Suatu hari ketika Imam Abu
Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih
terbuka, terdengar oleh beliau suara orang mengeluh dan menangis tersedu-sedu.
Keluhannya mengandungi "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini agaknya
tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari
pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga
seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang
sudi memberikan curahan air walaupun setitik. "
Mendengar keluhan itu Abu
Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusn
untuk diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja Imam Abu Hanifah sampai ke
rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan itu yang berisi wang kepada si
malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa
terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui daripada mana
datangnya lalu dia pun membukanya. Setelah dibuka, alangkah terkejutnya apabila
ia mendapati ada wang dan secebis kertas yang bertulis "Hai, manusia
sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian , kamu tidak perlu mengeluh nasibmu.
Ingatlah kepada kemurahan Allah swt dan cubalah bermohon kepadaNya dengan
bersungguh-sungguh. Jangan berputus asa tetapi teruslah berusaha."
Pada keesokan harinya,
Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan kali berbunyi
:"Ya Allah yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah , sudilah kiranya
memberikan bungkusan seperti kemarin sekadar untuk menyenangkan hidupku yang
melarat ini. Sesungguhnya Jika Tuhan tidak memberi akan lebih sengsaralah
hidupku.
Mendengar keluhan itu,
Imam Abu Hanifah pun melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas
dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang malang tadi
terlalu gembira mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di
dalam bungkusan itu ada secebis kertas lalu membacanya:"Wahai kawan bukan
begitu berdoa tetapi perlu berusaha dan berikhtiar. Perbuatan seperti ini
"malas" namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah swt.
Sungguh tidak redha Allah melihat orang malas dan putus asa, enggan bekerja
untuk keselamatan dirinya. Janganlah berbuat demikian . Hendak senang mesti
suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan tidak mungkin datang sendiri
tanpa dicari atau diusahakan.
Allah tidak akan
perkenankan doa orang yang malas bekerja dan berputus asa. Sebab itu, carilah
pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin
dengan pertolongan Allah swt. Insaallah akan dapat juga pekerjaan itu selama
kamu tidak berputus asa . Kemudian, carilah pekerjaan semoga kamu berjaya
mendapatkan pekerjaan."
Sebaik sahaja dia selesai
membaca surat itu, dia termenung dia termenung dan insaf akan kemalasannya
selama ini. Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari
pekerjaan. Sejak itu, sikapnya telah berubah dan tidak malas lagi serta ingat
pada nasihat yang diberikan oleh Imam Abu Hanifah itu.
Dalam islam, tiada istilah
pengangguran , istilah ini hanyalah digunakan oleh orang yang berfikiran
sempit, islam mengajar untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita "bermalas-malasan".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan