Catatan Popular

Isnin, 29 November 2021

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KEDUAPULUH ENAM : PADA MENYATAKAN [TENTANG UNTUNGNYA] REDHA DENGAN QADHA [QADAR] ALLAH TAALA

OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya [sifat] redha dengan qadha [qadar] Allah Taala itu maknanya [ialah] suka hati [engkau] akan segala yang dikehendaki [oleh] Allah Taala [akan dikau] dan [dengan] ketiadaan “إعتراض” (menyangkal [dan melawan]) akan segala yang diperlakukan [oleh] Allah Taala [ke] atas hamba[-hamba] NYA.

 

Dan bukan[nya] makna redha dengan qadha [qadar] itu bahawa [engkau] tiada berasa sakit pada ketika kena bala [ke atas engkau bahkan jika engkau merasa sakit ketika tertimpa bala maka itu adalah fitrah manusia dan masih lagi dikira engkau redha kepada qadha qadar Allah].

 

Dan bukan[nya] makna redha dengan qadha [qadar] itu [bahawa engkau] meninggalkan [sifat tawadhu untuk] mendoa [kepada Allah Taala] dan berubat [untuk menyembuhkan penyakit engkau bahkan berdoa dan berubat itu sendiri termasuk di dalam redha kepada qadha dan qadar].

 

Dan bukan maknanya [engkau redha dengan qadha qadar itu bahawa engkau] membiarkan [sahaja] mudharat datang kepada diri engkau serta [dalam masa yang sama ber]kuasa engkau [pada] menolaknya [daripada tertimpa ke atas diri engkau bahkan menolak mudharat daripada tertimpa ke atas diri engkau adalah termasuk di dalam redha engkau kepada qadha dan qadar].

 

Bahkan menyuruh Allah Taala akan dikau dengan mendoa [kepada NYA].

 

[Sebagaimana firman Allah dalam Surah Ghafir Ayat 60 :

yang bermaksud, “dan berkatalah tuhan kamu, berdoalah kepada AKU nescaya akan AKU perkenankan doa kamu, sesungguhnya mereka yang sombong takbur daripada berdoa kepada KU nescaya AKU akan masukkannya kepada nereaka jahannam dalam keadaan hina dina”.]

 

[Dan sebagaimana firman Allah dalam Surah Al A’raf Ayat 180 :

yang bermaksud, “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik-baik lagi yang mulia-mulia, maka serulah dan berdoalah kepada NYA dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya, mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan”.]

 

Maka setengah daripada [makna] perhimpunan[nya sifat] redha dengan qadha [dan qadar menjadi satu dan sebati dalam diri kamu] itu bahawa [engkau] menuntut [dan engkau mencari akan sesuatu hingga] sampai engkau kepada yang dikasih[i oleh] NYA dengan mengerjakan segala sebab[ musabab]nya.

 

Bahkan [jika engkau] meninggalkan segala sebab [musabab] itu [sebenarnya engkau telah] menyalahi [dan mengingkari] akan [perkara] yang diredhai [oleh] Allah Taala [dan yang dikasihinya].

 

Maka tiada [dikira] daripada redha [engkau] dengan qadha [qadar] Allah [Taala itu sekiranya berlaku] bagi mereka yang dahaga [akan air tetapi dalam masa yang sama] bahawa tiada menghulurkan ia akan tangannya kepada air [yang] dingin [untuk dia meminumnya].

 

Bahkan setengah daripada [makna] redha [engkau] dengan qadha [qadar] Allah Taala [itu] bahawa dihilangkan dahaga [engkau itu] dengan [mengambil] air [itu dengan tangan engkau dan meminumnya].

 

Dan tiada ada [dikira] pada [makna] redha [engkau] dengan qadha [qadar] itu [jika sekiranya engkau] keluar daripada perintah syarak [ke atas engkau].

 

Bahkan maknanya [ialah] seperti yang telah lalu [keterangannya bahawa] ketiadaan menyangkal [engkau] atas [segala] perbuatan Allah Taala [ke atas engkau] pada zahir[nya] dan pada hati[nya].

 

Serta bersungguh-sungguh [engkau] pada menuntut [dan mencari berbagai usaha untuk] sampai kepada segala yang [di]kasih[i] akan dia oleh Allah Taala.

 

Dan yang demikian itu [hanya akan tercapai] dengan [engkau] mengerjakan [apa] yang disuruh [oleh Allah Taala] dan [engkau] menjauhkan [diri engkau daripada apa] yang dilarang [oleh Allah Taala].

 

Dan ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya [makna] redha dengan qadha [qadar] Allah [Taala] itu [ialah suatu] kelakuan yang [sangat] dipuji lagi yang diwajibkan [ia ke] atas sekelian mukallaf.

 

[Dengan itu] telah berfirman [lah] Allah Taala,

ertinya, “telah redha Allah Taala daripada sekelian [orang] yang beriman yang [telah] mengerjakan [mereka itu akan] amal yang baik dan redha mereka itu daripadanya”.

[Surah Al Maidah Ayat 119]

 

Hadith ???. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,

مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ رِضَاهُ بِمَا قَضَى اللهُ وَمِنْ شَقَاوَةِ ابْنِ آدَمَ سَخْطُهُ بِمَا قَضَى اللهُ لَهُ.

ertinya, “setengah daripada tuah[nya] manusia [ialah] redhanya dengan barang yang mengkehendaki akan dia oleh Allah Taala dan setengah daripada celaka[nya] manusia [ialah] murkanya dengan barang yang mengkehendaki akan dia oleh Allah Taala baginya”.

 

Dan bahawasanya redha itu [adalah] kesudahan tuntutan ahli syurga [kepada Allah Taala].

 

[Telah] berfirman Allah Taala bagi mereka itu,

مَاذَا تُرِيْدُوْنَ؟ فَيَقُوْلُوْنَ، رِضَاكَ.

ertinya, “akan apa[kah lagi yang] mengkehendaki [oleh] kamu [wa]hai sekelian ahli syurga? Maka bersembah[lah] mereka itu [kepada Allah Taala], [yang kami semua mahukan ialah] redha ENGKAU [ya Allah]”.

 

Maka jika engkau bertanya, “betapa[kah caranya untuk] aku himpun[kan] antara redha[nya aku] dengan qadha [qadar] Allah dan benci[nya aku] akan kufur dan maksiat? Dan [mengikut [pandangan zahir ku bahawasanya] keduanya itu [adalah] dengan qadha [qadar] Allah Taala jua?”.

 

Nescaya aku [men]jawab, “bahawasanya kufur dan maksiat itu ada baginya dua pihak,

 

1. Pihak pertama, bahawasanya keduanya dengan qadha Allah dan kehendak Nya.

 

Maka daripada ini pihak [adalah] wajib kita redha dengan keduanya kerana hakikatnya kita redha dengan qadha [qadar] Allah [yang menjadikan kufur dan maksiat itu dan] bukan[nya kita] redha dengan kufur dan maksiat itu.

 

2. Dan pihak yang kedua, bahawasanya keduanya dengan usaha dan ikhtiar orang yang berbuat maksiat”.

 

Maka daripada ini pihak [adalah] wajib kita [mem]benci daripada [berlaku] keduanya [ke atas sesiapa].

 

Dan [adalah] wajib kita [me]larang daripada [berlaku] keduanya [samalah] seperti wajib[nya] kita menyuruh [seseorang] dengan [melakukan] kebajikan.

 

Kerana bahawasanya [perasaan] redha[nya engkau kepada qadha qadar Allah yang menjadikan kufur dan maksiat] dan benci[nya engkau pada berlakunya kufur dan maksiat daripada seseorang]  itu [sebenarnya] tiada berlawanan [antara] keduanya apabila ada[lah] keduanya [itu berada] pada dua pihak yang berlainan [yang mana satu pihak datangnya daripada Allah dan satu pihak lagi datangnya daripada kelakuan manusia].

 

Dan kerana bahawasanya barangsiapa [yang] menyangka akan bahawa [seseorang yang] meninggalkan [tugas] menyuruh dengan kebajikan dan menegah daripada kejahatan [itu ter]masuk keduanya di dalam [perasaan] redha dengan qadha [qadar] Allah maka adalah ia [dikira se]orang yang jahat [kepercayaannya dan buruk pengakuannya] kerana setengah daripada [beriman kepada] qadha [dan qadar] Allah Taala itu [ialah] wajib[nya dia] menyuruh dengan kebajikan dan wajib[nya dia] melarang daripada [ke]mungkar[an].

 

Dan jika engkau bertanya, “betapa [kurangnya ilmu ku maka bagaimanakah caranya] aku [mahu] redha dengan bala? Dan adalah bala itu [suatu] pekerjaan yang dibenci [oleh sesiapa sekalipun]”.

 

Nescaya aku [men]jawab[nya] dengan bahawasanya “benci [engkau] akan bala [bencana] itu [adalah] dengan tabiat [semulajadi manusia yang memang bencikan bala] dan redha [engkau] dengan bala itu [adalah] dengan akal [fikiran engkau yang waras].

 

Dan dengan sebab [engkau] mengetahui akan besar[nya] pahala [orang yang redha akan] bala itu seperti redha[nya] orang yang sakit dengan minum ubat yang pahit kerana mengetahui ia akan bahawasanya ubat yang pahit itu sebab bagi sembuh penyakitnya hingga sukacita ia dengan itu ubat.

 

Bahkan terkadang membeli ia akan dia dengan harga yang mahal dan mengupah ia akan doktor yang menikam dengan jarum”.

 

Dan setengah daripada sebab bagi redha dengan qadha itu bahawa engkau iktikadkan bahawasanya ada bagi Allah hikmah pada segala pekerjaan yang mengkehendaki Ia akan dia sekalipun terkadang tiada mengetahui kita akan demikian itu hikmah.

 

Dan bahawasanya kebajikan adalah ia pada barang yang Allah Tala qadha itu.

 

Dan bermula iktikad yang tersbut mengeluarkan ia daripada hati engkau akan menyangkal dengan (kerana apa? dan betapa?) seperti tiada menyangkal oleh Nabi Musa alaihis salam akan pekerjaan Nabi Khaidhir alaihis salam tatkala mengetahui ia akan hikmah menebuk Nabi Khaidhir alaihis salam akan perahu orang-orang miskin dan membunuh ia akan kanak-kanak dan mendirikan ia akan jidar yang hendak runtuh.

 

Diceritakan bahawa seorang nabi adalah [dia sedang] mengerjakan ibadah di atas bukit dan ada mata air hampir daripada[ tempat kedudukan]nya.

 

Maka lalu seorang yang menunggang kuda [dekat] dengan mata air itu maka minum ia dan lupa ia akan kendinya yang ada di dalamnya seribu wang emas.

 

Kemudian datang orang yang lain maka mengambil ia akan kendi itu.

 

Kemudian datang seorang miskin yang memikul kayu api maka minum ia dan berbaring ia kerana mengambil kesenangan.

 

Maka kembali orang yang menunggang kuda itu maka tiada melihat ia akan kendinya maka menangkap ia akan orang miskin itu maka menuntut ia daripadanya akan kendinya dan menyeksa ia akan dia maka tiada mendapat ia akan dia pada sisinya maka membunuh ia akan dia.

 

Maka bersembah oleh nabi itu, “hai tuhanku apa ini? yang mengambil kendi itu orang zalim yang lain dan engkau keraskan akan ini yang zalim atas orang miskin ini hingga membunuh ia akan dia,”.

 

Maka berfirman Allah Taala bagi nabi itu, “berbimbang oleh mu dengan ibadah engkau maka bukan pekerjaan engkau emengetahui rahsia kerajaan Allah Taala”.

 

Bahawasanya orang miskin ini adalah ia dahulu membunuh akan bapa yang menunggang kuda ini maka aku biarkan dia membalasnya dan bahawasanya bapa bagi yang menunggang kuda itu adalah ia dahulunya mengambil seribu wang emas daripada harta yang mengambil kendi itu maka aku pulangkan akan dia kepadanya daripada harta pusakanya”.

 

Dan ketahui oleh mu bahawasanya yang dituntut daripada hamba itu ibadah yang menghampirkan diri kepada Allah Taala.


Dan tatkala adalah mengingatkan akan mati itu sebesar-besar [se]suatu yang memberi manfaat pada ibadah maka menyebut hamba akan dia di sini maka hamba berkata.

Tiada ulasan: