Catatan Popular

Isnin, 7 Januari 2013

RISALAH SOAL JAWAB HAKIKAT TASAWWUF (3)


SOALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan tasawwuf dari segi istilah? 

JAWAPAN 

Ma’ruf al-Karkhi mengatakan bahawa tasawwuf ialah pergantungan harap kepada Allah s.w.t dan tidak kepada makhluk. 

Menurut Abu Turab al-Nakhsyabi: Sufi itu ialah seseorang yang tidak dikotori oleh sesuatupun malah bersih daripada semua perkara. 
Sahl bin Abdullah al-Tustari berkata: Sufi itu ialah seseorang yang bersih daripada maksiat, sentiasa berfikir dan berpegang teguh dengan Allah s.w.t dan tidak dengan manusia. Oleh yang demikian, di sisinya tidak ada apa-apa perbezaan antara emas dan lumpur.
Al-Jurairi pula menyatakan bahawa: Tasawwuf ialah perlakuan akhlak yang tinggi dan meninggalkan perlakuan yang keji. 

Al-Kattani menegaskan bahawa: Sesiapa yang membekalkan kamu akhlaknya yang terpuji maka dia telah menambahkan kebersihan jiwamu. 

Dr. Abu al-Wafa’ al-Taftazani berkata: Oleh itu tasawwuf pada dasarnya adalah akhlak, dengan pengertian ini tasawwuf adalah ruh Islam kerana seluruh rukun Islam diasaskan kepada akhlak. 

Tiada ulasan: