Catatan Popular

Khamis, 29 April 2021

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 9 : ADAB-ADAB MEMPERSIAPKAN DIRI UNTUK SEMBAHYANG

AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Sebaiknya hendaklah engkau bersiap-siap untuk sembahyang Zuhur sebelum gelincir matahari, maka hendaklahengkau “ tidur qailulah" (tidur atau berehat-berehat sekejap sebelum gelincir matahari) jikalau ada bagimu adat sembahyangtahajjud atau berjaga malam untuk membuat kebaikan kerana tidur sekejap sebelum gelincir matahari itu adalah sangat membantu engkau berjaga di waktu malam, sama halnya dengan makan sahur yang dapat membantu orang yang berpuasa diwaktu siang. Tetapi qailulah tanpa ibadat di waktu malam sama halnya dengan makan sahur tanpa puasa. Apabila engkau tidur qailulah maka hendaklah engkau bangun sebelum gelincir matahari kemudian terus engkau berwudhuk dan pergi ke masjid dan sembahyang sunat tahiyyatul masjid dan engkau menantikan azan Zuhur. 

Dan apabila engkau mendengar panggilan azan Zuhur maka engkau menjawab perkataan muazzin {seperti cara yang telah diterangkan) kemudian hendaklah engkau sembahyang qabliyah Zuhur empat rakaat {dengan dua kali salam atau sekali salam) dan adalah Rasulullah S.A.W. memanjangkan sembahyang ini dan baginda juga bersabda : "Inilah waktu dibukakan pintu-pintu langit maka aku mahu supaya diangkatkan amalanku yang soleh pada ketika ini" . Dan empat rakaat sebelum Zuhur ini hukumnya sunat muakkad dan disebutkan akan kelebihannya dalam sebuah hadis yang bermaksud:

 

"Barang siapa mengerjakannya dalam keadaan ia membaikkan akan ruku'nya dan sujudnya maka akan bersembahyang bersama dengannya tujuh puluh ribu malaikat dan mereka memintakan ampun baginya sampai datang waktu malam."

Setelah itu kerjakanlah sembahyang Zuhur berjamaah danengkau kerjakan pula selepas itu sembahyang ba'diyah Zuhurdua rakaat. Dan jangan engkau sibuk selepas itu sehingga masuk waktu Asar melainkan dengan belajar ilmu atau menolong orang lain atau membaca Al Quran atau mencari sara hidup yang engkau gunakan untuk keperluan ibadatmu. Sebelum sembahyang Asar hendaklah engkau kerjakan sunat qabliyah asarempat rakaat {dengan dua kali salam atau sekali salam) dansembahyang ini juga termasuk sembahyang sunat muakkad {danmengikut pendapat sebahagian ulama, empat rakaat sunatqabliyah Asar ini hanyalah sunat biasa bukan sunat muakkad)maka telah bersabda Rasulullah S. A. W.:

 

Ertinya : "Semoga Allah mencucuri rahmat kepada seseorangyang sembahyang sunat qabliyah Asar sebanyak empat rakaat."(Hadis riwayat At Tirmizi daripada lbnu Utnar R.A)

 

Maka bersungguh-sungguhlah engkau untuk mencapai yangdemikian itu supaya engkau termasuk di dalam orang yang didoakan oleh Rasulullah S.A.W. untuk mencapai rahmat daripadaAllah Taala.

 

Dan jangan engkau sibuk selepas sembahyang Asar kecualidengan seumpama pekerjaan yang telah kami sebutkan sebelumini dan sangat tidak patut bagi seseorang itu mensia-siakan masa dengan ia mengisi waktunya dengan apa sahaja pekerjaan yang kebetulan datang kepadanya atau menyibukkan dirinya dengan cara apa sahaja yang dia sukai. Sepatutnya hendaklah engkau menghitung dirimu dan merancang segala pekerjaanmu dan menyusun wiridmu pada waktu siang dan malam maka engkau tentukan bagi setiap waktu itu akan sesuatu pekerjaan yang tertentu yang tidak melebihi masa yang telah dihadkan dan janganlah engkau mendahulukan sebarang pekerjaan yang lain daripada pekerjaan yang telah engkau tentukan. Apabila engkaumerancang pekerjaanmu dan menyusun waktumu pasti engkauakan melihat keberkatan daripada setiap waktumu yang sangatberharga itu.

Tetapi jikalau engkau biarkan dirimu dengan tidak teraturatau kosong daripada sebarang pekerjaan yang berfaedah seperti halnya binatang dan engkau tidak tahu apakah yang mesti engkau buat pada setiap waktu, nescaya engkau akan menyesal dan waktumu akan berlalu dengan sia-sia, sedangkan waktumu itu adalah umurmu. Dan umurmu itu adalah modal. Dan dengan modal inilah engkau mencari keuntungan. Hanya dengan

umurmu sahaja engkau dapat mencapai kebahagiaan yang sebenarnya di negeri yang kekal abadi di sisi Allah Taala. Maka setiap nafas daripada nafasmu adalah laksana batu permata yang tak ternilai harganya kerana ia tidak dapat diganti walau dengan apa sekalipun dan apabila ia telah luput, ia tidak akan kembali buat selama-lamanya. Maka janganlah engkau menjadi seperti orang yang bodoh yang tertipu di dalam kehidupannya, di mana setiap hari mereka bersuka-suka dengan bertambah banyak harta benda mereka sedangkan umur mereka semakin berkurangan.

Apalah faedahnya harta yang bertambah apabila umur jadi berkurangan. Oleh itu janganlah engkau bergembira kecualidengan tambahan ilmu atau amal soleh kerana keduanya adalah sahabatmu yang menjadi temanmu yang setia di dalam kubur ketika keluarga, harta, anak dan kawan-kawanmu semuanya meninggalkan engkau. 

Apabila cahaya matahari sudah berubah menjadi kuning(sudah hampir waktu Maghrib) maka bersegeralah engkau pergike masjid sebelum tenggelamnya matahari dan penuhkanmasamu dengan bermacam-macam tasbih dan istighfar keranakelebihan masa ini sama dengan kelebihan masa selepas sembahyang subuh sehingga terbit matahari. Allah berfirman:

Maksudnya: "Dan bertasbihlah kamu memuji Tuhanmu sebelumterbit matahari dan sebelum tenggelamnya."(Surah Taha, ayat 130)

Dan baca olehmu sebelum tenggelamnya matahari itu akansurah Was syamsi wadhuhaha, wal laili iza yaghsya, surah AlFalaq, surah An Nas dan biarlah matahari tenggelam sedangkan engkau sentiasa sibuk di dalam zikir dan istighfar.

Apabila engkau mendengar azan Maghrib maka jawablah(seperti jawapan yang telah disebutkan) dan selepas habis menjawab azan hendaklah engkau membaca doa : 

Ertinya : Ya Allah! Aku memohon kepadaMu ketika datangnyamalam dan hilangnya siang dan ketika hadirnya waktu sembahyang dan ketika kedengaran suara pemanggilMu, bahawa Engkau berikan kepada penghulu kami Nabi Muhammad akan wasilah (jalan kebaikan), kelebihan, kemuliaan dan dar- jatyang tinggi, dan berikanlah kepada baginda tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya, sesungguhnya engkau tidak akan menyalahi janji.

Setelah itu keijakanlah sembahyang fardhu Maghrib dan selepas sembahyang Maghrib kerjakanlah dua rakaat ba'diyahMaghrib sebelum engkau bercakap-cakap, dan jikalau engkau tambahkan selepas dua rakaat itu empat rakaat yang lain maka itu satu perbuatan yang sunat ( sunat awwabin ) dan jikalau engkau kuasa beri’tikaf di dalam masjid antara Maghrib dan Isyak maka itu terlebih baik dan hendaklah engkau penuhkan masa itu dengan sembahyang dan doa, maka itu terlebih afdal dan sangat banyak kelebihannya. Dan masa antara Maghrib dan Isyak inilah yang dikatakan “ nasyiatul laili” (permulaan malam) kerana pada masa itu permulaan kembangnya malam. Dan nasyiatul laili {yang disebutkan kelebihannya dalam Al Quran itu) ialah mengisi waktu permulaan malam dengan sembahyang.  

 

Dan telah ditanyai Rasulullah S.A.W. daripada maksud firman Allah:

Maksudnya: "Jadi renggang lambung mereka daripada tempattidur. Mereka bangkit berdoa akan Tuhan mereka kerana takut {akan seksaj dan tamak {akanpahala}."(Surah As Sajdah, ayat 16)

Lalu Nabi S.A.W. menjawab : Itulah sembahyang di antaraMaghrib dan Isyak kerana sembahyang pada ketika itu menghilangkan dosa pekerjaan yang sia-sia dipermulaan siang dan membersihkan {sebarang dosa} pada bahagian akhirnya. 

Apabila masuk waktu Isyak {dan sudah selesai azan dan doanya} maka kerjakanlah sembahyang qabliyah Isyak empat rakaat untuk menghidupkan masa di antara azan dengan iqamat. Maka kelebihannya sangat banyak. Di antaranya disebutkan di dalam sebuah hadis: 

Ertinya : "Bahawasanya doa di antara azan dan iqamat itu tidak akan ditolak."(Hadis riwayat Abu Daud)

Kemudian hendaklah engkau mengerjakan sembahyangfardhu Isyak dan sembahyang ba'diyah Isyak dua rakaat danbaca olehmu pada rakaat pertama akan surah As Sajdah atausurah Yaasin. Dan baca pada rakaat yang kedua akan surah AlMulk atau surah Ad Dukhan. Maka membaca surah-surah initelah warid (stabit) daripada Rasulullah S.A.W. dan selepas ituhendaklah engkau tambahkan empat rakaat {dengan dua kalisalam) maka telah diriwayatkan daripada Rasulullah S.A. W.akan kelebihannya yang sangat besar.

Selepas itu hendaklah engkau keijakan sembahyang sunatwitir tiga rakaat dengan dua kali salam dan adalah RasulullahS. A.W. membaca ;

{pada rakaat yang pertama) akan surah Sabbihis ma rabbikal a'la {dan pada rakaat yang kedua) akan surah Al Kafirun{dan pada rakaat yang ketiga) bacalah surah Al Ikhlas, AlFalaq dan surah An Nas 

Dan jikalau engkau berazam untuk bangkit sembahyangmalam (sembahyang tahajjud) maka akhirkan sembahyang witirini kerana sembahyang witir itu lebih baik dibuat di akhir malam.

Kemudian selepas itu hendaklah engkau mengisi masadengan banyak bermuzakarah ilmu atau muthalaah kitab danjanganlah engkau suka membuang masa dengan bermain-mainbahkan berusahalah supaya engkau dapat menjadikan amalankebaikan yang menyudahi segala pekerjaanmu pada hari itukerana segala amalan itu dinilai mengikut yang akhir sekali.

Tiada ulasan: