Catatan Popular

Isnin, 29 November 2021

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KEDUAPULUH TUJUH : PADA MENYATAKAN [TENTANG UNTUNGNYA] INGAT AKAN MATI

OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya [jika engkau sentiasa] ingat akan [bilakah engkau akan] mati [maka ingatan] itu [adalah sesuatu] kelakuan yang [sangat] dipuji lagi yang [sangat] dituntut oleh syarak.

 

Dan adalah ia [menjadi] sebab bagi [engkau untuk] mem[per]banyakkan [lagi] ibadah [engkau kepada Allah Taala serta meningkatkan lagi kesempurnaannya] dan [juga menjadi] sebab bagi [engkau untuk] mensedikitkan [lagi ingatan engkau kepada] dunia dan [mengurangkan lagi bersibuk-sibuk engkau kepada] angan-angan.

 

Hadith ???. [Ini semuanya] kerana [berdalilkan kepada riwayat Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa telah ber]sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,

أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ فَإِنَّهُ لَا يَكُوْنُ فِيْ كَثِيْرٍ إِلَّا قَلَّلَهُ وَلَا فِيْ قَلِيْلٍ إِلَّا أَجْزَ لَهُ.

ertinya, “[per]banyakkan[lah] oleh kamu menyebut akan yang memutuskan segala kesedapan [hidup] (iaitu mati) kerana bahawasanya [memperbanyakkan menyebut tentang hal ehwal yang berkaitan dengan] mati itu tiada disebutkan akan dia pada ketika [engkau] banyak [ber]angan-angan dan [banyak mengingati] dunia [melebihi akhirat] melainkan [dapat] mensedikitkan ia akan dia dan tiada disebut[kan] akan dia pada ketika sedikit amal ibadah [engkau] melainkan [dapat] mem[per]banyakkan [lagi] ia akan dia”.

 

Hadith ???. Dan [dari riwayat Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa telah ber]sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,

أَكْثِرُوْا مِنْ ذِكْرِ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ الْمَوْتُ.

ertinya, “banyakkan[lah] oleh kamu akan menyebut yang [akan] memutuskan segala kesedapan [hidup dan dunia] iaitu mati”.

 

Hadith ???. [Dari riwayat Ibnu Umar radhiyallahu anhu bahawa] ditanya akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,

أَيُّ الْمُؤْمِنِيْنَ أَكْيَسُ؟ قَالَ، أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ إِسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ الْأَكْيَسُ.

ertinya, “yang mana [satukah daripada] sekelian orang[-orang] yang beriman yang lebih [banyak ke]pintar[annya]? Bersabda ia [sollalahu alaihi wasallam], iaitu [orang beriman] yang lebih banyak mereka itu menyebut [akan hal ehwal yang berkaitan dengan] mati, dan yang lebih elok [daripada sekelian] mereka itu [ialah mereka yang] bersedia bagi barang yang kemudian[ daripada]nya, [maka ketahuilah bahawa] mereka itu jua[lah] sekelian[nya] yang [paling banyak ke]pintar[annya] [dan] ([ke]cerdik[kannya])”.

 

Hadith ???. Dan [dari riwayat Syaddad Ibnu Aus radhiyallahu anhu bahawa telah ber]sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعِمَل لِمَا بَعْدَ الْمَوْتُ.

ertinya, “bermula mereka yang berakal [itu ialah] mereka yang menghisab ia akan dirinya [dengan sentiasa berfikir berapa banyak kebaikan kah yang mesti dia tingkatkan dan berapa banyak kejahatan kah yang mesti dia hindarkan] dan beramal ia kerana [ingin mengumpulkan apa sahaja] barang yang [berguna untuk suatu kehidupan] kemudian daripada mati”.

 

Hadith ???. Dan [dari ‘Ammar Ibnu Yasir radhiyallahu anhu bahawa telah ber]sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,

كَفَى بِالْمَوْتِ وَاعِظًا.

ertinya, “memada[ilah] dengan mati itu [sebagai sesuatu yang] memberi pengajaran [kepada tuannya]”.

 

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya mati itu [adalah suatu] haru hara yang sangat besar [keadaannya].

 

Dan ada pada menyebutnya [sentiasa menjadi] manfaat yang maha besar [kepada tuannya].

 

Kerana bahawasanya [sentiasa mengingati mati itu dapat] meliarkan ia daripada dunia [serta dapat menjauhkan dirinya daripadanya] dan [dapat] merindukan ia kepada akhirat [dan kehidupan abadi di dalam syurga nanti].

 

Dan bermula sebab bagi lalai daripada [sentiasa mengingati] mati itu [ialah jika sekiranya] panjang angan-angan[nya dengan merasakan tiada mengapa kalau tidak beribadah dan mengekali maksiat kerana umur masih muda]  dan [lagi] sebabnya kasih [ia] akan dunia dan jahil [ia akan agama].

 

Hadith ???. [Berpandukan perkara ini maka telah ber]sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bagi Abdullah Ibnu Umar radhiyallahu anhuma,

كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنْكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرِ سَبِيْلٍ.

ertinya, “jadi[kanlah] oleh mu [akan diri mu] di dalam dunia [ini] seolah-olah[nya seperti] engkau orang dagang [yang tidak menetap di situ bahkan ingin kembali ke tempat asal mu] atau [hanya] lalu [sahaja] di jalan [itu untuk pergi ke tempat lain]”.

 

Hadith ???. Dan berkata Ibnu Umar radhiyallahu anhuma, “apabila engkau masuk pada waktu petang maka jangan[lah] engkau [me]nanti akan [bertemu dengan] pagi [kerana kemungkinan sebelum pagi ajal sudah datang menjemput mu] dan apabila engkau masuk pada waktu pagi maka jangan[lah] engkau [me]nanti akan [bertemu dengan] petang [kerana kemungkinan sebelum petang ajal datang menjemput mu] dan ambil[lah] oleh mu daripada masa sihat engkau bagi [kegunaan ketika] sakit engkau [kerana ketika sakit engkau tiada masa lagi untuk memikirkan perkara lain] dan daripada masa hidup engkau bagi [kegunaan ketika] mati engkau [kerana ketika mati engkau tiada masa lagi untuk memikirkan perkara lain]”.

 

Menceritakan dia oleh Al Bukhari.

 

Hadith ???. Dan bahawasanya setengah daripada yang [dapat] menolong [engkau] atas [sentiasa] mengingatkan [akan] mati itu [ialah] ziarah akan kubur kerana [telah ber]sabda Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,

زُوْرُوا الْقُبُوْرَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ.

ertinya, “ziarah[lah] oleh kamu akan kubur kerana bahawasanya [kubur itu akan dapat] memperingat[kan] ia akan [kamu akan] mati”.

 

Hadith ???. Dan sabdanya [lagi sollallahu alaihi wasallam],

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُوْرِ فَزُوْرُوْهَا فَإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ.

ertinya, “adalah aku dahulu [sungguh-sungguh] melarang akan kamu daripada menziarahi kubur maka [sekarang] ziarah[ilah] oleh kamu akan dia pada masa yang akan datang kerana bahawasanya ia akan [menyebabkan kamu ber]zuhud pada dunia dan memperingat[kan] ia akan [kamu akan hari] akhirat”.

 

Dan ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekalian] bahawasanya pendek angan-angan itu [adalah suatu] kelakuan yang [sangat] dipuji [oleh agama] kerana adalah ia [menjadi] sebab bagi bersedia[nya engkau]  bagi [menyediakan] barang[-barang] yang [akan kamu gunakan] kemudian daripada mati [engkau].

 

Dan bahawasanya manusia [itu] bersalah-salahan mereka itu pada [memahami makna sebenar akan] pendek[nya] angan-angan dan panjangnya [angan-angan].

 

Setengah [daripada] mereka itu mencita-cita[kan] ia akan panjang umurnya [sehingga mencapai umurnya] seribu tahun.

 

Kerana [berdalilkan kepada] firman Allah Taala,

ertinya, “mencita-cita[kan se]seorang daripada mereka itu bahawa [kalaulah boleh] dipanjangkan umurnya [sehingga mencapai umurnya] seribu tahun”.

[Surah Al Baqarah Ayat 96]

 

Hadith ???. [Telah ber]sabda  Rasulullah sollallahu alaihi wasallam,

قَلْبُ الشَّيْخِ شَابٌّ عَلَى حُبِّ اثْنَيْنِ طُوْلِ الْعَيْشِ وَالْمَالِ.

ertinya, “bermula hati orang tua [itu akan menjadi sentiasa] muda ia atas [sebab] kasih [dan suka ia] akan dua perkara, [iaitu yang] pertama[nya] lama hidup dan [yang] kedua[nya] harta”.

 

[Dan yang] dikehendaki dengan [makna] muda di sini [ialah] sempurna kasihnya [dan sukanya] akan keduanya seperti sempurna[nya] kekuatan orang yang [masih] muda pada masa mudanya.

 

Dan setengah [daripada] mereka itu mereka yang mencita-cita[kan untuk hidup hanya] sehari semalam [sahaja].

 

[Kenyataan ini telah] diceritakan [ia] daripada Mu’az Ibnu Jabal radhiyallahu anhu bahawa berkata ia, “tiada melangkah [oleh aku] akan satu langkah melainkan menyangka oleh aku akan bahawasanya tiada [lagi bagi] aku [untuk aku mem]perikutkan [dan menseteruskan akan] dia akan [satu] langkah yang lain”.

 

Dan bahawasanya faedah bagi pendek[nya] angan-angan itu [ialah dengan] bersegera pada mengerjakan amal ibadah.

 

Dan bahawasanya alamat [atau tanda] bagi [mengetahui] orang yang [telah] mendapat [hidayah] pertunjuk [daripada Allah Taala] bahawa tiada lalai ia daripada [sentiasa mengingati akan] mati.

 

Maka ber[siap]sedia[lah] ia pada pagi-pagi [lagi dengan mempersiapkan dirinya untuk bertemu dengan] mati itu dengan [cara dia ber]taubat [dengan sebenar-benar taubat] dan [dia ber]amal [dengan amalan-amalan] yang baik[-baik].

 

Maka jika [masih] hidup ia [hingga] sampai [ke waktu] petang maka [ber]syukur[nya] ia akan Allah Taala atas [ke]taat[an]nya [kepada Allah Taala] dan sukacita[nya] ia dengan ketiadaan sia-sia [sepanjang] harinya [itu].

 

Kemudian memulai[lah] ia bersedia [dengan segala amalan yang diredhai] pada [waktu] petang hingga [ke waktu] pagi-pagi [esoknya] maka [ber]syukur[nya] ia atas [ke]taat[an]nya pada malam itu dan sukacita ia dengan tiada kosong malamnya daripada amal yang soleh [yang dia kerjakannya dengan penuh ikhlas dan cinta].

 

Demikianlah [perlakuannya pada] tiap-tiap pagi dan [pada tiap-tiap] petang.

 

Dan tiada mudah [untuk melakukan perkara] yang demikian itu melainkan bagi mereka yang [dimudahkan untuk meng[kosong[kan] hatinya daripada hidup sampai besok [hari].

 

Maka mati itu [adalah menjadi] tuah baginya dan hidup itu [adalah sebab bagi] bertambah kebajikannya.

Tiada ulasan: