Catatan Popular

Ahad, 24 November 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (37 Jenis manusia yang masuk syurga dan masuk neraka.

Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui
  1. Soal: Berapa jenis manusia yang diharamkan Allah masuk syurga?
    Jawab: Orang yang diharamkan masuk syurga itu ada, empat jenis. Pertama orang yang durhaka kepada dua ibu bapa; kedua, orang jadi alan-alan (?) zina; ketiga, orang yang minum arak; keempat, orang yang jahat perangainya, keji lidahnya, menyakitkan hati orang sekampung, masam mukanya, dan bakhil tangannya
  2. Soal: Berapa perkara awal-awal manusia masuk neraka?
    Jawab: Empat perkara: Pertama, orang qari kerana hendak dipuji akan qarinya; kedua, orang yang murah kerana hendak dipuji akan murahnya; ketiga, orang perang sabil kerana hendak dipuji akan beraninya; keempat, raja-raja yang zalim akan orang di bawah perentahnya.

Tiada ulasan: