Catatan Popular

Sabtu, 16 April 2016

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL KELAPAN : PADA MENYATAKAN [TENTANG BAHAYANYA] SYARRU AT TO’AM ERTINYA SANGAT LOBA ATAS MAKANAN



OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Adalah sangat loba [engkau dan tamak engkau] atas [nafsu makan] makanan itu [adalah dikira] setengah daripada asal [timbulnya] segala kejahatan.

[Ini adalah] kerana perut [itu adalah] tempat keluar[nya] bagi segala keinginan.

Kerana daripadanya[lah] terjadi[nya] keinginan faraj.

Kemudian apabila mengerasi [akan engkau] oleh keinginan [nafsu makan] makanan [engkau] dan keinginan [nafsu] jimak [engkau maka] nescaya terjadi daripadanya [dan timbul pula keinginan] sangat loba [engkau dan tamak engkau] kepada harta.

Kerana tiada dapat [untuk engkau] menunaikan dua keinginan itu [iaitu keinginan makan dan keinginan faraj] melainkan dengan harta.

Dan terjadi [selepas] daripada [ke]ingin[an engkau] kepada harta itu [ke]ingin[an engkau] kepada kemegahan [dan kemasyhuran] kerana sukar [hendak] mengusaha[kan] akan harta itu melainkan dengan [ada bersamanya] kemegahan.

Kemudian apabila menuntut[lah] ia akan harta dan kemegahan dan mendapat[lah] ia akan keduanya nescaya berhimpun [pula] padanya oleh beberapa banyak [lagi] daripada kebinasaan seperti riyak dan takabbur dan dengki dan berseteru dan lain daripadanya.

Dan tempat keluar semuanya perut.

Hadith 22. Maka bersabda ia [sollallahu alaihi wasalllam],ertinya, “tiada ada pekerjaan yang lebih kasih kepada Allah Taala daripada lapar dan dahaga”.

Hadith 23. Dan bersabda ia [sollallahu alaihi wasalllam],ertinya, “penghulu segala pekerjaan itu [adalah] lapar”.

Hadith 24. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “berfikir itu [dikira] setengah [daripada] ibadah dan sedikit makan itu [dikira] ia satu ibadah”.

Hadith 25. Dan bersabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “yang lebih afdhal daripada [kalangan] kamu pada sisi Allah Taala [ialah] yang lebih lama lapar[nya] dan [lebih lama] berfikir[nya] dan yang lebih dibenci daripada [kalangan] kamu kepada Allah Taala [ialah] tiap-tiap [orang] yang banyak makan [dan] banyak minum [dan] banyak tidur”.

Hadith 26. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, ”tiada memenuhkan manusia akan bejana yang lebih jahat daripada perutnya, [maka] memadai[lah] akan [seseorang] manusia [itu] oleh beberapa suap [sahaja] yang membetulkan akan tulang belakangnya”.

Menyebut akan hadith ini Al Imam Al Ghazali di dalam kitab Al Arba’in Fi Usul Ad Din.

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya lapar itu [ada] beberapa faedah [di dalamnya].

Setengah daripada[ faedah]nya [ialah] nipis hati[nya] hingga mendapat ia akan sedap[nya ketika] mengerjakan [amal] ibadah.

Dan setengah daripada[ faedah]nya [itu ialah] cerdik hati[nya] kerana kenyang itu [boleh] menyebabkan bodoh.

Dan setengah daripada[ faedah]nya [itu ialah boleh] memecahkan keinginan [hendak] mengerjakan maksiat dan [dapat] mengerasi atas [kehendak] nafsu[nya] yang sangat [sentiasa] menyuruh [tuannya] dengan [melakukan] kejahatan.

Dan setengah daripada[ faedah]nya [ialah merasa] ringan tubuh [badannya] bagi [menunaikan] sembahyang tahajjud dan [bagi] mengerjakan [amal] ibadah [yang lain] dan [bagi meng]hilang[kan rasa] mengantuk [disebabkan oleh kekenyangannya itu] yang [mana kekenyangannya itu boleh] menegah[kan] ia [akan dirinya] daripada [berterusan untuk melakukan amal] ibadah.

Dan setengah daripada[ faedah]nya [ialah merasa] memada [ia] dengan sedikit daripada [jumlah] harta dunia [yang dimilikinya].

Adapun kenyang itu maka ada padanya beberapa kebinasaan :

Pertama, ketiadaan sedap mengerjaka ibadah.

Kedua, menambah keinginan nafsu.

Ketiga, ketiadaan kasihan akan yang miskin kerana apabila ia kenyang nescaya menyangka ia akan sekalian manusia semua kenyang bersalahan lapar maka ia sebab bagi kasihan belas akan orang miskin.

Dan inilah setengah daripada hikmah wajib puasa.

Dan keempat, lemah daripada mengingat akan ilmu yang memberi manafaat.

Kelima, bahawasanya orang yang sempurna iman itu pergi datang ia kepada masjid dan orang yang banyak kenyang itu lagi datang ia kepada jamban.

Maka jika engkau berkata, sesungguhnya telah jadi kenyang itu adat bagi ku maka betapa aku meninggalkan dia?

Maka dijawab, bahawasanya yang demikian itu muda atas mereka mengkehendaki akan dia dengan beransur-ansur.

Dan iaitu bahawa mengurangi engkau pada tiap-tiap hari daripada makanan engkau yang biasa kadar sesuap hingga mengurangi engkau akan sepinggan di dalam sebulan maka tiada nyata bekas mengurangkan itu pada diri engkau dan jadilah mensedikitkan itu adat engkau.

Dan ketahui oleh mu bahawasanya mensedikitkan makan itu tiga pangkat,

Pertama, pangkat as siddiqin iaitu menyempurnakan atas kadar yang memelihara badannya daripada binasa.

Yang kedua, bahawa terpada ia dengan setengah cupak tiap-tiap hari.

Dan iaitu memenuhi sepertiga perut.

Dan atas yang demikian itu memperbuat oleh Saidina Umar radhiyallahu anhu dan jamaah daripada sahabat kerana adalah makanan mereka itu segantang syair pada tiap-tiap tujuh hari.

Yang ketiga, bahawa memadakan secupak tiap-tiap hari. Dan apabila melebihi akan yang demikian itu maka ia bersekutu akan orang kebanyakan dan masuk di dalam membanyakkan makan.

Adapun mensedikitkan maka dengan ditilik kepada masa maka iaitu tiga pangkat juga :

Yang lebih tingginya bahawa lapar ia tiga hari atau lebih ertinya tiap-tiap tiga hari atau lebih sekali makan.

Maka sesungguhnya adalah Saidina Abu Bakar radhiyallahu anhu lapar ia enam hari.

Dan adapun yang pertengahan bahawa makan ia pada tiap-tiap dua hari dan yang lebih rendah bahawa makan ia tiap-tiap hari sekali.

Adapun mereka yang makan dua kali pada tiap-tiap hari maka tiada ada baginya kelakuan lapar sama sekali dan adalah ia meninggalkan kelebihan lapar.


Tiada ulasan: