Catatan Popular

Jumaat, 27 September 2019

Kisah Wali Allah Ummu Syuraik, Nafas Menjadi Keju


Beliau adalah Ghaziyah binti Jabir bin Hakim atau lebih dikenali dengan nama Ummu Syuraik.

 

Beliau seorang wanita dari Quraisy dari Bani Amir bin Lu'ai dan pernah menjadi isteri Abu al-Akr ad-Dausi. Cahaya iman mula menerangi hati apabila Rasulullah berdakwah di Makkah. Sejak itu, beliau yakin dengan kebenaran Rasulullah saw serta membenarkannya dengan utuh. Beliau bukan sahaja memiliki keimanan yang mantap malah sangat memahami kewajipannya untuk berdakwah sehingga beliau sanggup mengorabankan dirinya demi menyebarkan dakwah dan meninggikan kalimah Allah serta mengibarkan panji .



Ummu Syuraik ialah salah seorang wanita soleheh yang segera menurut perintah berhijrah ke Madinah oleh Rasulullah saw. Ummu Syuraik Addusiah mengikut seorang isteri yahudi dalam kabilah perjalanan hendak ke Madinah. Beliau tidak membawa apa-apa. Oleh itu, beliau berpuasa sepanjang perjalanan.

Ketika isteri Yahudi itu hendak memberikan air kepadanya beliau menolaknya. Bila mereka tiba disuatu tempat untuk berehat di malam hari. Ummu Syuraik melihat timba air ditempat dia berehat lalu minum air itu hingga kenyang. 

Esoknya orangYahudi bertanya kepada isterinya apakah dia memberikan air kepada ummu syuraik kerana dia mendengar wanita itu minum air malam itu. Tetapi isterinya menafikan kerana dia ada memberikan air tetapi ditolak oleh ummu syuraik. 

Ibnu Saad meriwayatkan dari Hammad dari Yahya bin Said bahawa pada suatu ketika Ummu Syuraik ada menyimpan sebuah kotak berisi keju. Bila seorang sahabatnya meminta sedikit keju daripadanya Ummu Syuraik melihat keju dalam simpanannya telah habis setelah dibahagi-bahagikan sesama kabilah. Beliau pun menghembuskan nafasnya beberapa kali dalam kotak itu lalu dijemur di tengah panas. Waktu kotak itu diambilnya ia telah penuh dengan keju. 


Tiada ulasan: