Catatan Popular

Ahad, 31 Julai 2011

MARTABAT NAFSU KE 7: NAFSU KAMALIAH MAQAM TERTINGGI

Adapun yang dimaksudkan dengan Kamaliah ini adalah keadaan telah berkamil atau bersebati kelakuan diri zahir dengan kelakuan diri batin pada kontek dirinya dengan Allah swt. di dalam hidupnya.

Pada martabat ini, apa saja kelakuan diantara diri batin dan jasad adalah sama dan tidak bercerai tanggal diantara satu dengan yang lain. Dimana setiap perlakuan yang dilahirkan oleh mereka di martabat ini direstui dan diredhai oleh Allah Taala secara spontan. Keadaan ini dinamakan Kata Jadi ( Kun Fayakun ). Pendek kata, barang kata barang jadi, mereka ini nak dikatakan sakit, amat sakit, kalau keramat amat keramat, kalau alim teramat alim dan mereka mempunyai segala kelebihan yang tidak boleh sekali diterokai oleh manusia awam.

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia.
Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Ilmu mereka adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Ghazali, ilham dan ilmu mukasyafah yang diterima nya tidak bukan adalah sama dengan istilah wahyu semuanya datang terus dari Allah. Cuma kalau Rasul dan Nabi di panggil Wahyu dan manusia biasa yang kamil di panggil Ilham.

Saya rasa sekadar ini lah yang termampu oleh saya. Mungkin ada kelemahan dan ketinggalan dalam istilah atau pengertian. Wahai Tuan -tuan sila perbetulkan dan tambah lagi mana-mana yang kurang.Mengenai kaedah zikir pada maqam-maqam saya rasa ada saudara yang akan menghuraikanya berpandukan kaedah tariqat masing-masing.InsyaAllah.

Orang yang hendak mencapai nafsu kamil ini mestilah ia melalui dahulu proses perjalanan nafsu-nafsu satu demi satu dari nafsu yang terendah sekali iaitu ammarah hingga sampai ke maqam nafsu yang tertinggi iaitu nafsu kamil. Maqam nafsul ini adalah tertinggi dan teristimewa sekali dari maqam wali-wali yang ada di muka bumi ini. Kerana mereka dapat menghimpunkan antara batin dengan zahir atau antra hakikat dengan syariat.

Sesiapa saja yang tercapainya ke martabat nafsu ini (Kamaliah) mereka boleh berpeluang pula menerima ilmu syahadah iaitu Ilmu Allah yang paling tertinggi yang dapat melalui guru yang dinamakan guru batin.

Bagi mereka yang telah mencapai martabat nafsu Kamaliah, mereka hendaklah pula berusaha mengembalikan dirinya ke martabat nafsu orang mukmin iaitu nafsu Mutmainah. Mereka tidak harus tinggal lama di martabat nafsu Kamaliah. Mereka harus menjadikan diri mereka kembali kepada orang awam, bergaul berniaga, berpolitik dan menjadi khalifah di alam maya tetapi jiwa raganya tetap bersama Allah buat selama-lamanya sehingga darjat dirinya payh ditelah oleh orang ramai dan ini boleh disebut sebagi orang alim tidak alim, orang jahil tidak jahi. Pendek kata sifa manusia yang sempurna dan sederhana dimiliki oleh mereka di martabat ini dan mereka mulia di dunia dan akhirat.

Oleh itu wahai teman-teman dan anak-anak, tuntutilah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang bapak coretkan ini, semoga kita bersama selmat di dunia dan akhirat.

“Berbahagialah engkau yang mencapai martabatnya”
Ruh mereka atau hati mereka kekal dengan Allah tetapi zahir tubuh kasar mereka bersama-sama dengan pergaulan orang ramai. Hati mereka kekal bersama Allah tidak kira diwaktu lena ataupun jaga mereka dapat musyahadah dengan Allah dalam setiap ketika. Tidak dapat dinilai dengan apa-apa walaupun duni dan seisinya kerana ia adalah khawas al-khawas. Segala kelakuan mereka adalah ibadat semata-mata. Syurga bagi mereka adalah yang teristimewa sekail.
Akhir sekali sama-samalah kita nilai dimanakah letaknya kedudukan hati kita, maqam hati kita dan nilai diri kita di mata Allah swt... Alangkah jauhnya untuk kita tempuhi jalan yang penuh onak duri ini...namun dengan kesungguhan, istiqamah yang berteusan, Biiznillah Allah akan beri peluang pada kita untuk kita menghampiriNya. Sesungguhnya Allah tidak akan menghampakan hambaNya yang ingin mendekatiNya....asalkan hati kita ikhlas...hanya kerana Allah bukan kerana ingin mendapatkan ilham, kasyaf, keramat, mahupun syurga... kerana hati yang ikhlas hanya pada Allah dan hanya kerana Allah semata-mata.
Makam nafsu yang tertinggi sekali. Mereka ini hidupnya didunia ini dengan jasadnya bergaul dengan orang ramai, namun jiwa, ruh dan batinnya tetap dengan Allah semata2. Mereka ini sentiasa berada di dalam fana kepada Allah. Makam ini dipunyai oleh wali2 besar, para2 nabi dan rasul.
Nafsu peringkat ke-5, ke-6 dan ke-7 adalah darjat atau pe­ning­­katan kepada nafsu mutmainnah tadi. Bagi nafsu kami­lah, manusia biasa tidak bisa sampai ke maqam ini. Kamilah hanya derajat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya sekedar peringkat keenam saja iaitu mardhiah. Ini sudah taraf wali besar.
Itulah 7 peringkat nafsu manusia. Jadi orang yang hendak mendidik manusia mesti faham peringkat-peringkat nafsu ini. Kemudian perlu faham bagaimana pula hendak mendidik setiap peringkat-peringkat nafsu tersebut supaya manusia menjadi manusia.


4 ulasan:

rijal berkata...

terima kasih di atas pencerahan dari pihak tuan... sy amat menghargainya... ada yg sy copy dan paste tajuk rahsia makrifatullah dan jg awaludin makrifatullah... harap pihak tuan x keberatan

Seni Kayu - Melangkau Zaman berkata...

alhamdulillah insyallah dgn kalimah lailahaillahmuhammadurrasulillahisallau'alihiwasallam aku bersama kamaliah juga awaludin ma'rifatullah asma alhusna
assalamualaikum

Seni Kayu - Melangkau Zaman berkata...

berbahagia lah engkau yang mencapai martabatnya

Seni Kayu - Melangkau Zaman berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.