Catatan Popular

Sabtu, 16 April 2016

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL YANG KELIMA : PADA MENYATAKAN [TENTANG NIKMATNYA] FARAJ



OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahui[lah] oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya Allah Taala [itu yang telah] menjadikan Ia bagi engkau akan faraj [engkau itu] kerana [untuk] kegunaan [engkau] yang [boleh di]bangsa[kan ia kepada] akhirat iaitu mengadakan akan anak dengan [sebab adanya] dia.

Hadith 16. Sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, berkahwin oleh kamu nescaya kamu mendapat anak-anak maka bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat[-umat terdahulu] pada hari kiamat [nanti]”.

Hadith 17. Dan [daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa telah ber]sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,إِertinya, apabila mati [seseorang] manusia nescaya [ter]putus[lah] oleh amal[ perbuatannya daripada diri]nya [yang sebelum ini bersambung antara amalannya dan dirinya itu ketika dia masih hidup dahulu] melainkan [akan bersambung juga walau seseorang itu telah mati jika ] daripada tiga perkara, pertama [pahala me]waqaf[kan harta pahalanya tetap akan berterusan kepadanya walaupun dia telah, dan kedua ilmu yang diambil manafaat dengan dia, dan ketiga anak yang beriman yang mendoa[kan] baginya”.

Berkata Ibnu Hajar rahimahullahu Taala, “ditulis baginya [yang telah meninggal dunia itu] seumpama segala amal[an] yang baik [sahaja] yang mengerjakan dia oleh anaknya [tetapi] tiada segala amal[an anak-anak]nya yang jahat-jahat. Selesai”.

Demikian[lah] lagi [bahawa telah] menjadikan [oleh] Allah Taala bagi engkau akan faraj [engkau itu adalah] kerana [untuk] kegunaan dunia [engkau] iaitu [antaranya] bersedap-sedap [engkau dan isteri engkau] dengan jimak dan bersuka-suka [engkau] dengan sekalian anak[-anak engkau] yang [engkau] dapat[i dan engkau perolehi] dengan [sebab] jimak itu yang bermula mereka [semuanya] itu [adalah] sebesar-besar segala [nikmat dan] perhiasan [ketika hidup di] dunia [ini].

Kerana firman Allah Taala, ertinya, “bermula harta benda dan sekalian anak itu [adalah] perhiasan hidup dunia”.[Surah Al Kahfi Ayat 46]

Dan firman Nya [lagi],ertinya, “dihiasi bagi manusia akan kasih akan segala keinginan daripada perempuan dan anak-anak”.[Surah Ali Imran Ayat 14]

Bermula mensyukurkan [dengan nikmat faraj] ini [iaitu ianya adalah salah satu daripada] anggota [manusia yang agak penting juga ialah dengan cara] memelihara[nya] daripada yang diharamkan [oleh Allah Taala dan Nabi Muhammad] seperti [menjauhkan diri daripada ber]zina dan [ber]liwat dan mengeluarkan air mani [sendiri se]lain daripada [mengeluarkan air mani sendiri dengan menggunakan] tangan isterinya dan [menggunakan tangan] jariahnya.

Dan [juga hendaklah dia] memelihara[ faraj]nya [itu] daripada [perkara-perkara] yang syubhah seperti [ber]jimak [dengan isterinya sedangkan pernikahan itu samar-samar sahnya kerana pernikahan itu berlaku] pada [per]nikah[an] yang [ter]batal [hukum sahnya pada sisi syarak tetapi disyaratkan pada pernikahan itu iaitu] jika [ber]taqlid ia akan [orang alim] yang berkata [dia] dengan sah [per]nikah[an] itu.

Dan [tetapi] jika tiada [bertaklid ia kepada orang yang alim tentang sah pernikahannya] nescaya adalah ia [melakukan jimak yang] haram [hukumnya dan] bukan [lagi] syubhah.

Telah berfirman Allah Taala pada ketika memuji akan orang yang beriman yang mendapat kemenangan,ertinya, dan sekalian yang memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu kecuali atas sekalian isterinya dan sahaya mereka itu yang perempuan maka bahawasanya mereka tiada dicela”.[Surah Al Mukminun Ayat 5-6]

Dan ketahui[lah] oleh mu bahawasanya tiada sempurna [engkau dalam] memelihara[kan] faraj [engkau] itu melainkan dengan [engkau] memelihara mata [engkau itu] daripada melihat [kepada] perempuan[-perempuan] yang haram dilihat [oleh engkau].

Dan [hendaklah engkau] memelihara hati [engkau] daripada memikirkan rupa [paras mereka] yang elok.

Dan [hendaklah engkau] memelihara perut [engkau] daripada memakan [makanan] yang syubhah.

Dan [hendaklah engkau memelihara perut engkau itu] daripada bersangatan kenyang kerana [bersangatan kenyag] yang [se]demikian itu [akan] menyeru [dan memanggil engkau] kepada [perbuatan ber]zina yang adalah ia [itu] sebesar-besar dosa besar [daripada senarai dosa-dosa besar] dengan ijmak [dan sepakat] ulamak [tentang dosa besarnya] kemudian daripada kufur dan membunuh orang.

Telah berfirman Allah Taala :ertinya, “dan mereka yang tiada mengibadatkan mereka itu serta Allah Taala akan tuhan yang lain [daripada Allah] dan tiada membunuh mereka itu akan nyawa yang mengharamkan Allah Taala akan membunuhnya melainkan dengan sebenar-benarnya dan tiada berzina mereka itu dan barangsiapa mengerjakan akan yang demikian itu nescaya berjumpa[lah mereka]  akan seksa (atau akan celaka di dalam api neraka jahannam) (68). [Akan] digandakan baginya akan seksa pada hari kiamat dan berkekalan[lah] ia padanya [dalam keadaan] dihinakan dia (69). Melainkan mereka yang bertaubat [dan beriman](70)”.[Surah Al Furqan Ayat 68-70]

Dan firman Nya :ertinya, “dan jangan[lah] menghampiri kamu akan zina kerana bahawasanya [ber]zina itu adalah ia maksiat yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan”.[Surah Al Israk Ayat 32]

Ertinya [berzina itu adalah] sejahat-jahat pekerjaan.

Hadith 18. Telah menceritakan oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu,“berkata ia [radhiyallahu anhu], bertanya aku akan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, apa[kah] dosa yang lebih besar pada sisi Allah Taala [jika dibandingkan dengan dosa-dosa lain]? Bersabda ia [sollallahu alaihi wasallam], bahawa engkau jadikan bagi Allah Taala akan yang menyengutui [dan menduai Allah Taala] dan [hendaklah engkau ingat bahawa] IA jua[lah yang telah] menjadikan akan dikau, bersembah aku [lagi], bahawasanya demikian itu sesungguhnya dosa yang sangat besar, bersembah aku [lagi], kemudian apa [lagikah dosa yang lebih besar pada sisi Allah Taala berbanding dengan dosa-dosa yang lain]? Bersabda ia [sollallahu alaihi wasallam], bahawa engkau bunuh anak engkau [kebiasaannya ketika mereka masih kecil lagi] kerana takut engkau bahawa makan ia [be]serta [dengan] engkau [lalu tidak mencukupi engkau akan makanan itu], bersembah aku [lagi], kemudian apa [lagikah dosa yang lebih besar pada sisi Allah Taala berbanding dengan dosa-dosa yang lain]? Bersabda ia [sollallahu alaihi wasallam], bahawa engkau berzina akan perempuan [yang menjadi isteri kepada] orang yang [berjiran dengan engkau dan rumahnya sangat] hampir dengan rumah engkau”.

Tiada ulasan: