AL-ISMU ( ﺍﻹِﺳْﻢُ )
Kalimah "Al-Ismu" (ﺍﻹِﺳْﻢُ) adalah Isim Mushtaq (ﻣﺸﺘﻖ ﺇﺳﻢ) yakni kata terbitan yang terbit dari kata dasar Isim Masdar (ﺇﺳﻢ ﻣﺼﺪﺭ) iaitu Simwun (ﺳِﻤْﻮٌ) sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Hadhrat Qadhi Tsanaullah Panipati Rahmatullah 'Alaih di dalam kitab tafsirnya yang berjudul Tafsir Mazhari. Kata Masdar tersebut berada pada timbangan wazan Fi'lun (ﻓِﻌْﻞٌ) iaitu tanda baris Kasrah (ﻛﺴﺮﺓ) pada Fa (ﻑ) dan tanda baris Sukun (ﺳﻜﻦ) pada 'Ain (ﻉ) seperti 'Ilmun (ﻋِﻠْﻢٌ) ataupun As-Sumuwwu (ﺍﻟﺴﱡﻤُﻮﱡ) yang bermaksud Al-'Uluwwu ( ﺍﻟﻌُﻠُﻮﱡ ) sebagai menurut pendapat Para 'Ulama Basrah kerana terdapat Sighah (ﺻﻴﻐﺔ) sebutan terbitan baginya iaitu Summiya (ﺳُﻤﱢﻲَ) dan juga terdapat Summiitu (ﺳُﻤﱢﻴْﺖُ) yang terbit sebagai dalil bagi menunjukkan bahawa terdapat asal perkataan baginya. Manakala menurut pendapat 'Ulama Kufah pula telah menyatakan bahawa ianya terbit dari kata dasar Al-Wasmu (ﺍﻟﻮَﺴْﻢ).
Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa ianya berasal daripada kata Masdar Usmun (ﺍُﺳْﻢٌ), Simun (ﺳِﻢٌ), Sumun (ﺳُﻢٌ) dan Wasmun (ﻭَﺳْﻢٌ) seperti yang telah dinyatakan di dalam kitab Tafsir Al-Quran tanpa titik karangan Hadhrat Abu Al-Fadhzal Faidhzi yang berjudul Tafsir Sawati' Al-Ilham.
Berkenaan kalimah Isim, terdapat empat kalimah yang dikaitkan sebagai asal baginya iaitu Ismun (اسم) dengan Kasrah pada Alif, dan Usmun (اسم) dengan Dhzammah pada Alif, Sumun (سم) dengan Dhzammah pada Sin, dan Simun (سِم) dengan Kasrah pada Sin. Mereka yang memberikan Dhzammah pada Alif di permulaan telah menjadikannya daripada Suma Yasmu (سما يسمو) dengan mengambil contoh daripada Du'a Yad'u (دعا يدعو). Mereka yag memberikan Kasrah padanya telah menjadikan kalimah tersebut daripada Samiya Yasma (سَميَ يَسْمَى) seperti contoh Radhiya Yardha (رَضِيَ يَرْضَى).
Menurut Hadhrat Ibnu Kisan Rahmatullah 'Alaih bahawa ianya berasal dari perkataan Sumwun (سُمْوٌ) atau Simwun (سِمْوٌ) atas Wazan timbangan Fu'lun (فُعْلٌ) dan Fi'lun (فِعْلٌ). Kemudian dilenyapkan huruf Waw bagi menipiskannya sebagai memenuhi tuntutan kekerapan penggunaannya. Apabila berubah pada akhir kalimah dan bukan pada awal kalimah dengan Sukun, maka diperlukan huruf Alif Wasal bagi menghubungkannya dengan bunyi sebutan Sukun iaitu pada huruf Sin, lalu menjadikannya sebagai Ismun (اسم).
Telah timbul Iktilaf perselisihan pendapat pada memberikan Kasrah pada huruf Alif yang ditambah. Satu golongan berpendapat bahawa apabila huruf yang ditambah itu adalah Sakin iaitu berbaris Sukun dan huruf sesudahnya juga adalah Sakin, maka diberikan Kasrah pada huruf tambahan itu kerana pertemuan Dua Sukun. Segolongan yang lain berpendapat bahawa setiap huruf yang ditambah hendaklah diberikan Kasrah.
Ismun (اسم) di sisi 'Ulama Basrah adalah Isim Mushtaq yakni terbit daripada As-Simwu (السمو) yag bermakna Al-'Ulwu (العلو) dengan memberikan dalil bahawa Tasghir bagi kalimah tersebut adalah Sumayyu (سمي). Maka dikembalikan huruf Lam yang dilenyapkan kepada asalnya dan dikembalikan huruf Sin kepada baris harkatnya kerana Tasghir dan Jama' menghendakkan sesuatu itu dikembalikan kepada keadaan asalnya. Dan telah berkata Ulama Kufah bahawa ianya merupakan Mushtaq terbitan daripada As-Simatu (السمة) yang bermakna Al-'Alamat (العلامة) yakni suatu tanda, kerana yang empunya tanda tersebut dapat dikenali dengan nama tanda tersebut.
Menurut Hadhrat Imam Mawardi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (الاسم) yakni katanama adalah kalimah yang menunjukkan ke atas kewujudan sesuatu yang dinamakan sebagai suatu dalil isyarat, manakala As-Sifat (الصفة) yakni katasifat adalah kalimah yang menunjukkan ke atas sesuatu yang disifatkan sebagai suatu dalil kenyataan yang memberikan faedah. Apabila kita menjadikan sesuatu Katasifat (الصفة) sebagai Katanama (الاسم) ianya akan menunjukkan atas dua perkara iaitu sebagai isyarat dan sebagai sesuatu kenyataan yang berfaedah.
Terdapat perselisihan pendapat pada Ishtiqaq Al-Ismi (اشتقاق الاسم) yakni sumber terbitan kalimah Al-Ismu (الاسم) atas dua pendapat. Pendapat pertama oleh Hadhrat Imam Al-Farra Rahmatullah 'Alaih menyatakan bahawa kalimah Al-Ismu (الاسم) adalah terbit daripada kalimah As-Simatu (السمة) dalam bentuk Isim Ma'rifah (ﻣﻌﺮﻓﺔ ﺍﺳﻢ) atau kalimah Simatun (سمة) dalam bentuk Isim Nakirah (ﻧﻜﻴﺮﺓ ﺍﺳﻢ) dan ianya bermakna Al-'Alamat (العلامة) kerana di dalam kalimah Al-Ismu terdapat pembezaan bagi sesuatu yang dinamakan. Pendapat kedua menyatakan bahawa ianya terbit dari kalimah As-Simwu (السمو) yang bermaksud Ar-Raf'atu (الرفعة) yakni pengangkatan ke tempat yang tinggi. Oleh kerana Al-Ismu (الاسم) dinamakan dengan Zat yang diberikan Nama, maka yang demikian itu telah mengangkat martabatNya ke tempat tertinggi dari segala yang selainNya. Ini merupakan pendapat Hadhrat Imam Al-Khalil dan Hadhrat Imam Zujjaj Rahmatullah 'Alaihima.
Hadhrat Ibnu 'Arabi Rahmatullah 'Alaih telah menukilkan di dalam Tafsir Al-Quran karangannya bahawa, Isim (ﺍﺳﻢ) katanama bagi sesuatu adalah apa yang dapat diketahui menerusinya. Maka, Nama-Nama Allah Ta'ala adalah merupakan sifat bagi kepelbagaian jenis rupabentuk yang menunjukkan dalil atas segala Sifat-Sifat Allah dan ZatNya dengan pengkhususan bagi DiriNya yang Maha Ghaib. Dan dengan kewujudanNya adalah atas kehendak KemegahanNya dan ketetapan ketentuanNya adalah atas tuntutan KeesaanNya. Oleh kerana menerusi penzahiranNya, maka dapatlah terhasil Ma'rifat mengenai DiriNya. Menurut Hadhrat Al-Junaid Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (ﺍﻹﺳﻢ) bermaksud bahawa, dengan cahaya kenikmatan Al-Haqq ke atas hati-hati golongan Ahli Ma'rifah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Adapun berkenaan masalah Al-Ismu (الاسم) ini, apakah ia sesuatu yang dinamakan ataupun bukan? Pada masalah ini terdapat tiga buah pendapat. Pendapat yang pertama mengatakan bahawa Al-Ismu (الاسم) adalah Al-Musamma (المسمى) yakni diri zat yang dinamakan dan ini merupakan pendapat Hadhrat Abu 'Ubaidah Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Imam Sibawaih Rahmatullah 'Alaih. Pendapat ini juga telah dipilih oleh Hadhrat Al-Baqilani Rahmatullah 'Alaih dan Hadhrat Ibnu Furak Rahmatullah 'Alaih.
Telah berkata Hadhrat Imam Ar-Razi dan nama beliau adalah Muhammad Bin 'Umar yang juga dikenali sebagai Ibnu Khatib Ar-Ray Rahmatullah 'Alaih telah menyatakan di dalam Muqaddimah pendahuluan Tafsirnya bahawa, golongan Al-Hashawiyyah dan Al-Karamiyyah dan Al-Ash'ariyyah mengatakan Al-Ismu (الاسم) adalah Nafs Al-Musamma (نفس المسمى) yakni zat bagi yang dinamakan dan bukannya Nafs At-Tasmiyyah (غير نفس التسمية) iaitu bukan zat bagi penamaan. Golongan Al-Mu'tazilah berkata bahawa Al-Ismu (الاسم) bukan bagi zat yang dinamakan bahkan ianya adalah Nafs At-Tasmiyyah (نفس التسمية) yakni zat bagi penamaan. Pendapat yang dipilih oleh Hadhrat Imam Ar-Razi Rahmatullah 'Alaih ialah menganggap bahawa Al-Ismu (الاسم) sebagai Ghair Al-Musamma (غير المسمى) dan Ghair At-Tasmiyyah (غير التسمية).
Menurut Hadhrat Imam Al-Baghawi Rahmatullah 'Alaih, Al-Ismu (الاسم) adalah Al-Musamma (المسمى) yakni merujuk kepada Zat yang dinamakan dan merupakan 'AinNya (عينه) serta ZatNya (ذاته). Sepertimana Firman Allah Ta'ala dalam Surah Maryam ayat 7:
Wahai Zakariya, Sesungguhnya Kami memberi khabar gembira kepadamu bahawa akan beroleh seorang putera namanya Yahya yang sebelumnya Kami belum pernah menjadikan orang yang serupa nama dengannya. [Maryam: 7]
Allah telah mengkhabarkan bahawa sesungguhnya namanya ialah Yahya dan nama tersebut adalah merujuk kepada zat diri yang diberikan nama tersebut. Dan Allah Ta'ala telah berfirman dalam Surah Yusuf ayat 40,
Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya menyembah nama-nama yang kamu dan nenek moyang kamu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah Agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. [Yusuf: 40]
Dan FirmanNya dalam Surah Al-A'la ayat 1,
Sucikanlah Nama Tuhan Pemeliharamu Yang Maha Tinggi.
Dan FirmanNya dalam Surah Ar-Rahman ayat 78,
Maha Berkat Nama Tuhan Pemeliharamu Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan.
Soal: Jika ada yang bertanya, apakah makna At-Tasmiyah daripada Allah untuk DiriNya?
Jawab: Makna At-Tasmiyah daripada Allah untuk DiriNya adalah sebagai pengajaran kepada Para HambaNya tentang bagaimanakah tatacara memulakan pembacaan Kitab Suci Al-Quran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan