OLEH IMAM
Al-HUJWIRI
BAB 4 PAKAIAN - IMEJ DAN LAMBANG KESUFIAN JANGAN HANYA
BERSIFAT LUARAN
Selepas
membicarakan tentang istilah dan asal usul tasawuf, Al-Hujwiri memberi tumpun
khusus pada membicarakan tentang kaitan tasawuf dengan `suf` yang bermaksud
`bulu biri-biri` dan lebih khusus dinamakan sufi kerana ada kaitan pemakaian
sufi dengan baju suf, iaitu baju atau jubah yang diperbuat daripada bulu
biri-biri yang ianya adalah `lambang kefakiran` yang menjadi tajuk pembicaraa -
`Lambang Kefaqiran`.
Bagi
mengukuhkan pendapat dan pendekatannya, Al-Hujwiri menampilkan
bukti-bukti bahawa baju atau jubah dari biri-biri menjadi pakaian tokoh-tokoh
dalam sejarah Islam yang diikuti oleh kaum sufi.
Menurutnya
jubah dari bulu biri-biri adalah pakaian sunnah yang Rasulullah sendiri
memakainya, di samping Baginda juga menunggang keldai. Pakaian sedemikian
dianggap mesra dan manis. Baginda sendiri menampalkan baju Baginda, dan
kiranya jubah robek, digalakkan menampalnya.
Dikatakan
bahawa jubah `Umar al-Khattab r.a. penuh dengan tampalan sehingga
berjumlah 30 tampalan. Sayyiduna `Ali k.w. dikatakan mempunyai jubah yang
lengannya panjang hingga menutupi jari-jarinya.
Kata Hasan
Basri, ``Aku melihat 70 sahabat yang berperang Badar, semuanya memakai jubah
daripada bulu biri-biri. Termasuklah Sayyiduna Abu Bakar al-Siddiq. Demikian
juga menurut Hasan Basri, beliau melihat Salman al-Farisi memakai
`al-muraqqa`ah` - jubah yang bertampa-tampal..
Sebagaimana
juga`Ali Hazim bin Hayyan meriwayatkan bahawa, dia melihat `Uwais al-Qarni
memakai jubah yang bertampal.
Demikianlah
jubah yang menjadi budaya pakaian orang-orang `Arab,dengan jubah bertampal
dilihat sebagai imej dan simbol kezuhudan oleh kalangan sufi.
Sebenarnya
selain daripada melambangkan kefaqiran dan kesempitan hidup, jubah adalah
pakaian yang serasi dengan jiwa sufi yang berjiwa lembut dan menghendar diri
dari bermegah-megah, sebaliknya jubah dilihat sebagai imej kesufian dan
menjadi lambang kezuhudan yang bukan dibuat-buat.
Lantaran itu
Muhammad bin `Ali al-Hakim al-Tirmidzi berkata, Shaykh-shaykh kalangan
sufi adalah memakai jubah-jubah dari bulu biri-biri. Demikian Da`ud al-Ta`i
guru dan sufi juga memakai jubah dari bulu biri-biri sebagaimana Ibrahim bin
Adham ketika memngunjungi Abu Hanifah juga memakai jubah dari bulu biri-biri.
Cuma
diperingatkan bahawa jubah adalah merupakan palaian luaran, maka
diperingatkan jangan jadi luaran tidak menepati dalaman dari segi
ketasawufan. Sebab itu orang banyak jangan tertipu dengan watak dan imej
luaran, kerana sebahagian cuma bersifat ikut-ikutan.
Dikatakan ada empat golongan yang berjubah sufi.
Pertama
mereka yang benar-benar dari kalangan sufi
Kedua mereka
yang dalam keadaan berjinak-jinak mendekati kesufian
Ketiga
mereka yang terpaut oleh luaran dan cuba untuk bersama tanpa kemantapan dari
segi penghayatan dan amalan
Keempat
mereka yang berwatak palsu yang mendekati ketasawufan lantaran mempunyai tujuan
dan kepentingan tertentu, tanpa keikhlasan.
Dikatakan walaupun
putih melambangkan kebersihan, tetapi bagi kalangan sufi, mereka lebih memilih
jubah yang berwarna biru kelabu. Dikatakan warna ini kelihatan buruk
sesuai dengan jiwa sufi yang tidak mau menunjuk-nunjuk. Biru juga dikatakan
lambang orang tertindas dan berimej dukacita dan dalam kesulitan. Selain dari
kelihatan buruk ia juga melambangkan kematian.
Seorang
darwish ditanya mengapa dia memilih jubah bulu berwarna biru kelabu . Beliau
menjawab secara menyindir.
Beliau
memakai oleh tiga sebab, kerana lambang-lambang kesufian dirampas.
Pertama
imej kefaqiran telah diguna dan diambil kesempatan oleh mereka yang
berkepentingan
Kedua imej
pengetahuan diambil oleh golongan yang semata-mata mengajar tanpa kerohanian
Ketiga imej
kekuasaan (pedang) telah diambil golongan yang mementingkan kuasa untuk
memerintah danberkuasa.
Walau
bagaimana pakaian berjubah bulu biri-biri adalah besifat budaya. Pakaian kasar
jubah dari bulu-bulu biri-biri memang menjadi imej kalangan rohaniawan yang
memisah diri dari khalayak bagi beribadat. Tanpa mempersoalkan realiti dari
segi hakikat, bahawa konsep berjubah menjadi budaya yang dihormati dan
dipandang suci.
Berjubah
dikaitkan dengan ulama`. Pakaian jubah dkaitkan dengan ilmu, contohnya
penerima-penerima ijazah memakai jubah atau dipakaikan jubah keilmuan
sebagai penghormatan, bahkan dikaitkan dengan gelaran-gelaran. Bahkan
pelajar-pelajar berjubah berwarna putih sebagai pakaian rasmi dipandang suci
dan dihormati
Namun bagi
kalangan sufi imej berjubah dan berserban adalah pakaian yang memberi imej dan
watak kerohanian, tetapi tidak semestinya bertampal dan koyak. Dengan
berpakaian lebih bersih, kemas dan menarik lebih meningkatkan imej, tapi semua
ini bersiaft luaran. Ianya tidak mempunyai erti apa-apa jika dalaman adalah kekosongan
dan kepura-puraan. Jiwa kesufian sebenarnya tidak semestinya berada
dibawah selubung yang berjubah, tetapi pada hati yang suci dan murni dan tidak
semestinya berjubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan