Catatan Popular

Isnin, 17 Jun 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (7) Syari'at, Tariqat dan Haqiqat Ma'rifat, (Dua)


Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

  1. Soal: Ma'rifat itu berapa perkara?
    Jawab:Ma'rifat itu tiga iaitu ma'rifat orang syari'at, ma'rifat orang tariqat, dan ma'rifat orang haqiqat.
   49  Soal: Apa perbezaan di antara tiga itu?
          Jawab: (a) Ma'rifat orang Syari'at itu ialah mengenal segala hukum yang zahir seperti     
          mengenal halal dan haram, sah dan batal, makruh dan mubah, fardhu dan sunat, rukun dan
          syarat.
          (b) Ma'rifat orang tariqat itu ialah mengenal barang yang seni-seni seperti ria, 'ujub, sum'ah, t
          takabbur, hasad, dan sebagainya daripada sifat madzmumah yang dicela oleh Syara', dan
          mengenal kasih sayang Allah Ta'ala akan hamba-Nya, dan mengenal baik dan jahat zahir dan  
          batin. (c) Manakala ma'rifat orang hakikat itu iaitu antara tanzih dan tasybih, tiada terdinding
          padangan yang zahir akan yang batin, dan tiada terdinding pandangan yang batin akan yang
          zahir.
  1. Soal: Mana yang dinamai syari'at, mana yang dinamai tariqat, mana yang dinamai haqiqat, dan mana yang dinamai ma'rifat?
    Jawab: (a) Yang dinamai Syari'at itu engkau sembah akan Allah Ta'ala, kerjakan segala suruh Syara', jauhi segala yang ditegah Syara'. (b) Yang dinamai tariqat itu engkau sahajakan Allah Ta'ala dengan ilmu dan amal, dan engkau amalkan barang yang engkau ketahui. (c) Yang dinamai haqiqat itu seperit engkau pandang Allah Ta'ala dengan cahaya yang dipertaruhkan Allah pada sama tengah hatimu. (d) Manakala ma'rifat itu lengkap meliuputi sekalian badan.

       51 Soal: Adakah haqiqat itu bersalahan dengan syari'at?  
Jawab: Haqiqat itu tiada bersalahan dengan Syari'at. Sesiapa yang mengatakan bersalahan haqiqat itu dengan Syari'at, orang itu kafir kerana haqiqat itu Syari'at Nabi yang batin, dan Syari'at itu ya'ni ilmu Fiqh iaitu Syari'at Nabi yang zahir, dengan sebab itulah tiada boleh bercerai Syari'at itu dengan haqiqat kerana haqiqat itu nyawa dan Syari'at itu tubuh. Inilah isyarat sabda nabi s.a.w. terjemahnya: Syari'at tanpa haqiqat itu hampa, haqiqat tanpa syaria'at itu batil. Sebab itulah di antara keduanya tiada bercerai.terjemahnya: Syari'at tanpa haqiqat itu hampa, haqiqat tanpa syariat itu batil, bukanlah hadith Rasululllah s.a.w. tetapi kata-kata orang sufi sahaja. Sebab itu pada pendapat saya, ilmu haqiqat adalah satu perkara menambah-nambah dalam Agama Islam.

Tiada ulasan: