Catatan Popular

Selasa, 22 Mei 2012

KITAB TERSOHOR ADAB AS SULUK : SYEIKH NAJMUDDIN KUBRA ( SIRI 1)


Susunan Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi


ISTINSAB, TAARUF DAN MUQADIMMAH KITAB ADAB AS SULUK


ISTINSAB

Segala pujian dan sanjugan hanyalah bagi Allah Tuhan Semesta Alam. SalawatRahmat dan Salam kesejahteraan dari Allah semoga dilimpahkan ke atas HadhratBaginda Mulia, Penghulu sekelian Nabi dan Rasul Junjugan, Pemimpin sekelianWali dan Qutub ikutan, Muhammad Mustafa Ahmad Mujtaba 'Abdullah WaRasulullah, Sallallahu Ta'ala Wabaraka Wasallam 'Alaihi Wa 'Ala Alihi Wa Ashabihi WamanIttaba'ahu Bi Ihsan. Amma Ba'du;

Hamba Dha'if Faqir Haqir Khakpaey Buzurgan La Syaik Miskin Fani, Hadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani 'Afa Allahu 'Anhu telah memohon Kehadhrat Allahuntuk menghasilkan perhubungan Nisbat Silsilah dan Tariqah Kubrawiyah yang dinisbatkan kepada Hadhrat Syaikh Al-Masyaikh Khwajah Abul-Janab AhmadNajmuddin Kubra Rahmatullah 'Alaih dengan menuruti kaedah Uwaisiyah menerusikehormatan dan kemuliaan Ruh Hadhrat Sayyidina Wa Murshidina Wa Maulana WaShaikhina Fi Darain Makhdum Zaman Qutub Dauran Khwajah Khwajagan Pir PiranQiblah Khwajah Abul-Khalil Khan Muhammad Sahib Khanqah Sirajiyah Rahmatullah'Alaih, Sahib Nisbat yang terhimpun padanya Nisbat Muhammadiyah Bakriyah 'AliyahKhwajaganiyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah Mazhariyah Ahmadiyah SirajiyahSa'adiyah Qadiriyah Chishtiyah Suhrawardiyah Syattariyah Qalandariyah MadariyahKubrawiyah dan Uwaisiyah.

Menurut kenyataan seorang Syaikh Naqshbandi yang masyhur di Asia Tengah bernamaHadhrat 'Abdullah Nidai Kashghari Istanbuli Rahmatullah 'Alaih (1688-1760 M) di dalamRisalah Haqqiyah bahawa,
"Tariqat Khufiyah telah diajarkan oleh Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-SiddiqRadhiyallahu 'Anhu, Tariqat Kubrawiyah telah diajarkan oleh Hadhrat Sayyidina 'UmarRadhiyallahu 'Anhu, Tariqat 'Ishqiyah telah diajarkan oleh Hadhrat Sayyidina 'UtsmanRadhiyallahu 'Anhu dan Tariqat Jahriyah telah diajarkan oleh Hadhrat Sayyidina 'AliRadhiyallahu 'Anhu."
Dalam kenyataan sebahagian Masyaikh, bahawa Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-SiddiqRadhiyallahu 'Anhu telah membangunkan Tariqat Khufiyah yang mengamalkan Zikir Khafidalam keadaan senyap dan Hadhrat Sayyidina 'Umar telah membangunkan TariqatKubrawiyah, Hadhrat Sayyidina 'Utsman telah membangunkan Tariqat Jahriyah yangmengamalkan Zikir Jihri dalam suara yang kuat dan Hadhrat Sayyidina 'Ali Radhiyallahu'Anhu telah membangunkan Tariqat Qadiriyah. Adapun sehingga ke hari ini, pengamalanTariqat Khufiyah dan Tariqat Kubrawiyah telah dicantumkan ke dalam pengamalan TariqatNaqshbandiyah manakala pengamalan Tariqat 'Ishqiyah dan Tariqat Jahriyah telahdicantumkan ke dalam pengamalan Tariqat Qadiriyah. Pendiri Tariqat Kubrawiyah ini yangdikenali juga sebagai Tariqat Firdausiyah, Hadhrat Syaikh Najmuddin Kubra Rahmatullah'Alaih adalah seorang daripada Khalifah Hadhrat Abun-Najib Dhziauddin SuhrawardiRahmatullah 'Alaih, pendiri Tariqat Suhrawardiyah.
Wallahu Ta'ala A'lam Wa 'Ilmuhu Akmal Wa Atamm, Fahasbunallahu Wani'mal-Wakil Wani'mal-Mawla Wani'man-Nasir,Wala Haula Wala Quwwata Illa Billahil-'Aliyyil-'Azhim,Wa'alaihi Tawakkaltu Wa Ilaihi Uniibu Wabihi Nasta'in Wassalam.
Faqir Haqir Khakpaey Buzurgan La Syaik Miskin FaniHadhrat Maulawi Jalaluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani 'Ufiya 'Anhu

Markaz Khaliliyah Naqshbandiyah MujaddidiyahGombak, Selangor Darul Ehsan.
15 Dzul-Qaidah 1432 H / 13 Oktober 2011 M



TA'ARUF  HADHRAT SYAIKH NAJMUDDIN KUBRA RAHMATULLAH 'ALAIH


Hadhrat Hadhrat Syaikh Ahmad Najmuddin Khiwaki KubraRahmatullah 'Alaih adalah seorang daripada kalangan Masyaikhyang mendahului serta menerajui dalam bidang Ilmu TariqatTasawwuf. Nama beliau adalah Ahmad dan gelaran bagi beliau adalah "At-Tammat Al-Kubra".

Beliau telah dilahirkan di Khwarazam. Kehidupan beliauyang dipenuhi dengan berbagai buah-buahan Ma'rifat telah berkesudahanketika beliau berusia tujuh puluh lapan tahun. Para periwayat menyatakanbahawa beliau telah Syahid bersama 600,000 orang bersama dengan parapengikutnya ketika mempertahankan kota mereka terhadap serangan tenteraMongol pada tarikh 10 Jamadi Al-Awwal tahun 618 Hijrah/1221 Masihi.Beliau telah mula mengembara menuntut ilmu semenjak masih remaja. DiMesir, beliau telah menyertai halqah jemaah Hadhrat Syaikh Ruzbahan Al-Misri Rahmatullah 'Alaih dan menghadiri kuliah pengajian dan ceramahSyaikh tersebut. Hadhrat Syaikh Ruzbahan Al-Misri Rahmatullah 'Alaih amatterpegun dengan kebijaksanaan dan keikhlasan hati muridnya ini sertamengasihinya sebagaimana anaknya sendiri dan kemudiannya telahmengkahwinkan anak perempuannya dengan beliau.Setelah beberapa lama pengembara Sufi ini memulakan perjalanannya, beliautelah memperolehi banyak manafaat daripada sebilangan Para Masyaikhyang ada pada setiap bandar. Apabila beliau kembali ke Mesir, HadhratSyaikh Ruzbahan Al-Misri Rahmatullah 'Alaih telah mendapati beliau sudahmenjadi seorang manusia sempurna yang mengetahui rahsia perjalananSuluk dan sudah mempelajari adab-adab dan jalan-jalan mendapatkanberbagai tingkatan Cinta 'Ashiq dan beliau sudah berkemampuan untukmengajar dan membimbing hamba-hamba Allah yang lain. 

Lantaran itu,Hadhrat Syaikh Ruzbahan Al-Misri Rahmatullah 'Alaih telah menasihatkanbeliau untuk kembali ke tempat asalnya yang bernama Khiyuk yang terletakdi Khwarazam. Beliau pun menurut arahan gurunya dan telah melibatkandirinya dalam membimbing para penuntut Tariqat Tasawwuf danmenyebarkan ajarannya.Hadhrat Syaikh Najmuddin Kubra Rahmatullah 'Alaih telah berpindah keKhwarazam bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya serta telahmembina sebuah Khanqah dan telah mengasaskan Tariqat Dhzahabiyah danQurbaniyah di samping beberapa aliran Tariqat yang lain. Beliau telahmelatih ramai para pengikutnya yang mana kemudiannya telah berjayamencapai marabat kewalian dan ada juga yang telah menjadi Murshid sepertiHadhzrat Majduddin Al-Baghdadi, Hadhzrat Syaikh 'Attar, Hadhzrat SyaikhSa'aduddin Al-Hamawi dan Hadhrat Najmuddin Ar-Razi Rahmatullah'Alaihim Ajma'in.

Terdapat lapan karya yang telah dinisbahkan kepada beliau oleh parasejarahwan, antaranya adalah sebuah Tafsir Al-Quran yang tidak dapatditemui walau senaskhah pun sehingga ke hari ini. Sebuah karya yangberjudul "Fi Adab As-Salikin"yang bererti, pada menerangkan adab bagi Para Salik telah dituliskan oleh beliau dalam bahasa Farsi yang kini masihterdapat di Muzium Asian.

Manakala karya yang dipersembahkan ini adalah merupakan salah sebuahkarya Hadhrat Syaikh Najmuddin Kubra Rahmatullah 'Alaih yang telahdikarang dalam bahasa 'Arab dengan judul "Adab As-Suluk Ila Hadhrat  Malik Al-Muluk" yang terbahagi kepada dua bahagian.Yang pertama adalah perjalanan Ruhaniyah menuju Allah Al-Haqq menerusipenyingkapan tirai-tirai hijab kejahilan dan hijab-hijab jarak kejauhan dankegelapan. Yang kedua adalah perjalanan Jasmaniyah di atas muka bumiAllah yang luas. Selain dari kedua-dua perjalanan tersebut, dalam karya inidinyatakan tentang perjalanan
Para Khawas Al-Khawas iaitu golongan yangkhusus daripada mereka yang khas berdasarkan manuskrip yang masihterdapat di Central Library Tehran University.Risalah ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi oleh Hadhrat HusaynMuhyiuddin Qumshehi dan pernah diterbitkan dalam Jawidan Khirad –Sophia Perennis - The Bulletin of the Islamic Iranian Academy of Philosophy,Vol. IV, No. 2, Autumn 1981, pp. 16-26 dan telah diterjemahkan ke dalambahasa Inggeris menurut terjemahan Parsi oleh Hadhrat 'Ali Baqir Shahi,pemegang ijazah Ph.D Department of Philosophy, Aligarh MuslimUniversity, Aligarh, India. Terjemahan ke bahasa Melayu ini adalah menurutterjemahan bahasa Inggeris sebagai rujukan kepada naskhahnya yang asal.Karya ini ditujukan kepada mereka yang telah melangkah ke dalam alamkesufian dan telah mencapai kemabukan menerusi minuman arak-arakTauhid.


MUQADDIMAH

Segala pujian dan sanjungan adalah bagi Allah, Tuhan Yang MahaPintar dan Yang Maha Memberi Rahmat, Dialah Tuhan yangmembolehkan Para HambaNya mengembara menempuhi Alam Afaqisupaya mereka dapat memerhatikan keajaiban Kekuasaan dan HikmahKebijaksanaanNya dan menemukan berbagai bukti-bukti KeagunganNya,sebagaimana juga dengan tanda-tanda Kemuliaan dan Belas-KasihanNyapada setiap arah dan sudut Dunia.

Dialah Tuhan yang membuatkan Nafsu Syaitaniyah Para Salikin menjadimati lantas mempamirkan rahasia yang tersembunyi di dalam Nafs dirimereka dan membawa apa yang telah tersembunyi kepada cahaya penjelasanmenerusi kepayahan Mujahadah dalam perjalanan Suluk, berkesanggupanuntuk mengambil risiko dan keterpisahan dari rumah kediaman serta anak-anak dan mengelakkan diri serta menjauhi dari berhubungan dengan segalasesuatu yang selain Allah Malik Al-Mulk Raja Segala Kerajaan.
Semoga Selawat dan Salam sanjungan Allah terlimpah ke atas Penghulusekalian manusia dan yang termulia dari kalangan jenis manusia, HadhratSayyidina Wa Maulana Muhammad Al-Mustafa Sallallahu 'Alaihi Wasallamdan ke atas Ahli keluarganya yang suci, Para Sahabatnya dan Ummatnya.Maka itu, serahkanlah dirimu sepenuhnya Kehadhrat Haqq Allah 'Azza Wa Jalla.Wahai Hamba Allah! Ketahuilah bahawa kamu adalah Salik yang menjalaniperjalanan mencari Tuhan Pemeliharamu dan sesungguhnya pasti suatu harinanti kamu akan menemuiNya, sebagaimana telah dinyatakan di dalammafhum sebuah Hadits:
"Barangsiapa yang berharap untuk bertemu Tuhan perlulahmengetahui bahawa saat pertemuan pasti akan tiba."

Dan hendaklah kamu ketahui bahawa Allah Yang Maha Tinggi dengankesempurnaan Kekuasaan dan KebijaksanaanNya telah mentaqdirkan dua jenis perjalanan terhadap Anak Adam. Yang pertamanya adalah perjalananQahri yakni dengan secara tidak sengaja dan yang keduanya adalahperjalanan Ikhtiyari yakni dengan secara sengaja.

Adapun perjalanan Qahri yang tidak berlaku dengan sengaja, titikpermulaannya adalah pada Sulbi bapa, tahap kedua adalah di dalam perutibu, tahap ketiga adalah Alam Jasmani dan tahap keempat adalah kehidupanQubur yang mana sama ada ianya akan merupakan sebuah taman daritaman-taman Syurgawi ataupun suatu lembah dari lembah-lembah Neraka.Tahap kelima ialah pada Hari Kebangkitan yang mana kadar tempohmasanya adalah bersamaan dengan lima puluh ribu tahun di Dunia ini.Sesudah tahap tersebut kamu akan sampai ke rumah yang berkekalan danmencapai tempat kediaman yang kekal iaitulah Dar As-Salam yakni tempatkesejahteraan dan Syurga keselamatan dan kesejahteraan seandainya jikakamu adalah dari kalangan mereka yang sesuai layak dan merupakan rakan-rakan kebenaran yang Haqq; ataupun rumah kediaman kamu akan menjaditempat kediaman Api Neraka dan penyiksaan, jikalau tidak, semoga Allahmencegahnya, kamu akan berada di kalangan orang yang malang celaka dansebagai musuh-musuh Allah Al-Haqq, sepertimana Allah telah berfirmanyang mafhumnya:
"Pada Hari Kebangkitan, suatu golongan akan berada di dalamSyurga dan suatu golongan akan berada dalam Neraka."

Setiap nafas yang kamu ambil adalah satu langkah menuju tingkatan pentaskematian. Setiap hari dalam hidupmu adalah menyamai satu Farsakh. Setiapbulan adalah seperti suatu tingkatan Marhalah dan setiap tahun adalahseperti suatu Manzil yakni suatu tingkatan tempat perhentian. Perjalanankamu adalah seperti pergerakan matahari dan bulan, namun kamu tidakmenyedari perjalanan ini serta pergerakannya dan dalam kejahilanmu danberketidak-sedaran, kamu telah gagal untuk bersedia dan mempersiapkandirimu dengan sebaik-baiknya untuk menuju tempat perhentian Manzil diAlam Qubur dan perjalanan seterusnya menuju tempat perhentian di HariKebangkitan dan rumah kampung halaman yang kekal dan hakiki.Akan tetapi perjalanan Ikhtiyari terbahagi kepada dua keadaan. Pertamaadalah perjalanan Safar Ruhi dan Qalbi menuju ke arah Hadhrat Allah YangMaha Berkuasa dan Raja Yang Maha Perkasa di seluruh alam.

Kedua adalahperjalanan Safar Jasmani dan Qalibi di muka bumi Tuhan. Kami akanmenumpukan pada bab yang berasingan bagi setiap satu daripada duaperjalanan, supaya kamu dapat menerima petunjuk yang diperlukan untukmencapai matlamat mereka dan terpimpin dalam menyediakan segalaperantara, dalam membuka pintu dan dalam mempelajari prinsip peradaban,yang mana akan menjadi sebagai sahabatmu dan pembantu dalam urusan-urusan yang berkaitan dengan setiap kebaikan dan kesalihan, dan supaya iamenolong orang yang cinta 'Ashiq dan berharapan ketika dalam perjalanan,dan khidmat, Insha Allah Ta'ala kepada pengarang sebagai peruntukanbekalan di Hari Kebangkitan ketika bersemuka dengan Tuhan Mawlanya'Azza Wa Jalla

Tiada ulasan: