Batas-batas
Akal
Islam
memberikan perhatian yang cukup besar kepada akal fikiran manusia. Demi alasan
itu, Islam
menempatkan
akal fikiran sebagai salah satu daripada dua syarat utama dalam kewajipan (taklif) ke atas manusia.Islam mengajar manusia bagaimana
cara-cara yang sepatutnya digunakan akal fikiran. Seiring
dengan itu,
Allah s.w.t. menjelaskan kemampuan manusia dalam memahami alam semesta tidaklah
mutlak,
kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak menganugerahkan
kemampuan yang mutlak dan tidak terbatas kepada makhluk ciptaan-Nya.
Kemampuan
untuk memandang dibatasi oleh kemampuan mata, kemampuan mendengar dibatasi
oleh
kemampuan telinga, dan kemampuan untuk mengetahui sesuatu juga dibatasi oleh
kemampuan
akal
fikiran. Oleh sebab itu, jika ada kehidupan yang tiada had batasan maka mata
tidak mungkin dapat
melihatnya,
kerana kewujudan tersebut berada di luar kemampuan mata untuk melihatnya. Kalau
ada
banyak suara
yang jumlahnya tidak terhingga, maka telingapun tidak mampu mendengarnya,
kerana
suara-suara
tersebut berada di luar kemampuan telinga untuk mendengarnya. Pada gilirannya,
dapat
ditegaskan
bahawa banyak hakikat yang tidak mungkin dicapai dan diketahui oleh manusia
kerana hakikat-
hakikat
tersebut berada di luar kemampuan manusia untuk mencapai dan memahaminya.
Ertinya, akal
fikiran
sahaja tidak cukup untuk memahami seluruh hakikat.Contoh, para ahli falsafah
yang berkeyakinan
bahawa
kemampuan akal tidak terbatas (bersifat mutlak) dalam mencapai dan memahami
hakikat.
kepada
kebahagiaan yang mereka cari-cari.
Diyakini
bahawa Allah s.w.t mengetahui pelbagai karakter/ pelbagai spesifikasi
penciptaan hamba-
hambanya,
lebih daripada pengetahuan mereka sendiri. Menurut pelbagai riwayat yang ada,
Allah s.w.t telah mengutuskan seratus dua puluh empat ribu orang nabi dan rasul
sepanjang sejarah kehidupan umat manusia. Hikmahnya kerana akal manusia itu
lemah dan tidak mampu mencapai hakikat. Lembaran dan kitab-kitab suci yang
telah diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada para rasul dan nabi merupakan media
terbaik yang menghubungkan antara wilayah kemanusiaan dan wilayah hakikat dan
menghubungkan hakikat kepada manusia.Atas dasar itu, bimbingan wahyu terhadap
akal fikiran dianggap sebagai suatu syarat yang mutlak, kerana akal yang tidak
disinari bimbingan Ilahiah bagaikan kuda liar yang tidak akan sampai pada tempat
tujuan. Bahkan boleh jadi terjatuh ke dalam lubang dan tercampak ke dalam mara
bahaya.Oleh sebab itu, kita perlu menjinakkan dan melatih kuda tersebut dengan
cara mengikat tali kendali
melingkari tubuhnya agar dapat dikendalikan dan diarahkan kuda tersebut dengan
sempurna. Halyang sama
perlu dilakukan terhadap akal manusia. Kita harus memberikan pendidikan
rohaniah – yang
intipatinya
adalah wahyu dan sunnah yang suci – kepadanya sehingga ia menjadi akal yang
sihat dan
benar. Jika
tidak, akal akan menjadi seperti senjata bermata dua sama ada digunakan sebagai
alat untuk
mencipta
kebaikan atau menjadi perangkap untuk mendatangkan keburukan.
1 ulasan:
...cuma ada sedikit kemusykilan je... Masalahnya malam hari raya aritu, aku masak rendang ayam. ayam tu aku beli seekor je.. klau tak silap, rm14 je.. santan pun aku dah beli.. sebijik kelapa je aku guna.. yer lah, kenelah jimat.. tengah malam tu jugaklah aku masak rendang... mslhnya aku dh letak 3 sudu besar kerisik,, tp knp rendang tu tak hitam ye? patot ke kalau aku letak gula merah??
Catat Ulasan