Catatan Popular

Rabu, 23 Disember 2020

TASAWWUF MODEN BAB 7 FASAL 51 : PERUMPAMAAN BAGINI ADA PULA (BAB 7 TAWAKKAL)

PROF DR. HAMKA (TOKOH AGAMA AGUNG INDONESIA)

Pertama, orang yang ditimpa suatu penyakit di dalam perutnya, yang tiada sembuh kalau perut itu tidak dibedah. Penyakit di tangan yang kalau tidak dipotong tangan itu, penyakit dapat menular ke seluruh badan. Ketika doktor memberitahu kepadanya bahawa penyakitnya perlu diubat dengan penyakit pula, supaya tidak lebih berbahaya, dia perlu dipotong atau dibedah, maka si sakit menerima dengan segala senang hati. Walaupun dia tahu bahawa akan berbekas jahitan dan tangannya akan kurang sebelah. Sebab di balik pembedahan dan pemotongan ada 'kesembuhan' yang diharapkannya.

Kedua, laksana seorang anak muda yang meninggalkan kempung halaman tempat dilahirkan, tepian tempat mandi, kerana dia hendak merantau mencari peruntungan. Sebab itu ditanggungnya kesakitan berpisah, untuk mencari keuntungan yang akan didapat dengan merantau.

Laksana orang sakit meskipun dia tahu bahawa musibah ditimpakan Allah kepada dirinya, dan sakitnya meresap ke tiap belai bulu, dia tanggungkan itu dengan sabar, kerana menunggu satu kurnia dan penghasilan yang dibalik itu. Sehingga dimintanya, datanglah cubaan datanglah bencana, datanglah sengsara, supaya lebih banyak dia mengucapkan syukurnya kepada Tuhan.

Demikianlah dia mengharapkan pahala dan kurnia. Dari pengharapan demikian, dia naik kepada darjat yang lebih tinggi, iaitu cinta. Bila orang mencintai seseorang, apa yang disukainya orang itu, disukainya pula. Apa yang dibencinya, dibencinya pula. Lantaran cinta kepada barang yang disukai kecintaannya, dia lupa pada dirinya sendiri. Katanya: Kalau memberikan cubaan dan bahaya itu satu keputusan Tuhan, hendaklah dijalankan.

Ajaib orang ini, dirinya dipandangnya seperti orang lain dan kepentingan kecintaannya dipandangnya kepentingan sendiri.

Segala keterangan ini dapat disaksikan pada syair-syair dan pantun, ratap dan senandung ahli syair dan ahli seni. Dengan gambaran dan ukiran, dengan lukisan alam yang bernama 'Jamalul Kaum', dapat kita saksikan bagaimana harganya kecintaan yang timbul dari hati makhluk kepada makhluk.

Sampai begitu tinggi darjat syair untuk memuji kecantikan dan kecintaan kepada sesama makhluk. Padahal itu hanya kulit muka yang meliputi daging, dan darah dan tulang, yang hancur apabila telah masuk kubur.

Sampai begitu tinggi penghargaan orang kepada gambar lukisan alam yang cantik, padahal hanyalah semata-mata kain putih yang diberi cat. Robek sedikit saja, sudah hilang kecantikannya.

Kalau cinta begini dapat mempengaruhi hati, apakah tak mungkin terjadi cinta yang melebihi itu, dari mata batin kepada kekuasaan ghaib, yang selama-lamanya keindahannya tiada berkurang dan mata batin itu tidak pula pernah tertipu dan salah?

Keindahandan kecintaan kepada alam, musnah setelah mati. Tetapi kecintaan kepada kebesaran ini, bertambah datang kematian, bertambah murnilah dia, sebab di sini mati ertinya hidup. Mati ertinya kesempatan yang luas buat menemui kecintaan yang selama ini terhambat-hambat oleh hidup.

"Siapa yang tindu hendak bertemu dengan Allah, maka janji Allah itu telah dekat dengannya!".

Bahagia, yang dalam bahasa Arabnya disebut Sa'adah tidaklah akan didapat kalau tidak ada perasaan Qanaah. Tidaklah terlalu berlebih-lebihan jika dikatakan bahawa bahagia ialah qanaah dan qanaah ialah bahagia. Sebab tujuan qanaah ialah menanamkan dalam hati sendiri perasaan Thuma'ninah, perasaan tenteram dan damai, baik di waktu duka atau di waktu suka. Baik di waktu susah atau di waktu senang, baik di waktu kaya atau di waktu miskin.

Lantaran yang dituntut oleh qanaah ketenteraman itu, ketenteraman itu pula yang menciptakan bahagia, dan tidak ada bahagia kalau tidak ada aqanaah. Wanaah dan bagia adalah satu.

Beberapa fikiran dari ahli-ahli hikmah yang tinggi-tinggi ada bertemu:

"Buah qanaah adalah ketenteraman", ujar Jaafar bin Muhammad.

Diri yang telah mencapai ketenteraman yang diberi nama oleh Quran Nafsul Muthmainnah, kegembiraannya ditimpa susah sama saja dengan kegembiraannya ditimpa senang. Baginya sama saja kekayaan dengan kemiskinan, bahaya dan keamanan, diberi dan memberi. Dia tidak bersedih ketika kehilangan, tidak gembira dapat keuntungan. Hati itu sentiasa dipenuhi redha. Redha yang selalu jadi pati hubungan antara Abid dengan Ma'bud, antara makhluk dengan Khalik.

Bertambah terang apa yang kita paparkan di atas itu, setelah kita baca sabda Rasulullah saw, dalam perkara ini:

"Allah jadikan ketenteraman dan kesukaan pada redha dan yakin. Allah jadikan pula kesusahan dan kedukaan pada syak dan mendongkol!".

Tujuan nafsu ialah keyakinan, dan hiasan nafsu ialah keredhaan. Nafsu yang telah mencapai tingkat tinggi, fikirannya tertuntun, perkataannya terpimpin kepada kebaikan, amalnya terjadi dalam kebaikan, sehingga bahagia yang hakikilah yang dicapainya dalam hidupnya. Di hari kiamat kelak dapat sambutan dari malaikat-malaikat yang menunggu kedatangannya.

"Wahai nafsu yang tenteram, kembalilah engkau kepada Tuhanmu di dalam keadaan redha dan diredhai". (Al-Fajar: 27-28).

"Barangsiapa yang beramal soleh daripada kamu, baik lelaki atau perempuan, lagi kepercayaannya kepada Tuhan, maka dia akan Kami hidupkan dalam kehidupan yang baik" (An-Nahl: 97).

Kata Ibnu Abbas"

"Hayatan Thayyibah, ialah Qanaah!"

Bersabda pula Rasulullah saw:

Ertinya: "Zuhud kepada dunia itu mendatangkan ketenteraman hati dan badan". (HR: Al Qudha'i dan Ibnu Umar).

Benarlah Tuhan yang mengutusnya dan benar pula dia. Kerana ramai orang salah sangka akan erti kesenangan. Padahal kesenangan itu dapat dicapai dalam sekelip mata, sebab ada dalam dirinya sendiri. Dicarinya juga ke tempat yang jauh, memayah-mayah badan. Dicarinya pada wang banyak, pada umah bagus, gaji besar, pangkat dan kehormatan. Padahal semuanya hanya laksana cahaya panas di padang yang tandus, disangka air, bila didatangi ke sana tidak akan didapati apa-apa.

Berkat seorang kepada Muhammad bin Wasi: "Berilah saya wasiat!".

Beliau menjawab:

"Jadi rajalah engkau di dunia, supaya engkau beroleh kerajaan di akhirat".

"Bagaimana saya dapat jadi raja, padahal saya bukan keturunan raja-raja?". Tanya orang itu.

"Zuhudlah kepada dunia dan pakailah qanaah, itulah kerajaan yang paling besar".

Jawapan yang diberikan oleh Muhammad bin Wasi; di atas adalah tepat, kerana sering kita melihat para penguasa dan raja secara lahir seperti orang yang binaksana dan berbudi luhur, tetapi batinnya seorang yang hina. Stalin, diktator yang pernah memerintah Rusia, tak berhenti dipuja-puja oleh rakyat, sebagai pemimpin yang dicintai. Akan tetapi, untuk menjaga keselamatannya dari ancaman pembunuhan dia terpaksa membentuk pasukan pengawal yang berjumlah ribuan. Bukan itu saja, dia juga mempunyai banyak "Stalin tiruan", orang-orang yang menyamar seperti dirinya, untuk membingungkan orang yang ingin membunuhnya.

Riwayat Stalin dan banyak lagi orang-orang seperti itu, adalah contoh yang jelas, tentang seseorang yang ingin bebas dan tidak terikat pada Tuhan, tetapi kemudian dikuasai oleh nafsu, menjadi orang yang pengecut.

Sultan Abdul Hamid menyediakan tukang cicip makan yang akan dimakannya, supaya nyata bahawa makanan itu tidak beracun. Padahal tukang cicip makanan itu masih hidup ketika Sultan Abdul Hamid mati di tanah pembuangan. Mengapa Sultan Abdul Haid berani menamai dirinya Khalifah, kalau dia tak berani mati seperti kematian Umar dan Utsman atau Ali?

Kata Saidina Ali:

"Kalau engkau ingin jadi raja, pakailah sifat qanaah. Kalau engkau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerti yang mulia.

Yang dapat melalui jalan qanaah itu hanya dua orang saja.

Pertama, yang memadai yang sedikit kerana mengharapkan ganjaran di akhirat.

Kedua, orang yang berbudi mulia, yang menjauhkan diri dari dosa dan tipu daya dunia dan menuju Tuhan.

Berkata Imam Radhi:

"Orang yang memegang qanaah, hidupnya aman, tenteram dan sentosa. Dia menyenangkan orang. Orang yang rakus hidupnya payah, tak kenal kesenangan dan ketenteraman, selalu diserang takut dan was-was".

Berkata Wahab bin Munabbah:

"Pada suatu hari berjalanlah ketinggian dan kekayaan disuatu jalan raya yang bernama hidup. Tiba-tiba bertemulah keduanya dengan qanaah. Orang yang berdua itu tak meneruskan perjalanan lagi, sebab telah dikalahkan oleh si qanaah".

 

Tiada ulasan: