Catatan Popular

Selasa, 27 April 2021

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 2- ADAB-ADAB MASUK KE DALAM TANDAS

AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Apabila engkau mahu masuk ke dalam tandas untuk menunaikan hajatmu maka dahulukanlah kakimu yang kiri, dan ketika engkau keluar daripadanya maka dahulukan kakimu yang kanan. Dan janganlah engkau membawa sesuatu yang ada padanya tulisan nama Allah dan Rasul-RasulNya dan jangan pula engkau masuk ke dalam tandas dengan keadaan tidak menutup kepala atau tidak berkasut. Dan baca olehmu ketika hendak masuk ke dalam tandas itu akan doa :

Ertinya : "Dengan nama Allah. Aku berlindung dengan Allah daripada kekotoran najis yang keji yang jahat lagi suka menyuruh orang lain membuat kejahatan, iaitu syaitan yang terkutuk."

  

Dan ketika engkau keluar dari tandas hendaklah engkau baca:

Ertinya : "Ya Allah berikan keampunan kepadaku. Segala puji bagi Allah yang menghilangkan daripadaku barang yang menyakiti aku dan mengekalkan di dalan badanku barang yang memberi manfaat akan daku."

Dan sebaiknya hendaklah engkau siapkan segala yang engkau perlukan untuk beristinjak itu sebelum engkau qada' hajat Dan jangan engkau beristinjak dengan air di tempat qada’ hajat dan hendaklah engkau beristibrak (melawaskan) daripada air kencing dengan cara engkau beidehem-dehem dan melalukanjari di bawah kemaluanmu tiga kali. Dan jika engkau mahuberistinjak sedangkan engkau berada di tengah padang makahendaklah engkau mencari tempat yang jauh daripada pandangan orang ramai {supaya tidak tercium baunya dan tidak didengar bunyinya) dan hendaklah engkau menghadap kepada suatu yang dapat engkau jadikan dinding di hadapanmu dan janganlah engkau membuka auratmu sebelum engkau sampai ketempat duduk dan jangan engkau menghadap ke arah qiblat,matahari dan bulan. 

Dan janganlah pula engkau membelakangkan yang demikian itu. Dan janganlah engkau qada’ hajat di dalam air yang tenang atau di bawah pokok yang berbuah dan jangan pula di dalam lubang dan jauhilah daripada kencing di atas tanah yang keras atau di tempat bertiup angin kerana ditakuti bahawa engkau akan terkena percikannya seperti sabda Rasulullah S.A.W.

 

Ertinya : "Sesungguhnya kebanyakan seksa kubur adalah berpun- ca daripadanya" (yakni dari sebab tidak berhati-hati dalam bersu- ci daripada najis).

(Hadis riwayat Ad Daraquthni daripada Anas R.A)

Dan hendaklah engkau duduk ketika qada' hajat itu denganmemberatkan sebelah kakimu yang kiri {supaya lebih mudah keluar najis) dan janganlah engkau kencing di dalam keadaan berdiri kecuali ketika darurat dan himpunkanlah di dalam stinjak itu antara menggunakan batu {boleh diganti dengan kertas tisu) dan air. Dan jikalau engkau hanya mahu menggunakan salah satu di antara dua perkara ini maka hendaklah engkau memilih untuk menggunakan air kerana itu lebih afdhal.

Dan apabila engkau mahu menggunakan batu sahaja maka carilah tiga biji batu yang suci yang dapat menyerapkan (menyuci dan mengeringkan) najis maka engkau sapu dengan batu itu akan tempat keluar najis sekiranya tidak menyebabkan najis itu merebak ke tempat lain d^n begitu pula hendaklah engkau sapukan kemaluanmu dengan tiga kali sapu daripada sebiji batu. 0) Dan jikalau belum hasil bersih dengan tiga biji batu maka hendaklah engkau sempurnakan istinjakmu dengan lima biji batu atau tujuh biji sehingga jadi suci tempat keluar najis itu. Dan bilangan batu itu di-sunatkan ganjil. Dan menyucikan tempat keluar najis itu hukumnya wajib. Dan janganlah engkau beristinjak dengan tangan kanan. Dan hendaklah engkau membaca doa setelah selesai istinjak itu dengan katamu:

Ertinya: "Ya Allah! Sucikanlah hatiku daripada sifat munafik,dan peliharakanlah kemaluanku daripada kejahatan (seperti zina)."

Dan hendaklah engkau mengosokkan tanganmu dengan tanah atau dinding {atau dengan sabun) setelah selesai daripada istinjak. Kemudian lalu engkau membasuh akan tanganmu itu.

 

 

Tiada ulasan: