Catatan Popular

Ahad, 24 November 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (32). Huraian kalimah

Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

157. Soal: Apakah ma'na kalimah pada hakikatnya?

Jawab: Ma'na kalimah itu pada hakikatnya Ertinya,tiada yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lain-Nya dan berkehandak kepada-Nya oleh tiap-tiap barang Yang lain-Nya melainkan Allah Taala yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lain-Nya dan berkehandak kepada-Nya tiap-tiap barang yang lain-nya.


158. Soal: Berapa martabat orang yang mengata kalimah
Jawab: Orang yang mengata kalimah itu ada tiga martabat.
Pertama martabat orang mubtadi. Kedua martabat orang mutawassit. Ketiga martabat orang muntahi.

159. Soal. Mana perbezaan tiga orang itu?
Jawab. Orang mubtadi (permulaan) itu ialah orang yang memandang daripadanya kepada Allah dan ma'na kepadanya ya'ni tiada yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah. Martabat ini syirik semata-mata. Martabat orang mutawassit (pertengahan) ialah orang memandang daripada Allah kepadanya, dan ma'na kepadanya ya'ni tiada dituntut dengan sebenarnya melainkan Allah. Martabat ini syirik ia tetapi halus syiriknya daripada martabat orang mubtadi kerana wujud (memperakui ada dirinya), sabda Nabi Salla Allah 'alaihi wasallam(?)Bermula wujudmu itu dosa tiada kias baginya bagi lainnya. Martabat orang muntahi (kesudahan) ialah orang yang memandang daripada Allah kepada Allah, dan ma'na kepadanya Ya'ni tiada maujud dalam ilmu dengan sebenarnya melainkan Allah.
Martabat ini yang lepas daripada halus syirik. Inilah yang dituntut.
160 Soal: Apakah janjian kalimah itu?
Jawab: Janjian kalimah itu ada mengandungi nafi (tiada) dan ithbat (ada) dan tiada bercerai tiada bersekutu apa?.         
161 Soal: Kalimah itu isyarat kepada apa, dan kalimah itu isyarat kepada
Jawab. Kalimah itu isyarat kepada wujud makhluk, dan kalimah itu isyarat kepada wujud yang qadim.   
162 Soal. Bagaimana cara memasukkan iman, islam, tauhid, ma'rifat ke dalam kalimah?
Jawab: Iman, islam, tauhid, ma'rifat dibahagi kepada dua bahagi kerana tiada sah Islam itu melainkan dengan iman, tiada sah iman itu melainkan dengan ma'rifat.
Kalimah itu kalimah tauhid, dan kalimah itu kalimah ma'rifat.     
163 Soal: Apa yang dinafikan dengan kalimah dan apa yang diithbatkan dengan kalimah kerana kita sudah yakin Allah Ta'ala itu Esa dengan dalil dan burhan baharu sekalian alam. Jikalau tiada esa Allah Ta'ala nescaya tiada diperolehi suatu daripada alam. Dan lagi firman Allah Ta'ala dan lagi firman Allah Ta'ala sekarang apa jua yang dinafikan dengan kalimah itu?
Jawab: Adapun nafi itu atas tiga martabat. Pertama, nafi martabat mubtadi; kedua, nafi martabat orang mutawassit; ketiga, nafi martabat orang muntahi.


164 Soal: Mana perbezaan antara tiga martabat itu?
Jawab: Pertama, nafi kepada orang mubtadi itu iaitu menafikan yang bersifat ketuhanan yang lain daripada Allah ta'ala, maka nafi ini nyata batilnya kerana menafikan barang yang tiada yang mustahil wuj'ud (ada)nya. Barang yang tiada itu tiada berkehandak kepada nafi kerana sudahpun nafi (tiada). Ini (meniadakan yang sudah tiada) tahsil al-hasil namanya. Maka tiada faedah nafinya. Ada pehak yang mengatakan bahawa yang dinafikan itu ialah tuhan yang difardhukan (tuhan yang diandaikan ada). Kerja penafian seperti ini sangatlah batilnya dan jikalau ada akalnya seberat zarah sekalipun' (?) kerana mafhum takdir (andaian) itu berdiri pada tempat yang Maujud (ada). Sedangkan yang Maujud itu tiada menenima nafi. Jikalau tiada sekali-kali tuhan takdir itu, nescaya tiada berkehandak kepada nafi kerana sudah sedia nafi, maka jadi tahsil al-hasil. Jadi tiada faedah nafinya dan tiada faedah mengata kalimah musyarrafah (mulia) itu kerana yang di-maksudkan isinya bukan kulitnya. Lagipun pada nafi ini pada mafhumnya bercerai nafi (tiada) dengan ithbat (ada), dan adaJah Janjian kalimah. Ini mengandungi nafi dan ithbat. Maka tatakala itu, tak dapat tiada nafi itu mengandungi ithbat dan ithbat itu mengandungi nafi, tiada bercerai dan tiada bersekutu seperti sabda Nabi Salla Allah 'alalhi wasallam Tiada bercerai antara nafi dan ithbat dan sesiapa ceraikan antara keduanya maka orang itu kafir.
Kedua, nafi orang martabat mutawassit iaitu menafikan syak dan waham berdiri pada sifat ketuhanan itu pada makhluk, seperti sangka kebanyakan orang awam ada bagi makhluk itu memerentah seperti raja-raja, lalu disangkanya kepada makhluk itu ada (boleh) mendatangkan kebajikan dan kejahatan, hingga dipujinya orang yang mendatangkan kebaikan itu kepadanya, dan benci orang yang mendatangkan kejahatan kepadanya. Syak sangka itulah yang dinafikan. Kerana tiada sekali-kali fi'l (perbuatan) kelakuan Allah Ta'ala yang berlaku pada sisi makhluk. Itulah yang vvajib diithbatkan sifat ketuhanan itu kepada Allah Ta'ala supaya hilang syak waham itu. Inilah erti nafi mengandungi ithbat dan ithbat mengandungi nafi tiada bercerai tiada bersekutu pada kalimah lah nafi yang dipegangi oleh orang mutawassit.
Ketiga, nafi orang muntahi iaitu menafikan wuiudnva (makhluk) seperti katanya Ertinya, tiada yang maujud, tiada yang hidup, tiada yang tahu, tiada yang berkuasa, tiada yang berkehandak, tiada yang mendengar, tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata dalam alam pada hakikatnya melainkan Allah Ta'ala. Hanya sifat yang zahir pada makhluk tempat zahir sifat Tuhan kepada hamba, seperti wujud kita ini (adalah) bayang-bayang bagi wujud Allah Ta'ala. Mustahil bayang-bayang berdiri sendirinya (tanpa) wujud (yang) empunya bayang-bayang (yang ampunya bayang-bayang itulah yang dimaksudkan dengan) wujud Allah Ta'ala. Mustahil bergerak bayang-bayang (makhluk) dengan tiada bergerak ampunya bayang-bayang (Allah). Mithal ini kerana (hendak) menghampirkan faham, bermula Allah Ta'ala maha suci daripada mithal dan tasybih. Ertinya, diibaratkan bayang-bayang itu yang betul tempat zahirnya jua seperti firman Allah Ta'ala "Hanya Aku jadikan sesuatu itu kerana hendak mengenal engkau akan daku dalam tiap-tiap suatu Aku yang menjadikan tiap-tiap suatu". (Ini bukan ayat Qur'an tetapi terjemahan atau maksud yang orang sufi kata hadith qudsi tetapi tiada diakui oleh ahli hadith bahawa ini hadith sahih berbunyi Maka fana'kanlah hai insan wujudmu dalam wujud Allah, fanakan segala sifatmu dalam sifat Allah, ialah Allah Ta'ala yang hidup dalam dirimu, yang tahu dalam ilmumu, yang kuasa dalam tulangmu, yang berkehandak pada nafsumu, yang mendengar pada telingamu, yang melihat pada matamu, dan yang berkata-kata pada lidahmu. Maka tatakala itu lepas (lah) engkau daripada syirik. Sebab terdinding kita kepada Allah ta'ala (ialah) dengan sebab sangka dan waham kita disangka kita yang punya ikhtiar dan punya perbuatan. Syak sangka itulah yang wajib kita nafikan pada kalimah kerana tiada sekali-kali kita punya perbuatan dan punya ikhtiar (tetapi) hanya Allah ta'ala yang berlaku pada hamba semata. Inilah isyarat Nabi Salla Allah 'alaihi wasallam. Ya'ni, matilah kamu sebelum mati kamu, ya'ni mati ikhtiar. (Kata ibn Hajar, hadith ini tidak thabit).

165 Soal: Apa perbezaan di antara orang mutawassit dengan orang muntahi?
Jawab: Orang mutawassit itu ada syiriknya, tetapi halus syiriknya daripada orang mubtadi kerana ada wujudnya. Manakala orang muntahi terlepas daripada syirik halus, (dia) hanya memandang daripada Allah kepada Allah, tiada memandang bagi dirinya amal. hanya apabila beramal, ia ditilik dalam hatinya akan amal itu (ertinya) daripada Allah, dengan Allah, bagi Allah.



166 Soal: Apakah perbezaan di antara zikir dengan zikir dan yang mana terlebih afdal?
Jawab: Zikir itu zikir orang syari'at. Adapun zikir itu bagi maqam hakikat. Zikir kalimahdi itu terlebih afdhal daripada (bagi?) orang mubtadi kerana menapikan syak sangka itulah yang dinafikan dengan kalimah dan diithbatkan sifat ketuhanan itu kepada (dengan) kalimah supaya hilang syak sangka yang batil itu. Adapun zikir kalimah itu terlebih afdhal kepada orang hakikat hanya tiada syak sangka sekali-kali berdiri sifat ketuhanan pada makhluk hanya dipandangnya tiada maujud di dalam alam ini hanya ingat akan dzat semata-mata yang ia-Nya Yang tiada umpama-Nya satu jua dalam. Bermula orang; hakikat itu tiada berkehandak mengata kalimah (syahadat) kerana bahawasanya Allah Ta'ala itu hadir dalam hatinya senentiasa (maka) malu menyebut dia dengan sebenarnya melainkan Allah, maka merekalah yang syirik kerana mensyirikan (mengsekutukan) Allah dengan hamba sehingga "hamba" tidak ada, yang ada hanya Allah, iaitu i'tiqad kaum wahdat al-wujud.

Tiada ulasan: