Catatan Popular

Rabu, 24 Mac 2021

KITAB NAJMUL HUDA Fasal 6 Hubungan Dunia Dan Akhirat

Syeikh Muhammad Yusuf bin Abdul Karim Hindi

Daripada kata ini sudah jelas kepada kamu bahawa apa jua yang ada di dunia ini adalah sesuatu yang disediakan untuk akhirat, dan begitu juga apa yang ada di akhirat adalah sebahagian daripada perkara/ sesuatu yang disediakan di dalam dunia ini. Oleh itu, jadilah dunia ini sebagai bandingan bagi akhirat.

Sebab itu apabila ada sesuatu di dunia ini, maka ia akan menjadi teladan untuk mencapai perkara yang ada akhirat. Tetapi jika dia gagal memperoleh teladan di dunia ini, maka sudah tentu tidak sekali-kali dia akan mendapat sesuatu di akhirat nanti. Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Isra ‘ayat: 72

“Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan buta (mata hati nya, maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya (sesat yang amat jauh di sisi Allah SWT)”

Berkata Saiyyidina Ali ra:

“Sesiapa yang melihat kepada sesuatu maka dia tidak nampak Allah di dalamnya, maka iaitu batil (penglihatan). “

Ini kerana dia telah diliputi (ditutupi) oleh sesuatu. Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Nisa ‘ayat: 126

“Allah jua Maha Meliputi (pengetahuan dan kekuasaan-Nya) dengan setiap sesuatu.”

Ketahuilah ! Sesungguhnya apa jua perkataan yang tersebut di dalam al-Quran dan hadith adalah sesuatu yang sudah disediakan oleh Tuhan (Allah Taala sendiri) sejak sebelum sesuatu dijadikan. Tetapi apabila insan dijadikan, maka tampak nyatalah kesemuanya itu atas kehendak Dia sendiri. Seandainya mereka dapat menyiasat, memantau dan menyelidiki daripada hadith, dalil zahir dan batin pada zaman sekarang ini, maka dinamakannya “Alim” daripadanya terbit “Ilmu” sehingga mereka menjadi “Alam” Kemudian daripadanya berkembang menjadi “ulama'” sehinggn terjadinya perolehan bahagian kedua-dua negeri (dunia dan akhirat).

Sebaliknya, jika tidak ada penyiasatan, pemantauan dan penyelidikan daripada hadith, dalil di luar dan dalam, zahir dan batin, hanya mengikut perkhabaran saja tanpa tahkik setiap sesuatu, maka akan rugilah dia dunia dan akhirat. Cuma pandai di dalam dunia ini saja, sedang di akhirat tiada gunanya. Wallahu A’lam.

Wahai orang yang mencapai kemenangan di akhirat ! Renungilah Demi Allah dan Rasul ! Tidak sekali- kali kami berdusta apa yang diberitahu oleh Guru (Syeikh /Mursyid) kami tentang maksud :

“Dunia itu tempat cucuk tanam (ladang akhirat)”

Sesungguhnya perbezaan di antara dunia dan akhirat satu jua, iaitu di akhirat dapat melihat Tuhan. Maka inilah suatu perkara yang tidak ada di dalam perkhabaran dunia ini. Selain ini, kesemuanya yang diberitahu oleh Ulama ‘, iaitu kesemuanya ada di dunia ini, seperti “Laisa kamitslihi Syaiun” (tiada sesuatu yang seumpama Nya), “Kuntukanzan Makhfiyyan” (Aku adalah perbendaharaan/ aset/ harta yang tersembunyi) dan lain- lain, iaitu muktamad di dunia ini saja.

Seandainya kamu tiada mengetahui (jahil) tentang hakikat kesemuanya di dunia ini seperti fardu ‘ain, dan lain-lain sehingga melarat sampai ke akhirat pun kamu juga tiada akan mendapat sesuatu

Oleh itu, ketahuilah ! Menuntut ilmu itu adalah ilmu yang dapat memberi manfaat, sedang yang lain lain selainnya itu hanya menjadi kepandaian (dianggap pandai/ cendekiawan) di dunia ini saja. Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Isra ‘ayat: 72

“Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mati hatinya /mata Bashirahnya), maka dia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya.”

Tiada ulasan: