Catatan Popular

Selasa, 3 Januari 2012

MISYAKAATUL ANWAR IMAM AL GHAZALI (9) : PENGETAHUAN TENTANG IBARAT MUKADDIMAH TENTANG PERUMPAMAAN MISYKAAT, LAMPU, KACA, POKOK, MINYAK DAN API

Allah cahaya langit dan bumi.  Perumpamaan cahayaNya itu laksana sebuah Misykaat di dalamnya ada lampu.  Lampu itu di dalam sebuah kaca.  Kaca itu laksana bintang yang gemerlapan. Dipasang dari sebatang kayu yang beroleh berkat, iaitu (minyak) pohon zaitun, tidak timur, dan tidak barat.  Hampir  sahaja minyak itu bernyala-nyala walaupun ia belum disentuh oleh api. Cahaya Atas Cahaya (SURAH AN NUR : AYAT 35)

Penerangan bagi perumpamaan atau ibarat ini melibatkan dua perkara penting;  yang sangat luas  bidangnya.   Tetapi di sini saya berikan ringkasannya  sahaja.
Pertama:   Ilmu pengetahuan dan cara (method)  perumpamaan,  bagaimana ruh atau isi tanggapan (idea-idea) itu  terkandung dalam perumpamaan tersebut;  perkaitan antara  keduanya;   keadaan batin persamaan ini antara Alam Deria (Alam Pancaindera) sebagai acuan dan kebendaan kepada perumpamaan dan Alam Tinggi yang dirinya turunnya  tanggapan idea.
Kedua:   Peringkat-peringkat bagi beberapa ruh pada tanah liat (badan) kita,    dan  darjah cahaya yang ada pada tiap-tiap satunya.
Kita bincangkan perumpamaan yang kedua ini untuk menerangkan yang pertama itu.

ZAHIR DAN BATIN DALAM PERUMPAMAAN- JENIS DAN PASANGANNYA
Alam ini terbahagi kepada dua iaitu;
  • Alam Ruhani dan Alam Kebendaan atau
  • Alam Deria dan Alam Aqal atau
Alam boleh juga dikatakan Alam Tinggi dan Alam Rendah.
Semua istilah-istilah alam tersebut adalah hampir ertinya antara satu dengan yang lain.  Perbezaan hanya pada segi pandangan sahaja.
  • Jika saudara anggap kedua-kedua Alam itu dari seginya masing-masing,  maka saudara menggunakan istilah pertama (Alam Ruhani dan Alam Kebendaan)
  • Jika  berkaitan dengan anggota yang melihatnya,  maka itu adalah yang kedua (Alam Deria dan Alam Aqal).
  • Boleh  juga saudara katakan Alam Zhohir dan Alam Ghaib.
Tidaklah hairan kenapa ada juga penuntut-penuntut yang mengkaji ilmu ini terkeliru tentang banyaknya istilah-istilah itu dan menyangka banyak pula tanggapan atau idea yang dimaksudkan.  Tetapi bagi orang yang mengenal hakikatnya,  mereka  tidak akan menyangka istilah-istilah itu yang terpenting.  Yang terpenting ialah maksud atau tanggapan yang dibawa oleh istilah-istilah itu.  Tetapi orang yang kurang pintar mungkin menganggap sebaliknya- iaitu ia mementingkan istilah dan tidak mementingkan maksud atau isinya.  Pada pandangan mereka istilah itulah punca atau sumber tempat hakikat itu terbit.  Berkenaan dua jenis pandangan fikiran itu.  Al-Quran menerangkan,
 "Siapakah yang lebih benar dipimpin,  orang yang berjalan dengan mukanya tertunduk ke bawah,  atau orang yang berjalan lurus tegak?"

Tiada ulasan: