Catatan Popular

Ahad, 16 Jun 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (4).Wahadat al-Wujud

 Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

10. Soal. Bitapa mentauhidkan (mengesakan) dzat Allah, sifat Allah, Af’al Allah?
Jawab: (a) Maksud mengesakan dzat Allah ialah tiada yang maujud dalam alam hanya Allah. Wujud selain Allah itu tiada hakikat tetapi hanya seperti wujud bayang-bayang yang tiada hakikat baginya.
(b) Maksud esa sifat-Nya ertinya tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata pada hakikatnya melainkan Allah. Sifat ini ada pada makhluk adalah semata-mata bayang-bayang bagi wujud Allah jua. Makhluk diumpamakan seperti cahaya matahari dan Allah adalah seperti matahari. (c) Maksud mengesakan afal (perbuatan) iaitu taida yang mempunyai perbuatan dalam alam ini hanya perbuatan Allah bukan perbuatan makhluk walau seberat zarah sekalipun. Jika engkau percaya ada perbuatan makhluk walau seberat zarrah sekalipun, maka engkau syirik. (d) Yang dimaksudkan dengan ma'rifat itu ialah membezakan di antara hadith dengan qadim.

11. Soal. Kemana ta'lluq ma'rifat?
Jawab: Ta'alluq ma'rifat itu ialah kepada mengenal diri.
 
12.Soal. Mengenal diri kemana ta'alluq?
Jawab: Mengenal diri itu pula berta'alluq kepada mengenal Allah. Mengenal Allah itu pula ta'alluq kepada binasa diri. Sabda Nabi, terjemahnya: Sesiapa mengenal dirinya, mengenal Tuhannya, dan sesiapa mengenal Tuhannya, binasa dirinya. Maka jadilah satu tiada beza di antara yang mengenal dengan yang dikenal. Yang dikenal itulah yang mengenal dan yang mengenal itulah yang dikenal, seperti sabda Nabi terjemahnya, Mengenal aku akan Tuhanku dengan Tuhanku.


13.Soal. Bagaimana kita mengenal Tuhan sedangkan Dia tiada 'ain bagi-Nya?
Jawab: Kita mengenal Tuhan itu dengan sifatnya ya'ni bekas sifatnya seperti firman-Nya "Aku jadikan tiap-tiap sesuatu kerana hendak mengenal akandaku pada tiap-tiap suatu itu".

14 Soal: Di atas ada menyebut sifat. Maka apakah yang dinamai sifat?
Jawab: Yang dinamai sifat ialah sesuatu yang za'idah (lebih) ke atas dzat.
 
15.Soal. Apakah erti sifat, dzat, af’al dan asma'?
Jawab:Tentang pengertian dzat sifat, asma', dan af'al piila ialah sifat itu kelakuan-Nya, dzat itu diri-Nya, afa'al itu perbuatan-Nya, dan asma itu nama-Nya, yang menunjukkan di atas sesuatu maka iaitu asma' namanya.
 
16.Soal: Allah itu siapakah yang memberi nama?
Jawab:Asma' atau nama Allah itu adalah Allah sendiri yang memberi nama bukan makhluk meletakkan nama "Allah" itu. Dan nama Allah qadim bukan hadith. 

17 Soal: Bagaimana hendak beri hukum ada Allah Ta'ala? 
Jawab: Allah itu Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiyamuhu binafsihi Wahdaniyat. (Sedia, Kekal, berlainan dengan yang baharu, Berdiri dengan sendiri dan tunggal)
 
  1. Soal: Apakah beza di antara sifat dengan mausuf, wujud dengan maujud, ilaab dengan ilaa-hiyah, ilaa-h dengan Allah?
    Jawab: Bezanya ialah sifat itu kenyataan bagi mausuf, wujud itu kenyataan bagi maujud, ilaahitu kenyataan bagi ilabiyah, Allah yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak kepada-Nya tiap- tiap barang yang lain. Allah ialah nama-bagi Tuhan yang Wajib al-Wujud yang mewajibkan dua puluh sifat.
    
19     Soal: Sifat (Allah) dengan dzat (Allah) itu bersekutu atau bercerai?
         Jawab: Sifat dengan dzat itu tiada bersekutu dan tiada bercerai dan kita tiada ketahui
         kaifiyatnya. 

20     Soal: Sifat dengan dzat itu satu syai’(sesuatu) atau dua syai’(sesuatu)?  
         Jawab: Sifat dengan dzat itu dua sya,i' pun kita tidak boleh kata dan satu syai' pun kita tidak     
         boleh kata kerana kita tidak ketahui kaifiyatnya. 

21    Soal: Apakah beza di antara dzat dengan sifat?   
        Jawab: Bezanya ialah dzat itu ialah diri-Nya dan sifat itu kelakuan-Nya.

22    Soal: Apa sebab sifat dua puluh terbahagi kepada empat iaitu sifat nafsiyah, salbiyah,                ma'ani, da ma'nawiyah?
        Jawab: Nafsiyah ialah jenis atau bangsa wujud (ada), salbiyah bangsa 'adam (tiada),     
        ma'ani bangsa hal, dan ma'nawiyah itu bangsa i'tibar. 

24 Soal: Mana bangsa wujud, mana bangsa adam, mana bangsa hal, mana bangsa i'tibar? 
       Jawab:
       (a) Bangsa wujudiaiah sifat ma'ani kerana sifat ma'ani itu maujud pada zihin (fikiran)    
       dan pada  kharij (di luar).
       (b) Adapun 'adam itu sifat salbiyah yang keadaannya tiada maujud   
       pada zihin dan tiada maujud pada kharij,
       (c) Adapun bangsa halitu sifat nafsiyah kerana sifat
       nafsiyah ini kelakuan maujud.    
       (d) Adapun bangsa i'tibar itu ialah sifat ma'nawiyah kerana sifat ma'nawiyah ini nama bagi  
       dibilangkan sifat seperti dzat itu bernama Hayy Yang Hidup kerana berdiri sifat hayat itu pada   
       dzat. Inilah era dikerana dengan suatu kerana.
 
  1. Soal: Berapa martabatkah Sifat Dua Puluh itu?
    Jawab. Sifat Dua Puluh itu ada tiga martabat. Pertama martabat dzat, kedua martabat sifat dan ketiga martabat asma'.
  1. Soal: Mana martabat dzat, mana martabat sifat, dan mana martabat asama'?
    Jawab: Martabat dzat itu sifat nafsiyah dan salbiyah, martabat sifat itu ialah sifat ma'ani, dan martabat asma' itu sifat ma'nawiyah.
  1. Soal: Apa sebab sifat salbiyah dinamakan martabat dzat, sifat ma'ani dinamakan martabat sifat, sifat ma'nawiyah dinamakan martabat asma'?
    Jawab: Martabat dzat itu tiada siapa yang boleh mengetahui akan kunhi dzat Allah Ta'ala hingga mala'ikat muqarrabin. Sifat nafsiyah itu tiada kenyataan pada kharij (luar). Sifat salbiyah itu tiada maujud kenyataan pada kharij hanya sifat pada khabar jua.
    Martabat sifat itu dinamakan bagi ma'ani kerana sifat itu ada kenyataan kelakuannya bekas pada menjadikan alam. Sifat ma'ani itu ada kenyataan memberi bekas pada menjadikan alam. Sifat ma'nawiyah itu dinamai martabat asma' kerana sifat ma'nawiyah itu nama bagi dzat seperti dzat yang bernama Qadir yang kuasa kerana berdiri sifat Qudrat kepada dzat adanya.
  1. Soal. Apa sebab Wujud, Qidam, Baqa', Mukhalafatuhu lilhawadith, Qiyamuhu binafsihi masuk pada sifat kaya?
    Jawab:Lima sifat tersebut ini termasuk dalam sifat kaya kerana sifat yang lima ini bernama kaya iaitu Wujud dzat Allah tiada dikeranakan dengan suatu kerana, Qidam-Nya tiada permulaan,
  1. Soal: Apa sebab sifat Sama', Basar, Kalam, Samai', Basir, Mutakallim masuk kepada sifat kaya?
    Jawab. Sebab masuk kepada sifat kaya kerana sifat itu bernama sifat kaya maha suci dari kekurangan.
  1. Soal: Apa sebab bersifat Hayat, Ilmu, Qudrat, Iradat, Hayyun, 'Alimun, Qadirun, Muridun, Wahdaniyat?
    Jawab: Kalau Allah tiada bersifat dengan sembilan sifat ini nescaya tiada diperbuat suatu daripada alam ini.
  1. Soal: Apa erti maujud pada zihin dan apa erti maujud pada kharij?
    Jawab: Ertinya maujud sifat kepada dzat, dan erti maujud pada kharij ialah memberi bekas sifat pada menjadikan alam.
  1. Soal: Apa sebab sifat nafsiyah dan sifat ma'nawiyah maujud kepada zihin tiada maujud kepada kharij?
    Jawab:Sifat nafsiyah itu kenyataan bagi maujud. Sifat ma'nawiyah itu nama bagi dzat.
    Nama itu tiada memberi bekas sekali-kali adanya.
  1. Soal: Apa sebab sifat salbiyah itu tiada maujud kepada zihin dan kepada kharij?
    Jawab: Kerana sifat salbiyah itu 'adami (tiada) maujud kepada dzat, hanya sifat pada khabar, hanya sifat menanggali dan menapikan barang yang tiada patut bagi Tuhan kita Jalla wa'Azza.
  1. Soal: Apa sebab sifat ma'nawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib bagi dzat selama ada dzat itu bersifat ma'ani, dan sifat ma'ani itu diibaratkan dengan sifat wujudiyah yang berdiri dengan dzat Allah Ta'ala?
    Jawab: Sifat ma'nawiyah itu diibaratkan dengan hal yang wajib kerana wasitah antara yang maujud dan mu'dam (tiada), kerana sifat itu tiada maujud dan tiada mu'dam (tiada), dan kerana diqaidkan dengan sifat ma'ani dan kerana membezakan antara ma'nawiyah qadim dan ma'nawiyah muhdatah

Tiada ulasan: