Catatan Popular

Sabtu, 27 Februari 2021

KITAB IMAM AL QURTHUBI : FASAL KEMATIAN BAB 12 - ADAB MENUNGGU ORANG NAZAK DAN SUDAH MENINGGAL.

Kitab Al Taskirat bi Awali al Mauta wal Umur al Akhirat"

Oleh Imam al Qurthubi Andalusia (Mahaguru Tafsir)


Dari riwayat Muslim dari Umum Salamah bahawa Rasullah saw bersabda "Apabila kamu menziarahi orang nazak atau melihat mayat maka katakan perkataan yang baik kerana malaikat memerhati apa yang kamu katakan" Umum Salamah berkata "Sewaktu Abu Salamah meninggal dunia, lantas aku menemui Rasulullah. Aku katakan, 'Ya Rasulullah sesungguhnya Abu Salamah telah meninggal dunia'. Baginda bersabda 'Bacalah doa, Ya Allah ampunkanlah aku dan dia serta berikanlah ganti padaku yang lebih baik darinya', dan Allah berkenan doa ku dan memberi yang lebih baik darinya iaitu Rasulullah sendiri." Diceritakan lagi oleh Umum Salamah, " Rasulullah segera mendatangi Abu Salamah yang sudah menjadi mayat. Melihat matanya yang masih terbuka, beliau lalu menutupkannya dan bersabda "Sesungguhnya ketika nyawanya dicabut ia diikuti dengan pandangan mata". Mendengar beberapa keluarga Abu Salamah yang berteriak, menangis dan meraung meronta-ronta dengan segala hirok- pikok, Baginda pun bersabda "Janganlah kamu mendoakan yang buruk pada diri kamu sendiri kerana malaikat akan berserta mendoakan apa saja yang kamu katakan dikala itu ". Seterusnya Rasulullah pun berdoa " Ya Allah, ampunkanlah Abu Salamah, angkatlah darjatnya diantara orang-orang yang memperolehi petunjuk, berikanlah padanya ganti diantara orang-orang yang lalu, ampunlah kami dan dia... Wahai Tuhan semasta alam, lapangkanlah kuburnya dan berikanlah cahaya didalamnya." Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim, at Tarmidzi dan Abu Daud.


KETERANGAN;

Menurut pendapat Ulama ASWJ, jika dilihat dari hadis-hadis diatas adalah benar Rasulullah dan semua para Sahabatnya menetikberatkan soal membantu dan mengingatkan mereka yang didalam kepayahan diambang shakaratulmaut untuk mengucapkan shadatai Laillahaillallah sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir. Ia adalah kerana untuk meletakkan mereka mendapat husnul khatimah (kesudahan yang baik) dan mendapat balasan yang baik disisi Allah swt kelak. Menurut para ulama itu lagi, sabda Nabi saw iaitu "Apabila kamu menziarahi orang yang nazak atau melawat jenazah, maka katakan perkataan yang baik-baik.." itu adalah merupakan satu peringatan keras dan merupakan pengajaran kepada kita untuk melakukannya apabila menziarahi orang yang tenat nazak atau melawat jenazah. Didalam hadis itu juga melarang keras kepada umat Islam supaya jangan bercakap-cakap pekara yang bukan-bukan atau berbual-bual kosong tambahan pula daripada perkatan-perkatan mengumpat, membuka aib orang yang telah mati, bercerita pekara buruk, memaki hamun atau menyumpah seranah orang yang telah mati itu. Kerana pada waktu itu ramai para malaikat yang juga hadir dan mendoakan semua perkatan-perkatan yang mereka sebutkan. oleh itu janganlah kamu berbuat pekara-pekara yang tidak baik diwaktu itu. Itulah sebabnya ulama-ulama menganjurkan supaya diundang mereka yang faham dan arif atau orang-orang soleh semasa seseorang didalam keadaan nazak. Mereka diminta untuk mendoakan pekara-pekara yang baik untuk kesajahteraan mayat itu dialam kubur dan diakhirat kelak, juga kepada keluarganya yang telah ditinggalkan berserta semua yang hadir disitu. Maka sempurnalah semua urusan baik kepada jenazah, keluarganya dan masyarakat setempat. Begitulah anjuran para ulama kepada umat Islam semua.


Tiada ulasan: