Catatan Popular

Ahad, 17 April 2011

ILMU TAUHID : PEGANGAN KITA


Tauhid berasal dari perkataan "Wahhada" "Yuwahhidu" "Tauhidan", yang berarti
mengesakan atau keesaan.
Ilmu tauhid pula adalah merupakan suatu ilmu yang membahaskan tentang sifat-
sifat Ketuhanan dan af 'al-Nya yakni perbuatan-Nya.
Selain daripada ilmu tauhid, antara lain ia juga dikenali dengan nama ilmu Sifat atau ilmu Kalam atau ilmu Usuluddin.
Ilmu tauhid ini asas di dalam agama Islam dan menjadi induk kepada semua ilmu-ilmu yang dibangsakan kepada Islam.
Tempat ambilan atau asal ilmu tauhid ini ialah dari Al-Quran dan As-sunnah.
Tauhid merupakan inti dan dasar dari seluruh tata nilai dan norma Islam, sehingga oleh karenanya Islam dikenal sebagai agama tauhid yaitu agama yang
mengesakan Tuhan. Bahkan gerakan-gerakan pemurnian Islam terkenal dengan
nama gerakan muwahhidin ( yang memperjuangkan tauhid ).
Dalam perkembangan sejarah kaum muslimin, tauhid itu telah berkembangmenjadi nama salah satu cabang ilmu Islam, yaitu ilmu Tauhid yakni ilmu yang mempelajari dan membahas masalah-masalah yang berhubungan dengan keimanan terutama yang menyangkut masalah ke-Maha Esa-an Allah.
Firman Allah:
Surah Al-Baqarah ayat 163
Bermaksud:
"Dan bermula Tuhan kamu itu ialah Tuhan yang satu, tidak ada Tuhan melainkan Ia,
Yang Pemurah lagi Penyayang"
Surah Muhammad ayat 19
Bermaksud:
"Maka ketahuilah bahwasanya tiada Tuhan melainkan Allah" 

Pengertian Tauhid
Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman:
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan
anggota.
Rukun Iman ada 6:
I. Percaya kepada Allah
Sifat Allah:
Sifat Allah
Wajib -20
Mustahil- Lawan sifat 20
Harus
II. Percaya kepada Malaikat
Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili
Jibril
Menyampaikan wahyu
Mikail
Membawa rezeki
Israfil
Meniup sangkakala
'Izrail
Mencabut nyawa
Munkar
Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir
Menyoal mayat di dalam kubur
Raqib
Mencatit amalan kebajikan
Atid
Mencatit amalan kejahatan
Malik
Menjaga pintu neraka
Ridwan
Menjaga pintu syurga

III. Percaya kepada Kitab
Kitab Samawi
Muhammad - Al-Quran
Bahasa Arab
Isa - Injil
BahasaSiryani
Daud - Zabur
Bahasa Qibti
Musa - Taurat
Bahasa Ibrani

IV. Percaya kepada Rasul
1. Adam
2. Idris
3. Nuh
4. Hud
5. Saleh
6. Ibrahim
7. Luth
8. Ishak
9. Ismail
10. Ya'qub
11. Yusuf
12. Ayub
13. Syu'aib
14. Harun
15. Musa
16. Ilyasa'
17. Zulkifli
18. Daud
19. Sulaiman
20. Ilyas
21. Yunus
22. Zakaria
23. Yahya
24. Isa
25. Muhammad S.A.W.

V. Percaya kepada Hari Akhirat

VI. Percaya kepada Qadha’ dan Qadar
• Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara
• Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
• Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu
adalah kehendak dan ketentuan Allah

Permulaan Ilmu Tauhid:
Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda'
bererti punca,mula terbit .Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu
sebelum membaca atau belajar ilmu itu.Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah
Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :
1) Nama ilmu ini :
Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat dan
Al-Iman.
2) Tempat ambilannya :
Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.
3) Kandungannya :
Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaan
kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan
kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan
yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut
bagaimana kepercayaan tersebut.
4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya)
kepada empat tempat :
i. Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang
mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.
ii. Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang
mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.
iii. Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi
dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.
iv. Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar
daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash ,
syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.
5) Faedah Ilmu Tauhid :
Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat yang kekal.
6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :
Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.
7) Yang menghantarkan :
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang
pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang
akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.
8) Hukum mempelajari ilmu tauhid :
Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat- sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .
9) Kelebihannya :
Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana
menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada
mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah
telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu
ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya."
( Riwayat Hakim )
10) Kesudahan ilmu ini :
Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil

Kejadian Alam:
Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapat
petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.
       -Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan
sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan
sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.
Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan
sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah
s.w.t yang Maha Pencipta.
2    -Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang
yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana
mereka sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan
lebih halus lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.
Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta
kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah
Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.
3     -Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada
manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis
dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan
adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat
lagi. Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan,
matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan
semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai
memikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di
sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha
luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat
kekurangan.Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa
yang menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya
menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat
mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah
dan mempunyai segala kekurangan.

Unsur-Unsur Akidah:-
1.Akidah itu sesungguhnya:
terdiri daripada beberapa unsur yang digabungkan menjadi satu.Setelah tergabung
menjadi satu,seterusnya ia menjadi suatu tenaga atau kekuatan yang amat hebat,kekuatan
yang mampu menghubungkan bumi dan langit,kekuatan yang dapat memperbaiki alam
jagatraya ini dengan sinarnya,selain boleh menghidupkan kembali jiwa yang sudah
hancur atau hati yang telah mati.
2. Ajaran Tauhid bukan hanya ajaran Nabi Muhammad saw, tetapi merupakan
ajaran setiap nabi / rasul yang diutus Allah SWt. ( al-Anbiya' 25 ):
Nabi Nuh mengajarkan tauhid ( al-A'raf 59 ).
Nabi Hud mengajarkan tauhid ( Hud 50 ).
Nabi Shalih mengajarkan tauhid ( Hud 61 ).
Nabi Syu'aib mengajarkan tauhid ( Hud 84 ).
Nabi Musa mengajarkan tauhid ( Thoha 13-14 ).
Nabi Ibrahim, Ishaq dan Ismail juga mengajarkan tauhid ( al-Baqarah 133 ).
Nabi Isa ajarannya adalah tauhid ( al-Maidah 72 ).
3. Keperluan tauhid dalam Islam dapat dilihat antara lain dari :
Sejarah perjuangan Rasulullah saw, dimana hampir selama periode Makkah Rasulullah saw mengerahkan usahanya untuk membina tauhid ummat Islam.
Rasul selalu menekankan tauhid dalam setiap ajarannya, sebelum seseorang diberi
pelajaran lain, maka tauhid ditanamkan lebih dahulu kepada mereka.
Setiap ajaran yang menyangkut ‘ ibadah mahdloh umpamanya senantiasa
mencerminkan jiwa tauhid itu, yakni dilakukan secara langsung tanpa perantara.
Setiap perbuatan yang bertentangan dengan jiwa dan sikap tauhid yaitu perbuatan
syirik dinilai oleh al-Qur'an sebagai :
-Dosa yang paling besar : ( an-Nisa' 48 ).
-Kesesatan yang paling fatal, ( an-Nisa'116 ).
-Sebab diharamkannya masuk sorga ( al-Maidah 72 ).
-Dosa yang tidak akan diampuni oleh Allah SWT ( an-Nisa' 48 ).
4. Manifestasi Tauhid :
I'tikad dan keyakinan tauhid mempunyai konsekuensi bersikap tauhid dan berfikir
tauhid seperti ditampakkan pada :
a. Tauhid dalam ‘ibadah dan doa:
Iaitu tidak ada yang patut disembah kecuali hanya Allah dan tidak ada zat yang
pantas menerima dan memenuhi do'a kecuali hanya Allah
b. Tauhid dalam mencari nafkah dan berekonomi:
Iaitu tidak ada dzat yang memberi rizki kecuali hanya Allah dan pemilik mutlak dari
seluruh apa yang ada adalah Allah SWT.
c. Tauhid dalam melaksanakan pendidikan dan da'wah:
Iaitu bahwa yang menjadikan seseorang itu baik atau buruk hanyalah Allah SWT.
Dan hanya Allah yang mampu memberikan petunjuk kepada seseorang.
d. Tauhid dalam berpolitik:
Iaitu penguasa yang Maha Muthlaq hanyalah Allah SWT. Dan seseorang hanya akan memperoleh sesuatu kekuasaan karena anugerah Allah semata-mata .Dan kemulyaan serta kekuasaan hanyalah kepunyaan Allah SWT.
e. Tauhid dalam menjalankan hokum:
Bahwa hukum yang benar adalah hukum yang datang dari Allah SWT. Serta sumber kebenaran yang muthlaq adalah Allah SWT.
f. Tauhid dalam sikap hidup secara keseluruhan:
Bahawa tidak ada yang patut ditakuti kecuali hanya Allah. Tidak ada yang patut
dicintai kecuali hanya Allah). Tidak ada yang dapat menghilangkan kemudharatan
kecuali hanya Allah.Tidak ada yang memberikan karunia kecuali hanya
Allah.Bahkan yang menentukan hidup dan mati seseorang hanyalah Allah SWT.
g. Sampai pada ucapan seharian yang sentiasa dikembalikan kepada Allah
seperti:
i. Mengawali pekerjaan yang baik dengan Bismillah = atas nama Allah dan
Mengakhiri pekerjaan dengan sukses membaca Alhamdulillah = segala puji
bagi Allah.
ii. Berjanji dengan ucapan Insya Allah = kalau Allah menghendaki. Bersumpah
dengan WAllahi, BIlahi, TAllahi = demi Allah.
iii. Menghadapi sesuatu kegagalan dengan Masya Allah = semua berjalan atas
kehendak Allah.
iv. Mendengar berita orang yang meninggal dunia dengan Inna LIlahi Wa Inna Ilaihi raji'un = kami semua milik Allah dan kami semua akan kembali kepada Allah.
v. Memohon perlindungan dari sesuatu keadaan yang tidak baik dengan ucapan 'udzu bIlahi mindzalik = aku berlindung kepada Allah dari keadaan demikian
vi. Mengagumi sesuatu dengan ucapan Subhanallah = Maha Suci Allah.
vii. Terlanjur berbuat khilaf dengan ucapan, Astaghfirullah - aku mohon ampun kepada Allah.
h. Berhindar dari kepercayaan-kepercayaan, serta sikap-sikap yang dapat mengganggu jiwa dan ruh tauhid:
Mempercayai adanya azimat, takhyul, pelet, meminta-minta kepada selain Allah, mengkultuskan sesuatu selain Allah, melakukan tasybih, musyabihah (antrofomorfisme) yaitu menganggap Allah berjisim dan lain-lain.

Hukum 'Aqal:
Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-
sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya.
Pengertian Hukum 'Aqal :
Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu (Adat) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh mukallaf (bersalahan dengan hukum Syari'e).

Pengertian 'Aqal :
• Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga
dengan itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima
ilmu Nazhariyyah (Ilmu yang berkehendakkan berfikir) dan boleh mentadbirkan
segala pekerjaan dengan fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya
berbagai-bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.
•Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak
juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada
'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal
berhajat kepada Syarak dan Syara' berhajat kepada 'Aqal )

Bahagian Hukum 'Aqal :
Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :
1) Wajib 'Aqli
iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerima
ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya ialah mesti
ada Allah s.w.t bersifat qidam.
2) Mustahil 'Aqli
iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti tiada . Yang
demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-kali Allah
s.w.t. itu bersifat baharu.
3) Harus 'Aqli
iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya boleh menerima
ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak atau diam.

Bahagian Wajib 'Aqli :
Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :
1) Wajib 'aqli Dharuri
Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan
dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua .
2) Wajib 'aqli Nazhari
Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan
bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti
menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini berserta dengan
bahasan dan dalil-dalilnya.

Bahagian Mustahil 'Aqli :
Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :
1) Mustahil 'Aqli Dharuri
Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak kepada bahasan dan mendirikan
dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripada tiga.
2) Mustahil 'Aqli Nazhari
Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan berkehendak kepada fikiran danbahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti
menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu
'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan
bahasan dengan mendatangkan dalil.

Bahagian Harus 'Aqli :
Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :
1) Harus 'Aqli Dharuri
Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan
bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu
adakalanya ia bergerak atau diam .
2) Harus 'Aqli Nazhari
Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak
kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaran pahala
kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal menghukumkan hal itu adalah harus
melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Allah
s.w.t. memberikan seperti itu .

Mengenal Allah S.W.T:
1.Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui
namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran
para Nabi dan Rasul.
2.Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan
Maha Tinggi.
   Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripadaini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutanumat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.
3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-
Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib
bagi Allah s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan
keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat
kekurangan.
Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil
aqli (dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib
dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka
mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.
4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-
Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada
salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.
Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad
Ahli Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak
bertepatan dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang
Nasrani dan Yahudi.
Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta
bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka
dinamakan taqlid.
5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah,
maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang
muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan
dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin
yang derhaka).

Kesimpulan:
Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih
supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman
ini terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.
Setiap makhluk yang wujud di dunia ini tidak akan wujud sendiri tanpa
penciptanya dan adalah mustahil pada akal fikiran manusia secara logic boleh
berlaku.
Seseorang itu boleh juga membuktikan kewujudannya dengan berdalilkan
akal,iaitu wujudnya mahluk didunia membuktikan wujudnya Allah Ta’ala.
Seseorang itu boleh membuktikan kewujudan Allah Ta’ala berdasarkan dalil nakli
dan akli,dan mereka diakui sebagai seorang muslim yang beriman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan