Catatan Popular

Rabu, 6 Mac 2019

UNTAIAN KISAH PARA WALI ALLAH KE 49 KELAB ORANG KAYA YANG BERTAQWA


Anas bin Malik menceritakan sebagaiman disebutkan dalam Sahih Bukhari bahawa ketika Abdurrahman bin Auf wafat beliau mewariskan setiap seorang isterinya 100, 000 dinar. Ini bersamaan   RM 700, 000, 000 dalam perkataan tujuh juta ringgit sahaja. Untuk setiap isteri. Dalam Islam harta warisan bagi isteri ialah 1/8 . Itu belum lagi ditambah semula dengan harta yang telah beliau infakkan ketika masih hidup.

Abdullah bin Zubair menjelaskan jumlah harta bapanya Zubair al-Awwam  salah seorang sahabat yang Nabi janjikan syurga, “Zubair mempunyai empat isteri, maka sepertiga dari hartanya disimpan, dan setiap dari isterinya mendapatkan bahagian satu juta dua ratus ribu, semua hartanya ada lima juta dua ratus ribu (dinar).” (riwayat Imam Bukhari)

Dalam riwayat yang lain disebutkan Zubair memiliki 1000 orang hamba.

Zubair al-Awwam merupakan sahabat yang rapat dengan Nabi sehingga digelar sebagain pendamping Nabi.

Beliau paling awal menghunuskan pedang dalam Islam dan hayatnya berakhir dihujung pedang.

Namun Allah tidak pernah menyisakan bahagian untuknya di dunia. Hartanya melimpah-ruah, keluarganya diberkati Allah. Anaknya Abdullah bin Zubair seorang ahli hadis yang alim lagi faqih. Anaknya Urwah bin Zubair juga perawi hadis yang disegani dari generasi tabi’in.

Benar janji Allah, “Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Tiada ulasan: