Catatan Popular

Selasa, 29 Mac 2016

KITAB PENAWAR BAGI HATI FASAL YANG KEEMPAT: PADA MENYATAKAN [TENTANG NIKMATNYA] PERUT



OLEH : ASY SYEIKH ABDUL QODIR BIN ABDUL MUTTOLIB  AL INDONISI AL MANDILI (ULAMA DAN GURU MASJIDIL HARAM MEKAH)

Ketahuilah oleh mu [wahai saudara-saudara ku sekelian] bahawasanya Allah Taala [yang telah] menjadikan Ia bagi engkau akan perut [engkau itu] kerana [ianya mempunyai] beberapa faedah yang [boleh di]bangsa[kan kepada] agama dan [mempunyai] beberapa faedah yang [boleh di]bangsa[kan kepada] dunia.



FAEDAH PERUT YANG DIBANGSAKAN KEPADA AGAMA

Adapun faedahnya yang [boleh di]bangsa[kan kepada] agama maka [dapatlah] memberi[kan] oleh perut [engkau] itu akan segala [keperluan untuk tubuh] badan [engkau seperti] akan [memberikan] bantuan [kepada tubuh badan engkau] daripada [segala] yang berubah di dalamnya [seperti contohnya perut engkau dapat menukarkan] daripada makanan [yang engkau makan] kepada darah dan kepada air mani yang dengan dia [engkau akan] mendapat[kan] anak dan berkekalan[lah dunia ini didiami] oleh [beberapa generasi] manusia [hingga ke hari kiamat].

Maka dengan [selamat] sejahtera[nya] segala anggota perut [engkau] (seperti jantung dan limpa dan paru-paru dan perut besar) [maka akan selamat] sejahtera[lah baki anggota lain] yang tinggal daripada segala badan daripada segala penyakit yang menegah[kan anggota badan] daripada menunaikan segala ibadah dengan sempurna.

Dan adapun faedahnya yang [di]bangsa[kan kepada] dunia maka [perut engkau dapat] menyempurnakan kesedapan segala makanan [yang engkau makan] dan [segala] minuman [yang engkau minum] dan jimak [engkau dengan isteri engkau] kerana ketiga-tiganya itu adalah ia pada ketika sihat[nya] perut.


BERSYUKUR DENGAN NIKMAT PERUT

Dan bermula [cara untuk] mensyukurkan nikmat perut ini [ialah dengan cara] memeliharanya daripada [makan] makanan yang haram dan [makan makanan] yang syubhah.

[Dan makna syubha itu] ertinya yang tiada diyakinkan [di dalam diri seseorang] akan halalnya dan tiada diyakinkan [di dalam dirinya] akan haramnya [bahkan dia ragu-ragu adakah ianya halal atau haram].

Dan [begitu juga cara untuk bersyukur dengan nikmat perut itu ialah dengan cara] memeliharanya daripada [makan makanan sehingga] bersangatan kenyang.


SEBAB DILARANG MAKAN MAKANAN YANG HARAM DAN SHUBHAH

Dan hendaklah bersungguh-sungguh engkau [dalam] memelihara perut [engkau] itu daripada [memasukkan sesuatu] yang haram [ke dalam perut engkau itu] dan [juga memelihara perut engkau itu daripada memasukkan sesuatu] yang syubhah kerana [disebabkan oleh adanya] tiga perkara,

Pertama, [hendaklah engkau bersungguh-sungguh memelihara perut engkau itu] kerana takut[lah engkau] daripada [mendapat engkau akan] seksa api neraka [di hari akhirat nanti].

Telah berfirman Allah Taala,ertinya, bahawasanya sekalian mereka yang makan mereka itu [akan] harta anak yatim kerana [hendak berlaku] zalim [terhadap anak yatim itu maka] hanyasanya makan mereka itu [dan memasukkan mereka itu] di dalam perut mereka itu akan [sesuatu yang menjadi] sebab bagi [masuknya mereka itu ke dalam] api neraka [dan] selagi akan masuk mereka itu ke dalam api neraka yang bernyala-nyala”.[Surah An Nisa Ayat 10]

Hadith 11. Dan sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “tiada masuk ke dalam syurga [sesuatu] daging yang tumbuh [ia] daripada [hasil makan] makanan yang haram”.

Hadith 12. Dan [dari Ka’ab Ibnu ‘Ujroh radhiyallahu anhu bahawa ber]sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, tiap-tiap daging yang tumbuh [ia] daripada [hasil makan] makanan yang haram maka api neraka itu [adalah] lebih utama dengan dia [untuk memasuki]nya”.

Hadith 13. Dan [dari An Nu’man Ibnu Basyir radhiyallahu anhu bahawa ber]sabda Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam,ertinya, “maka barangsiapa [yang] memelihara dirinya daripada segala [perkara] yang syubhah maka sesungguhnya telah menuntut bersih ia akan agamanya dan dirinya”.

Yang kedua, bahawasanya [sesiapa] yang makan akan makanan yang haram dan [makan akan makanan] yang syubhah itu [maka] tiada [akan] diberi[kan] petunjuk akan dia kepada [rajin mengerjakan] ibadah.

Kerana tiada patut bagi [seseorang yang ingin] mengerjakan ibadah itu melainkan [hendaklah seseorang itu seseorang] yang suci daripada segala kekotoran samada [ke]kotoran yang dapat dilihat dengan mata [kasar] seperti najis [tahi dan air kencing] atau [suci ia daripada segala ke]kotoran yang tiada dapat dilihat [dengan mata kasarnya] seperti [suci ia daripada] hadath kecil dan hadath besar dan [juga suci ia daripada] makan [makanan] yang haram dan [makan makanan] yang syubhah.

Yang ketiga, bahawasanya [seseorang] yang makan akan makanan yang haram dan [makan akan makanan] yang syubhah itu [akan] ditegahkan akan dia daripada [rajin] mengerjakan kebajikan.

Dan jika[lau lah] mengerjakan ia akan dia [sekalipun] nescaya tiada diterima daripada[ ibadah]nya [itu] dan tiada ada bagi[ ibadah]nya [itu] melainkan penat [lelah mengerjakannya] jua [dan sia-sia sahaja amal ibadahnya itu].

Hadith 14. [Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa ber]sabda Nabi [Muhammad] sallallahu alaihi wasallam :ertinya, beberapa banyak daripada yang [menunaikan] sembahyang malam [tetapi] tiada ada baginya daripada sembahyang[ yang ditunaikan]nya [itu] melainkan [hanya yang dia dapat ialah] berjaga [malam sahaja tanpa pahala] dan beberapa banyak daripada [orang] yang [ber]puasa [tetapi] tiada ada baginya daripada puasanya melainkan [hanya yang dia dapat ialah] lapar dan dahaga [sahaja tanpa pahala]”.

Hadith 15. Diceritakan daripada [Abu Yahya Al Qattat daripada Mujahid daripada] Ibnu ‘Abbas radhiyallahu anhuma :ertinya, tiada menerima [oleh] Allah Taala akan sembahyang seseorang yang ada di dalam perutnya [sesuatu] yang haram”.


SEBAB DILARANG MAKAN MAKANAN HINGGA BERSANGATAN KENYANG

Adapun [makan akan makanan sehingga] bersangatan kenyang maka hanyasanya dituntut [dan diminta] daripada menjauhkannya kerana beberapa perkara,

Pertama, kerana bahawasanya banyak makan itu [sehingga bersangatan kenyang adalah menjadi salah satu] sebab bagi [menjadi] keras[nya] hati [seseorang itu].

Yang kedua, bahawasanya pada banyak makan itu [sehingga bersangatan kenyang akan] membangkitkan segala anggota [dan memberikan semangat kepadanya] pada [melakukan perkara-perkara] yang sia-sia dan pada [mudahnya rasa hendak melakukan] kejahatan.

Dan ketiga, [p]ada [sifat suka] menbanyakkan makan [makanan sehingga bersangatan kenyang] itu [boleh] membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab bagi [menjadi] sedikit [ke]faham[an] dan [kurang] pengetahuan [kerana penuh dengan makanan].

Dan yang keempat, bahawasanya banyak makan [sehingga bersangatan kenyang] itu [menjadi] sebab bagi sedikit [kemahuan hendak ber]ibadah kerana bahawasanya manusia itu apabila membanyakkan ia akan makan [makanan] nescaya berat[lah] badannya [dengan makanan itu] dan mengantuk[lah] matanya [kerana ruang-ruang kosong telah dipenuhi oleh makanan].

Dan yang kelima, bahawasanya membanyakkan makan [makanan sehingga bersangatan kenyang] itu [adalah menjadi] sebab bagi ketiadaan [rasa] sedap [dan hilangnya kemanisan ketika] mengerjakan ibadah.

Dan yang keenam, bahawasanya pada membanyakkan makan [makanan sehingga bersangatan kenyang] itu ditakuti [akan ter]jatuh kepada ]perkara] yang haram dan [jatuh kepada perkara] yang syubah.

Dan yang ketujuh, bahawasanya pada [makan makanan sehingga bersangatan kenyang]nya [itu akan] menyusahkan hati[nya] dan mempenatkan badan[nya] pada mencari[ bahan-bahan untuk memasak]nya dan mensediakannya dan memakannya dan melepaskan[nya] daripada [ke]mudharat[an]nya.

Dan yang kelapan, bahawasanya membanyakkan makan [makanan sehingga bersangatan kenyang] itu [adalah menjadi] sebab bagi bersangatan sakit mati kerana kesakitan [ketika hendak mati] dan kesusahan [ketika hendak melepaskan kematian] itu [berkait rapat dengan] sekadar [mana] kesedapan [yang dikecapi di] dunia.

Yang kesembilan, bahawasanya pada[ mambanyakkan makan makanan sehingga bersangatan kenyang]nya [itu akan] mengurangkan pahala akhirat.

Dan yang kesepuluh, bahawasanya pada[ membanyakkan makan makanan sehingga bersangatan kenyang]nya [itu akan membanyakkan] hisab [amal perbuatannya] pada hari kiamat [nanti].

Telah menyebut akan sepuluh perkara ini oleh Imam Al Ghazali di dalam “Minhajul Abidin”.

Hadith 16. Telah datang beberapa hadith Nabi [Muhammad] sollallahu alaihi wasallam pada mencela akan kenyang setengah daripadanya :ertinya, bermula orang yang sempurna iman [itu maka] memakan ia [akan makanannya] pada satu perut [sahaja] dan orang yang kafir [pula] makan ia [akan makanan] pada tujuh perut[nya], memada[lah] akan anak cucu Adam [dengan] beberapa suap[an daripada makanan] yang [bertujuan untuk] membetulkan akan tulang belakangnya [supaya mudah untuk beribadah kepada Allah Taala], [tetapi] jika ada ia menuntut [supaya di]tambah[kan akan makanan] dan tak dapat tiada [dia] daripada [keinginan hendak] menambah[kan suapan makanan ke dalam perutnya] maka sepatutnya sepertiga [daripada satu perutnya itu disediakan] bagi [ruang untuk mengisi] makanan dan sepertiga [daripada satu perutnya itu disediakan] bagi [mengisi] minuman dan sepertiga [lagi daripada satu perutnya itu disediakan] bagi mengeluarkan [per]nafas[sannya]”.

Tiada ulasan: