Catatan Popular

Rabu, 24 Mac 2021

KITAB NAJMUL HUDA Fasal 4 Kalimah LaailahailaAllah

Syeikh Muhammad Yusuf bin Abdul Karim Hindi

Wahai Penuntut ! Ketahuilah bahawa kalimah Laa ilaha illa Allah itu mengandungi Agama seperti Iman dengan sebenar-benar Iman, Islam dengan sebenar-benar Islam, Tauhid dengan sebenar-benar Tauhid dan Ma’rifat dengan sebenar benar Ma’rifatnya. Inilah yang dikatakan Laa ilaha illa Allah. Maka sebab itulah Allah Taala berfirman di dalam hadith Qudsi

“Laa ilha illa Allah itu benteng Aku dan barangsiapa memasuki benteng-Ku, nescaya dia akan berasa aman sentosa (selamat) daripada azab-Ku”

Ada orang Arif berkata:” Orang yang berkata dengan ucapan Laa ilaha illa Allah tanpa ikhlas dan benar, maka akan kena azab. ”

Ini kerana mereka menyembunyikan Syahadat itu daripada diri mereka sendiri, sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Baqarah ayat: 283

“Janganlah kamu (wahai orang yang menjadi saksi) menyembunyikan Syahadat (perkara yang disaksikan itu) Sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya.”

Apa yang dimaksudkan dengan menyembunyikan Syahadat itu ialah mereka yang tiada mengetahui asal Syahadat. Oleh sebab ikrar dengan niat maka perbuatan si hamba bersama-sama dengan perbuatan kedua duanya (ikrar dan niat) itu baharu jua.

Ada orang Arif berkata: Kesemua mereka pada Syahadat itu terbahagi kepada tujuh bahagian:

Pertama: mereka yang mengucap Syahadat dan beriman tanpa Islam.

Kedua: mereka yang mengucap Syahadat dan berislam tanpa beriman.

Ketiga: mereka yang mengucap Syahadat dan beriman, tetapi mereka Tauhid tanpa Ma’rifat.

Keempat: Mereka mengucap Syahadat, tetapi Ma’rifat mereka tanpa Tauhid lantaran Tauhid mereka tanpa ikhlas dan benar. Sehingga mereka tidak tahu membezakan antara yang benar dan salah, antara Syariat dengan Hakikat dan antara sesuatu dengan yang lain. Mereka inilah yang bergelumang di dalam lautan perbalahan perselisihan

Kelima: Mereka mengucap Syahadat serta mengakui Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya sedang dalam masa yang sama mereka masih menyimpan di dalam hati perasaan hasad dengki, riya’, takbur, sum’ah, tamak, mengadu domba dan membuat fitnah dengan manusia sama ada Islam atau kafir. Maka itulah dinamakan Munafiq pada Syahadat itu.

Keenam: Mereka mengucap Syahadat dan mengakui Allah Taala saja yang disembah dengan sebenar-benarnya, tetapi mereka masih meringan-ringankan Syariat Nabi SAW dengan mengingkari pekerjaan Syara’ tanpa menzahirkan amal berupa anggota. Maka itulah dinamakan Zindiq batin

Ketujuh: Mereka itulah yang dinamakan Ahli Sunnah Wa al-Jama’ah yang mengucap Syahadat, yang arif tentang Allah. Namun, mereka tetap melaksanakan Syariat yang Zahir dan batin. Bahkan pada Syariat yang zahir mereka menampakkan nyatakan amal dengan anggota zahir seperti amar bil-ma’ruf (suruhan dengan mengerjakan perkara kebaikan dan nahi anil munkar (dirantai / tegahan daripada perkara yang dilarang)

Adapun Syariat yang batin itu ialah haal keadaan di antara diri mereka dengan Tuhan mereka sehingga mereka suci bersih daripada segala perkara yang mengotorkan hati mereka di mana keadaannya seperti kanak-kanak yang sentiasa tetap bersama dengan nafi dan itsbat.

Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat: 18

“Allah Taala sendiri naik saksi (menyatakan menerangkan) kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil dan bukti bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benar melainkan Dia Saja.”

Mereka itulah akhir kesudahan Syahadat.

Tiada ulasan: