Catatan Popular

Jumaat, 18 Mac 2011

JALAN KE HADRAT ILLAHI

JALAN KE HADRAT ILLAHI

Terdapat tiga` jalan ke Hadrat Ilahi iaitu:
1 Jalan Adabul Syari’at
2 Jalan Adabul Hidmat
3 Jalan Adabul Haq
Jalan Adabus Syari’at ialah mematuhi segala 10 hukum-hukum Tuhan . 5 hukum syarak iaitu wajib, sunat, haram , makruh dan harus. 5 hukum wad’e iaitu syarat, sebab, mani’, sah dan batal. Sebagaimana Firman Allah Taala bermaksud:
Barangsiapa membuat membuat kejahatan walau sebesar zarrah sekalipun Allah terima, dan barangsiapa membuat kebajikan sebesar zarrah sekalipun Allah terima juga.
Jalan Adabul hidmat ialah membersihkan hati selain daripada Allah SWT , samada atas pekerjaan keduniaan atau akhirat tanpa meminta balasan.Firman Allah Taala bermaksud:
Dan Allah Taala yang menjadikan kamu dan perbuatan kamu.
Jalan Adabul haq ialah kita melihat` dengan mata zahir dan mata hati serta mata sir menerusi wujud Allah. Firman Allah Taala bermaksud:
Barang di mana kamu hadap, di sana ada wujud Allah.
 
Cara-cara mencapai jalan ini
Hendaklah kita menuntut 3 jenis ilmu iaitu :
1 Ilmu Fekah
2 Ilmu Usuluddin
3 Ilmu Tasawwuf
Mengapa kita perlu menutut ketiga-tiga jenis ilmu ini. Sebab manusia ini hidup kerana ada 3 syarat iaitu ada jasad, ada hati dan ada roh. Jadi untuk mendapat keselamatan di dunia dan akhirat wajib kita mengetahui ilmu tersebut.
Ilmu Fekah ialah tertakluk kepada tubuh atau jasad manusia jadi hukumnya berkaitan dengan syarak, ilmu usuluddin berkaitan dengan hati hukumnya berkaitan dengan akal, manakala ilmu tasawwuf berkaiatan dengan roh hukumnya berkaitan dengan adat.
Walaubagaimanapun, sebelum memasuki gerbang ketiga-tiga ilmu ini kita wajib mengetahui dan mempelajari ilmu yang paling utama dulu iaitu ilmu awaluddin. Sebagaimana firman Allah Taala bermaksud:
Awal agama mengenal Allah. Allah Taala berfirman lagi yang bermaksud:
Tiada sah sembahyang seseorang itu, melainkan ia mengenal dulu yang disembah.
Sedangkan Allah Taala itu Ghuyub dan maha ghaib. Untuk mengenal Allah wajib kita mengenal diri . Sebagaimana Sbada Rasululllah saw:
Barangsiapa mengenal diirnya, sesungguhnya mengenal Tuhannya, barangsiapa mengenal akan Tuhannya, binasalah dirinya.
Diri ini terdiri dari Diri terusal, Diri terperi, Diri yang terdiri dan Diri terjali
Terdapat 2 jenis agama di dunia iaitu agama Islam dan agama bukan Islam. Kedua-kedua agama ini ialah juga agama Allah. Tetapi agama Islam telah diakui oleh Allah. Firma Allah Taala berbunyi:
Sesungguhnya agama disisi Allah adalah agama Islam,
Agama Islam ini bersih dari syrik jail, syrik khafi dan syrik khafi yul khafi. Sedangkan agama bukan Islam atau kafir mensyrikkkan Tuhan iaitu Allah.
Syrik Jali ialah menyembah selain dari Tuhan yang bernama Allah. Syrik Khafi ialahmenyekutukan pada hati samaada pada wujudNya, sifatNya dan perbuataNya. Manakala syirik Kahafi yul khafi ialah tidak tahu membezakan antara Tuhan dan Hamba atau Qadim dan Muhaddas.
Agama Islam ialah terdiri dari himpunan 5 hukum syarak dan 5 hukum wad’e. Agama itu ialah sebagai iktikad atau pakaian kita inilah yang dikatakan iman.
Agama Islam ini terhimpun ke dalam 4 perkara iaitu Iman, Islam,Tauhid dan Makrifat.
Sumbangan agama kepada kita ialah suatu tali penarik untuk semua manusia yang berpegang kepadanya dan pegangan kita ialah ialah himpunan 4 perkara tersebut iaitu Iman, Islam, tauhid dan Makrifat. Jadi jalan ini ialah jalan membawa kepada kebahagiaan iaitu Syurga. Firma Allah Taala bermaksud:
Berpegang kamu dengan tali Allah dan jangan bercerai berai.
Orang yang berpegang teguh dengan tali Allah dinamakan orang mukmin dan muslimin.
 
Iman, Islam, Tauhid dan makrifat
Iman atau iktikad terdiri dari 3 derejat iaitu Iman Syari’at, Iman Tareqat, Iman Hakikat.Iman syari’at ialah kita percaya kepada rukun iman yang dua iaitu iman mujamal dan iman munfasal. Iman tareqat ialah kita memandang bahawa hukum Allah tidak berubah. Iman hakikat ialah kita yakin sepenuhnya hukum Tuhan tidak akan berubah. Sebagaiaman Firman Allah Taala berbunyi :
Berbuat Allah Taala dengan sekehendaknya.
Islam terdiri dari 3 derejat iaitu: Islam Syari’at, Islam Tereqat dan Islam Hakikat.Islam syari’at ialah hendaklah kita taat segala hukum perintah dan laranganNya. Islam Tareqat ialah hendaklah ita membersihkan hati kita dari ujub, ria, sama’ah, takbur, hawa, nafsu, dunia, syaitan, hasad, khianat dan dendam. Islam Hakikat ialah menyerahkan diri di dalam segalam hukum iaitu takdir
Tauhid terdiri dari 3 derejat iaitu: Tauhid Syari’at, tauhid tareqat dan tauhid hakikat. Tauhid syari’at ialah menafikan sifat Tuhan yang lain daripada Allah SWT. Tauhid tereqat ialah mengesakan sama ada sifat atau perbuatan bagi Allah. Tauhid hakikat ialah menafikan wujud yang lain
Makrifat pula terdiri dari 3 derejat iaitu makrifat syari’at, makrifat tareqat dan makrifat hakikat. Makrifat syari’at ialah hendaklah kita mengenal segala hukum feqah, hukum akal dengan bersih , Dapat kita mengenal mana yang baik dan mana yang jahat, mana yang haq bagi Tuhan serta dapat mengenal mana yang baik dikerjakan dan mana yang jahat ditinggalkan. Makrifat tareqat ialah hendaklah kita mengenal segala warid yang dating di dalam hati kita. Makrifat hakikat ialah tiada beza antara Allah dengan hamba, sama ada pandang secara zahir atau secara batin.
Untuk mencapai syari’at, tareqat dan makrifat ialah dengan ilmu. Ilmu syari’at ialah ilmu feqah. Ilmu taredat ialah ilmu usuluddin dan ilmu hakikat ialah ilmu tasawwuf. Jika kita tidak faham ketiga-tiga ilmu ini maka tidak sempurna amal kita. Had batasan ilmu feqah ialah bago orang awam iaitu wajib mengetahui hukum syarak yang 5 dan hukum wad’e yang lima. Had batasan ilmu usuluddin ialah sekurang-kurangnya kya mengetahu 68 akaidul iman, Had batasan ilmu tasawwuf ualah kita mengetahui amal kita diterima atau tidak. Firma Allah Taala bernaksud:
Orang yang ulama adalah kekasih Allah walaupun ia fasik, dan bermula orang yang jahil seteru Allah walaupu ia soleh.

Tiada ulasan: