Catatan Popular

Selasa, 13 Oktober 2020

Tatkala Kebencian Menjadi Kecintaan

Sejak memeluk Islam, taubat memasuki segala rongga nadi dan hati Ikramah. Setiap hari dia membaca al-Quran, sembahyang dan mengerjakan ibadah lainnya. Pada musim haji, Rasulullah mengangkat Ikramah menjadi ketua pemerintahan di Hawazin.

Namun, Ikramah dapat merasakan kenikmatan iman di samping Rasulullah sebentar sahaja disebabkan beliau kembali ke rahmatullah.

Selepas kewafatan Rasulullah, ramai yang murtad dan mengaku menjadi nabi.

Cerita keislaman berawal dari kebencian Ikramah terhadap Nabi Muhammad yang semakin menebal selepas ayahnya terbunuh dalam Perang Badar. Semasa tentara Islam memasuki kota Mekah, Ikramah dan pasukan tentaranya berazam menewaskan Rasulullah tetapi berjaya dikalahkan oleh pasukan tentera yang dipimpin oleh Khalid bin Walid.

Kerana merasa takut dibunuh oleh tentera Islam yang menakluk Kota Mekah, Ikramah bin Abu Jahal melarikan diri ke Yaman tetapi kedatangannya tidak disenangi oleh penduduk negeri itu.

Kemudian, beliau meminta bantuan daripada raja Habsyah. Dalam pelayaran menuju ke Habsyah, kapal yang dinaikinya dipukul ribut dan hampir karam. Ketika itu, Ikramah bernazar sekiranya terselamat daripada bencana itu, dia kembali ke Mekah menemui Nabi Muhammad.

Akhirnya, dia terselamat daripada bencana itu. Kemudian, Ikramah kembali ke Mekah lalu menemui Nabi Muhammad.

Beliau tertarik melihat keperibadian Nabi Muhammad yang mulia. Rasulullah tidak membenci ataupun membalas dendam kepada Ikramah walaupun dia pemah menyatakan beliau adalah musuh utamanya.

Ikramah kagum dengan keperibadian Rasulullah yang pemaaf dan pengampun. Saat diajak masuk Islam oleh Rasulullah, Ikramah bin Abu Jahal meminta waktu untuk berfikir dahulu kerana tidak mau dituduh masuk Islam kerana takut ataupun dipaksa. Rasulullah pun setuju dengan permintaan Ikramah.

Sampai Akhirnya ia memeluk Islam dan dipilih sebagai pemimpin pasukan tentara untuk perang ke Yamamah yang dilantik oleh Khalifah Abu Bakar.

Di sana, lkramah memperlihatkan kehebatannya dengan kemurnian iman, dengan memberikan ajaran selayaknya kepada kaum Bani Hanifah. Sekembalinya dari Yamamah, Ikramah meneruskan perjuangan ke Maharah dan di sana juga dia memberi pengajaran kepada kaum yang murtad. Hingga akhirnya gerakan pembersihan kepada kaum murtad selesai.

Tiada ulasan: