Demikianlah tanggapan atau idea penting kedua-dua alam tersebut. Kemudian saudara hendaklah tahu bahawa Alam Tinggi itu tidak ternampak oleh kebanyakan orang, tetapi Alam Rendah ataupun Alam Nyata itu ternampak oleh semua orang, kerana ianya adalah Alam Deria {Alam Pancaindera} dari tempat Alam Deria atau Alam Nyata inilah; kita naik ke Alam Akal atau Alam Rohani.
Berjalan untuk menuju ke Alam Tinggi itu akan terhalang jika tidak ada perhubungan antara kedua alam itu. Jika pengembaraan ke atas itu tidak mungkin, maka tidak mungkin jugalah kita hendak menghampiri ke Hadirat Ilahi. Tidak ada seorang pun akan sampai hampir di sisi Allah, kecuali kakinya berdiri di tengah-tengah majlis atau bidang Ketuhanan Yang Maha Tinggi dan Maha Suci itu.
Apa yang kita maksudkan dengan istilah atau perkataan "Ketuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci" itu ialah alam yang melampaui jangkauan atau capaian deria pemikiran atau khayalan. Kerana menurut hukum {undang-undang} tertinggi itu, bahawa ruh yang mana asing kepada alam itu tidak keluar dan tidak masuk ke alam itu; maka kita gelarkan ianya majlis atau bidang Ketuhanan yang Maha Tinggi dan Maha Suci. Maka ruh manusia yang menjadi saluran penzohiran (manifestasi) Yang Maha Tinggi itu, bolehlah barangkali digelarkan "Lembah Suci " (Al- Quran)
Majlis atau bidang Ketuhanan ini terdiri daripada majlis, atau bidang-bidang yang lebih kecil. Setengah daripadanya masuk lebih jauh dari yang lain ke dalam tanggapan atau idea-idea Ketuhanan Yang Maha Tinggi dan Maha Suci ini. Tetapi istilah "Majlis atau bidang" ini meliputi semua peringkat yang kecil-kecil itu. Dari kerana itu janganlah saudara sangkakan istilah-istilah ini mempunyai maksud-maksud tersembunyi yang tidak difahami oleh orang-orang yang mempunyai makrifat. Di sini saya tidak mahu melanjutkan perkara ini kerana asyik dengan menerangkan istilah-istilah ini menyebabkan saya terkeluar dari tajuk perbincangan kita. Terpulanglah kepada saudara untuk mengkaji istilah-istilah tersebut.
Sekarang kita kembali kepada perkara perbincangan kita. Seperti yang kita katakan duhulu, Alam Nyata ini adalah tempat bertolak ke Alam Tinggi itu. Ayat yang bermaksud "Kemajuan pengembaraan di jalan yang lurus" bererti menuju ke tempat yang tinggi itu. Ini boleh juga dikatakan "Al-Iman" dan "Tempat kediaman bimbingan yang benar". Jika tidak ada perhubungan antara kedua-kedua alam tersebut, maka tidaklah boleh naik seseorang itu dari satu alam ke alam yang satu lagi itu. Allah memberi RahmatNya kepada Alam Nyata seperti juga diberiNya kepada Alam Ghaib itu.
Oleh itulah, tidak ada satu benda pun dalam Alam Nyata ini yang tidak menjadi simbol atau perumpamaan kepada perkara-perkara di dalam Alam ghaib itu. Alam Nyata ini adalah simbol atau atau qias atau ibarat atau perumpamaan Alam Ghaib. Mungkin juga satu benda di alam ini menjadi simbol atau bayangan atau kiasan beberapa perkara di Alam Ghaib, begitu juga satu perkara dalam Alam Ghaib itu mungkin mempunyai beberapa simbol atau bayangan di Alam Nyata ini. Kita katakan sesuatu itu sejenis atau simbolik(seumpama) apabila nyata mempunyai dan bersesuaian dengan pasangannya itu dalam beberapa aspek.
Menghitung sepenuhnya semua simbol-simbol atau perumpamaan-perumpamaan ini akan bererti menghitung semua benda-benda dan perkara-perkara dalam dua alam tersebut. Tidak ada makhluk yang dapat membilang dan menghitungnya. Kebolehan manusia tidak cukup untuk mengetahuinya di masa lampau dan dengan umur kita yang pendek ini, kita tidak dapat menghuraikan sepenuhnya. Pada masa kini yang dapat saya terangkan kepada saudara ialah satu contoh sahaja yang besar dan luas yang diambil penerangan dan kesimpulan dari yang kecil dan sempit, kerana pintu penyelidikan kepada rahsia-rahsia ilmu ini masih dibukakan kepada saudara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan