Catatan Popular

Ahad, 30 Jun 2013

PENGASAS TAREKAT KUBRAWIYYAH (BAH 1) : HADHRAT SYAIKH NAJMUDDIN KUBRA RAHMATULLAH 'ALAIH

Hadhrat Hadhrat Syaikh Ahmad Najmuddin Khiwaki KubraRahmatullah 'Alaih adalah seorang daripada kalangan Masyaikhyang mendahului serta menerajui dalam bidang Ilmu TariqatTasawwuf. Nama beliau adalah Ahmad dan gelaran bagi beliau adalah "At-Tammat Al-Kubra".

Beliau telah dilahirkan di Khwarazam. Kehidupan beliauyang dipenuhi dengan berbagai buah-buahan Ma'rifat telah berkesudahanketika beliau berusia tujuh puluh lapan tahun. Para periwayat menyatakanbahawa beliau telah Syahid bersama 600,000 orang bersama dengan parapengikutnya ketika mempertahankan kota mereka terhadap serangan tenteraMongol pada tarikh 10 Jamadi Al-Awwal tahun 618 Hijrah/1221 Masihi.Beliau telah mula mengembara menuntut ilmu semenjak masih remaja. DiMesir, beliau telah menyertai halqah jemaah Hadhrat Syaikh Ruzbahan Al-Misri Rahmatullah 'Alaih dan menghadiri kuliah pengajian dan ceramahSyaikh tersebut. Hadhrat Syaikh Ruzbahan Al-Misri Rahmatullah 'Alaih amatterpegun dengan kebijaksanaan dan keikhlasan hati muridnya ini sertamengasihinya sebagaimana anaknya sendiri dan kemudiannya telahmengkahwinkan anak perempuannya dengan beliau

Setelah beberapa lama pengembara Sufi ini memulakan perjalanannya, beliautelah memperolehi banyak manafaat daripada sebilangan Para Masyaikhyang ada pada setiap bandar. Apabila beliau kembali ke Mesir, HadhratSyaikh Ruzbahan Al-Misri Rahmatullah 'Alaih telah mendapati beliau sudahmenjadi seorang manusia sempurna yang mengetahui rahsia perjalananSuluk dan sudah mempelajari adab-adab dan jalan-jalan mendapatkanberbagai tingkatan Cinta 'Ashiq dan beliau sudah berkemampuan untukmengajar dan membimbing hamba-hamba Allah yang lain. 

Lantaran itu,Hadhrat Syaikh Ruzbahan Al-Misri Rahmatullah 'Alaih telah menasihatkan beliau untuk kembali ke tempat asalnya yang bernama Khiyuk yang terletakdi Khwarazam. Beliau pun menurut arahan gurunya dan telah melibatkandirinya dalam membimbing para penuntut Tariqat Tasawwuf danmenyebarkan ajarannya.Hadhrat Syaikh Najmuddin Kubra Rahmatullah 'Alaih telah berpindah keKhwarazam bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya serta telahmembina sebuah Khanqah dan telah mengasaskan Tariqat Dhzahabiyah danQurbaniyah di samping beberapa aliran Tariqat yang lain. Beliau telahmelatih ramai para pengikutnya yang mana kemudiannya telah berjayamencapai marabat kewalian dan ada juga yang telah menjadi Murshid sepertiHadhzrat Majduddin Al-Baghdadi, Hadhzrat Syaikh 'Attar, Hadhzrat SyaikhSa'aduddin Al-Hamawi dan Hadhrat Najmuddin Ar-Razi Rahmatullah'Alaihim Ajma'in.

Terdapat lapan karya yang telah dinisbahkan kepada beliau oleh parasejarahwan, antaranya adalah sebuah Tafsir Al-Quran yang tidak dapat ditemui walau senaskhah pun sehingga ke hari ini. Sebuah karya yangberjudul "Fi Adab As-Salikin"yang bererti, pada menerangkan adab bagi Para Salik telah dituliskan oleh beliau dalam bahasa Farsi yang kini masihterdapat di Muzium Asian.

Manakala karya yang dipersembahkan ini adalah merupakan salah sebuah karya Hadhrat Syaikh Najmuddin Kubra Rahmatullah 'Alaih yang telah dikarang dalam bahasa 'Arab dengan judul "Adab As-Suluk Ila Hadhrat  Malik Al-Muluk" yang terbahagi kepada dua bahagian.Yang pertama adalah perjalanan Ruhaniyah menuju Allah Al-Haqq menerusi penyingkapan tirai-tirai hijab kejahilan dan hijab-hijab jarak kejauhan dankegelapan. Yang kedua adalah perjalanan Jasmaniyah di atas muka bumi Allah yang luas. Selain dari kedua-dua perjalanan tersebut, dalam karya inidinyatakan tentang perjalanan 

Para Khawas Al-Khawas iaitu golongan yang khusus daripada mereka yang khas berdasarkan manuskrip yang masihterdapat di Central Library Tehran University.Risalah ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi oleh Hadhrat Husayn Muhyiuddin Qumshehi dan pernah diterbitkan dalam Jawidan Khirad –Sophia Perennis - The Bulletin of the Islamic Iranian Academy of Philosophy,Vol. IV, No. 2, Autumn 1981, pp. 16-26 dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris menurut terjemahan Parsi oleh Hadhrat 'Ali Baqir Shahi,pemegang ijazah Ph.D Department of Philosophy, Aligarh Muslim University, Aligarh, India. Terjemahan ke bahasa Melayu ini adalah menurut terjemahan bahasa Inggeris sebagai rujukan kepada naskhahnya yang asal.Karya ini ditujukan kepada mereka yang telah melangkah ke dalam alamkesufian dan telah mencapai kemabukan menerusi minuman arak-arakTauhid

Tiada ulasan: