Catatan Popular

Isnin, 29 November 2021

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KEDUAPULUH EMPAT : PADA MENYATAKAN [TENTANG UNTUNGNYA] TAWAKKAL

OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahui[lah] oleh mu bahawasanya tawakkal itu percaya dengan Allah Taala dan yakin bahawasanya qadha Nya lulus ia.

 

Dan mengikut akan sunnah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dan berusaha pada barang yang tak dapat tiada daripadanya daripada makanan dan minuman dn pakaian dn memelihara diri daripada seteru seperti memperbuat akan dia oleh sekelian nabi alaihimus solatu wasallam.

 

Berkata Al Qadhi ‘Iyad, “ini mashab ialah pilihan At Tobari dan kebanyakan al fuqaha”. Intaha.

 

Dan bahawasanya tawakkal itu satu kelakuan yang dipuji yang sebab bagi kasih Allah Taala akan orang yang bersifat dengan dia.

 

Kerana firman Allah Taala,

ertinya, “bahawasanya Allah Taala kasih Ia akan sekelian yang tawakkal”.

[Surah Ali Imran Ayat 153]

 

Dan lagi tawakkal itu kela kuan yang disuruh.

 

Terkadang wajib dan terkadang sunat.

 

Kerana firman Allah Taala,

ertinya, “dan atas Allah Taala jua maka tawakkal oleh kamu jika ada kamu beriman”.

[Surah Al Maidah Ayat 23]

 

Dan firman Nya,

ertinya, “dan atas Allah Taala jua maka hendaklah tawakkal sekelian yang tawakkal (tiada atas yang lain daripadanya”.

[Surah Ibrahim Ayat 12]

 

Dan memadakan akan Allah Taala akan orang yang tawakkal.

 

Kerana firman Nya,

ertinya, “dan barangsiapa menyerahkan akan segala pekerjaannya kepada Allah Taala maka Allah Taala memadakan akan dia”.

[Surah At Talak Ayat 3]

 

Ertinya, menolak Ia daripadanya akan barang yang menyusahkan akan dia.

 

Dan firman Nya,

ertinya, “adakah tiada Allah Taala memadakan akan hamba Nya?”.

[Surah Az Zumar Ayat 36]

 

Bahkan menolak Ia daripada hamba Nya akan kejahatan.

 

 

RUKUN TAWAKKAL

 

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya segala rukun bagi tawakkal itu tiga,

 

1. Pertama, tauhid.

 

2. Dan kedua, kelakuan.

 

3. Dan ketiga, pekerjaan.

 

Adapun [rukun yang pertama iaitu] tauhid maka seperti bahawa engkau iktikadkan dengan iktikad yang putus bahawa tiada yang memperbuat melainkan Allah Taala.

 

Ketunggalan Nya tiada yang menyengutui baginya.

 

Bagi Nya kerajaan dan puji dan Ia sangat kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 

Dan ini tauhid asal bagi tawakkal.

 

Kerana hanyasanya tawakkal atas Allah Taala mereka yang tiada iktikadkan ia akan ada yang memperbuat yang lain daripada Allah Taala.

 

Adapun rukun yang kedua iaitu kelakuan hati.

 

Maka percaya hati engkau dengan Allah Taala dan diam ia dengan menyerahkan segala pekerjaan kepada Nya dan tiada berpaling ia kepada yang lain daripada Allah Taala sama sekali.

 

Bermula misalnya mereka yang berwakil pada menjawab dakwa di hadapan qadhi akan lawyer (pokrol) yang sangat kasih ia akan dia lagi yang sangat pintar pada undang-undang.

 

Maka bahawasanya yang berwakil itu diam ia di rumahnya dan senang hatinya tiada berfikir ia pada pekerjaan dakwa itu.

 

Dan tiada minta tolong ia akan orang yang lain daripada lawyer yang tersebut kerana mengetahui ia akan bahawsanya lawyernya itu menolak daripadanya akan tohmah dan menunaikan segala tujuannya.

 

Dan tiada dapat melawan akan dia orang yang lain.

 

Maka demikian juga jika engkau mengenal akan Allah Taala dan mengetahui akan bahawasanya Allah Taala itu sangat kasih sayang akan hamba Nya lagi sangat kuasa lagi sangat kaya lagi yang menjamin Ia akan rezeki engkau.

 

Maka tak dapat tiada bahawa berserah engkau akan Allah Taala pada pekerjaan rezeki engkau dan lainnya dan tiada memandang engkau akan yang lain daripada Nya.

 

Kerana yang lain daripada Nya itu lemah dan berhaja seperti engkau juga tiada kuasa ia memberi rezeki akan dikau.

 

Maka jika tiada engkau tawakkal atas Allah Taala dan tiada putus penilikkan engkau daripada makhluknya maka yang demikian itu kerana dho’if yakin engkau disebabkan syak atau disebabkan tiada mengerasi yakin itu akan hati kerana hati engkau penakut.

 

 

KELAKUAN TAWAKKAL

 

Dan apabila mengetahui engkau akan bahawasanya tawakkal itu kelakukan hati iaitu percaya ia dengan Allah Taala dan tiada berpaling ia kepada yang lain Nya maka ketahui[lah] oleh mu bahawasanya ada padanya tiga kelakuan,

 

1. Yang pertama, barang yang telah hamba sebut.

 

Iaitu seperti percaya engkau akan wakil yang [intar kemudian daripada mengiktikadkan engkau akan kasih sayangnya akan dikau dan kuasanya menolong engkau.

 

2. Yang kedua, lebih kuat daripada yang pertama.

 

Iaitu menyerupai akan kelakuan budak pada percayanya dengan ibunnya.

 

Dan minta tolong ia akan dia pada segala yang mengenai akan dia seperti lapar dan dahaga kerana percaya ia akan kasih sayang ibunya akan dia.

 

Dan kelakuan yang kedua ini tiada dapat ia dengan usaha dan dengan berfikir bersalahan kelakuan yang pertama.

 

3. Yang ketiga, lebih tinggi daripada yang kedua.

 

Iaitu bahawa adalah yang tawakkal itu pada sisi Allah Taala seperti orang yang sudah mati di hadapan tukang memandikan mayat.

 

Atau seperti budak di hadapan ibunya mengetahui ia akan bahawasanya ibunya menuntut akan dia sekalipun tiada ia menangis.

 

Dan bahawasanya ibunya mendukung akan dia sekalipun tiada bergantung ia di tepi kainnya.

 

Dan bahawasanya ibunya menyusukan akan dia sekalipun tiada meminta ia akan dia.

 

Adapun rukun yang ketiga maka pekerjaan.

 

[Se]sungguhnya telah menyangka orang yang bodoh bahawasanya syarat tawakkal itu meninggalkan usaha.

 

Dan meninggalkan berubat dan menyerah diri bagi yang membinasakan.

 

Maka yang demikian itu salah.

 

Kerana yang demikian itu dilarang pada syarak.

 

Dan tawakkal itu disuruh oleh syarak.

 

Telah berfirman Allah Taala,

ertinya, “bagi seseorang itu balasan dan pahala barang yang berusaha ia akan dia daripada segala kebajikan dan atasnya dosa barang yang berusaha ia akan dia daripada kejahatan”.

[Surah Al Baqarah Ayat 286]

 

Dan firman Nya,

ertinya, “dan jangan mencampakkan oleh kamu akan diri kamu kepada kebinasaan”.

[Surah Al Baqarah Ayat 195]

 

Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,

تَدَاوَوْا عِبَادَ اللهِ فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلَّا وَضَعَ لَهُ دَوَاءٌ غَيْرَ دَاءٍ وَاحِدٍ الْهَرَمِ.

ertinya, “berubat oleh kamu [wa]hai sekelian hamba Allah kerana bahawasanya Allah Taala tiada menghantarkan Ia akan penyakit melainkan menghantar Ia baginya akan ubat melainkan satu penyakit iaitu tua”.

 

Dan bersembah seorang laki-laki bagi Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam, “adakah aku lepaskan akan unta aku dan aku tawakkal?

 

Bersabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,

اِعْقِلْهَا وَتَوَكَّلْ.

ertinya, “ikat oleh mu akan lutut unta engkau dengan tali dan engkau berserah atas Allah Taala”.

 

Kemudian daripada selesai membicarakan tawakkal mulai hamba membicarakan akan kasih kerana adalah tawakkal itu sebab bagi kasih Allah Taala akan orang yang bersifat dengan dia.

 

Kerana firman Nya,

[ertinya, “bahawasanya Allah Taala kasih Ia akan sekelian yang tawakkal”.]

[Surah Ali Imran Ayat 159]

Tiada ulasan: