Selanjutnya adalah diperhatikan bahawa meskipun Aqal manusia itu sebenarnya melihat tetapi benda-benda yang dilihatnya bukanlah semuanya terletak di bidang yang sama. Dalam beberapa hal, pengetahuan telah sedia ada terkandung dalam Aqal itu seperti halnya dengan kebenaran yang telah memang pasti, umpamanya:
- sesuatu perkara yang sama tidak boleh bersama dengan asalnya dan
- di samping itu juga tanpa asalnya atau wujud di samping tidak wujud; atau
- sesuatu perkara itu benar dan tidak benar; atau
- pertimbangan yang benar bagi sesuatu perkara adalah benar juga bagi sesuatu perkara yang serupa; atau
- wujud yang khusus mesti diikuti juga oleh wujud yang umum.
Misalnya:
hitam membawa pengertian tentang wujud "warna". Begitu juga dengan "Manusia" dan "binatang".
Tetapi perkaitan tersebut bukanlah pasti benarnya kepada Aqal kerana "warna" tidak melibatkan "hitam" dan begitu juga "binatang" tidak melibatkan "manusia" dan banyak (proposition) atau masalah yang lain.
Ada yang wajib, ada yang mungkin, dan ada yang mustahil. Ada juga proposisi yang tidak bersetujuan dengan Aqal apabila proposisi atau masalah itu kembali semula kepada Aqal, proposisi itu terpaksa menggoncang Aqal, menggerakkan Aqal. Pukulkan logam pada besi supaya keluar api. Misalan masalah seperti ini ialah Teori Spekulasi (masalah pertimbangan) dan untuk mengetahui teori itu, Aqal terpaksa dibangkitkan dengan Qalam (logik) falsafah. Apabila cahaya falsafah telah bersinar, maka manusia pun melihat apa yang sebenarnya, pada hal sebelum itu, penglihatannya itu terpendam. Falsafah paling agung ialah Qalam Allah umumnya dan al-Quran khususnya.
Oleh yang demikian, ayat-ayat Al-Quran itu bagi Aqal adalah umpama cahaya matahari bagi mata. Dengan adanya cahaya matahari, perbuatan melihat dapat dilaksanakan. Oleh itu, Al-Quran itulah yang paling wajar dinamakan "cahaya" sepertimana cahaya matahari itu digelar cahaya juga.
Kesimpulannya, al-Quran itu adalah ibarat matahari dan Aqal itu ibarat cahaya mata. Di sini tahulah kita maksud ayat Al-Quran;
"Percayalah kepada Allah dan RasulNya dan cahaya yang Kami turunkan".
dan ayat;
"Telah datang bukti yang nyata dari Tuhanmu dan Kami turunkan cahaya yang terang".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan