Catatan Popular

Rabu, 24 Mac 2021

KITAB NAJMUL HUDA Fasal 5 Nafi Dan Itsbat

Syeikh Muhammad Yusuf bin Abdul Karim Hindi

Ketahuilah bahawa Syahadat yang pertama itulah yang mengadakan nafi dan itsbat. Sesiapa yang memperoleh pengetahuan tentang nafi da itsbat, tentu dia akan diberi petunjuk oleh Tuhan dalam keadaan sentiasa dengan memperoleh hidayah. Sebagaimana firman Allah Taala Ibrahim ayat: 4

“Dan Dia sendiri memberi petunjuk (hidayah) kepada sesiapa yang Dia sendiri kehendaki.”

Wahai Penuntut Ketahuilah bahawa yang dinafikan itu ialah baharu alam sehingga akhir kesudahan baharu alam itu tidak kelihatan lagi, yang tinggal hanyalah Tuhan (Allah Taala) saja. Tegasnya, apabila kita menafikan sesuatu, maka itsbat itu pun dia juga. Sebagaimana kata berikut:

“Maka apabila kita menafikan alam, maka yang diitsbatkan itu pun alam jua. Dan apabila kita menafikan al-Haq, maka yang di isbat han itu pun al-Haq juga”

Daripada kata ini jelas menunjukkan bahawa apabila kamu menafikan baharu alam, dalam masa yang sama kamu berkehendak kepada yang mengada kan, iaitu Tuhan. Ketika itu juga kamu akan menjadi suatu alam yang tetap bagi Tuhan. Dalam ertikata alam itu sendiri yang menunjukkan alamat / tanda kepada yang mengadakan, iaitu Tuhan (Allah Taala).

Itulah yang menjadi dalil mengadakan madlul :

“Maka kamu ambillah pengajaran ibarat (daripada peristiwa itu) wahai orang yang mempunyai berakal fikiran (serta celik mata hatinya)”.

Ketahuilah ! Nafi al-Haq itu bererti al-Haq bagi Allah Taala seperti segala sesuatu yang berjenis, berupa, berwarna dan juga berubah-ubah seperti jirim, jisim, aradh dan jauhar kesemuanya itu al-Haq jua. Jika kita menafikan kesemuanya itu, maka yang tinggal itupun al-Haq juga, iaitu bukanlah Dia itu jenis, warna, berubah-ubah, jisim (tubuh), aradh (mata benda), jauhar (benda) dan jirim. Ini kerana al-Haq SWT itu:

“Tiada sesuatu pun yang menyerupai-Nya (dari segi Zat, sifat-sifat dan pentadbiran-Nya di dalam dunia dan akhirat)”surah Al- Syura ayat: 11

Jadi, bagi Allah Taala itu satu al-Haq yang sebenar-benarnya, sedang yang benar itupun satu juga, bukannya tiga, ratus, ribu dan yang seumpamanya. Tetapi Dia adalah al-Haq yang satu di dalam yang banyak jua, dan yang banyak itupun Dia juga di dalam al-Haq satu yang benar itu jua. Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Yunus ayat: 32

“Maka demikian itu (sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu al-Haq (yang sebenar-benarnya). Maka, tidak ada sesudah al-Haq (kebenaran) itu melainkan kesesatan. “

Jadi, selain daripada al-Haq yang sebenar benarnya itu kesemuanya menjadi sia-sia sahaja.

Apa yang dikehendaki dengan maksud yang dinafikan itupun al-Haq juga dan yang diitsbatkan pun al- Haq itu juga. Jadi, yang dinafikan al-haq itu ialah sebenar-benar Al-Haq Tuhan. Sebab itu yang sebenar-benar al-haq itu mudah saja meruntuhkan perkara yang batil (palsu) bagi al-Haq Tuhan.

Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al Isra’ayat: 81

“Katakanlah olehmu:” Telah datang kebenaran (al-Haq) yang sebenar-benarnya dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik). Sesungguhnya yang batil mesti lenyap (daripada perkara yang sia-sia)”.

Jadi, al-Haq Tuhan itu di antara sah (benar) dan batil (palsu). Namun al-Haq yang sebenar-benarnya itu adalah yang tetap tsabit di dalam dunia ini saja dan tsabit dengan dalil al-Quran dalam surah Yunus ayat: 108

“Wahai sekalian manusia ! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Haq (al-Quran) daripada Tuhanmu “.

Tetapi kebanyakan orang yang jahil lagi bodoh /bahalul /tolol itu berkata: Laitsa kamitlihi (tiada yang seumpama-Nya) hanya di dalam akhirat saja bukannya di dalam dunia ini adalah dusta /bohong belaka. Sedangkan Ulama ‘ada berkata:

“Dunia itu ladang (tanam-tanaman) bagi akhirat”

Tiada ulasan: