Catatan Popular

Isnin, 25 November 2013

PENCEMARAN TAUHID KITA (4) : MENGAGGAP KESATUAN WUJUD ANTARA ALLAH DAN MAKHLUK

Jika sebelum ini kita membicarakan teori yang mengatakan kewujudan semua makhluk adalah hasil evolusi daripada satu sel, maka di sini kita akan bicarakan

pula teori yang mengatakan yang wujud hanya Allah sementara kewujudan selain Allah hanyalah prespektif manusia terhadap kewujudan sebenar, iaitu wujud Allah.

Fahaman ini dikenali sebagai Wahdah al-Wujud atau kesatuan wujud antara Allah dan makhluk (Oneness of Being).

Fahaman ini berasal daripada agama-agama lain, termasuk pemikiran beberapa ahli falsafah Yunani lama. Lalu ia diambil oleh beberapa individu Islam dan diislamkan dengan solekan beberapa ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sehingga menjadilah ia “Fahaman versi Islam”.

 
 Lazimnya fahaman Wahdah al-Wujud disandarkan kepada ilmu

tasawuf. Pada analisa saya, fahaman ini pada masa kini tidak sahaja

dipegang oleh sebahagian ahli tasawuf tetapi juga oleh sebahagian ahli

 
“Fahaman versi Islam” mendakwa: Apa yang selama ini dianggap wujud oleh manusia sebenarnya hanyalah satu prespektif yang dibentuk oleh deria-derianya seperti pandangan, pendengaran, bau, rasa, sentuhan, pengetahuan dan sebagainya. Prespektif ini muncul kerana manusia pada kebiasaannya tidak mampu untuk menjangkau sesuatu yang melebihi apa yang dapat dijangkau oleh deria-derianya. Jika mereka berjaya menjangkauinya, mereka akan menembusi ke satu alam yang berbeza daripada apa yang selama ini dibentuk oleh deria-deria mereka. Dari penembusan tersebut, mereka akan sedar bahawa apa yang selama ini dianggap wujud sebenarnya tidak wujud. Akan tetapi yang wujud ialah Allah sahaja. Setelah mengetahui akan hakikat ini, maka

seseorang itu akan mencapai kemurnian tauhid yang sebenar, iaitu tidak ada apa-apa jua melainkan Allah. fikir, teologis dan lain-lain yang tiada kaitan dengan ilmu atau tareqat

tasawuf. Adapun fahaman Wahdah al-Wujud dalam ilmu tasawuf, tidak

semuanya adalah tercela Dengan itu juga manusia tidak perlu beribadah dan melaksanakan perintah larangan Allah. Ini kerana jika yang wujud hanya Allah, maka wujud manusia adalah sebahagian daripada wujud Allah. Oleh itu segala ibadah

dan perintah larangan dinilai sifar kerana Allah tidak perlu beribadah kepada Allah dan Allah tidak diperintah atau dilarang oleh Allah. Ganjaran syurga dan azab

neraka juga menjadi sifar kerana ia tidak lain adalah Allah jua.

 

Jelas bahawa fahaman Wahdah al-Wujud menyelisihi seluruh risalah tauhid dan syari‘at Islam. Ini kerana:

 

1. Risalah tauhid yang ditetapkan oleh Allah ialah

“Tiada Tuhan melainkan Allah” dan bukannya

“Tiada apa-apa jua melainkan Allah.” Apabila

dikatakan “Tidak ada apa-apa jua melainkan Allah”,

bererti menyatukan segala sesuatu dengan Allah.

Ini bukanlah pemurniaan tauhid tetapi pencemaran

besar-besaran terhadap tauhid. Malah ini lebih

buruk daripada teori Trinity yang dipegang oleh

kaum Kristian. Sebabnya, teori Trinity hanya

menyatukan 3 perkara dalam Tuhan manakala teori

Wahdah al-Wujud menyatukan segala-galanya

dalam Tuhan.

 
2. Teori Wahdah al-Wujud mensia-siakan sifat Allah.

Ini kerana dengan sifat-sifat-Nya-lah Allah

mencipta makhluk (al-Khaliq), mengasihinya (al-

Rahman), memberi rezeki (al-Razzaq) dan pelbagai

lagi. Jika dikatakan tidak ada yang wujud

melainkan wujud Allah, maka segala sifat Allah

menjadi sia-sia kerana ia selama ini ditujukan

kepada sesuatu yang tidak wujud. Sifat al-Khaliq

adalah sia-sia kerana Allah sebenarnya tidak

mencipta apa-apa, Sifat al-Rahman adalah sia-sia

kerana Allah sebenarnya tidak mengasihi apa-apa.

Sifat al-Razzaq adalah sia-sia kerana Allah tidak

memberi rezeki kepada apa-apa. Maha Suci Allah

daripada teori Wahdah al-Wujud ini.

 

3. Allah juga mengajar manusia untuk mengenal-Nya

dengan memerhatikan kewujudan makhluk ciptaan-

Nya, bukan bersatu dengan-Nya dengan menafikan

kewujudan makhluk ciptaan-Nya. Oleh kerana itu

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah

bersabda:

 

تَفَكَّرُوا فِي خَلْقِ اللهِ، وَلاَ تَفَكَّرُوا فِي اللهِ.

Berfikirlah tentang ciptaan Allah dan

janganlah berfikir tentang Allah.

 

4. Allah juga mengutus para Rasul, termasuk

Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam untuk

mengajar manusia syari‘at Islam. Maka yang

dituntut ialah mentaati syari‘at Islam dan bukan

menyatu dengan syari‘at Islam sehingga

menjadikan ia sifar (saling membatalkan antara

satu sama lain).

Dari sini jelas juga bahawa fahaman Wahdah al-

Wujud adalah salah satu penipuan syaitan bagi

menyesatkan manusia daripada mentauhidkan Allah dan

daripada melaksanakan syari‘at-Nya. Adapun yang

disebut-sebut sebagai penembusan ke “alam baru” yang

bebas daripada prespektif deria, ia tidak lain adalah alam

syaitaniyah yang lebih canggih daripada alam sebelumnya.

Malah boleh dikatakan bahawa fahaman Wahdah al-Wujud

adalah kejayaan syaitan yang terbesar dalam

menyesatkan manusia. Sebabnya, fahaman Wahdah al-

Wujud berjaya menafikan manusia daripada mentauhidkan

Allah dan melaksanakan syari‘at-Nya. Ini adalah kejayaan

“dua dalam satu” bagi syaitan.

Mereka yang mempercayai fahaman Wahdah al-

Wujud lazimnya akan mengemukakan beberapa dalil

daripada al-Qur’an dan al-Sunnah untuk membenarkan.

Berikut dianalisa tiga dalil mereka yang paling masyhur:

 

Pertama:

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

 

Allah adalah cahaya langit dan bumi. [al-Nur 24:35]

 

Penegak fahaman Wahdah al-Wujud mendakwa

bahawa banyak ahli sains, khasnya ahli fizik

(physicist) masa kini telah menemui bahawa yang

sebenarnya wujud dalam alam ini ialah gelombang

cahaya (light waves). Gelombang cahaya inilah

dengan segala ciri-cirinya yang menakjubkan,

membentuk atom-atom yang membentuk objek

dan makhluk. Maka apa yang ditemui oleh para ahli

sains ini sebenarnya membuktikan bahawa yang

sebenarnya wujud hanyalah Allah kerana Allah

telah berfirman:

 
 Allah adalah cahaya langit dan

bumi. [al-Nur 24:35]7

 Allah Subhanahu wa Ta'ala bukanlah cahaya kerana

Allah tidak menyerupai apa jua yang wujud di alam

ini. Allah menegaskan: 

Dan tidak ada apa jua yang serupa dengan-

Nya.” [al-Ikhlas 112:1-4]
 

Akan tetapi cahaya merupakan salah satu sifat

Allah. Hasil daripada sifat cahaya inilah Allah

memberi cahaya keterangan kepada alam ini dan

cahaya petunjuk kepada hamba-hamba-Nya yang

mencarinya. 

Ini sebagaimana al-Khaliq (Maha Mencipta) adalah

salah satu daripada sifat Allah di mana hasil

daripada sifat ini Allah mencipta segala yang ada,

seperti bumi ini. Akan tetapi bumi ini bukanlah

Allah, ia hanya hasil daripada ciptaan Allah.

Demikian juga, al-Rahman (Maha Menyayangi)

adalah salah satu daripada sifat Allah di mana hasil

daripada sifat ini Allah mengasihi segala makhluk-

Nya. Akan tetapi makhluk yang dikasihi itu

bukanlah Allah, mereka hanya merasa hasil

Lebih lanjut rujuk al-Asma al-Husna oleh Umar Sulaiman al-

daripada kasih sayang Allah.

 

Adapun penemuan para ahli sains bahawa yang

sebenarnya wujud dalam alam ini ialah gelombang

cahaya, maka gelombang cahaya tersebut adalah

salah satu hasil daripada cahaya Allah. Malah ia

mungkin adalah salah satu ciptaan Allah jua

sebagai al-Khaliq. Gelombang cahaya tersebut

bukanlah Allah tetapi membuktikan kewujudan

Allah. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala sedia

meletakkan tanda-tanda-Nya di seluruh alam yang

dengan itu manusia akan menemui bukti

kewujudan-Nya:


Kami akan perlihatkan kepada mereka tandatanda

kekuasaan Kami di merata-rata tempat

(dalam alam yang luas ini) dan pada diri

mereka sendiri, sehingga ternyata jelas

kepada mereka bahawa Al-Quran adalah

benar. Belumkah ternyata kepada mereka

kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi

mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan

menyaksikan tiap-tiap sesuatu?

 [al-Fussilat 41:53]
 

Kedua:

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
 

Dia-lah (Allah) Yang Awal dan Yang Akhir dan

Yang Zahir serta Yang Batin. [al-Hadid 57:03]

 
Penegak fahaman Wahdah al-Wujud mendakwa

ayat di atas membuktikan bahawa Allah adalah

segala-galanya. Justeru tidak wujud apa jua

melainkan wujud Allah.
 

Maksud sebenar ayat di atas telah dijelaskan oleh

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: 


Ya Allah! Engkau-lah yang Awal yang tiada

sesuatu jua sebelum Engkau, Engkau-lah yang

Akhir yang tiada sesuatu jua selepas Engkau,

Engkau-lah yang Zahir yang tiada sesuatu jua

di atas Engkau dan Engkau-lah yang Batin

yang tiada sesuatu jua di bawah Engkau.
 

Ayat di atas dan hadis yang menjelaskannya

menunjukkan bahawa al-Awal, al-Akhir, al-Zahir

dan al-Batin adalah sifat-sifat Allah Subhanahu wa

Ta‘ala: 

1. al-Awal bermaksud keberadaan Allah yang

pertama sebelum segala sesuatu tanpa Dia

sendiri memiliki permulaan.

2. al-Akhir bermaksud keberadaan Allah yang

terakhir setelah segala sesuatu tanpa Dia

sendiri memiliki pengakhiran.

3. al-Zahir bermaksud kebesaran Allah dalam

mencipta segala ciptaan-Nya, dimana tidak ada

apa jua yang mampu menandingi kebesaran

tersebut.

4. al-Batin bermaksud kehalusan Allah dalam

mengurusi segala ciptaan-Nya, dimana tidak

ada apa jua yang mampu menandingi kehalusan

tersebut.

Ayat ketiga surah al-Hadid di atas tidak

menunjukkan bahawa segala sesuatu adalah Allah,

tetapi keunggulan Allah berbanding segala sesuatu.

Malah ayat ini membuktikan bahawa tiada apa-apa

yang dapat bersatu dengan Allah kerana Allah

mengungguli segala-galanya.

 

Ketiga:

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu

berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya

Aku hendak menciptakan manusia dari tanah

liat yang kering, yang berasal dari tanah

kental yang berubah warna dan baunya.

Kemudian apabila Aku sempurnakan

kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh-

Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”

[al-Hijr 15:28-29]
 

Menurut para penegak fahaman Wahdah al-Wujud,

apabila Allah meniup roh-Nya ke dalam manusia,

bererti Allah wujud di dalam manusia. Lebih jauh,

ayat ini menunjukkan bahawa setiap ciptaan Allah

memiliki “sebahagian” daripada Allah di dalamnya.

Oleh itu yang sebenarnya wujud ialah Allah.
 

Apabila Allah meniup roh-Nya ke dalam manusia

yang dicipta-Nya, roh tersebut bukanlah

sebahagian daripada Allah. Ini kerana Allah tidak

memiliki roh. Akan tetapi yang sebenarnya ditiup

ialah roh ciptaan-Nya.

Sebagai contoh, apabila seorang pereka fesyen

memberi baju ciptaan terbarunya kepada pihak

majalah, dia berkata: “Nah! Inilah baju terbaru

aku.” Kata-kata ini tidaklah bererti baju tersebut

adalah sebahagian daripada pereka fesyen akan

tetapi bererti baju tersebut adalah ciptaan dia.
 

Demikian juga, apabila Allah berfirman: “Aku

tiupkan padanya roh-Ku”, ia tidaklah bererti roh

tersebut adalah sebahagian daripada Allah tetapi

bererti roh tersebut adalah ciptaan Allah.

Demikian tiga ayat yang lazim digunakan untuk

membenarkan fahaman Wahdah al-Wujud. Ada beberapa

lagi ayat al-Qur’an dan hadis yang lazim digunakan. Akan

tetapi dengan sedikit penelitian yang mudah, akan didapati

bahawa ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut tidak ada

kaitan langsung dengan fahaman Wahdah al-Wujud.

Perkara penting yang perlu diperhatikan oleh para

pembaca sekalian adalah, fahaman Wahdah al-Wujud

muncul lebih tiga atau empat abad selepas kewafatan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini sudah cukup

sebagai petanda bahawa fahaman ini bukan berasal dari

Islam tetapi dari sumber yang asing. Ia tidak termasuk

dalam kesempurnaan Islam yang Allah maksudkan dalam

firman-Nya:
 

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi

kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-

Ku kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu

menjadi agama untuk kamu. [al-Maidah 5:03]

Tiada ulasan: