urat-urat yang kecil dan
dianugrahkan oleh allah taalah akan pakaian kulit yang sangath halus seperti
KUKU bertambah-tambah tiap tiap hari keelokkan dan Jamalnya. Terpancar Nur Muhammad
dengan brseri-seri pada wajahnya.
Bertukarlah pakaian kulit seperti kuku itu kepada
keadaan kulit yang sekarang ini apabila diperintahkah Allah Taala turun Nabi
Adam turun ke bumi. Sesungguhnya Nabi Allah Hawa itu dari tulang rusuk yang
kiri Nabi Allah Adam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan