Catatan Popular

Khamis, 29 April 2021

KITAB BIDAYATUL HIDAYAH 5 : ADAB-ADAB BERTAYAMMUM

AL IMAM HUJJATUL ISLAM ABU HAMID AL GHAZALI

Apabila engkau tidak dapat menggunakan air kerana,

(1) Ketiadaannya sesudah berusaha mencarinya.

(2) Atau sebab uzur sakit.

(3) Atau ada halangan daripada sampai mencapai airdisebabkan adanya binatang buas atau sebab ditahan di dalam penjara.

(4) Atau kerana air itu sedikit yang hanya mencukupiuntuk menghilangkan dahagamu atau dahagakawanmu.

(5) Atau kerana air itu milik orang lain yang dia tidakmahu menjualnya kecuali dengan harga yang lebihmahal daripada harga biasa.

(6) Atau kerana ada luka dan sakit di badanmu yangengkau bimbang atas kemudaratan dirimu apabilaengkau menggunakan air.

 

Maka dalam keadaan-keadaan ini hendaklah engkau menunggu sehingga masuk waktu sembahyang fardhu kemudianca-rilah tanah yang baik dan berdebu dan tidak bercampur dengan benda yang lain. Tanah itu suci dan lembut maka engkau pukulkan kedua tapak tangan ke atas tanah tadi sambil merapatkan jari-jarimu dan berniat olehmu akan “istibahatus solah" maksudnya membuat sesuatu yang membolehkan sembahyang fardhu, lalu engkau sapukan kedua tanganmu tadi ke mukamu sekali dan janganlah engkau bersusah-susah untuk memastikan debu itu sampai ke tempat tumbuh rambut sama ada tebal atau tipis kemudian tanggalkanlah cincinmu (jika ad

 

Kemudian engkau pukulkan pula kedua tanganmu ke atastanah sambil merenggangkan di antara jari-jarimu dan sapulahakan kedua tanganmu sehingga sampai pada ke dua sikumu.Jikalau dua pukulan ini masih belum mencukupi maka pukulkan pula tanganmu ke atas tanah sehingga dapat engkau menyaptanganmu dengan sempurna kemudian sapukanlah satu tapak tangan dengan tapak tangan yang lain dan selangkan jari-jari tanganmu untuk menyapu celah-celah jarimu.

 

Dan sembahyanglah engkau dengan sekali tayammum ini akan sekali sembahyang yang fardhu dan beberapa sahaja yang engkau sukai daripada sembahyang sunat dan apabila engkau berkehendak pula membuat sembahyang fardhu yang lain maka perbuatkanlah olehmu tayammum yang baru.

Tiada ulasan: