Catatan Popular

Rabu, 6 November 2019

KISAH FIRASAT MUKMIN 5 SYEIKH ABUL QASIM


Syaikh Abul Qasim menceritakan kisah awal perjalanan sufinya, dia mengatakan, "Ketika di awal perjumpaan saya dengan Syeikh Abu Ali, beliau mengikat saya dalam suatu acara di majlis ta'lim di masjid Al-Mathuraz. Saya meminta izin beliau untuk keluar sebentar ke kota Nasa dan beliau mengizinkannya. Kemudian saya berjalan bersamanya.

Di tengah jalan menuju majlis ta'lim, hati saya berbisik,"Sekiranya beliau mau menggantikan saya di majlis selama saya tidak ada...' belum selesai hati saya berbicara, Syeikh Abu Ali menoleh dan mengatakan kepda saya, "Saya akan menggantikanmu selama kamu tidak ada.:

Kemudian kami berjalan, "hati saya kembali berbisik, "seandainya beliau sakit dan mengalami kesulitan untuk menggantikan saya selama dua hari dalam seminggu atau paling tidak sekali seminggu.' Tiba-tiba beliau menoleh kepada saya dan mengatakan, "Jika tidak mungkin menggantikan kamu dua hari seminggu, paling tidak saya akan menggantikanu seminggu sekali." Kami kembali berjalan dan ketika hati saya berbisik lagi dengan hal yang lain, beliau juga menoleh dan memberitahukan kepada saya apa yang telintas di hati saya".    

Tiada ulasan: