Diceritakan dari sesetengah orang-orang soleh,
bahawanya dia berkata:
Ketika saya menjadi majzub
(orang yang tidak menghiraukan dunia), semasa khalwat, dan saya berjanji kepada
Tuhanku tidak akan merasakan makanan selama 40 hari.
Apabila saya berada di
dalam khalwat itu selama 20 hari, saya
sudah tidak tertahan lapar, dan keadaanku sudah tidak keruan lagi. Maka saya
pun keluar dari khalwatku, dan saya terus tidak sedarkan diri hinggalah saya
sampai di pasar.
Ketika saya dalam keadaan
begitu, berlalu dihadapanku seorang fakir, lalu dia memohon kepada Allah satu
paun roti, satu paun daging bakar dan satu paun manisan. Saya merasa hairan
terhadap si fakir ini, dia berlalu dihadapanku, dan dia tidak bertanya sapa
kepadaku. Maka aku berkata di dalam hatiku:
“Si fakir ganjil ini,
betapa dia mencita-citakan makanan yang sedap-sedap ini?! Aku hendak sepotong
roti keras, aku tak dapat?!
Sebentar lagi, saya lihat
dia datang kepadaku, dan ditangannya ada semua yang diminta kepda Allah tadi,
lalu dia pun memberikannya kepadaku, seraya berkata:
“Hai manusia! Tahukah
siapa orang yang ganjil itu? Biarlah aku
yang beritahu kau, iaitu: Orang yang ganjil itu ialah orang keluar dari
khalwatnya kerana mengingini syahwat dunia, dia lalu membatalkan janjinya
dengan Tuhan kerana hendakkan benda-benda yang baik dan mahal-mahal”
Kemudian dia
mengingatkanku lagi: Orang yang hendak menggulung empat puluh hari itu
hendaklah dia menggulungnya sedikit demi sedikit. Lain kali jangan buat lagi”.
Si fakir itu lalu pergi
dari situ, dan sesudah itu saya tidak pernah melihatnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan