Catatan Popular

Isnin, 26 Oktober 2020

Kisah Pelita Ummu Ahmad Al Qabilah

Ummu Ahmad Al-Qabilah adalah seorang solehah dari Mesir yang sangat taat kepada Allah. Beliau sangat suka berbuat kebajikan untuk orang lain dan tidak pernah mengambil upah semata-mata mengharapkan upah dari Allah. 

Diceritakan bahawa pada suatu malam cuaca sangat sejuk dia ingin menghangatkan suasana. 

"Wahai anakku pasang pelita!" kata Ummu Ahmad.

"Kita tidak punya minyak" jawab anaknya. 

"Tuangkan air ke dalam pelita itu dan sebutlah nama Allah" kata Ummu Ahmad. 

Walaupun kedengaran ganjil dan tidak boleh diterima akal anaknya mengikut arahan ibunya. Dia mengambil air lalu dituangkannya ke dalam pelita. Lalu apabila dipasangkan api ternyata ia menyala tidak ubah seperti diisi dengan minyak. Melihat kejadian itu, anaknya menjadi hairan dan pelik tapi benar. 

 "Wahai ibuku adakah air boleh menyalakan lampu?" tanya anaknya. 

"Tidak! akan tetapi barangsiapa yang taat kepada Allah , dia akan ditaati oleh segala sesuatu" jawab Ummu Ahmad Al-Qabilah . 

*****

Begitu juga dengan kisah Ummu Satl As-Sayyidah Syarifah Al-Misriyah adalah seorang ahli ibadah yang zuhud. Dia adalah isteri kepada salah seorang ulama qiraah besar iaitu Al-Qari' Asy-Asyeikh Abul Jawwad diceritakan bahawa ada yang menyaksikan ular-ular jantan minum air di tangan Ummu Satl dan ular itu tidur dekat kepalanya. 

Tiada ulasan: