Catatan Popular

Jumaat, 11 Januari 2019

PENYEBAB HATI MATI


Tanya : Apa yang menyebabkan hati mati

Jawab : Ada 10 faktor menyebabkan hati mati. sehingga doa tidak dikabulkan sebagaimana yang dikatakan oleh Ibrahim bin Adham kepada penduduk basrah:

1. Kamu mengenal ALLAH, tetapi kamu tidak melaksakan haknya.
2. Kamu suka membaca kitab ALLAH, tapi kamu tidak mahu mengamalkannya
3. Kamu mengetahui IBLIS itu musuh, tapi kamu tetap mengikuti perintahnya
4. Kamu menyatakan cinta kepada Rasulullah saw. , tapi kamu meninggalkan sunnahnya. 
5. Kamu menyatakan cinta ingin masuk surga, tetapi kamu tidak mahu mengamalkan amalan surga.
6. Kamu mengakui takut siksa NERAKA, tapi kamu tetap berbuat dosa.
7. Kamu menyakini KEMATIAN itu haq, tetapi kamu tidak pernah melakukan persiapan untuk mati 
8. Kamu selalu memperhatikan kesalahan orang lain, tetapi kamu tidak mahu memperhatikan kesalahan mu sendiri.
9. Kamu senang memakan rizqi ALLAH, tetapi kamu tidak pernah bersyukur ada NYA.
10. Kamu sering mengubur orang mati, tetapi kamu tidak mahu mengambil pelajaran darinya.

Tiada ulasan: