Suatu hari Syeikh Fuzdail
memangku anak yang berumur empat tahun. Tanpa disengaja bibir Fuzail menyentuh
pipi anak itu sebagaimana yang sering dilakukan seorang ayah kepada anaknya.
“Apakah ayah cinta
kepadaku?” anak itu bertanya kepada Fuzail.
“Ya,” jawab Fuzail.
“Apakah ayah cinta kepada
Allah?”
“Ya.”
“Berapa banyakkah hati
yang ayah miliki?”
“Satu,” jawab Fudzail.
“Dapatkah ayah mencintai
dua hal dengan satu hati,” anaknya meneruskan pertanyaannya.
Fudzail sedar bahawa yang
berkata-kata itu bukanlah anaknya sendiri. Sesungguhnya kata-kata itu adalah
petunjuk dari Ilahi. Kerana takut dimurkai Allah, Fudzail memukul-mukul
kepalanya sendiri dan memohon ampun kepada-Nya. Ia memutuskan kasih sayang
kepada si anak kemudian dicurahkan kepada Allah semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan