Catatan Popular

Ahad, 24 November 2013

KITAB KASYF AL-ASRAR (35) Puasa

Karangan Syeikh Muhd Salleh Abdullah Al-Minangkabui

171. Soal: Berapa martabat orang mengerjakan puasa?
Jawab: Martabat orang mengerjakan puasa itu tiga: Puasa orang mubtadi, puasa orang mutawassit, dan puasa orang muntahi.

172. Soal: Mana perbezaan di antara tiga itu?
Jawab:
(1) Puasa orang mubtadi (ialah) menahani makan dan minum siang hari, dan menahani jima' pada siang hari serta berniat pada malam.
(2) Puasa orang mutawassit (ialah) menahan segala anggota yang tujuh daripada pekerjaan yang haram dua mata menahan daripada yang haram seperti melihat perempuan yang (halal nikah) menahan lidah daripada mengumpat dan berdusta; telinga menahan daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan mendengar orang mengumpat, tangan tahan daripada rnencapai yang haram; kaki menahan berjalan kepada pekerjaan yang haram, faraj menahan daripada yang haram. Kata orang mutawassit kepada orang mubtadi, "Puasa kamu tiada faedah, hanya dapat lapar dan dahaga, sahaja".
(3) Puasa orang muntahi (ialah) memelihara had daripada mencita- cita akan kemuliaan dunia dan menahan hati ingat kepada ghair Allah (selain Allah).
Inilah puasa orang muntahi

Tiada ulasan: