Catatan Popular

Isnin, 29 November 2021

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KEDUAPUUH DUA : PADA MENYATAKAN [TENTANG UNTUNGNYA] SYUKUR

OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahui[lah] oleh mu bahawasanya syukur itu memalingkan oleh hamba akan segala barang yang memberi nikmat Allah Taala dengan dia atasnya daripada pendengar dan penglihat dan kaki dan tangan dan lainnya kepada barangyang dijadikan dia kerananya.

 

Seperti memalingkan ia akan pendengarnya kepada mendengar [Al] Quran [Al] Hadith dan ilmu yang memberi manfaat.

 

Dan seperti memalingkan ia akan kakinya kepada berjalan ke masjid dan kepada mengerjakan haji.

 

Dan seperti memalingkan ia akan tangannya kepada memerangi kafir kerana meninggikan agama Islam.

 

Dan bahawasanya syukur itu setinggi-tinggi pangkat.

 

Lebih tinggi ia daripada sabar dan zuhud dan khauf dan lainnya.

 

Kerana syukur itu dimaksud akan dia pada dirinya.

 

Bersalahan sabar dimaksud daripadanya akan mengerasi hawa nafsu.

 

Dan bersalahan khuaf maka iaitu dimaksud daripadanya akan menghalau akan yang takut itu kepada segala pangkat yang dimaksud.

 

Dan bersalahan zuhud maka iaitu dimaksud daripadanya akan lari daripada dunia yang melalaikan daripada Allah Taala kepada yang maksud.

 

Maka kerana syukur itu dimaksud pada dirinya tiada putus ia di dalam syurga dan tiada ada di dalam syurga itu khauf dan zuhud dan sabar.

 

Dan kerana berkelalan syukur itu di dalam syurga.

 

Berfirman Allah Taala,

ertinya, “dan kesudahan doa bagi ahli syurga itu bahawasanya, segala puji tertentu bagi Allah yang menjadikan sekelian alam”.

[Surah Yunus Ayat 10]

 

Kerana berfirman Allah Taala,

ertinya, “dan sedikit daripada sekelian hamba ku yang banyak bersyukur”.

[Surah Saba Ayat 13]

 

Dan adalah syukur itu sebab bagi menambah Allah Taala akan nikmatnya bagi mereka yang syukur.

 

Kerana firman Nya,

ertinya, “demi Allah jika syukur kamu akan nikmat Ku nescaya menambah Aku akan kamu daripadanya”.

[Surah Ibrahim Ayat 7]

 

Dan lagi syukur itu menegah dan menolak akan seksa.

 

Kerana firman Allah Taala,

ertinya, “tiada memperbuat Allah Taala akan seksa kamu jika syukur kamu akan segala nikmat Nya dan beriman kamu”.

[Surah An Nisa Ayat 147]

 

Dan ada bagi syukur itu pahala yang besar.

 

Kerana firman Allah Taala,

ertinya, “dan selagi membalas Allah Taala akan sekelian yang syukur akan nikmat Nya”.

[Surah Ali Imran Ayat 144]

 

Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,

الطَّاعِمُ الشَّاكِرُ بِمَنْزِلَةِ الصَّائِمِ الصَّابِرِ.

ertinya, “orang yang makan [lagi bersifat] yang [ber]syukur adalah ia menepati dan menyerupai orang yang [ber]puasa [lagi bersifat] yang sabar”.

 

Ertinya bersamaan keduanya pada pahala yang banyak.

 

Dan adalah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam menangis di dalam sembahyang tahajjudnya.

 

Maka bersembah Siti Aisyah radhiyallahu anha, “dan apa[kah] sebab engkau menangis? Dan sesungguhnya telah mengampuni Allah Taala bagi engkau akan barang yang terdahulu daripada dosa engkau dan barang yang terkemudian? Maka bersabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam, maka adakah tiada aku hamba yang banyak bersyukur?

 

Menceritakan dia oleh Ibnu Hibban di dalam sohehnya.

 

Dan ketahui oleh mu bahawasanya syukur itu berhimpun ia daripada tiga perkara,

 

1. Pertama, ilmu.

 

2. Kedua kelakukan.

 

3. Ketiga, pekerjaan.

 

Adapun ilmu maka bahawa mengetahui engkau akan bahawasanya segala nikmat itu daripada Allah Taala.

 

Tiada ada ia daripada yang lain daripadanya.

Dan jika melihat engkau akan nikmat itu datang daripada makhluk maka iaitu sebab jua.

 

Menzahirkan oleh Allah Taala akan dia daripadanya [tetapi] hakikatnya [yang sebenar bahawa] tiada nikmat itu melainkan daripada Allah Taala.

 

Demikianlah engkau hadirkan di dalam hati engkau pada tiap-tiap mendapat engkau akan nikmat.

 

Telah berfirman Allah Taala,

ertinya, “dan barang yang ada pada kamu daripada segala nikmat maka datang daripada Allah Taala”.

[Surah An Nahl Ayat 53]

 

Ertinya, semua nikmat itu pemberian daripada Allah Taala bagi kamu.

 

Dan adapun kelakuan maka engkau sukacita dengan tuhan yang memberi nikmat serta engkau membesarkan dia dan menghinakan diri engkau.

 

Dan adapun pekerjaan maka iaitu bahawa engkau pakai segala nikmat itu pada yang disuruh Allah Taala tiada pada yang dilarang Nya.

 

Seperti engkau pakai mata engkau pada melihat akan [Al] Quran dan kitab [Al] Hadith dan kitab ilmu yang memberi manfaat.

 

Dan jangan engkau pakai akan dia pada melihat yang haram seperti perempuan ajnabiyyah ertinya perempuan yang bukan mahram engkau dan bukan isteri engkau dan bukan sahaya engkau.

 

Dan seperti engkau belanjakan harta engkau pada nafkah anak bini engkau.

 

Dan pada menuntut ilmu dan menunaikan haji.

 

Tiada pada maksiat seperti judi dan loteri dan ekornya dan minum arak.

 

Dan ketahui oleh mu bahawasanya tiada sempurna syukur itu melainkan syukur mereka yang meluaskan Allah Taala akan ada Nya.

 

Maka melhat ia pada tiap-tiap sesuatu itu akan hikmat dan rahsia dan yang kasih Allah Taala padanya maka mengerjakan ia akan dia.

 

Dan bermula mereka yang tiada melihat ia akan dia maka hendaklah melazimkan ia akan mengikut sunnah Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam.

 

Kerana di dalamnya beberapa hikmah dan rahsia sekalipun tiada mengetahui kita akan dia.

 

Dan bahawasanya mereka yang mengerjakan maksiat itu telah kufur ia akan beberapa banyak daripada nikmat Allah Taala sekalipun maksiat itu dosa kecil.

 

Seperti orang yang melihat kepada perempuan ajnabiyyah maka telah kufur ia akan nikmat mata.

 

Dan telah kufur ia akan nikmat cahaya matahari.

 

Dan telah kufur ia akan segala nikmat yang tiada sempurna melihat melainkan dengan dia.

 

Seperti matanya dan matahari dan langit kerana tiada sempurna melihat melainkan dengan mata dan tiada tiada sempurna matahari dan cahayanya melainkan dengan langit maka kufur ia dengan beberapa nikmat Allah Taala di bumi dan di langit.

 

Dan kias[kan lah] oleh mu atas ini akan segala maksiat yang lain kerana tiada dapat mengerjakan satu maksiat melainkan dengan beberapa sebab dan beberapa nikmat yang melazimkan oleh ada semuanya akan menjadikan langit dan bumi.

 

Dan bahawasanya tiada sempurna syukur melainkan daripada mereka menunaikan ia akan dia dengan ikhlas kerana Allah Taala ketunggalan Nya tiada kerana sesuatu yang lain daripadanya.

 

Maka kerana yang demikian hendaklah menyebut hamba akan ikhlas.

 

Tiada ulasan: